Sejak dulu lagi, kita sering mendengar istilah reward diri. Ramai orang menggunakan istilah ini dengan membelikan sesuatu yang bernilai sebagai tanda penghargaan buat diri sendiri setelah penat bekerja.
Pun begitu, tidak dinafikan setiap orang ada caranya yang tersendiri. Contohnya seperti Puan Zainon Abu Bakar ini, menggunakan hasil tabungan duit RM20 untuk membeli apa sahaja yang diingini dan hal ini dikongsikan di akaun fbnya.
Terbaharu, Puan Zainon atau lebih mesra disapa Che Non telah dapat membeli rantai kaki hasil daripada tabung duit oren miliknya.
“Tergelak budak-budak tu bila Che Non keluarkan duit tabung kat kedai Emas tadi.
Gasak diorang mengira. Nasib baik duit RM 20, kalau duit singgit tadi, jenuh kira,” kongsinya di akaun fbnya.
“Beli je apa yang kita nak, dah penat berkerja kan. Janji malam ni tido dalam senyum. OK moh kita menabung lagi, duit dah menyusut. Dah ada target untuk Si Princes pulak,” kongsinya lagi.
Tabung Duit Oren
Kisah tabungan duit oren ini bukan baharu bagi puan Zainon Abu Bakar, bermula sejak tahun 2020 lagi. Menurutnya dia akan menganggap duit oren itu seakan tidak laku, sebagai motivasi diri untuk terus simpan duit tersebut ke dalam tabung tanpa digunkan untuk perbelanjaan harian.
“Che Non anggap tak laku, so kalau terima duit ni memang tak akan pakai. Ada beg dan balang khas untuk asingkan duit ni. Paling gerun kalau time tunggu gaji duit ni muncul,” tulisnya di akaun fbnya.
Tambahnya lagi, “Tak ada target, just asingkan je. Kadang-kadang terguna juga. Selit-selit juga yang purple dan hijau tapi yang dua warna ni memang tak boleh tahan lama dalam balang tu asyik kena tarik je.
“So bila nak beli sesuatu kita selongkar le balang tu. Masa tu tak teragak-agak dah, sambar je terus. Kira reward la. Happy untuk diri sendiri,” ceritanya lagi.
Ads
Reward Diri
“Dah tua-tua ni tak de istilah nak menyimpan untuk masa depan. Untuk anak-anak inshaallah ada rezeki mereka nanti. Alhamdulilah sentiasa cukup rezeki yang Allah kurniakan.
“Masa sekarang kita target untuk banyakkan melabur di saham akhirat. Istiqomah untuk selalu bersedekah. Semuga nanti Allah akan meluaskan rezeki kita lagi. Aamiin.”
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sisi romantis seorang suami cukup terserlah tatkala melihat figura agamawan ini dalam melayani isteri juga terserlah. Tidak menyembunyikan rasa sayang dan kasih buat bidadari tercintanya.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal bin Don Biyajid sering memperlihatkan karekter suami yang penyayang dan aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan anak-anaknya.
Setiap kali menyambut hari istimewa, pasti ada sahaja titipan mesra dan kasih sayang khusus buat bidadari syurganya itu.
Terbaru, Ustaz Don dan Dr Husna menyambut ulang tahun ke-9 perkahwinan mereka. Selain berkongsi doa buat rumahtangga dan kebahagian, Ustaz Don turut menitipkan nasihat buat suami isteri di luar sana khususnya pasangan baru atau muda dalam melayari bahtera rumahtangga.
Akhirnya, berjaya jugak nak boh post ni. That’s one for the keeper. Sekadar bukti kita sempat #hidup di 2021 waktu #pandemic . Kan 💕Dinda💕 @husnazahry kan?
Kepada pasangan baru atau muda, satu perkara yang saya belajaq dalam rumahtangga ni ialah, “𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶”.
Tak dak istilah terlambat atau tak terer. Kita suami isteri dua dua tak terer. Jadi, sama-sama kena jadi terer. Ingat, kaki kanan tak akan boleh lari lebih laju dari kaki kiri. Kena lari sama-sama.
Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di Akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti Para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Ini doa yang saya teringin nak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah #ampunilah andai aku ada #menggurishati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan depa ataih ku.
Tahun lepas negara dikejutkan dengan kebakaran sebuah Pusat Tahfiz sehingga mengorbankan 23 nyawa. Pelbagai pandangan dan reaksi masyarakat atas kes tersebut. Namun, ia hanya hangat seketika, kemudian sepi begitu sahaja.
Terbaru, muncul pula kes anak-anak tahfiz yang trauma akibat diseksa secara seksual sama ada diliwat, rogol dan sebagainya.
Pelbagai reaksi diberikan dan ada yang memberi pandangan supaya pusat tahfiz ditutup. Ada yang bersetuju tak kurang menempelak dengan cadangan tersebut.
Sebelum ini satu perkongsian seorang ayah yang menghantar anaknya ke pusat tahfiz cukup terkesan di hati netizen. Luahan hati seorang ayah yang menyerahkan hidup dan masa depan anaknya pada jalan Allah. Sungguh hebat dan besar pengorbanan ini.
Penulis kira apa yang dikatakannya adalah benar dan semoga pengkongsian ini bermanfaat dan membuka mata semua. Insyaallah.
Assalamualaikum,
Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru-baru ini, izinkan saya untuk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yang menghantar anaknya ke Mahaad Tahfiz.Ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut.
TPM mengatakan jangan gadaikan keselamatan untuk akhirat, ada selebriti yang begitu lantang marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz, ada figura ternama yang minta semua tahfiz tidak berdaftar ditutup serta merta dan ramai pula yang mempertikaikan ibubapa tidak mementingkan aspek keselamatan.
Sebenarnya saya juga tidak tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz 3 tahun yang lalu. Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat untuk masuk tahfiz. Tanpa melengahkan masa kami mengambil ķeputusan untuk menghentikan sekolah akademiknya (walapun dia cemerlang dalam akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai. Ketika itulah baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz.
1. Kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas. 2. Kalau yang cantik dan lengkap dan dikelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah.
Akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir Ttdi Jaya. Rumah corner lot yang serba kekurangan, tapi saya berbincang dengan isteri dan mengambil keputusan untuk hantar juga Naufal ke situ.
Bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tidak ada pintu kecemasan, tetapi seperti ibubapa lain yang menghantar anak ke tahfiz, kami bukan menyerahkan anak kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini untuk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik untuknya. Tapi tahukah berapa kali kami menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti. Dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah…
Tahun lepas kami mengambil keputusan untuk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama. Ulang alik dari pukul 7.30 pagi ke 9 malam. Hari pertama menghantar Naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik, alhamdulillah semua pelajar berada di surau untuk solat maghrib ketika itu. Tapi kami tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.
Kami bukanlah bercita cita untuk menjadikan dia imam masjidil haram atau pun imam masjid Shah Alam sekali pun, seperti ingatan saya pada Naufal selalu, Naufal boleh jadi apa pun yang Naufal hendak apabila besar, dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid tetapi akhlak Naufal kena akhlak Al quran.
Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara RM200 ke RM400 sebulan. Ini termasuklah sewa, gaji guru, gaji warden,makan 4 kali sehari, tempat tinggal dsbnya…congak la sendiri kalau cukup.
Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. Nak mengharapkan pusat zakat, baitulmal…. mmphh macam-macam syarat dan kelulusan. Nak mengharapkan koporat ada yang mengenakan syarat hanya yang ada aliran agama dan akademik yang dapat bantuan. Belum lagi yang meminta kertas kerja dan kelulusan dsbnya.
Tahfiz dipandang sepi, anak-anak tahfiz pula seringkali dikata sejuk mata memandang. Jemputan ke majlis kenduri tahlil, cukur jambul, rumah baru dsbnya hanya dapat RM5 atau RM10 seorang. Itulah fungsi tahfiz di tengah-tengah masyarakat kita. Tapi tahukah anda banyak mana zaman kanak-kanak dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah mukjizat ini?
Dengan izin Allah.. mereka lah yang akan memimpin kita sebenarnya. Kami yang inginkan anak-anak menjadi tahfiz faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?
Kami bukan menghantar anak ke yamaha muzik, kumon atau montesorri berjenama untuk kami demand itu dan ini dari pihak tahfiz. Kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz. Sekali lagi kami berserah pada Allah.
Apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibubapa dan ustaz tahfiz. Bukannya ustaz tu yang buat marketing supaya kami daftar, kami yang mencari dan redha menghantar, kami yang memilih jalan itu. Bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban untuk mendidik jiwa kecil ini. Kami terhutang budi.
Sehingga kini menghantar Naufal setiap pagi, saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya. Hati saya siapa yang tahu.
Kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah-sekolah terpilih. Tahfiz tanpa akademik! Ada berani?
Kenapa tidak mudahkan proses perlesenan. Kenapa campur adukkan politik dengan sekolah tahfiz? Kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu, dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kementerian pendidikan.
Kenapa tidak ada suara-suara unttk memartabatkan institusi tahfiz, berdiri gah seperti sekolah chung hwa, pin hwa, hin hwa… kwang hwa (go visit this schools in klang)
Sampai bila kita hendak melihat tahfiz menumpang disurau, rumah-rumah kedai, rumah-rumah corner yang di ubahsuai dan rumah-rumah banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir? Ustaz-ustaznya memandu van buruk membawa anak-anak ini ke kenduri sana sini. Sampai bila…
Berapa banyak nyawa lagi? Saya pohon sekali lagi. Jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz. Jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz kerana mereka telah banyak berkorban. Jangan kata ibubapa tidak peduli. Kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yang bertilam empuk.
Bantu la anak-anak tahfiz. Kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti. Maafkan saya jika terkasar bahasa dan doakan Naufal…….
Wallahualam
Sheik Amir Hussien
*Al Fatehah untuk seluruh pelajar tahfiz di tanah air tercinta ini*
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ah Kai yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang mengatakan bahawa hobi mengumpul wang lama ini bermula sejak dia masih kecil lagi dan mula serius menjadikannya sebagai bisnes pada tahun 2012.
Berkongsi mengenai bisnesnya itu, Ah Kai menjelaskan bahawa RM1 yang masih digunakan sekarang tidak begitu istimewa kerana wang kertas yang ditandatangani oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz masih terlalu banyak.
“Tapi dalam video itu, duit dia bernilai tinggi kerana nombor sirinya semua sama iaitu lapan, dan saya suka. Sebab itulah saya beli dengan harga tinggi.
“Saya tawar (nilai) dan dia bersetuju dan amat gembira sebab kedai lain hanya boleh beli antara RM300 hingga RM700. Tapi saya beri dia RM1,000,” katanya.
Mengulas lanjut, Ah Kai memberitahu, nombor siri lapan tersebut bukan sahaja dianggap bertuah, malah ia merupakan antara nombor pilihannya.
“Semua nombor yang sama memang susah dapat dan menjadi rebutan ramai pengumpul wang. Ini yang kita namakan nombor ‘solid’.
“Saya ada banyak koleksi nombor ‘solid’. Saya kumpul nombor siri satu, tiga, tujuh, lapan dan sembilan. Nombor lapan ini macam Huat Ong (kemakmuran dan tuah) bagi orang Cina,” ujarnya lagi.
Bercerita mengenai video yang tular sehingga mendapat lebih 3.4 juta tontonan di TikTok, Ah Kai menerima gambar wang kertas RM1 dengan nombor siri lapan menerusi WhatsApp daripada seorang pemuda sebelum mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur.
“Saya pandu kereta dari Pulau Pinang untuk berjumpa dengan dia, dan jumpa beberapa pelanggan pada hari tersebut. Selepas itu, saya balik semula ke Pulau Pinang,” katanya.
Bagi pemuda ini, dia menganggap satu kepuasan setiap kali melakukan urus niaga dan memperoleh wang kertas lama yang menjadi pilihannya.
Setakat ini, Ah Kai mempunyai koleksi hampir 500 keping wang kertas Malaysia dan Malaya, termasuk beberapa negara lain seperti Singapura dan China.
“Saya jual juga (wang lama) tapi kepada ahli grup saja yang mempunyai hobi ini, kadang-kadang kita tukar… tukar jika saya ada lebih dan dapatkan yang belum ada.
“Memang sangat gembira apabila dapat barang yang disukai dengan harga mampu milik,” katanya lagi.