Resipi Kuih Kaswi diakui tidaklah susah mana pun untuk disediakan sebagai menu minum petang untuk keluarga. Apatah lagi untuk menyedikannya bahan ramuannya dengan menggunakan sukatan cawan sahaja. Senang cakap, kuih ini tidak banyak ragamnya. Pasti menjadi meskipun buat yang pertama kali ingin mencuba memasaknya.

 

 

Sebagai kelaziman, kuih kaswi dimasak menggunakan gula merah dan gula putih bersama daun pandan dengan adunan tepung dan santan, pun begitu perkongsian daripada sya Amiruddin di salah satu group masakan benar-benar mencuri perhatian.

Kuih Kaswi yang dikongsikan berwarna hijau dan nampak begitu cantik sekali apabila dimasak menggunakan acuan dan bukannya di dalam loyang seperti kebiasan.

Belum Pernah Buat Kuih Kaswi Pandan Gedik? Ni Resipi Paling Mudah & Menjadi!

Untuk yang ingin merasai keenakan rasa Kuih Kaswi Pandan Gedik ini bolehlah mencuba sendiri membuatnya dengan resipi yang dikongsikan ini.

Kuih Kaswi Pandan Gedik

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan air pandan

1 cawan santan pekat

1 cawan tepung ubi

IKLAN

1 cawan gula

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil air kapur

Sedekit garam

Pewarna hijau

 

ARTIKEL MENARIK :

 

IKLAN

Cara Penyediaan :

1)Satukan semua bahan, kacau, tapis dan sapu minyak pada acuan. (ACUAN BELI DI SINI)

2)Letak adunan dan kukus selama 25 minit (PENGUKUS BELI DI SINI)

3) Letakkan kelapa parut putih yang dicampur dengan garam. Sedia untuk dinikmati.

Belum Pernah Buat Kuih Kaswi Pandan Gedik? Ni Resipi Paling Mudah & Menjadi!

TIPS EKSTRA:

-kuih masak bergantung pada jenis acuan besar@kecik

-kalau guna santan fresh(cair) tambah 1/2 cawan tepung gandum…kalau guna santan kotak tak payah

IKLAN

-keluarkan dari acuan pakai lidi

-daun pandan lebih lagi sedap

-letak daun pandan dalam periuk kukusan untuk menambahkan aroma

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Belum Pernah Buat Kuih Kaswi Pandan Gedik? Ni Resipi Paling Mudah & Menjadi!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI