Jika ingin dikenang, antara biskut yang pernah popular dan mempunyai nostalgianya yang tersendiri sekitar tahun 90an adalah biskut mama carrie.

Boleh dikatakan ketika berkunjungan, biskut pertama yang dicari adalah biskut ini.

Rasanya bukan sahaja sedap malah bentuk dan ‘kejadiaannya’ yang sangat cantik, membuatkan ramai menggemarinya.

Cantik & Sedap, Biskut Ni Popular Zaman Dulu-dulu & Ni Resipinya!

Jadi untuk yang ingin mengembalikan nostalgia raya zaman tersebut, jom kita buat sendiri dengan resipi yang dikongsikan ini.

IKLAN

1st time post kat sini… Alhamdullilah.. setelah 4 kali percubaan and tukar-tukar resepi akhirnya.. mama carries ni jadi jugak dan cantik kejadiannye… terima kasih penyumbang resepi dlm group ni jugak… semoga awak dimurahkan rezeki dunia akhirat

Resepi :
Bahan2 biskut
250g butter
115g gula ising
150g tepung jagung
350g tepung gandum (cap bunga rose)
25g susu tepung
1 biji kuning telur

Royal icing:
2 biji putih telur
175g gula icing
2 sudu makan tepung jagung

IKLAN

Cara: butter, gula, kuning telur pukul2 manje pakai senduk kayu je… dah sebati masuk bahan2 tepung.. mula2 masuk tepung jagung .. dah uli sebati masukkan tepung gandum.. sampai boleh uli x lekat kat tgn , gelek and terap ikut bentuk acuan…

Cantik & Sedap, Biskut Ni Popular Zaman Dulu-dulu & Ni Resipinya!

IKLAN

Cara2 royal icing:
Pukul telur putih sampai bertanduk… masukan gula icing and putar sampai berkilat and likat.. lps tu masukkan tepung jagung 2 sudu.. pukul sampai bahan2 ni kalau terbalikkan bowl x jatuh yer…. pipe atas biskut yg diterap td guna piping bag.. deco la ikut kepuasan hati hihi..

Bakar biskut 150^c dalam 15minit… jaga suhu.. setengah masak turunkan suhu…

Sekian… harap2 dapat membantu

Sumber : Nurul Akmal Mustaffa via MAHN 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI