Menghasilkan air kopi yang enak dan menepati selera tentunya setiap antara kita ada caranya yang tersendiri. Lazimnya, gabungan serbuk kopi dan susu pekat dibancuh bersama air panas sudah cukup sempurna rasanya.
Namun untuk memberi rasa yang lebih umpph, ada juga boleh menggunakan susu full cream dengan cara penyediaan yang sedikit berbeza seperti yang dikongsikan oleh Roslina Salam di group page Masak Apa Hari Ni.
Jadi tidak salah untuk kita mencuba dan rasai keenakan minuman kopi sebagaimana yang digambarkan oleh Roslina Salam ini.
Bahan-bahan:
1/2 cawan susu Full Cream
1 sudu teh gula perang/gula biasa
1 sudu teh nescafe gold/biasa
Air panas
Langkah 1 : Masukkan susu full cream ke dalam cawan.
Langkah 2 : Panaskan di dalam microwave selama 2 minit.
Langkah 3 : Kemudian masukkan gula
Ads
Langkah 4 : Masukkan nescafe dan kacau.
Langkah 5 : Tambahkan air panas.
Ekstra info : Air akan kekal panas jika menggunakan Takada Electric Thermos Pot – 3.8L. Ingin mendapatkan harga istimewa sila klik DI SINI
Ads
Langkah 6 : Air kopi sedia untuk dinikmati dan rasanya sangat sedap.
Kata orang hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Itu jugalah dalam hendak tunaikan keinginan merasai kek yang dimasak sendiri walaupun kelengkapan tidak mencukupi. Pasti selagi ada cara, akan dicuba untuk realisasikan.
Untuk itu, terhasillah eksperimen memasak kek coklat di dalam periuk nasi elektrik sebagaimana yang dilakukan oleh puan Marziah ini.
Ini kaedahnya kalau sesiapa ingin mencuba!
Kek coklat masak guna rice cooker…alhamdulillah menjadi..Tak ade oven? Tak ade pengukus? Tapi teringin nak masak kek coklat..? Cuba guna rice cooker..semua rumah ade rice cooker kan..ni kali kedua masak kek dalam rice cooker..sebelum ni masak kek minyak..menjadi jugak..sedap.
+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin dan serbuk koko ke dalam periuk atau kuali.
+Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
+ Pukul telur hingga kembang..saya guna garfu je…godek-godek dalam bekas… Masukkan campuran pertama tadi ke dalam adunan telur. ( campuran yang dimasak atas dapur) tunggu sejuk or suam-suam sikit.
+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
+ Sapukan marjerin pada periuk nasi..letak adunan tadi dalam periuk nasi..
+ letak periuk nasi yang ada adunan kek coklat dalam rice cooker…on kan plug kemudian tekan butang ke bawah..dalam beberapa minit butang tu akan naik semula…tunggu 10-15 minit tekan semula butang tu…ulang tekan sampai kek masak…saya buat dalam 4,5kli tekan gak..sebab lepas tekan dalam 2,3minit butang akan naik semula..
+ selepas setengah jam..buka penutup dan cucuk kek dengn lidi..kalau masih melekat kek tak masak lagi..tunggu sekejap lagi dan cucuk lagi dengan lidi..saya masak dalam 45 minit dah masak kek tu..
Pastinya setiap keluarga memang tidak boleh lari dengan hidangan berasaskan sambal. Tak kira lah sambal dalam masakan mahupun sebagai pencicah, ia menjadi pembuka selera.
Melalui perkongsian Puan Siti Khadijah, cara masak sambal ayam penyet memang superb. Bukan sahaja boleh makan dengan ayam, ikan bakar pun boleh. Pasti jadi pembuka selera.
Sambal ayam penyet pedas berdesing katanya. Buat stok terus senang. Nak makan tinggal ambik je.
Bahan-bahan: Cili padi merah Cili padi hijau/kampung Cili besar Bawang besar Bawang putih Tomato Bilis Belacan
Cara membuatnya: 1. Goreng sampai layu semua bahan-bahan tadi. 2. Blend kasar semua bahan kecuali tomato 3. Tumis sampai pecah minyak. Masuk gula melaka/nise dan gula putih/perang, garam, asam jawa, tambah air kalau kering sgt, kiub bilis dan tomato td. Tumis lagi sampai semua bahan sebati. (proses ni mungkin ambik masa lama sebab nak bagi cili betul2 masak, kang sakit perut pulak). Api sederhana je ye
4. Siap!
Selamat mencuba. Pasti makin selera encik suami dengan menu penambah selera ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Tatkala melihat penderitaan adik Tuan Nur Batrisya Tuan Nasir yang menderita masalah Hydrosephalus atau kepala besar, pasti hati terpaut pilu. Kanak-kanak berusia lima tahun ini dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak kandungan ibunya, Nur Suriati Dakta berusia tujuh bulan.
“Kami tidak sanggup lagi melihat penderitaan dan kesakitan dialami setiap kali dia menjalani pembedahan memasuk dan membuang tiup bagi membuang lebihan cecair dalam kepala.
“Tambahan pula, doktor sudah mengesahkan penyakit dialami Batrisya sukar untuk sembuh dan kembali normal seperti kanak-kanak lain kerana kepalanya semakin membesar selepas lebih tujuh kali melakukan pembedahan.
“Kami reda dengan ketentuan Ilahi dan sentiasa berdoa agar Batrisya sihat serta bebas dari masalah kesihatan lain,” katanya ketika disantuni jawatankuasa Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) di kediamannya di Kampung Duyong Besar, Kuala Nerus, hari ini. Yang turut hadir adalah Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Hayat.
Menurut Nur Suriati lagi, walaupun ada beberapa pihak termasuk individu bersedia untuk membiayai kos rawatan termasuk menjalani pembedahan di luar negara, tetapi dia dan suami, Tuan Nasir Tuan Dalam, 35, yang berkerja sebagai pekerja am di sebuah hotel bersepakat menolak tawaran itu kerana tidak sanggup melihat kesakitan bakal dialami Batrisya ketika menjalani pembedahan.
“Batrisya anak bongsu daripada dua beradik mula dikesan mengalami masalah Hydrosephalus atau kepala besar sejak kandungan berusia tujuh bulan lagi.
“Kami terpaksa membawa Batrisyia untuk menjalani rawatan homeopati di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setiap bulan,” katanya sambil memberitahu Batrisya dikesan mengalami masalah Hydrosephalus atau kepala besar sejak kandungan berusia tujuh bulan dan bukannya selepas dilahirkan seperti didakwa beberapa pihak.
“Pertama kali diberitahu doktor yang kandungan saya mengalami masalah Hydrosephalus dan kepala besar, tiada perkataan mampu digambarkan melainkan sedih, tetapi saya terpaksa kuatkan semangat dan reda menerima takdir Allah SWT.
“Selepas beberapa hari dilahirkan, Batrisya terpaksa dibedah bagi memasang tiup khas dari otak ke perut untuk mengeluarkan lebihan cecair di kepalanya bagi menghalang kepalanya daripada terus membesar.
“Walaupun tidak mampu bercakap dan bergerak seperti kanak-kanak sebaya, tetapi Batrisyia anak yang baik dan tidak banyak meragam serta mudah dijaga kecuali ketika sakit.
“Tetapi sejak beberapa hari lalu, Batrisya kerap mengalami kekejangan saraf serta kerap berjaga malam selepas pulang daripada menjalani rawatan homeopati di HSNZ,” katanya.
Nur Suriati berkata, dia terpaksa membelanjakan sebanyak RM700 sebulan bagi membiayai susu khas dan kain pakai buang untuk anaknya itu.
“Dengan pendapatan suami sebanyak RM1,000 sebulan, kami terpaksa berjimat dan menggunakan wang untuk membeli keperluan harian dan barangan dapur secara ala kadar termasuk perbelanjaan persekolahan kakak Batrisyia, Tuan Nurbalqis, 7, yang belajar di tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong.
“Selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) juga turut menyalurkan bantuan perubatan sebanyak RM3,000 setahun,” katanya sambil menambah memerlukan kerusi khas bagi memudahkan kerja memandikan Batrisya.
Sementara itu, Wan Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri diminta mempertimbangkan kediaman kepada Tuan Nasir, berikutan rumah didiami empat beranak itu adalah rumah pusaka selain tanah milik penduduk kampung.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.