Menikmati sotong goreng tepung memang sedap. Lebih-lebih lagi dimakan panas-panas begitu sahaja tanpa nasi. Wow memang puas hati!
Tapi yang kurang seronoknya, harga untuk sepinggan sotong goteng tepung pun mahal dan kuantitinya sedikit. Itu yang buat anak-anak boleh berebut makan dibuatnya.
Jadi apa kata, hari ini anda sediakan menu ringkas yang menyelerakan ini untuk hidangan seisi keluarga sebagaimana yang dimasak oleh puan Cindy Azza ni.
Sotong Goreng Tepung
Hari ni buat sotong goreng tepung.
Selalu beli yg dh siap sekor rm7.Harini beli sekilo buat sendiri puas makan anak2.
Ni ye resepi nya kalau kwn2 mau
Tiada sukatan sy buat td main letak2 je..
Bahan-bahan:
Tepung beras
Rempah kari ikan
Garam
Telor.
Ajinomoto
Serbuk kunyit
Cara-cara:
1. Potong sotong n toskan
2.Pecahkan telor. Masukkan sotong yg ditoskan td.gaul bersama.
3.Dlm bekas lain masukan tepung beras ,rempah kari,garam,serbuk perasa n serbuk kunyit.Ambik sotong yg digaul bersama telur td n letak dlm tepung gaul2 bg rata n goreng.
4. Dh agak2 kkuningan siap..
Slmt mcuba…
Tak ada petua pun kwn2 cuma telor jgn campur dgn tpng je sy buat satu2.
Lps salut telur br ltk dlm tpng golek2 bg rata n terus goreng.tu je..
sumber: cindy azza
Hilangkan Bau Nasi Hangus, 4 Kaedah Ini Ibu-ibu Kena Praktik!
Nasi hangus mungkin tidak lagi relevan dengan kegunaan periuk nasi kita yang praktikal. Tapi kalau kenduri kendara kita tak terlepas daripada mengalami masalah ini kerana mungkin ada sesetengah tempat yang masih menggunakan periuk biasa.
Memasak bubur nasi adakalanya jika tidak sentiasa dipantau, bubur boleh hangus dan kesannya meninggalkan bau yang amat kuat pada bubur kita.
Jika mengalami masalah begini, pastinya membuang nasi atau bubur bukan tindakan yang bijak.
Kecewa namun janganlah sampai nasi atau bubur tersebut dibuang begitu sahaja. Dua cara ini mungkin membantu anda kurangkan bau hangusnya. Namun pastikan ia dilakukan ketika nasi masih panas dan cepat-cepat buat tindakan ini. Memang berjaya!
# Cara 1 – Cili Padi
Ketika nasi masih panas, ambil satu atau dua biji cili padi dan buang tangkainya. Basuh bersih kemudian letakkan di dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan seketika. Hasilnya bau nasi hangus akan menjadi berkurangan. Cubalah.
# Cara 2 – Kentang
Ambil sebiji kentang dan belah menjadi empat bahagian. Letakkan ke dalam nasi dan tutup periuknya. Biarkan seketika dan keluarkannya. Hasilnya bau hangit akan diserap dengan sendirinya dan boleh dimakan tanpa bau yang kurang enak.
# Cara 3 -Cili Kering
Sama seperti cili padi, anda boleh juga menggunakan cili kering bagi menghilangkan masalah ini. Ia masih berfungsi menyerap segala bau hangit tadi.
# Cara 4 – Daun Pandan
Usaha lain yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan daun pandan. Ambil beberapa helai daun pandan, simpulkan dan kemudian letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit. Nasi bukan sahaja hilang baunya tetapi lebih harum.
Selamat mencuba!
Buat Sendiri Sos Pencicah Thai, Ibu-Ibu Patut Cuba. Pasti menarik selera Keluarga!
Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor. Rasanya yang masam manis dan tidak terlalu pedas, pastinya akan digemari oleh anak-anak anda.
Mungkin ramai yang ingin mencuba buat sendiri sos ini tetapi tidak ada resipi. Jangan bimbang, Majalah Keluarga akan berkongsi resepi Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin yang berjaya buat sos pencicah thai ni ala homemade!
Selain air tangan sendiri untuk ahli keluarga anda, mana tahu jika menjadi boleh dibuat bisnes kerana caranya cukup mudah dan rasanya sedap! Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan
Bahan-bahan:
3 Ulas bawang putih dikopek kulit
2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak bahan yang dikisar tersebut dengan api yang sederhana.
3. Apabila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga ia masak dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba!
Petua Dapur Ini Mujarab Hilangkan Rasa Pijar Pada Tangan, Cukup Mudah. Begini Caranya!
Pernah tak terjadi pada ibu-ibu bila memotong, menggunting, atau menumbuk cili yang memang kuat pedasnya sampai membuatkan kesannya melekat pada jari-jemari dan juga tangan. Terasa panas, gatal, pedas, dan pedih. Inilah yang dikatakan pijar.
Sebenarnya, ada petua yang diamalkan sejak turun-temurun untuk hilangkan pijar ini dengan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Petua ini dikongsikan oleh saudari Dila Mubarak dengan menggunakan garam. Jom baca ni.
Ibu2 jika tangan rasa pijar kesan cili tak hilang2. Lepas pegang cili ke maklumlah duk masak hari2. Lepas makan sambal belacan ke…lepas makan budu ke eheee. Berjam2 tangan rasa panas cili..Tunggu hilang tak hilang jugak.
Ini petuanya ya insyaAllah hilang. Basahkan tangan & sapu dengan garam. Saya dah cuba dengan gula. Tak berkesan. Alhamdulillah dengan garam menjadi. Hebatnya Allah sediakan penawar untuk kita.
Ok itu saja.. Dalam 15 minit insyaAllah hilanglah rasa tak selesa tu. Save ok..mana la tau kot esok2 kan kena..lupa pulak😘
Selain penggunaan garam, ada tip lain bagi membantu menghilangkan pijar pada tangan ibu-ibu.
1. GULA
Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan gula pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa.
2. GENGGAM BERAS
Satu lagi petua hilangkan pijar yang diajarkan oleh Mak Ayah kita adalah memasukkan tangan ke bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Memang lega. Apapun, pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya.
Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa.
3. SAPU SUSU PEKAT
Seterusnya, kalau ada susu pekat atau susu cair, boleh juga digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus.
Caranya, tuangkan sedikit susu ini ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.
4. SAPU MINYAK MASAK
Ini juga salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang-orang lama, iaitu dengan menggunakan minyak masak.
Mudah saja. Ambil sedikit minyak masak, dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa pedas tadi.
5. RENDAMAN AIR ASAM JAWA
Satu lagi cara yang boleh anda cuba adalah menggunakan asam jawa. Cubalah masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.
6. GUNA HAMPAS KELAPA
Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.
7. GOSOK TANGAN PADA KELULI
Petua yang akhir ini mungkin kedengaran lucu, tapi ia sebenarnya berkesan. Anda boleh gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan air pada tangan dan ulang lagi hingga tangan rasa lebih lega.
Selain hilangkan pijar, teknik ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.