Sekarang ni semua benda di hujung jari sahaja! Termasuklah dalam perihal mengundi. Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), zaman kini bukan sahaja boleh menyemak lokasi tepat tempat mengundi di laman web rasmi MySPR dan aplikasi mudah alih sahaja tau!
Malah, laman web itu juga menunjukkan masa yang disyorkan untuk pengundi melawat pusat untuk membuang undi.
Jangan lupa catat atau ambil tangkapan skrin aliran (saluran) dan nombor (bilangan) yang ditetapkan untuk dibawa ke pusat mengundi pada hari pengundian, 19 November.
Selain itu, laman web tersebut menyatakan bahawa pengundi yang layak mengundi pada PRU15 adalah mereka yang telah didaftarkan oleh SPR ke dalam Daftar Pemilih sehingga 9 Oktober 2022.
Anak-anak mana yang tak nak berjasa kepada ibu ayah kan? Hulurkan duit setiap bulan sebagai tanda membalas jasa mereka menjaga dan membesarkan kita sedari kecil lagi.
Namun… Dalam hidup kita mesti akan ada satu saat di mana kewangan kita tak mencukupi untuk diberikan kepada mereka. Waktu tu rasa bersalah sangat! Nak tak nak, kena lah jujur supaya mereka pun tidak tertanya-tanya.
Tetapi… Tahu tak, tak semua benda kita perlu jujur tau! Lebih-lebih lagi bila berkenaan dengan susah hati seorang ibu ni. Mana taknya, bila mak susah hati, sentiasa terfikir-fikir hingga bawa kepada lisan. Tak ke kata-kata itu tadi boleh menjadi doa? Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Pak Cik Bakar Baharom. Jom ikuti perkongsiannya.
Tips murah rezeki
Dengan mak ayah, jangan kita lokek, jangan kedekut. Bukan maksud kat sini kita bagi lebih dari kemampuan. Tapi jangan sekali kali cakap kat mak ayah yg kita “ x ada duit”.Walau hakikatnya kita je yg tau struggle kita, but dont ever say it to your mom especially.
Tau sbb apa.?
Mak ni manusia keramat yg secara azali syg dan kesian kan anak dia. Contoh la kan, ko ckp cmni..
“Mak sorry tak dapat bagi duit kat mak..saya sesakkk..saya takde duit mak..x cukup duit”
Dan mak akan ckp apa.?
“Tak pe.. mak paham..”
Dan kau tau apa yg berlaku lepas tu.? Mak akan amplify kan “xde duit” kau tu setiap masa
Seperti..
“Kesian kat abg kau tu.. dia SUSAH ..dia TAK ADA duit..dia SESAK..dia MISKIN..”
Mak dok ulang la benda tu sbb betul2 kesian kat kau. Dan melalui pemerhatian dan pengalaman. Sungguh eh jadi miskin hidup kau. Mungkin sbb mak amplify ayat tu dan indirectly jadi doa.
Korang kena ingat, bukan amount yg penting utk mak ayah kita ni. Sbb sedar x kita sbnrnye dorang yg bela kita dari kita kecik sampai kita tua.? Makanya tanpa duit kau pun mak ayah kita lebih dulu boleh manage hidup dorang. Xdenye sbb kau x bg duit dorang mati tercekik.
Bagi duit tanda ingatan… Mdno ingat pesan mak
“Orang pemurah ni, gaji dia rm10, 0.50sen dia bg kat org..”
“Tapi kalau org kedekut, gaji dia 20,000 pun akan kata x cukup”
Mdno, pegang kata kata tu dan sentiasa berprinsip. Bukan amount yg paling penting, yg penting ingatan. Walaupun dari gaji ku 3.50 sejam mdno dah bagi duit kat mak, duit elaun biasiswa waktu belajar pun bagi sikit kat mak rm50. Penah je x cukup duit tapi beli barang makan + rm30. Tapi never mdno sebut yg mdno xde duit depan mak ye. Never.
Mdno sentiasa pura pura ada duit. Sentiasa ckp ala ala poyo
“Ala x pe mak, do ada banyak lagi duit 😂”
“Ala jgn risau la mak, duit gaji tahun lepas x abis lagi..” ( padahal…time tu credit kad 5 keping dok guna 😂)
Akibatnya.. Mantra mak mdno kat famili kitorang apa tau
“Adik xpaaa..adik banyak duit..”
“Adik x paaa adik kayaaa”
Walaupun time tu gaji ku 3.50 sejam pun tetap la meniti di bibir mak ani yg aku ni kaya 😂😂😂
So korang, pandai pandai la, mmg adakalanya kita short sikit nak bagi kat mak ayah. Tapi jgn di sebut depan dia “mak,saya x ada duit”. Instead, cakap laa
“Nah mak, bulan ni, bagi banyak ni dulu eh, nanti orang bagi lagi , doa la byk rezeki lebih”
Takpun, belikan la beras sekampit telur 1 tray.. Dari asikkk dok ratib mak org miskin org sesak org xdak duit mak org tak cukup duit. Mulut mak masin tau x.
Sekian tips dari madno yg sentiasa belagak kaya depan mak ani. Walaaaupun.. 😂😂
P/s : korang tengok? setiap kali mdno bg duit,setiap kali tu mak mdno doa allah ganti 10x ganda .mungkin i akan jadi jutawan bila i umoq 40 esok. Hahaha
Mengambil peluang menjadi rider untuk mencari rezeki tentunya adalah pilihan yang terbaik pada saat ramai antara ketua keluarga telah hilang punca pendapatan kesan daripada pandemik Covid-19.
Menyedari kepayahan dan kesukaran yang ditempuhi oleh rider dalam melaksanakan tugas, TEKUN Nasional mengambil langkah proaktif dalam membantu ‘rider’ dengan menawarkan bantuan melalui program Tekun Mobilepreneur.
Memetik laporan berita Harian Metro berkenaan bantuan tersebut, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, melalui pembiayaan Tekun Mobilepreneur 1.0, ia menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk modal pusingan dan baik pulih motosikal yang dilaksanakan sejak April 2020.
“Program ini diperuntukan untuk 500 pemohon terawal di mana seramai 211 permohonan dengan nilai RM394,000 telah diluluskan.
“Tawaran ini dibuka kepada semua rider berdaftar dengan syarikat e-hailing seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoekpress dan Mrspeedy,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, Tekun juga akan melancarkan Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 di mana program ini meliputi pembiayaan maksima sehingga RM10,000 bagi pembelian motosikal baru dan modal pusingan.
“Pemohon juga perlu berdaftar dengan syarikat e-hailing dan melepasi syarat yang telah ditetapkan.
“Program yang akan dilancarkan pada 7 Julai ini adalah antara usaha kerajaan melalui dana Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di mana peruntukan awal sebanyak RM1 juta telah disediakan bagi 100 pemohon awal dan tambahan 400 pemohon dengan peruntukan sebanyak RM4 juta akan dimaklumkan kelak,” katanya.
Ibu adalah guru yang paling utama untuk seorang anak. Ini memandangkan ibu adalah orang pertama yang akan mengenalkan pendidikan untuk anaknya sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Menyedari hakikat ini, kita sebagai ibu perlu bijak memainkan peranan agar anak-anak kita dapat ilmu yang terbaik untuk mencorak tingkah lakunya di masa akan datang.
Melalui perkongsian dari seorang ibu di akaun fb yang dikenali sebagai Puan Nordianah Bachok, elok juga dijadikan panduan untuk ibu-ibu dalam mendidik anak lelaki dalam mempersiapkan menjadi seorang suami. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
“Ummi, Muhammad nak sekali je tengok youtube. Bolehlah ummi. Bolehlah. Bolehlah.”
Rayuan sambil diiringi sedikit tangisan.
“Muhammad, jom kita pergi sidai baju nak? Kita guna penyangkut baju D.I.Y yang abi buat hari tu. Macam best je ummi tengok.”
Ummi bingkas bangun dan tolak bakul baju keluar. Jika dilayan drama boleh jadi episod yang panjang. Huhuhu…Sambil, mengesat air mata anakanda akur.
“Ok ummi.”
Nampak sedikit teruja diwajahnya. Ummi senyum. Syukur taktik berjaya. Yeay!
Alhamdulillah siap sidai sebakul baju. Ada satu teori yang saya sedang kumpulkan bahan dan pemerhatiannya.
Soal lelaki dan kehidupannya.
Sejak kecil hingga bergelar suami dan ayah.
Menarik mengkaji mengenai lelaki ni.
Pagi ni, ajak anakanda Nur Muhammad sidai pakaian di jemuran. Mula-mula nak alih perhatiannya dari sibuk nak buka handphone ummi. Harap-harap aktiviti pagi ini jadi sesi rutin yang membentuk nilai dirinya. Itu niat ummi.
Waktu bujang, banyak teori dan tip orang pesan nak cari calon suami yang baik.
Nampak gaya ummi la yang perlu bermula sekarang. Ada anak lelaki dua orang. Bagaimana nak lahirkan anak lelaki yang nabi sebut lelaki yang paling bagus macam dalam hadith di bawah ni.
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isterinya”.
Hadits Riwayat At Tirmidzi no 1162 dan Ibnu Majah no 1987.
Apa yang boleh ummi dan abi buat sekarang adalah lazimi anak-anak lelaki dengan membantu kerja-kerja di rumah seperti :
1. Bantu sidai pakaian di jemuran.
Belajar sabar dan tahu proses baju kotor perlu dibasuh kemudian di jemur. Sudah kering perlu dilipat pula. Banyak prosesnya, perlu kekuatan mental dan fizikal. ?
Waktu ini boleh tanam benih tolong menolong untuk selesaikan isu pakaian yang banyak. Ibu dan ayah tolong menolong, anak ikut sama selesaikan lipat atau urus baju yang menimbun macam bukit.
Lipat boleh, gantung juga boleh. Yeay! Selesai.
2. Bantu memasak di dapur.
Anak-anak akan belajar banyak ilmu asas fardhu ain – kebersihan dan kesucian. Boleh sebut teori mencuci kotoran atau najis dengan air mutlak.
Tunjuk air paip itu air mutlak, guna untuk cuci ikan, sayur, buah, kain buruk, pinggan mangkuk dan seumpamanya.
Suasana di dapur cukup sempurna jika nak perkenalkan macam-macam peraturan asas hidup seorang muslim. Boleh juga ajar anak-anak berdoa dan berselawat semasa memasak.
Kadangkala Ummi terlupa, tapi selalu ternampak abinya berkumat-kamit selawat masa cuci nasi atau ikan. Jadi terdidik juga umminya.
Patutlah sedap je lauk yang dimasak walau hanya sup sayur pecah telur. Ada ‘perasa istimewa’ yang dijampi dalam masakan. ?
Agaknya ini juga moment yang menimbulkan mawaddah dan rahmah dalam keluarga tu kan.
Tidak dinafikan dalam proses mendidik di dapur ni, macam-macam aktiviti dan kerja tambahan ummi kena buat contohnya lap air atau sisa ‘hasil tangan’ anakanda di atas lantai, pilihan yang ada hanyalah pejamkan mata
dan senyum ikhlas. Mula-mula dulu memang ada rasa
‘messy’ dan rimas.
Kemudian tarik nafas, ingat semula misi mendidik anak lelaki yang bakal jadi suami soleh, mencairkan hati isteri macam Nabi Muhammad tu. Terus je senyum muka. Hahahaha
3. Menanam doktrin mesti makan ‘real food’ dan diet seimbang.
Mesti makan sayur, buah dan ‘real food’, minum air kosong banyak. Waktu ibu memotong sayur, ajak anak-anak bantu sekali. Kenalkan jenis sayur, warna dan khasiat.
Beri mereka peranan contohnya masukkan sayur dalam bancuhan cekodok. Mereka seronok ikuti aktiviti memasak dan nampak sayur-sayuran itu bukanlah ‘makhluk asing’ yang menakutkan dan perlu dijauhi. ?
Setakat ini taktik ni agak berjaya untuk jadikan Muhammad dan Ramadhan ‘mesra sayur’.
Konsisten mesti kenalkan dengan makanan asasi bukan ‘processed food’. Mesti bermula dari dapur. Ummi kena 200% rajin siapkan bahan pembelajaran bab ini di rumah.
Zaman kita kecil, makan real food. Pagi sarapan nasi lemak, nasi goreng, keledek rebus, ubi kayu goreng yang digaramkan dengan bawang putih tumbuk, bubur nasi dengan ikan masin, pisang goreng nangka muda dan banyak lagi. Menu ini diselang seli pagi dan minum petang.
Kedai jauh dan kita hidup di kampung. Kurang membeli, maklumlah abah seorang sahaja bekerja kebun. Sara anak 8 orang. ‘Respect’ betul pada mak ayah kita.
Keluar semula memori masa kecil mak letak nasi campur air dan gula untuk anak-anak seorang semangkuk. Hahaha kreatif mak abah nak bagi anak kenyang. Nasi juga dipelbagaikan menunya. Kita jadi tidak memilih dalam bab makan. Mesra nasi berbeza dengan zaman sekarang, anak lebih mesra roti ala-ala Mat dan Minah Saleh. Saya memang paksa anak makan nasi. Kalau roti sebiji memang tidak cukup, nampak sahaja besar tapi tidak mengenyangkan. ?
4. Ajak mereka basuh motor atau kereta bersama.
Aktiviti ini merapatkan hubungan antara anak dan ayah. Menguatkan otot jari dan tangan sebab kena cuci dan bersihkan bahagian paling halus dan paling luas.
Ayah boleh terangkan mengenai fungsi air mutlak mencuci kotoran dan najis macam di dapur tadi.
Ia juga mengajar anak menghargai dan menyayangi harta benda seperti kenderaan ini. Ayah ambil kesempatan waktu ni terangkan fungsi kereta, bahagian kereta, kegunaan kereta untuk ke tempat yang baik-baik.
Hihihi waktu ni mungkin ada adegan yang tak ingin dilihat seperti anak main air berlebihan (waktu ini boleh ajar berjimat dan ingatkan orang susah tiada air).
Abi Muhammad selalu out station ke Bangladesh misi bantuan perlarian Rohingya jadi kami selalu tunjukkan video mereka tinggal dalam khemah, tiada makanan minuman,
tiada bilik air dan lain-lain.
Muhammad nampak terkesan dan ingat mesej ini. Ia menjentik naluri halus empati dalam diri anak-anak.
5. Mengajak anak bersihkan ruang-ruang yang ada dalam rumah.
Antara aktiviti yang Muhammad suka buat adalah menyapu sampah dan simpan barang mainannya dalam kotak. Saya teringat pesanan ibu saudara saya walau anak kecil kita yang perlu didik anak-anak supaya tahu mengemas selepas bermain.
Memang fitrah begitu tetapi terapkan juga fitrah bersih dan kemas tu. Huhuhu ini memang rutin harian ibu yang ada anak kecil dan sedang membesar. Ikhlaskan sahaja.
Pandang mainan yang bersepah itu seperti permandangan indah di dasar lautan. Nanti kemas semula. Waktu anak kecil begini saya diajar untuk ajak anak kemas bersama, bukan arah dan suruh. Jadi aktiviti mengemas lebih menyeronokkan buat kita dan anak-anak. Tiadalah kejadian singa atau harimau jadian mengaum setiap hari ?
Santai dan enjoy the moment.
Ini refleksi yang saya perolehi saat ini, ibu yang beranak dua. Masih kecil 4 tahun dan setahun 6 bulan. Cuba amalkan mana yang mampu dan memaknai moment dengan mereka.
Paling utama mesti dimulakan dengan mengurus fikiran, set niat, rangka aktiviti dan laluinya dengan gembira.
Walau ada masa tidak lancar, namun sebenarnya banyak sungguh perkara yang kita belajar.
Oh ya, harapnya ‘training’ ummi kepada Muhammad dan Ramadhan dari kecil ni dapat persiapkan diri mereka jadi calon suami yang ringan tulang paling kurang pandai lipat baju, memasak dan mengemas rumah. Beruntunglah menantu ummi nanti.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.