Puasa yang masih berbaki lagi dua hari ini bukan alasan untuk anda lemah dan tak bermaya. Bosan menunggu waktu berbuka apa kata anda rajinkan diri untuk membuat kudapan raya.

Tak perlu kudapan yang sukar sebaliknya pilih sahaja kudapan yang mudah nak disediakan. Popia Stick antara paling mudah hendak disediakan. Paling menarik, kosnya tersangatlah jimat.

Bukan sahaja budak-budak, orang tua pun pasti suka rasa dan kerangupannya yang krup krap krup krap. Mesti tak sedar dah habis sebalang. Jom kita cuba.

Guna 4 Bahan Sahaja


Bahan-Bahan:

Kulit Popia (dipotong jadi 6 bahagian)

Minyak Masak

Coklat Masakan (Beryl’s/Le bourne atau Selborne)

Nestum

Caranya:

1. Gulung kulit popia yang telah dipotong dengan kemas dan sapukan air pada bahagian hujungnya untuk mengelakkan kulit popia terbuka.

2.Rehatkan gulungan popia sebentar agar ia keras sedikit supaya mengekalkan bentuk gulungan tadi.

3.Gorengkan ia didalam api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan, biarkan ia sejuk seketika.

4.Double boil coklat masakan ikut pilihan jenama yang disukai.

5.Celup gulungan popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat yang telah dicairkan.

6.Kemudian salut pula dengan nestum.

7.Biarkan ia keras seketika dan masukkan didalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti sejuk seketika.

Selamat Mencuba!

Kredit: Humaira Harith

Tinggalkan Komen