Kehilangan orang tersayang sememangnya sangat meruntun hati dan memilukan dapat dirasakan dalam diri. Bukan sahaja pada dan ketika saat perpisahan abadi itu terjadi, malah setelah bertahun masa berlalu sekali pun perasaannya tetap sama. Hiba dan sayu bila terkenang, apatah lagi terpaksa menangung rasa rindu yang tiada berpenghujung.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tanggal 31 Oktober 2008 merakam kisah pilu buat keluarga Datin Lisa Surihani apabila ayah tercinta dijemput Ilahi. Meskipun sudah 14 tahun berlalu, namun apa yang dirasai oleh isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim di dalam perkongsian video ditemuramah untuk mengimbau kembali saat akhir pemergian ayahnya Mohamed Mahbob cukup menyentuh hati wargamaya.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok @aq_norasima1557 Lisa Surihani ada berkongsi momen akhir sebelum insan bergelar ayah yang cukup disayanginya itu menghimbuskan nafas terakhir di pangkuannya.
“Arwah meninggal dalam dakapan saya. Saya baru balik kerja ketika itu. Dia nampak saya dan mak saya masuk ke pintu, terus dia kata “Now Daddy boleh baring.”
“Memang dia menanti kepulangan kami. Kemudian saya tanya , “Nak Lisa bacakan Yasin?” Dia kata ‘OK’. Selepas baca Surah Yasin, dia siap boleh betulkan lagi bacaan saya. Sebab dia sudah hafal. Dia tahu mana bacaan yang betul dan salah.
Ads
“Kemudian saya cakap, “Daddy jom kita zikir. Allah, Allah, Allah.” Dia jawab, “Ya itulah yang paling penting”.
“Saya tidak faham lagi apa yang dimaksudkan oleh Daddy pada ketika itu. Saya cakap dengan dia, “Daddy ingatkan semalam? Kita baru sahaja ambil ujian darah. Kanser Daddy telah menunjukkan peningkatan yang baik sebanyak 50 %. Ayah akan menjadi wali nikah saya nanti,” cerita Lisa terhenti menahan tangisnya.
Tidak lama kemudian menyambung pula ceritanya, bahawa dia dan Daddynya terus berzikir bersama-sama sehinggalah sampai satu saat Daddynya seakan sukar sedikit untuk menuturkan kata.
“Ketika berzikir, dia seperti sukar sedikit untuk melafazkannya. Lillahi Ta’aala, tiba-tiba saya rasa ‘blackout’ . Selepas itu saya sedar dan mendapati Daddy sudah tidak bernafas lagi.
“Mata dia memandang ke atas, selepas itu saya seperti “Eh, apa yang baru berlaku ni?” “Apa yang blackout itu.”Selepas itu saya cakap, seolah-olah seperti dia memahami “ Daddy kalau hendak tidur, tutuplah mata Daddy.
Ads
“Dipertengahan Daddy menutup matanya, matanya memandang saya,” kongsi Lisa lagi dalam nada sebak.
Mendengar setiap butir bicara yang diungkapkan oleh Lisa Surihani, nyata benar-benar menyentuh hati netizen hingga ramai yang turut menitiskan air mata. Bahkan ada yang merasakan betapa beruntungnya Lisa Surihani kerana diberi peluang untuk membaca yasin dan berzikir bersama arwah bapanya. Momen tersebut cukup menyentuh hati.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kepenatan bekerja seharian ditambah dengan urusan rumah tangga, suami dan anak-anak adakalanya buat ibu hilang sabar. Hilang kawalan diri bila anak-anak mula buat perangai.
Marah, tengking dan kemudian menangis dengan perbuatan sendiri. Itulah kesalan rasa, hati seorang ibu. Gagal mengawal kemarahan, itulah yang tidak mampu dilakukan oleh ibu-ibu.
Perkongsian tip oleh Ibu Rose – Mesejnya Kasih ini sepatutunya menjadi penyejuk dan penguat semangat untuk terus menjadi ibu cemerlang. Belajar untuk kawal kemarahan. Itu yang sebaiknya. Ikuti tip perkongsian pakar keibubapaan ini.
Penting buat kita.
NAK SANGAT BERHENTI MARAH-MARAH NI… ANAK BUKANNYA SEMAKIN BAIK. SEMAKIN TERUK PERANGAI MEREKA ADALAH. DAH TAK SANGGUP STRES MEMANJANG DAH. NAK JADI PENYABAR DAN TENANG, BOLEH KAN? MACAMMANA?
Keluhan ini biasa Ibu terima di dalam inbox Ibu. Ramai yang mahu sabar tapi tak yakin boleh buat. Itu sebab Ibu nak beri sesuatu di sini.
Biasa dalam keadaan kita letih, penat. Benda yang kecil akan jadi besar. Yang selalu jadi tempias adalah anak-anak. Apatah lagi anak-anak yang masih kecil.
Mereka tak tahu dan tak faham apa yang kita lalui sepanjang hari. But sometimes, entah mengapa, walaupun hanya segelas air yang anak tertumpah dengan tidak sengaja, kita terus marah tanpa fikirkan kesan dan akibatnya. Padahal terrr-
tumpah je pun, tak sengaja!
Kita marah tu pulak, bukan marah sebab air tumpah je, siap dengan kata maki, mengungkit-ngungkit, kata anak bodoh, menyusahkan orang je, degil etc. Allah, nak tulis sini pun tak mampu. Sedih dan kesian pada anak itu.
Dan kita bawa tenaga marah itu sepanjang hari. Agak-agak apa anak rasa dalam hati?
Aku menyusahkan orang
Aku bodoh
Aku degil
Dan….Aku tak penting untuk mama!
Dalam hati dia dah mula bina system beliefnya sendiri. Walaupun dia masih kecil. Sebab anak kecil, bahagian otak unconscious mindnya lebih besar dari otak conscious mind. Apa yang dia hadapi sepanjang masa itu, apa yang dia nampak, dengar, dia akan serap dan simpan.
Dan no wonder lah, bila saat umur dia semakin besar, 5,6, 7 tahun, nak masuk sekolah, secara tiba-tiba, dia pandai marah orang. Pandai lawan kata. Pandai cakap kasar. Pandai pukul kita balik.
Pastu kita marah dia lagi, kata pulak dia degil, bengis, jahat. Lagi bertambah system belief tentang dirinya yang dia adalah seorang anak yang degil, bengis dan jahat.
Masuk remaja, jadi remaja liar. Masuk dewasa, jadi dewasa kejam. Masuk usia emas, jadi orang tua yang bengis. Begitulah pengalaman usianya dari tahun ke tahun. Kita yang bina system beliefnya itu dari kecil.
Akhirnya nak menyesal? Dah terlambat!
Kita tak pernah tanya pada diri sendiri. Apa yang aku buat sehingga anak bertindak begini teruk? Yang kita selalu fikir, mana dia belajar ni? Ini dah tentu sikap dia semulajadi.
Allah..sayang, anak-anak dilahirkan secara fitrah. Tiada cacat cela. Suci. Ibarat kain putih. Dosa pun takda. Kita yang mencorakkan kain putih itu. Lupa ya?
Sebab apa kita lupa? Sebab kita ego. Tak perlu nak belajar cara parenting ni semua, kita dah pandai sendiri bila anak dah ada. Kita ikut je cara didikan mak ayah kita masa kita kecil dulu.
Sedangkan deep inside your heart, you know, you are more hurt sebab semua pengalaman kenangan didikan masa itu tapi you tak tahu, tak sedar ia memakan diri kita bertahun-tahun lamanya. Dan itu yang menjadikan you sekarang. Mudah
marah, mudah naik tangan, mudah memaki mencela tanpa usul periksa. Dan mangsanya sekarang adalah anak kecil itu yang tak tahu apa-apa.
Sekarang sayang ada dua pilihan. Nak teruskan dengan cara didikan lama yangg diwarisi bertahun-tahun tapi kesannya sangat perit ATAU nak berubah demi anak tersayang, taknak dia lalui benda yang sama?
Nak anak membesar dengan suasana yang gembira, berkeyakinan tinggi, berpotensi menjadi diri sendiri dan seterusnya berjaya dunia akhirat dengan hati yang bersih?
Pilihan di tangan anda. Untuk berjaya dan nak dapatkan yang terbaik dalam apa-apa kita buat, kita perlu ada ASK.
Attitude – Skill – Knowledge ie Sikap – Kemahiran – Ilmu yang betul.
4 TIP MUTIARA
Jadi di sini Ibu nak kongsi sedikit 4 TIPS MUTIARA untuk masalah mudah marah ni:
1 – I Make a Difference in This World
Pertama dan yang penting sekali, adalah diri sayang. Sayang kene betul-betul sedar, rasa dan menerima bahawa kita sangat penting untuk dunia ini dan anak-anak. Sayang boleh bawa perbezaan kepada dunia ini. Selalu sematkan dalam hati
“I make a difference in this world”. “Saya sangat berharga”. “Dan saya nak menjadi ibu yang terbaik pada anak-anak saya”. Ini perkara pertama sayang kena buat dulu.
2 – Maafkan Ibu Bapa Kita
Segala apa yang sayang lalui semasa kecil bersama ibu bapa sayang. Sayang maafkan mereka dengan sepenuh hati. Lepaskan segala emosi yang terpendam itu. Lepaskan..supaya tiada sisa lagi. Sisa-sisa ini lah yang mencetus emosi marah itu,
marah tak semena, salah pada tempat dan masa.
Selepas itu, sayang maafkan diri sayang juga. Yang dah berlalu berlaku tu, lepaskan. Tiada gunanya lagi kan? Yang kita perlu fikirkan apa yang perlu aku buat untuk ubah keadaan menjadi lebih baik.
Jadi bila segala kemaafan ini kita luahkan dengan seikhlas hati, baru lah hati perasaan kita menjadi tenang dan dapat terima perkara yang baru. Menerima seadaanya apa yang berlaku. Dan mampu melakukan yang terbaik.
3- Upgrade Ilmu dan Faham Perkembangan Anak-anak
Bila fikiran hati dah selesai, seterusnya bersedia untuk upgrade ilmu ini sangat penting. Segala yang kita lakukan biarlah berasaskan ilmu yang betul. Bagaimana nak kawal marah? Mudah je. Pemahaman tentang perkembangan anak sangat
penting. Contoh: Anak 2 tahun suka baling barang. Kita marah macam mana sekalipun, sama je. Kenapa?
Tahukah sayang, anak 2 tahun ada satu fasa iaitu fasa individualizing. Fasa ini mereka hanya nampak diri mereka sahaja. Sebab mereka baru nak faham dunia. Jika kita faham fasa ini, mudah je untuk kita kawal mereka dengan cara tertentu mengikut kondisi anak itu.
Tapi tak ramai yang tahu kan? Inilah ilmu perkembangan anak-anak yang penting untuk kita belajar.
4 – Tahu dan Terima Perangai Buruk Anak dari Diri Sendiri.
Kesedaran ini sangat penting sebab hanya dengan kesedaran ini, kita akan lebih tekad berusaha untuk menjadi lebih baik. Kita akan cari ilmu untuk faham anak-anak. Tanpa banyak alasan, persoalan. Sebab yakin hanya dengan ilmu dan
kefahaman sahaja akan menyelesaikan semuanya.
Mulakan dengan diri sendiri. Semuanya akan berubah seiringan. InsyaAllah.
Kredit: Ibu Rose – Mesejnya Kasih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perancangn kita sebagai hamba itu adalah usaha namun perancangan Allah itulah takdirnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini tular di Tiktok menerusi video yang dikongsikan oleh @JajaED yang berhasrat untuk mengucapkan terima kasih kepada ‘rider’ yang membantunya memberi laluan sewaktu dalam perjalanan ke hospital
Namun rasa sebak dan sedih menyelubungi hatinya apabila dia mendapat tahu rider Food Panda yang pernah menolongnya itu telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh pemandu yang disyaki mabuk di Segamat, Johor.
Menerusi perkongsian video itu, wanita tersebut memaklumkan dia mencari penghantar makanan tersebut kerana pernah membantunya pada 20 September lalu.
Walau bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila dimaklumkan lelaki tersebut maut selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
“Saya baru berniat hendak mencarinya. Dia membantu saya pada pukul 5, 20 September lalu. Saya sakit hendak bersalin, dia bantu membuka jalan untuk laluan kami.
“Ya Allah, mengigil saya apabila mendapat tahu dia adalah individu yang sama (membantu),” katanya.
Melihat di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna turut berkongsi rasa sedih dan terharu dengan kebaikan yang pernah dilakukan oleh rider tersebut.
“Semoga kebaikan arwah menjadi inspirasi kepada kita. Semoga beliau juga ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” doa antara yang dititipkan di ruangan komen.
“Subhanallah, meremang bulu roma apabila baca kebaikan yang arwah buat sebelum meninggal dunia. Semoga arwah tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat syurga Allah,” ujar yang lain lagi.
“Semoga bantuan yg arwah bg pd akk nk bersalin ni menjadi salah satu asbab dia di tarik ke syurga,” komen yang lain pula.
Difahamkan, ‘rider’ dikenali sebagai Rudi Hermawan Sumarno itu meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Muar-Segamat pada Khamis lalu.
Setiap kali musim cuti sekolah mulalah anak tidur lambat kerana tidak perlu ke sekolah. Sudahlah tidur lambat, bangun pula terlebih awal macam hendak ke sekolah.
Jangan dibiasakan rutin tidur yang semacam ini pada anak-anak kecil kita. Ada risikonya yang mak ayah perlu tahu.
Apa yang perlu mak ayah tahu, waktu tidur anak merupakan aspek penting dalam perkembangan mereka kerana ia boleh membantu tubuh dan minda mereka berkembang dengan sihat.
Jadual tidur yang konsisten bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga membantu meningkatkan mood, daya tumpuan, dan pembelajaran anak.
Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, tindakan anak tidur lambat tetapi bangun cepat adalah tidak bagus kerana ia boleh mengganggu otak.
“Tidur lambat tapi bangun cepat ini sebenarnya kurang baik untuk anak-anak.
“Jika tak cukup 7-8 jam sehari tidur yang berkualiti otak jadi lemau, memori lemah dan susah faham pelajaran nanti,” jelasnya.
Jadi, bagi memastikan waktu tidur anak mencukupi, terdapat tiga perkara yang ibu ayah di luar sana boleh lakukan. Antaranya adalah:
1. Waktu tidur paling ideal adalah 9 – 10pm. Hal ini kerana waktu tersebut senang untuk membuatkan diri anak memasuki fasa deep sleep atau tidur tena. Selewat-lewatnya adalah jam 11ppm, jangan terlajak!
2. Boleh latih anak bangun seawal 6-7am setiap hari. Ini waktu terbaik untuk mereka menunaikan solat dan bersiap ke sekolah.
3. Ajar anak juga jika ada masa atau peluang, tidur sekejap di tengah hari selama 30min – 1 jam agar minda kekal cerdas.
Bukan itu sahaja bahkan ibu ayah perlu memastikan anak di bawah usia 6 tahun ke bawah supaya mempunyai Waktu nap time sehari sekurangnya 30 minit. Jangan biarkan mereka leka dengan gajet atau mainan di rumah.
Waktu tidur anak yang mencukupi perlu diutamakan agar si kecil tidak ‘lemau’ sepanjang hari malah otaknya cergas dan sihat untuk berada lama di sekolah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...