Dalam banyak-banyak sayur yang dapat disimpan untuk beberapa hari dan kekal elok antaranya adalah sayur lobak merah, jadi tidak hairanlah sayur ini menjadi antara sayur yang sering dijadikan stok wajib ada di dalam peti sejuk.
Pun begitu, andai tersimpan tertalu lama di dalam peti sejuk meskipun lobak merah nampak masih elok namun teksturnya terasa lembik dan kelihatan kecut. Bila terjadi begini, tanpa fikir panjang biasanya nak tak nak kita akan membuangnya sahaja.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun tahukah anda, sebenarnya lobak merah tersebut masih boleh diselamatkan dan kembali segar untuk digunakan dalam masakan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Munirah Jamaludin, yang mana perkongsiannya itu viral di tiktok. Jadi apa kata jika anda berdepan dengan masalah ini, anda boleh cuba cara yang dikongsikan untuk elakkan pembaziran.
Langkah 1 : Buang kulit lobak merah yang telah lembik dan kemudian potong kepada beberapa bahagian.
Ads
Langkah 2 : Sediakan air di dalam bekas dan kemudian rendam lobak merah tersebut.
Ads
Langkah 3 : Lobak merah akan kembali terasa keras dan segar setelah direndam dalam tempuh masa tertentu. Sedia untuk digunakan dalam masakan.
Perasan tak, sayuran atau barang basah yang disimpan dalam peti sejuk, lama-lama akan menyebabkan ia layu dan berbau. Bagi ibu-ibu yang suka membeli dalam kuantiti yang banyak, pasti ini mendatangkan masalah kan. Lebih -lebih lagi bagi yang nak jimatkan ruang.
Sebenarnya ada cara untuk atasi masalah ini dengan menggunakan plastik kedap Perkongsian ini dimuat naik oleh Tisam Ibrahim
Memanjangkan pahala ahli MAHN yg sudi ajar cara simpan barang basah dapur. Cara ni sy dah praktik spnjg PKP dan mmg terbukti dpt jimat duit, tak perlu pergi pasar byk kali dan menjimatkan ruang peti sejuk.
Ni rahsia dia. Ziplock bag. Berbaloi melabur beli ni. Perlu ada at least 2 size. Sy ada 3 saiz. Yg xde dlm gambar saiz L. Lupa nak ambik gambar. Dulu2 sy guna mangkuk aiskrim, mangkuk plastik jernih, bekas Ikea. Semua tak efisien sbb byk makan space. Pakai ziplock jimat ruang. Boleh basuh, lap, guna semula. Hanya buang bila dah bocor. Spjg PKP ni sy br buang 2 helai sbb kene sirip ikan.
Rahsia kedua; sapu tangan. Sapu tgn murah2 je kat kedai Mr DIY/Eco tu. Wajib guna utk alas dlm ziplock sayur2. Tujuannya utk serap lembapan. Air tu yg rosakkan sayur kita. Dulu2 sy guna tisu/kitchen towel tp tidak cost effective. Pakai sapu tgn boleh basuh dan guna semula. Yg ni sy pakai ziplock L.
Broccoli, celery, cauliflower potong2 dulu utk muatkan dlm ziplock. Jgn basuh. Kalau nak basuh pun, lap dulu sayur2 baru masuk ziplock. Tp sy x rajin. Nanti nak masak baru cuci sayur tu. Dlm gambar ni, broccoli dan celery tu dah seminggu lebih dlm fridge. Ni ziplock M.
Sayur berdaun pun sama. Petik2/potong2 dulu. Buang akar. Jgn basuh. Alas sapu tgn dlm ziplock dan simpan sayur. Sy dah buat dgn kangkung, bayam, sawi. Pernah sy simpan hampir 2 minggu. Masih elok tak rosak. Sayur berdaun sesuai dlm ziplock saiz L.
Kedai acheh jual pandan serumpun. Serumpun tu jugak boleh masuk dlm ziplock L. Senang. Jgn lupa alas sapu tgn juga.
Ni petua sy dpt dr group MAHN utk bg cili masak dan cili api tak kecut.
1. Buang tangkai cili.
2. Letak 3-4 ulas bwg putih
Mmg berkesan. Cili2 ni dah 2 minggu lebih bertahan.
Pantang tomato ialah jgn dibiarkan bergolek2. Alas dgn sapu tangan baru simpan tomato. Boleh guna cara ini utk limau dan lemon.
Daun sup, daun bawang, daun kari, daun limau purut, daun ketumbar dan daun kunyit yg kita paling membazir tiap kali memasak sbb kene beli byk tp guna sikit je. Boleh simpan lps ni. Berbeza dgn sayur2 sblm ni, yg ni kene cuci dulu. Cuci bersih2, potong, masuk ziplock S dan masuk FREEZER. Tak perlu alas sapu tangan.
Semua kacang2 masuk dlm ziplock. Yg ini org dah biasa buat.
Tips utk makanan basah; guna ziplock yg agk tebal. Ada ziplock khas utk freeze tp mahal. Guna yg biasa pun boleh cuma cari yg tebal. Tos dulu makanan basah baru masuk ziplock. Tak payah sapu tgn ye
Sama jugak. Dah guna nanti, basuh ziplock dgn sabun bersih2, lap dan guna semula selagi tidak bocor.
Cara susun
Susun semua ziplock secara menegak utk jimat ruang dan senang utk cari bahan masak.
Susun ziplock dlm freezer secara menegak. Bila dah keras, baru baringkan dan stack up. Jimat ruang.
Apa2 sayur akar/rhizome, cuci bersih dan rendam dlm air. Simpan dlm botol air/jar mcm ni. Tiap kali ambil utk guna sikit, ganti air. Yg kunyit tu dah 3 minggu lebih. Serai pulak dlm 2 minggu.
Susun ziplock secara mendatar dulu. Bila makanan dah beku, baru tegakkan. Jimat space dlm freezer.
Selepas disimpan
Dah lebih 2 minggu dlm freezer.
Dah lebih 3 minggu dlm freezer. Masih elok. Bila ditumis keluar bau kari mcm biasa.
Menu yang satu ni memang cukup terkenal di Pantai Timur. Sebut sahaja Solok Lada mesti terbayang lada hijau muda yangdisumbat dengan inti di dalamnya. Menu ini sememangnya cukup terkenal di Kelantan.
Ibu-ibu nak cuba buat sendiri. jom admin kongsikan resipinya.
Suami saya kata. Solok lada saya tersedap di dunia. Kita apa lagi kembang kempis hidung .😂 Sape nak resipi, mai saya bagi Resipi solok lada kelate cara saya Aishah Toke Kek
Bahan-Bahan: 20 biji lada solok Ikan selayang 12 ekor 5 ulas bawang merah 1inci halia, garam & gula Kelapa parut putih rm3 150ml Santan untuk merebus solok lada.
Anak-anak tentu suka makan takoyaki. Biasanya kita akan beli, kali ini apa kata kita buat sendiri. Mudah aje cara nak buatnya.
Ikuti perkongsian ini.
Bekal anak pagi ni baba buatkan TAKOYAKI versi MELAYU . Memandangkan baba takde acuan utk masak tako ni.. jadi kenalah kreatif. So baba buat ikut resepi CUCUR VIRAL. Alhamdulillah menjadi jugak. bleh makan sepuas²nya.
Resepi Cucur viral:
1 cawan air panas didih 1 cawan tepung gandum 1 sudu gula Secubit garam
Nak jadikan tako versi tekak melayu just tambah kubis (cincang halus) daun sup dan cili merah. Inti bleh la buh sosej, sotong atau crabstick… mana² yg berkenan.
Satukan semua bahan & kacau sebati dgn segera. bulat²kan pastu blehlah digoreng dalam minyak yg panas.
Untuk sos (versi hentam saja daa): Panaskan Kicap manis + gula & air.. pastu tambah tempung jagung utk pekatkan sos. sos kena manis baru sedap.
utk hiasan: saya tabur daun sup dgn bawang goreng.. bonito xde kat rumah.