“Macam Tok Ti Masa Muda.” Bersemut Tengok Bella Dan Suami, Wargamaya Titip Doa
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin membina kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.
Tidak dinafikan pastinya ada pasang surut dalam rumahtangga. Ketika ini setiap pasangan harus bersikap bertolak ansur untuk memastikan hubungan suami isteri kekal bahagia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bak kata perpatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Begitu buat pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah yang tidak terlepas melalui saat kesukaran dalam kehidupan mereka.
Namun pasangan ini telah melalui fasa itu dengan baik. Kini mereka bahagia meniti hari bersama membina sebuah keluarga yang harmoni.
Terbaru menerusi akaun TikTok milik Bella Astillah yang memaparkan aksi manjanya di samping suami tersayang.
Ads
Nyata, riak wajah Bella yang ceria dan suami membuktikan pasangan ini saling menyayangi antara satu sama lain.
Dalam pada itu, wargamaya turut memuji dan titip doa kebahagian pasangan ini. Bahkan ada yang berseloroh mengatakan wajah Bella persis Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Meninjau di ruangan komen rata-rata para wargamaya meluahkan rasa gembira melihat pasangan ini kekal bahagia. Antara komen wargamaya adalah seperti berikut.
Bekerja dari rumah bukanlah perkara yang asing kini selepas negara dilanda pandemik Covid-19 sejak tahun lalu. Dalam pada yang sama perlu mengurukan pembelajaran anak-anak di rumah (PdPR).
Namun semua itu adalah cabaran buat kita semua. Bagaimanapun tidak dinafikan, kadang kala emosi tertekan itu datang. Bukan suami tidak membantu, lumrah emosi itu datang tanpa sedar.
Luahan antara salah satu cara untuk melegakan apa yang dialami. Tular di media sosial luahan emosi dan sekeping gambar buku sekolah yang koyak. Begitulah yang dialami oleh wanita ini, puan Shazila Johari menerusi postingnya sehingga mendapat share lebih 12K.
Sekadar berkongsi luahan, beliau tidak menyangka ramai yang memberi pelbagai komen pro dan kontra termasuk yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat serta nasihat.
Moga jadi perkongsian ini menjadi iktibar untuk sama-sama menjadi ibu dan isteri yang sempurna buat anak-anak.
Penat sangat
Hari ni aku rasa tewas sebagai mak + org rumah + penjawat awam.. Tewas dgn nafsu marah.. Jujurnya aku rasa penat sgt.. Pkp ni bukan mudah utk aku..dengan anak2 kecik 5 org.. Anak2 yg pdpr perlukan perhatian penuh sbb baru darjah 1 dan 2..yg tabika tadika pun ada keja jugak.. Baby lagilah xtau apa,nak kena tgk dia.. Status bdr lagi.. Apa punya laaa.. Aku bangun pagi bukak komputer anak2.. Sediakan buku kat sebelah.. Along dah terlepas kelas english, ada 2 lagi online class yg dia masuk.. Si farhan kelas sains saja hari ni online, yg lain semua dalam GC. Itupun buku teks dah hilang ke mana, tak dapat aku jejak.. Jadi aku bukak buku teks online siap2.. Dah makan nasik goreng, dia pun masuk kelas dia.. Yg along tak habis2 sampai ke tengahari. Makan pun x sempat lg tu.. Sambil2 tula aku ni berlari sidai cadar selimut yg org tu kencing semalam.. Yg tak lipat pun bertimbun lg.. Kemas2 dapur, 2-3 kali bukak tutup peti ais, xtau apa nak masak.. Keluarkan ayam dulu.. Suapkan si kecik2 pulak.. Dahtu baru nak mandikan depa bertiga ni..
Perlu rehat Sufiy habis kelas, aku suruh bwak buku bahasa melayu.. Mai abg, kita buat sikit ja ni.. Dia punya bebel sambil teruih tgk tv.. Ha, part tu aku memang sakit hati.. Makanya aku ambik buku tu dan aku koyak2 macamana koyaknya hati aku dengaq dia bebel kat aku.. Aku ni mak dia kot.. Lalu kekuatan yg aku dok tahan2 sejak 2 minggu kelam kabut dengan segala ni berakhir.. Aku reyau dan reyau.. Reyau sbb aku sgt penat.. Aku sikit pun tak berbangga bila aku koyak buku dia, aku geram sgt2.. Tp dia langsung macam takdak apa2.. Kalau along, dah reyau jugak tu..
Hari ni… Setelah aku penat reyau, aku buat keja skolah depa dua hari ni guna tangan kiri dan hantaq kat cikgu. Sofia dah settle tadi lg.. Pi mampuih la dgn pdpr dan bdr hari ni.. Aku penat…. Bagi aku rehat sat hari ni..supaya esok2 aku boleh jadi normal balik.. Dapoq tak berasap smpai ke malam. Maaflah anak2.. Hari ni hari emosi mak.. Tupun ptg mak kena jenguk jugak keja mak sendiri, malam pulak tggu hampa tidoq mak sambung lagi.. . Satgi org dok kata mak makan gaji buta saja kan..
Terima kasih doakan…
Dalam pada itu setelah tular perkongsian beliau pelbagai komen. Namun beliau tidak melatah sebaliknya menerima dengan hati terbuka. Melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada yang mendoakan dan katan-kata nasihat.
Jujurnya aku tak baca semua komen kat post smlm..ada terbaca jugak.. Dia cakap koyak buku pun tak guna.. Ehhh.. Awk bukan kat tempat sy tau.. Kasikla komen murni sikit..awk buat org tambah down tau.. Nsib baik aku ni ok.. Haha
Terima kasih yg mendoakan.. Aku dah ok.. Eh,sebenarnya aku masih ok smlm tu.. Sbb tu aku koyak kulit buku je, isi buku tak koyak.. sbb aku tau tukang solotep kulit buku tu nnt aku lahhh jugak.. Haha..saja kasik seram sikit depan dia.. 😆
Dan yg buatkan keje skolah tupun stakat smlm jela.. 1 hari dalam sejarah katanya.. Hampa jgn tiru pulak.. Tp its really ringankan bahu. Hahaha..
Sekolah anak2 tak bebankan pun.. Dah banyak cikgu2 baiki.. Skrg ada 1 dashboard je utk semua subjek, link GM yg sama, tak perlu tertunggu2 link bertukar2.. Kat situlah kehadiran bagai.. Dan jadual pun walaupun masih ada semua subjek tp tak semua ada GM.. Cikgu dah tanda siap2 yg ada GM, 1-3 subjek macam tu.. Kadang 1 je sehari tp mcm wajiblah.. Yg lain smua dalam GC saja..yg buat mak geram tu adalah sikap longlai anak2 ni ha.. Depa sembunyi2 tgk youtube, main game..
Anak2 ptg smlm dah kena tatacara ketenteraan ngan bapak depa.. Wakaka.. Cikgu besaq hampir2 nak bersara semalam.. Pegawai PPD turun padanglah kiranya!
Hari ni masing2 bangun awai, masuk kelas dan siapkan homework.. Bermalas2 jugak tp sy ok je asal jalannn…
nampak??? Bapak kena ambik peranan.. Tak suruh bapak dok lipat baju kat belakang anak2 dok GM macam mak(akulah tu kan).😉. Cukup bapak bagi arahan ketenteraan suruh depa stay kat situ ja.. Musim2 gini, mak ayah kena bergabung tenaga.. Gitulahh ceritanya.. Sekian.. Dah udah.. Usah dipanjangkan.. Moh mak nak masuk opis pulak.. Anak2 dah habis kelas n homework hari ni. 😘
Tambah sikit lagi.. Sekolah n cikgu2 anak aku sgt ok.. Aku bukan stress sebab keja2 tu semata..bnyk benda menyumbang.. Apahai ramai pulak salahkan kpm, sekolah dan cikgu bagai.. Lawak la hampa.. Hampa rasa cikgu2 tu takdak anak2?? Depa lagi stress kot.. Nak online kelas dgn anak2 hampa.. Anak depa hampa rasa sapa jaga?? Jgn mudah2 salahkan org.. Doa bagi covid ni cepat berakhir supaya kita semua dapat back to normal.. Tu kan punca utama kita trkeluaq dari landasan yg biasa2 kita hadap ni.. Take care semua.. Hentikan covid ni!!
Komunikasi amat penting dalam sebuah keluarga. Melalui komunikasi antara ibu bapa dengan anak remaja diharapkan dapat membantu sebuah keluarga yang bahagia.
Melalui perkongsian lelaki ini, Ammar Kamilin menjelaskan bahawa komunikasi dengan remaja ada cara tersendiri yang ibu bapa kena tahu.
Ikuti panduan ini.
Dalam status sebelum ini, ada saya sebut tentang ‘probing questions’ atau dalam bahasa Melayu, ‘soalan mengumpan’.
Beberapa rakan memohon supaya dijelaskan apa maksud dan contohnya.
Rakan dalam bidang ‘coaching’ atau ‘mentoring’ lebih mahir dalam perkara ini. Namun, untuk perkongsian asas dan ringkas, saya ceritakan apa yang ada di dalam pengetahuan saya.
Soalan begini, sesuai dipraktikkan apabila bercakap-cakap dengan anak remaja. Tujuannya, kita mahu lebih banyak mendengar daripada membebel. Kita tak mahu terlalu dominan senario, “I’m talking, you listen!”. Perlu diseimbangkan dengan ‘Let them talk, we listen.’
Remaja memang diketahui lebih suka menyimpan dan memendam daripada meluahkan perasaan pada sesiapa.
Anak saya mengesahkan kenyataan itu semalam. Dia bercerita betapa rakannya banyak memendam perasaan, sehingga ada masa, kawan itu dilihat menangis di ceruk dinding. Jauh dari kawan-kawan.
Saya mengikuti rapat perkembangan rakannya, jika perlu, saya bercadang mahu membantu. Moga anak itu baik-baik saja.
Balik kepada apa itu ‘soalan mengumpan’?
Kebanyakan kita mungkin selalu praktikkannya, cuma tidak sedar bahawa amalan itu ada nama dan ilmunya.
Senario 1.
Anak masuk ke dalam kereta. Kereta mula bergerak.
Kita pun bertanya, “Seronok sekolah hari ni?”
“Macam biasa.”
“Kawan-kawan semua ok di sekolah?”
“Ok.”
“Banyak kerja rumah hari ni?”
“Ada laa…”
“Malam ni, buat ya.”
“Hmm…”
“Penat eh sekolah?”
“Sikit laa…”
“Nak abah tolong apa-apa?”
“Takpe.”
“Boleh buat sendirilah?”
“Boleh.”
-Tammat-
***
Soalan-soalan ‘tertutup’ di atas adalah soalan yang mengundang jawapan mudah dan pendek daripada anak remaja.
Soalan begini, dianggap ‘no brainer’. Tak perlu fikir panjang untuk jawab. Bibir boleh melontar jawapan sendiri.
Soalan yang mengundang jawapan, ya atau tidak. Ok atau tidak. Sudah atau belum. Jawapannya hanya sepatah perkataan sudah mencukupi.
Anak remaja dah lemau dengan rutin sekolah. Bertanya perkara yang rutin, meloyakan mereka untuk menjawab.
Remaja sangat sinonim dengan perkataan, ‘bosan’. Sebaiknya, elakkan soalan sama setiap hari yang menambah kebosanan mereka.
***
Senario 2.
Anak masuk ke dalam kereta. Kereta mula bergerak.
“Apa yang menarik di sekolah hari ini?”
(Dia akan berfikir lama. Mencari apa yang menarik dan boleh diceritakan.)
“Belajar, macam biasa je. Cuma tadi, kitorang discuss pasal Nani yang tiba-tiba menangis dalam kelas.”
(Kita boleh baca tersirat, perkara belajar itu tidak terlalu besar bagi dia. Tapi, ‘friendship’ adalah tumpuan utama. Ya, pada peringkat umur ini, persahabatan no. 1. Mereka boleh merudum akademik, hanya disebabkan tidak diterima masuk dalam kelompok tertentu. Kawan-kawan dia adalah kembar lain mak, lain bapak.)
“Oh, kenapa dia menangis?”
“Kita orang syak, dia ada masalah dengan bapa dia. Dengar dia cakap dalam telefon, dia macam tak puas hati, bapa dia tak layan dia macam abang dan kakak yang lain.”
(Remaja mempunyai banyak konflik diri. Salah satunya, ‘self-acceptance’ oleh keluarga, rakan dan orang ramai. Mereka mahu diterima dengan cara, mendapat ‘recognition’ dari orang sekeliling. Ramai yang menjauhkan diri dari ahli keluarga, kerana tidak mendapat ‘pujian dan sokongan’ yang diperlukan. Biasanya, apabila apa yang diminati, lari dari apa yang dimahukan ibu bapa.)
“Oo… Siannya… So, apa plan korang?”
“Kitorang tak tahu lagi. Sebab kitorang pernah tanya, tapi dia taknak cerita detail. Dia kata, biar dia pendam sorang-sorang. Kitorang risau juga, itu sebab tak boleh biar dia tinggal menyendiri. Nampak dia kat mana-mana sudut, kitorang tarik ikut sekali. Kitorang macam try to supportlah.”
(Kita boleh nampak, kematangan seorang remaja pada jawapan yang diberi anak kita.)
-Tammat-
***
Berbanding senario 1, senario kedua banyak menggunakan soalan terbuka. Soalan yang jawapannya perlu ulasan.
Saru contoh lebih jelas, soalan sama, tapi jawapan boleh berbeza.
Kita tanya anak,
“Hari ni ada benda menarik di sekolah?”
Dia boleh jawab, ADA atau TAKDE.
Tetapi jika kita ubah kepada,
“Apa yang menarik di sekolah hari ini?”
Dia perlu juga memberikan ulasan. Kerana soalan meminta APA?
Kesimpulannya,
Untuk mencungkil lebih banyak cerita dari anak, banyakkan soalan,
APA KENAPA BAGAIMANA MACAM MANA MENGAPA
Soalan-soalan ini, boleh mengundang jawapan terbuka.
Boleh juga mantapkan perbualan dengan ‘filler’ seperti, Ooo, Aha…, Hmm…, I see…, Betul juga ya…
Perkataan tersebut, jika disebut dan disertakan penuh emosi berminat, tambah pula dengan memek wajah yang empati, akan mengundang keseronokan kepada remaja untuk terus bercerita.
Itu saja parents. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan ramadan bulan yang mulia, bulan yang di mana umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala dengan melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran, bersedekah dan solat terawih.
Bagi yang mampu sempurnakan ibadah tanpa ada sebarang masalah, alhamdulillah. Tapi bagi yang ada tanggungjawab lain, misalnya menjaga anak-anak yang masih kecil, jangan rasa rendah diri dan kecewa kerana tidak mampu membahagikan masa kerana sekecil-kecil perkara yang anda lakukan, Dia Maha Mengetahui dan mencatat segala amalan yang dibuat.
Seperti perkongsian oleh Hajar Akma Mohd Rawi ini, semoga memberi inspirasi buat semua.
“Ramadan seorang ibu itu Allah uji dengan sabarnya melayan karenah anak-anak”
Sejak jadi ibu, tak pernah lagi solat terawih kat masjid.
Semalam rasa frustrated sangat. Tengah solat, si Aman dok depan konon nak jadi imam. Husna tengah bising dok main playdoh. Dengar satu-satu okay dia cakap apa. Hanaa’ tengah memanjat.
Baru bukak Al Quran, ada yang berak, ada yang nak air, nak susu.
Nak tunggu Encik Suami selesai solat, masa tu mesti dah mengantuk dan sibuk nak siapkan makanan sahur.
I was like, come on, Ramadan sekali je setahun. Tahun depan belum tentu jumpa Ramadan lagi. Bagi la can nak beribadah dengan khusyuk dan tenang. Masa tu memang sedih dan frust.
Tapi bila tengok muka anak-anak, well I guess my ladang pahala is different now. Mungkin Ramadan seorang ibu itu Allah uji dengan sabarnya melayan karenah anak-anak.
Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya sempat solat sunat 2 rakaat ketika malam, disempurnakan dengan ikhlasnya dia menyediakan sahur buat keluarga.
Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya semuka sahaja Quran sempat dibaca, Allah lipat gandakan pahalanya kerana nak baca semuka tu pun struggle.
It’s okay dear moms. You’re not alone. Allah Maha Kaya. Allah Maha Tahu.
Betulkan niat, ikhlaskan hati. Peringatan utamanya untuk diri sendiri 😊 With ❤, Ibu triple H. #SHAMR
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...