Bila tanya pada semua orang tentang kepentingan menabung, sudah pastinya semua setuju.
Namun nak menyimpan wang ni bukan mudah, ia memerlukan kesungguhan dan semangat yang tinggi. Bagi yang bergaji kecil sudah tentu lebih cabarannya.
Namun tidak salah mencuba untuk menyimpan. Jika ada kesungguhan pasti berjaya.
Bagi yang newbie boleh cuba cara ni. Mudah dan praktikal.
TIPS SIMPAN DUIT Tahun ni boleh start buat sudah. RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan rm400. RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun rm500. RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan rm1000. RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan rm500. RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun rm300. RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun rm600. TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Banyak kan?
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Hati-Hati Kerap Dedah Anak Lagu Hiburan, Bila Jadi ‘Inner Voice’ Sukar Nak Didik Ilmu Ilmiah.
“Saya rasa antara dosa terbesar pada anak anak saya dulu adalah saya lupa nak cakna konten CD, video, kaset dan siaran radio kereta saya.”-Dr Taufiq Razif
Ramai ibu bapa anggap apabila dedahkan anak dengan lagu-lagu hiburan untuk halwa telinga di dalam kereta adalah biasa aje.
Namun siapa sangka bahawa ia sebenarnya akan memberi aura yang tidak baik untuk pertumbesaran anak yang dipanggil ‘Inner Voice’.
Begitulah yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif mengenai impak pendedahan ini kepada kanak-kanak yang masih kecil.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Saya tak perasan benda ni hinggalah satu hari saya dengar anak saya bersiul lagu yang entah apa apa.
Kalau tak silap lagu cintan cintun gitulah. Padahal sebelum ni bagi saya lagu tu biasa je tapi entah kenapa bila ianya keluar daripada mulut anak saya sendiri, saya rasa bersalah gila!
Anak orang lain mengaji, anak kita duk menyanyi lagu merapu! Uih sentap weh bila teringat balik benda ni.
KERAP DEDAH ANAK LAGU HIBURAN AKAN JADI ‘INNER VOICE’ PADA ANAK
Rupanya lagu yang kita expose anak kita tu akan jadi ‘inner voice’ anak anak kita. Benda tu akan bergema dalam minda anak kita dan boleh kekal masuk ke subconscious mind anak kita sampai bila bila!
Anak kita bersiul lagu tu bukan sebab dia cuba ingat balik lagu tu tapi sebab irama lagu tu bergema dalam minda dan hati dia!
Bayangkan kalau saya dengarkan ayat Al Quran ke, ceramah agama ke, hadis ke ataupun siaran yang ilmiah mesti itulah nanti yang akan bergema dan menjad ‘inner voice’ anak anak saya.
Saya taknak mak mak semua pun buat silap yang sama seperti saya. Boleh ke mulai harini mak mak semua pakat download video ceramah, mengaji dan setidaknya video dokumentari untuk anak anak semua?
Boleh ke?
Sebab otak anak anak ni lagi lagi yang berumur 6 tahun ke bawah umpama span. Dia akan serap semua yang dia dengar dan boleh kekal dalam otaknya sampai bila bila!
Semalam merupakan hari ulang tahun perkahwinan ke 8 bagi pasangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina Mohd Nor.
Di laman instagram, masing-masing ada memuat naik ucapan. Namun yang paling sweet dan cukup menarik apabila thrwback kisah perkenalan awal mereka sehingga ke jenjang pelamin. Dan kini pasangan ini bahagia dengan kehadiran 4 cahaya mata.
“Pic – Our 8th Anniversary today . It has been 8 years since we got married and InsyaAllah till the end of time with more kids to come . Berdoa for more twins”
Menurut Dr Sheikh Muszaphar lagi, mereka kenal di HUKM dan Dr Halina merupakan pelajarnya.
“Saya berjumpa Dr Halina semasa zaman saya di HUKM. Dia adalah pelajar saya ketika itu. Saya tertarik kepada kecerdasannya berbanding kecantikannya. Walaupun berbeza usia 8 tahun namun saya anggap itu satu jurang yang baik.
“Ketika saya dipilih untuk latihan angkasawan saya di Rusia, kita sebenarnya “berpisah” tanpa mengetahui apa yang akan terjadi pada hubungan kita. Saya sentiasa percaya dengan iman. Allah tahu yang terbaik.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar lagi, 10.10.10 tarikh pilihan mereka untuk mengikat tali perhubungan mereka. Dan kini mereka diberkati dengan kurniaan 4 anak yang cantik.
Dr Sheikh turut mendoakan semoga ikatan perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.
“Semoga keindahan perkahwinan kami kekal selama-lamanya. Amiinn ..TQ atas Doa dan ucapan anda semua,”tulisnya di kapsyen.
Shuib Watie gift TikTok menjadi perhatian ramai selepas pasangan ini berkongsi momen bahagia menyambut kelahiran cahaya mata perempuan mereka. Dalam suasana penuh syukur, Shuib dan isterinya, Watie Hanafiah, menerima limpahan sokongan luar biasa daripada para peminat menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dan Watie selamat menimang bayi perempuan pada petang Isnin. Khabar gembira itu pastinya menggembirakan ramai, lebih-lebih lagi buat peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga mereka.
Menerusi laporan media tempatan, pasangan usahawan itu turut berkongsi nama indah yang diberikan kepada bayi kelima mereka iaitu Akira Juwita Zahra. Menurut Shuib, nama tersebut dipilih sendiri oleh Watie kerana mahu diselarikan dengan nama anak kedua mereka, Dzakira Thalita Zahra, 13 tahun.
“Nama Akira Juwita Zahra dipilih oleh Watie kerana hendak samakan dengan nama Thalita,” dedahnya kepada mStar.
Apa yang lebih mencuri perhatian, pasangan ini turut berkongsi momen istimewa ketika membuat siaran langsung di TikTok. Dalam sesi tersebut, Shuib dilihat terkejut dan bersyukur apabila menerima pelbagai gift daripada peminat dengan jumlah yang sangat besar.
“Ya ALLAH, awak nak bayarkan bil hospital ke ni? Ya ALLAH. Awak betul-betul hendak bayarkan bil saya ni.
Kata-kata spontan Shuib itu nyata menyentuh hati ramai. Bagi kebanyakan ibu bapa, kelahiran anak sememangnya sering dikaitkan dengan kehadiran rezeki yang melimpah. Begitu juga yang dirasai pasangan ini apabila kehadiran Akira Juwita seolah-olah membawa bersama kasih sayang dan sokongan tidak putus-putus daripada orang ramai.
Sementara itu, Watie turut mendedahkan jumlah sebenar gift yang diterima pada malam tersebut iaitu sebanyak RM81,418.48. Dia juga menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada semua yang menyokong mereka.
“Alhamdulillah rezeki baby malam ni, terima kasih yang support beg kuning mommy dan daddy,” titipnya.
Perkongsian mengenai Shuib Watie gift TikTok itu terus menerima pelbagai reaksi netizen. Rata-rata meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan Shuib dan Watie, selain mendoakan agar bayi kecil mereka membesar dengan sihat, menjadi anak solehah dan membawa keberkatan kepada seluruh keluarga.
Untuk rekod, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah selamat melahirkan bayi tersebut di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara. Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Shuib sebelum ini mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Kehadiran Akira Juwita Zahra pastinya menambah seri dalam keluarga besar ini. Dalam dunia serba digital hari ini, tanda kasih sayang peminat boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Namun yang paling penting, setiap doa dan sokongan yang diberikan pastinya menjadi kenangan manis buat Shuib dan Watie dalam fasa baharu kehidupan mereka sebagai ibu bapa kepada bayi perempuan yang comel ini.
Benarlah, setiap anak hadir bersama rezekinya yang tersendiri. Bagi Shuib dan Watie, kehadiran Akira Juwita bukan sahaja melengkapkan kebahagiaan rumah tangga mereka, malah membawa sinar dan kegembiraan yang turut diraikan oleh para peminat.
Kisah Shuib Watie gift TikTok ini juga memperlihatkan bagaimana hubungan selebriti dan peminat kini menjadi semakin rapat menerusi platform digital. Sokongan yang diberikan bukan sekadar dalam bentuk tontonan atau komen, tetapi juga melalui penghargaan yang jelas menunjukkan rasa kasih dan keterujaan peminat terhadap momen istimewa pasangan ini.
Dalam masa yang sama, ramai melihat situasi ini sebagai satu detik yang cukup manis kerana ia berlaku sejurus selepas Watie selamat bersalin. Momen seperti ini jarang-jarang berlaku dan itulah yang menjadikan kisah Shuib Watie gift TikTok begitu hangat diperkatakan.
Bukan sahaja jumlah gift yang diterima menjadi bualan, malah ramai juga tersentuh dengan reaksi spontan Shuib yang jelas menggambarkan rasa syukur dan terharu. Reaksi jujur seperti itu membuatkan ramai peminat semakin senang hati untuk terus menyokong mereka.
Akhirnya, kisah Shuib Watie gift TikTok ini bukan sekadar tentang angka RM81,418.48 semata-mata. Lebih daripada itu, ia adalah kisah tentang rezeki, doa, kasih sayang dan kebahagiaan yang hadir bersama kelahiran seorang anak. Itulah sebabnya ramai menganggap Akira Juwita benar-benar membawa sinar yang luar biasa buat keluarga ini.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.