Dalam banyak-banyak menu sarapan yang mak-mak kita dulu biasa buat, nasi goreng adalah salah satu daripadanya. Boleh dikatakan nasi goreng yang dimasak walau ringkas tanpa menggunakan perencah istimewa tetap sedap dan menyelerakan rasanya.
Bahkan hingga ke hari ini, jika mak dapat sediakan nasi goreng tersebut memang makan tidak pandang kiri dan kanan. Sungguh sedap tidak pandang menu yang lain!
Pun begitu, jika mak jauh di kampung atau ibu sudah tiada lagi dan teringin hendak merasa nasi goreng sebegitu, bolehlah mencuba resipi yang dikonsikan oleh Har Ryea ini agar terubat rindu pada ibu tercinta.
Nasi Goreng Legend
Bila sebut Nasi Goreng Lagend inilah dia, tak perlu susah-susah hendak fikir perencah itu dan ini.
1. Tumbuk sahaja bawang merah, bawang putih, lada kering yang telah direbus sekejap dan ditambah dengan ikan bilis.
Ads
2. Kemudian tumbuk sampai macam ini, tidak perlu lumat sangat.
3. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bahan-bahan tadi hingga garing. Masukkan garam dan ajinomoto.
Ads
4. Pecahkan telur, kemudian ratakan perlahan-lahan.
5. Masukkan nasi dan gaul rata sehingga berwap. 6. Siap. Mudah dan sedap confirm makan bertambah.
Biasanya bila kita sekeluarga ingin bercuti ke lokasi yang jauh dengan menggunakan kenderaan, semestinya akan berhenti beberapa kali di stesen minyak sebelum sampai ke destinasi dituju. Tujuan utama selain untuk mengisi minyak yang menyusut kuantitinya, bahkan bertujuan untuk menggunakan perkhidmatan tandas awam yang tersedia di situ.
Umumnya, tandas awam yang tersedia biasa-biasa sahaja keadaanya namun berbeza sekali dengan tandas awam yang terdapat di stesen minyak di Melor, Kelantan ini.
Bagaikan di kayangan, orang ramai yang menggunakan tandas awam di sebuah stesen minyak di Melor di sini akan terpegun dengan hiasan dan kemudahan yang disediakan di dalam tandas berkenaan yang nyata lain daripada biasa.
Ini sebagaimana memetik berita yang dipaparkan di portal Sinar Harian.
Hiasan cantik dengan tema keemasan itu membuatkan sesiapa sahaja yang menggunakan kemudahan awam secara percuma tersebut tidak kekok untuk berada lama di dalam tandas berkenaan tambahan pula ia dilengkapi penghawa dingin, televisyen, pemanas air, meja solek dan dihias bagaikan sebuah bilik.
Pelik, namun itulah kelainan yang dilakukan Datuk Dr Ahmad Omar, 84, yang membina tandas awam berkenaan di sebelah stesen minyak miliknya di Melor di sini untuk kegunaan orang ramai.
Dianggap janggal kerana membina sebuah tandas yang berkonsepkan moden dan bagai kayangan, namun Ahmad tidak menjadikan kecaman itu sebagai pematah semangat untuk beliau terus membuat kebajikan kepada orang ramai.
“Sebelum ini, kita dididik dengan pemikiran tandas awam adalah tempat yang kotor dan tidak terjaga. Jadi kelainan ini saya buat untuk memberi kebajikan kepada orang ramai dan pemikiran negatif tersebut kita boleh hakis dari masa ke masa.
“Apa yang saya buat ini hanya untuk keselesaan pengguna. Walaupun pelik, tapi kelainan dia akan memberi kepuasan hati kepada pengguna,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Ahmad berkata, beliau berhabis lebih RM10,000 untuk membina tandas berkenaan.
“Sebanyak 35 jenis barangan saya masukkan ke dalam tandas ini dan salah satunya televisyen serta pemanas air untuk membancuh kopi,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, beliau juga meletak harapan tinggi supaya selepas ini masyarakat akan mengubah persepsi bahawa tandas adalah tempat yang kotor sedangkan ia perlu dijaga setiap masa sebagaimana kita menjaga kebersihan diri.
Menikmati pencuci mulut yang satu ini sememangnya cukup sedap. Cara yang dibuat juga ringkas, pasti membuatkan sekeluarga menyukainya.
Untuk ibu-ibu yang nak mencuba, ini resipi yang dikongsikan oleh Zulaikha Ghazali.
Terajin pulak buat puding lumut butter untuk pencuci mulut harini .
Nampak macem sodap nanti malem kita rasa yepppp
(Resepi langkah2 dalam gambar)
Bahan-bahan
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan dan kacau sebati :
– Dua biji telur
– Santan 200ml
– 4 cawan air
– Gula 3/4 cawan gula ( ikut selera korang kalau nak manis boleh lebihkan gula kalau tasuke manis boleh kurangkan )
-1/2 sb garam
2. Kemudian masukkan sebungkus serbuk sehingga dan pewarna hijau. Apabila semuanya ada dan tuangkan ke dalam periuk.
3. Masak sambil kacau di atas api perlahan . Bila dan mendidih dan jadi ketul – ketul cemtu boleh tutup api . Sejukan kejap .
4. Bila dah sejuk sikit boleh tuang dalam bekas . Kalau tuang masa panas jadi tak cantik sebab ada mendapan air . Kemudian sejukan .
Subhanallah! meremang rasanya bila membaca kisah yang dikongsikan oleh Heliza Helmi yang mengikuti misi kemanusiaan baru-baru ini.
Biarpun tahu nyawa ibarat dihujung tanduk, namun srikandi Islam ini yang tidak sedikit pun ada rasa gentar dalam jiwanya untuk berbuat bakti di jalan Allah.
Semoga perkongsian ini mampu membuka mata dan hati supaya kita menjadi hamba yang bersyukur serta sentiasa mendoakan supaya suadara Islam kita disana mencapai keadilan kelak.
Menurut Heliza, dia dan rombongan hampir syahid dibedil peluru ketika dalam misi kemanusiaan tersebut. Biarpun sedar keadaan di sana cukup bahaya, tapi penyanyi dan sukarelawan cekal ini tetap nekad untuk turun ke bumi bergolak bagi menghulurkan bantuan.
Dalam satu temubual bual bersempena hari wanita bersama Suria Fm, Heliza telah menceritakan detik cemas ketika melakukan aktiviti sukarelawan di bumi Palestin, apabila secara tiba-tiba mereka mendapat panggilan supaya beredar dari kawsan yang dilawati kerana satu peluru akan dilancarkan ke arah mereka.
“Ketika kami mahu salurkan bantuan kemanusiaan, kami dikhabarkan akan ada sebuah roket peluru berpandu bakal meletupkan objek yang bergerak. Dan objek bergerak itu sebenarnya adalah kami kerana ketika itu berada di dalam van.
“Masya-Allah, kami takut ketika itu dan benar niat kami mahu mati syahid tetapi apabila terperangkap dalam situasi sebegitu, mahu atau tidak kami perlu cuba selamatkan diri. Masuk sahaja ke dalam van dan pemandu van memecut laju. Dijadikan cerita dalam perjalanan tersebut, van kami diberhentikan oleh seorang pemuda.
“Katanya kami perlu keluar dari kawasan itu kerana ia tidak lagi selamat. Lokasi itu telah dihujani bom, bermandi darah dan sebagainya. Syukur kerana Allah SWT masih lanjutkan usia kami. Mungkin juga kerana niat kami mahu membantu dan semoga Allah menggunakan kami untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Ujar Heliza lagi, mereka menyorok dalam liang lahad dan terus tawakal pada Allah. Akuinya, jika sampai masa sudah ada tempat untuk disemadikan. Mereka hanya berserah kepada Allah kerana jika mereka terus lari menggunakan kenderaan mudah untuk mereka menjadi sasaran peluru.
Selain itu, Heliza turut berkongsi satu kisah yang cukup menyentuh hati.
“Setiap misi yang saya sertai memberi pengalaman yang berbeza. Salah satunya ketika menyertai misi kemanusiaan bersama NGO Aman Palestin di Syria. Ketika itu kami berada di kem Yarmouk berjumpa dengan pelarian Gaza.
“Saya sempat bertanya kepada seorang lelaki warga emas, apa yang dimakannya jika bantuan makanan tidak sampai ke sana. Jawabnya, “Apa yang kambing makan itulah yang kami makan.”
“Lebih memilukan, mereka mengambil kotak yang kami isi dengan pek makanan lalu mereka akan koyak menjadi cebisan-cebisan kecil kemudian direbus dengan air hujan lalu disuap kepada anak-anak kecil untuk mengalas perut.
‘Dan apa yang membuatkan kami (peserta misi kemanusiaan) berasa kagum dan hebat dengan sikap mereka adalah, walaupun dalam keadaan seperti itu mereka berkata, “Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami.”
Kisah sepenuhnya dikongsikan ketika temu bual bersama Heliza yang dimuat naik di dalam sebuah video.
Sempena Minggu Bunga Suria ini, Kami bawakan Heliza Helmi untuk berkongsikan tentang kisahnya pergi ke bumi Palestin bersama Issey, Fizi Ali dan juga Ain Sufia. Semoga kita semua dapat ilmu daripada pengisian Heliza Helmi. #suriafm #suriamalaysia #segalanya