Teringin juga sekali sekala nak buat kek untuk dimakan bersama keluarga. Tapi apibila mengenangkan sekejap menjadi sekejap bantat kek yang dimasak, itu yang buatkan ada yang patah semangat untuk mencuba.

Pun begitu, apa kata   mencuba resipi yang dikongsikan oleh tokey penjual kek, Pn Anne. Jom semak.

Saya nak share resepi kek span coklat..
Kek Jualan saya setiap hari..Mudah,senang pasti jadi

IKLAN

Peniaga Kek Ni Kongsi Resipi Buat Sponge Cake, Confirm Jadi!

Bahan-bahan
4 biji telur gred B*
1 sudu besar ovallet*
1/2 cawan gula halus*
20g serbuk koko*
1 1/2 cawan tepung naik sendiri*
(Kalau guna tepung gandum masukkan 1 sudu kecik baking powder)
60ml minyak masak @ minyak jagung

IKLAN

Cara-cara
1.mix bahan-bahan yang bertanda * sehingga kembang dan gebu..
2.kemudian masukkan minyak.. Kaub balik je guna senduk @ spatula
**Bakar selama 40minit atau sehingga masak suhu 160°c api ats bawah…
(Kenali oven masing2 dulu ye.. Setiap oven pembakaran tak sama)

**krim putih tu beli je dekat kedai bakeri fresh cream…mix je sampai kental tak payah tambah apa-apa.

IKLAN

Selamat mencuba

Sumber : Pn Anne via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI