Biarpun telah dua kali me­ngalami keguguran, namun Nabila atau mesra disapa Abil tetap bersemangat dan berusaha keras agar hasratnya untuk menimang cahaya mata tercapai.

Keinginannya untuk menambah ahli keluarga itu diungkapkan ketika sambutan ulang tahun kelahirannya, 2 Disember lalu.

“Setiap Bulan Menghitung Hari.” Nabila Huda Ingin Hamil Lagi, Mohon Ramai Titip DoaLuah Abil, keinginannya itu seiring dengan peningkatan usianya yang telah memasuki 37 tahun dan dia memohon peminat supaya mendoakannya agar dipermudahkan untuk menimang cahaya mata.

Saya harap semua orang dapat doakan saya menimang zuriat. Saya betul-betul nak ada anak lagi. Harap semua dapat doakan saya,” luahnya sebak.

“Setiap Bulan Menghitung Hari.” Nabila Huda Ingin Hamil Lagi, Mohon Ramai Titip DoaPelakon filem Munafik itu sebelum ini dilaporkan telah dua kali mengalami keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.

Bagaimanapun, usahanya belum membuahkan hasil walaupun setiap bulan menghitung hari dan berharap dikurniakan rezeki untuk hamil lagi.

IKLAN

Ujar Nabila, dia beranggapan bahawa kesukarannya untuk kembali hamil berkemungkinan disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami keguguran sebelum ini.

“Setiap Bulan Menghitung Hari.” Nabila Huda Ingin Hamil Lagi, Mohon Ramai Titip Doa

Pada masa sama, pada sambutan hari kelahirannya, anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu juga berharap supaya dia dapat menjadi seorang wa­nita yang lebih baik berbanding sebelum ini, sesuai dengan peningkatan usianya.“Setiap Bulan Menghitung Hari.” Nabila Huda Ingin Hamil Lagi, Mohon Ramai Titip DoaNabila mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd. Izwan Johar pada Disember 2015.

Sementara itu, menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan seorang anak pe­rempuan Keisha Laila yang kini berumur 11 tahun.

IKLAN

Sumber: Kosmo

ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!

Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

IKLAN

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI