Setiap kali kita mula hendak menanam pokok di halaman rumah, mesti secara automatiknya kita mengharapkan tanaman tersebut dapat hidup sihat dan subur. Oleh itu, untuk mengoptimalkan kesuburan dan mengelakkan pokok yang ditanam diserang serangga perosak ada caranya.
Paling mudah dengan menyediakan bahan-bahan yang boleh didadapati dari dapur anda sendiri. Jangan tidak percaya! Apa yang lebih menarik ianya lebih bersifat organik dan paling penting selamat untuk kita dan berkesan melawan serangga perosak.
Jika ini tidak dikawal, tumbuhan yang kita tanam akan mati. Oleh itu, ada baiknya kita pelajari resipi untuk menyediakan racun organik tersebut. Tidak susah mana pun dan menjimatkan!
Bahan-bahan
5 liter Air kosong
1kg bawang putih
1kg lengkuas
500g halia
500g kunyit
500g serai
2 sudu serbuk lada putih
Langkah 1: Semua Bahan dikisar.
Langkah 2 : Rebus dalam 5 liter air sehingga mendidih.
Langkah 3: Sejukkan dan tapis.
Penggunaan
20ml /1 liter air
Sembur pada pokok
sumber : Mohd Fadzil Amri Ahmad Via KGTTS
Rahsia Tubuh Kekal ‘Bergetah’ & Peranakan Terjaga Kemas. Wanita Ni Sarankan Ibu-ibu Minum Campuran Jus Ini!
Rupa paras yang menawan dan bentuk tubuh badan yang kekal ‘bergetah’ tentunya menjadi aset berharga seorang isteri yang harus dijaga rapi agar suami semakin hari semakin bertambah sayang.
Caranya bagaimana? Selain perlu aktif melakukan senaman dan mengamalkan gaya hidup sihat, ada baiknya turut juga amalkan minum jus campuran daripada bahan istimewa ini yang boleh dihasilkan sendiri. Cukup mudah dan kesannya ternyata hebat!
Untuk itu ayuh kita ketahui info lanjut tentang jus ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Mastura Rashid ini yang sememangnya ramai mengenalinya sebagai seorang yang suka dan selesa sebarkan ilmu petua berasaskan bahan-bahan semulajadi .
Oleh itu, jom semak perkongsiannya kali ini.
KHASIAT JUS OREN CAMPURAN MADU, KUNYIT DAN HALIA BARA
Bagus untuk memperkemaskan peranakan wanita. Mak pesan, jaga badan, jaga peranakan biar kemas macam arwah tok wan (nenek).
Di usia 80 tahun, sehelai uban pun tak ada. Badan masih kuat dan tegap, cantik, tak rabun dan tak ada langsung masalah kewanitaan. Masih boleh kejar fiona dengan penyapu bila nampak anak-anak ayam dia kena pijak sampai mati.
Oh waktu tu umur fiona 7 tahun ok. Memang nakal dan buas macam lelaki. Panjat bumbung rumah, grill tingkap dapur, bergayut, bakar pacat sampai garing, itu hobi gengster umur 7 tahun.
JUS OREN CAMPURAN MADU, KUNYIT DAN HALIA BARA
BAHAN-BAHAN :
Oren (navel/valencia) 1 biji
Kunyit 1 inci
Halia bara/bentong/biasa 1 inci
Madu 1 sudu besar
Air 2 cawan
CARA:
1. Kupas kulit semua bahan. Jangan blend pulak dengan kulit.
2. Blend semua bahan dengan air.
3. Last sekali campur madu.
ATURAN:
Minum pagi sebelum sarapan. 3X SEMINGGU. Biar badan kemas, pejal dan wangi.
APA FUNGSI JUS NI?
Dari pembacaan dan juga perkongsian mak, kunyit boleh
1. Kecutkan peranakan wanita
2. Bagi panas badan dan sembuh luka dalaman dengan lebih cepat
3. Badan akan sentiasa kemas dan cantik, tak menggelebeh
4. Bagi muka nampak segar dan tak pucat
5. Elakkan kenyanyukan. Wanita india yang dah tua jarang alami masalah nyanyuk sebab amalan makan kunyit dalam culture mereka
6. Legakan batuk kahak jika ambil dengan susu suam (boleh search petua yang fiona pernah kongsi untuk legakan kahak)
Okay, sila guna kunyit segar.Bukan kunyit serbuk ok. Fiona tak jamin anda dapat efek sama dari kunyit proses. Kalau nak goreng ikan atau ayam bolehlah guna kunyit serbuk.
Tapi itupun mak lebih suka tumbuk kunyit segar dan lumur di ikan atau ayam, berbanding guna kunyit serbuk.
OREN:
1. Vitamin C booster untuk kulit dan dalaman
2. Sumber fiber supaya nak ke toilet pun mudah
3. Penyedap jus semulajadi
HALIA:
1. Panaskan badan
2. Ubati cirit birit
3. Rawat masalah sakit sendi
4. Tingkatkan metabolisma badan supaya cepat lemak dibakar dan badan pun tak montel
MADU:
1. Panaskan badan dan quick energy booster
2. Pemanis semulajadi
3. Meningkatkan stamina
4. Rawat masalah alergi
sumber : Mastura Rashid via MAHN
Doktor Kongsi Tip Jaga Luka Lepas Berkhatan Supaya Tak Bentan, Bernanah & Cepat Sembuh
Berkhatan merujuk pada proses memotong lebihan kulit pada bahagian alat sulit sama ada lelaki atau perempuan. Jika dahulu, mendengar nama Tok Mudim saja sudah cukup menggerunkan, apatah lagi membayangkan proses berkhatan tradisional menggunakan pisau dan batang pisang.
Sekarang ini musim cuti sekolah. Inilah masa yang sesuai untuk anak-anak berkhatan. Berdasarkan pandangan Imam Syafie, berkhatan wajib dilakukan ke atas mereka yang beragama Islam.
Doktor Kongsi Tip Jaga Luka Lepas Berkhatan Supaya Tak Bentan Bernanah & Cepat Sembuh
Selari dengan perubahan zaman, kanak-kanak kini tidak lagi dapat membayangkan kelibat Tok Mudim dengan pisaunya. Hanya doktor dengan peralatan khas untuk berkhatan. Teknik berkhatan yang digunakan kini juga ada beberapa kaedah iaitu biasa, laser dan clamp.
Ramai ibu bapa yang memilih untuk menggunakan teknik clamp kerana cara penjagaannya yang lebih mudah dan tempoh penyembuhan juga lebih cepat. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka bersedia secara mental untuk menghadapi prosedur berkhatan.
Berikut dikongsikan tip tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
Sebagai ibu bapa amat penting untuk mengetahui tip penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.
1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
*Jangkitan/nanah
*Bengkak/bentan
*Jahitan terbuka
*Keruping melekat pada balutan
2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
*Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
*Cuci luka dengan normal saline
*Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
*Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda
3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
*Tahan sakit: diambil bila perlu
*Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
*Ubat cucian: lazimnya normal saline
*Elak sapu minyak/herba pada luka
4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
*Sakit/bengkak melampau
*Nanah yang banyak
*Demam tinggi
*Tak boleh kencing
10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
*Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
*Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
*Gam: tak perlu jumpa doktor semula
Semoga tip ini dapat membantu ibu bapa memudahkan urusan menjaga anak-anak selepas melalui proses berkhatan.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kredit foto: Freepik
“Selepas Bangun Tidur, Mukanya Senget…”Isteri Ako Mustapha Kongsi Saat Cemas Suami Dikejarkan Ke Hospital!
Pelakon Ako Mustapha baru-baru ini dilaporkan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas isterinya menyangka suaminya diserang angin ahmar pada pagi Khamis lalu.
Difahamkan isteri Ako iaitu Kartina Shuaib bergegas menelefon ambulans selepas melihat keadaan wajah suaminya yang telah herot ketika bangun tidur. Ini sebagaimana memetik perkongsiannya bersama mstar.
“Saya tidak tahu dia tidak mengambil ubat kerana bertugas di luar kawasan sejak seminggu lalu. Apabila tiba di rumah pada pagi semalam (Khamis) saya lihat raut wajahnya berubah. Saya cadang pergi ke hospital tetapi suami enggan.
“Selepas bangun tidur, mukanya pula menjadi senget dan saya terus menghubungi ambulans dan Ako terus dibawa ke HKL,”ujarnya.
Ketiadaan Insulin Dalam Badan
Bercakap lanjut mengenai keadaan Ako, 51, Kartina memberitahu dia berasa lega apabila doktor mengesahkan Ako bukan diserang angin ahmar.
Sebaliknya, ketiadaan insulin di dalam badannya menyebabkan saraf serta otot tidak dapat berfungsi sehingga menyebabkan wajahnya menjadi herot.
Menurut Kartina lagi, Ako mula menghidap penyakit diabetes sejak 2016 namun keadaannya ketika itu tidak serius sehinggalah baru-baru tahap kesihatannya kurang memberangsangkan.
Doktor yang memantau keadaannya turut mendapatkan sejarah kesihatan serta diet pemakanan bagi mengenal pasti punca berlakunya keadaan itu.
“Ako mula menghidap diabetes sejak 2016 namun hanya makan ubat sekitar tiga tahun lalu. Awalnya tidak begitu teruk, cuma kebelakangan ini kesihatan dia menurun mungkin kerana sering terlepas makan ubat.
“Doktor banyak bertanya tentang sejarah kesihatan dan pemakanannya sebelum ini bagi mencari punca mengapa kesihatannya tiba-tiba merosot semalam,” ujarnya.
Syukur Semakin Stabil
Sementara itu, selepas 24 jam mendapatkan rawatan di hospital, Kartina memberitahu Ako semakin stabil namun masih di bawah pemantauan doktor di wad pengasingan di HKL. Malah katanya, Ako sudah boleh bercakap berbanding keadaan ketika dia mula dibawa ke hospital.
“Syukur dia sekarang sudah stabil dan boleh bercakap. Sekarang masih di wad pengasingan untuk pemantauan. Saya sendiri tidak boleh melawat,” tuturnya.
ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club