Berikutan hari pengundian pada Sabtu ini, bagi individu yang positif Covid-19 wajib memakai pelitup muka ketika membuang undi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pengundi positif Covid-19 adalah tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing.
Mereka juga dilarang untuk singgah di mana-mana lokasi sebelum dan selepas mengundi.
“Individu positif Covid-19 perlu pulang segera selepas selesai mengundi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, pesakit Covid-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat bagi mengelakkan penularan.
Ads
“Bagi pengundi lain, pemakaian pelitup muka adalah sangat digalakkan selain disaran mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya.
Beliau berkata, pengundi turut digalakkan menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di tempat mengundi.
“Marilah kita bersama-sama mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada pengundi dan petugas di pusat mengundi sepanjang PRU-15,” katanya.
Ads
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan dua syor untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan individu positif Covid-19 mengundi pada PRU15.
Sementara itu, satu poster turut dikeluarkan mengenai panduan yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia semasa hari pengundian berlaku.
Apabila tiba cuti sekolah, ramai ibubapa mengambil peluang ini untuk mengkhatan anak-anak lelaki. Tidak kiralah sama ada di bandar atau di kampung, bahkan jika acara berkhatan dilakukan beramai-ramai bertambah meriah suasananya!
Maklumlah, anak-anak akan dirai dengan pelbagai acara sebelum acara kemuncak melakukan prosedur berkhatan dilaksanakan.
Bercerita tentang kemeriahan bersunat beramai-ramai ini, ia turut dirasai oleh 30 kanak-kanak yang menyertai acara Jom Sunathon yang dianjurkan oleh Bintang Kecil baru-baru ini.
Bermula dengan perarakan masuk peserta yang diiringi paluan kompang dan bunga manggar menggamatkan suasana majlis. Tidak dengan itu, seterusnya acara pemotongan pulut kuning dan gimik bersiram yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak menjadikan majlis Jom Sunathon begitu istimewa.
Mesti Baca :
Non Muslim Pun Turut Serta!
Lazimnya, berkhatan atau bersunat ini dilakukan oleh golongan muslim dan merupakan perkara wajib yang perlu dilaksanakan.
Sebagai masyarakat Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana berpeluang mengenali dan mengetahui budaya serta amalan kaum yang lain.
Seperti Puan Wah Li Lian dari Subang Jaya, dia dan suaminya memilih untuk mengkhatan anak lelaki mereka Leong Zuo How yang berusia 8 tahun dalam satu acara Jom Sunaton anjuran Bintang Kecil dan Hospital Islam Az-Zahrah.
Walaupun bukan satu kewajipan bagi masyarakat Cina, namun kesedaran dari segi kesihatan mengenai kebaikan berkhatan membuatkan pasangan suami isteri ini memilih untuk mengkhatankan anak mereka.
“Sebelum ini, suami saya juga berkhatan sewaktu remaja. Dia berkhatan kerana mengambil berat aspek kebersihan. Jadi apabila mempunyai anak lelaki, kami meneruskan amalan ini kepada mereka pula,” ujarnya berkongsi cerita.
Berkongsi lanjut berkenaan penglibatan anak lelakinya di dalam majlis Jom Sunathon, rupanya siapa sangka ibu ini terpanggil mendaftarkan anaknya selepas terlihat poster promosi yang dikongsikan di facebook Pa&Ma.
“Saya mengikuti Majalah Pa&Ma sejak dari dulu dan mengambil maklum setiap aktiviti yang mereka lakukan di laman sosial mereka.
“Apabila mengetahui acara Sunaton ini diadakan, saya terus mengambil peluang untuk mendaftarkan anak saya.
“Perasaan saya sangat excited dan bersyukur kerana dapat menyertai acara ini. Jika anak saya bersendirian, mungkin dia akan berasa seram sikit tetapi hari ini dia berasa ok’ kerana ada kawan-kawan yang lain.
“Mengenai anak saya, dia memang sudah mengetahui yang kami mahu sunatkan dia. Dan dia faham kenapa harus bersunat. Dia sendiri mengakui kebaikan bersunat,” ujarnya panjang lebar di akhir perbualan.
Khas buat anda yang ingin mencuba menanam pokok kesum di laman rumah, ini ada dikongsikan rahsia dan tip untuk pastikan pokok kesum yang ditanam hidup subur.
Jika ada sepokok dua bolehlah digunakan untuk menyediakan pelbagai menu yang enak seperti asam pedas, laksa dan sebagainya.
Pun begitu, andai sebelum ini pernah menanam pokok kesum namun bagai keadaannya seakan hidup segam mati tak mahu, jangan kecewa.
Usahakan juga seperti yang dikongsikan oleh Ibrahim Wossoli ini.
Alhamdulillah dah cantik semula pertumbuhannya setelah sebulan di cantas pendek. Lebih-lebih lagi pada musim hujan memang subur pokoknya.
Pokok kesom ni kena rajin cantas bila ia dah mula mengeluarkan bunga. Bila dah berbunga menandakan pokok sudah tua. Jika di biarkan lama kelamaan ia akan mati.
Bila dicantas pendek, tunas baru akan keluar dan membesar semula menjadi pokok baru.
Baja
Selepas dicantas, sya akan tabur baja tahi kambing. Seminggu sekali tabur baja NPK 15:15:15 dan baja kopi.
Jika ada serangan belalang, sembur dengan cuka kayu. In syaa Allah subur dan cantik pokoknya…..
Pokok kesom ni dah lebih 3 tahun saya tanam. Sampai ke hari ini ia masih bertahan hidup subur. Dah puas ambil buat dalam pelbagai masakan dan dah puas juga saya hantar ke pasar…..
Terasa satu kepuasan tak terkata bila hasil titik peluh kita hidup subur dan dapat dinikmati walaupun hasilnya tak seberapa jika dinilaikan dengan wang ringgit…. Betul tak???
Sumber : Ibrahim Wossali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berita keruntuhan rumah tangga penyanyi Shila amzah sememangmnya mengejutkan ramai para peminatnya dan para wartawan. Sememangnya sukar untuk menghidu cerita perkahwinannya walaupun Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang agressif dalam melontarkan sesuatu pendapat.
Mengakui keputusannya untuk menamatkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Haris Idraki adalah yang terbaik dalam hidupnya. Walaupun ada yang mengatakan bahawa hubungan itu harus diselamatkan namun Shila memilih untuk tetap dengan keputusannya.
Shila yang pernah berdepan ujian episod hitam dalam rumah tangga menganggap perkara sebenar yang berlaku dalam sebuah perkahwinan hanya diketahui oleh suami isteri sahaja. Ianya tidak wajar didedahkan kepada umum.
“Satu benda yang perlu diingatkan kepada kita semua adalah dalam perkahwinan itu cuma suami isteri sahaja yang tahu keadaan sebenar terjadi. Tidak kiralah rakan baik, atau ibu bapa.
“Saya juga jenis yang sangat berterus terang. Tapi dalam masa yang sama saya sangat risau implikasi pada anak. Letakkan anak di tempat utama dalam diri kita,” ujarnya ketika disoal mengenai isu hangat tentang masalah rumah tangga masa kini.
Sementara itu, Shila ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia hanya memberi tumpuan dan fokus kepada kesihatan mentalnya terlebih dahulu dan tidak meletakkan anaknya, Seth Uwais sebagai yang utama.
Jelas pelantun lagu Jauh Hati itu, Shila yakin bahawa kebahagiaan anaknya bergantung kepada tahap kestabilan dan kebahagiaan dirinya sendiri.
“Dalam saya punya kes pula, saya tidak meletakkan Seth sebagai utama sebab saya yakin kalau saya letak dia yang pertama saya akan masih berada dalam perkahwinan itu.
“Dan saya percaya saya perlu bahagiakan diri saya dahulu sebelum saya bahagiakan anak saya. Saya tak nak nampak sangat serabut, balik dari kerja rasa tak bermaya..,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shila sempat menitipkan pesanan kepada semua wanita dan bapa tunggal untuk membuat keputusan yang membahagiakan diri.
“Wanita boleh membuat keputusan sendiri tak kisah sama ada awak ada pasangan ataupun tidak. Sebagai wanita perlu mampu untuk menghadapi segala perkara dan bertahan seorang diri.
“Kepada semua wanita atau bapa tunggal di luar sana, jangan malu dan takut. Kalau perkara tersebut membuatkan anda bahagia dan tidak menjejaskan emosi anak, maka teruskan,” tambahnya lagi.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.