Dalam banyak-banyak menu sarapan, hidangan pulut kuning jika dihidang bersama rendang atau sambal akan menjadi menu yang digemari ramai dan cukup istimewa. Apatah lagi jika dinikmat bersama seisi keluarga. Pasti ada yang makan lebih banyak berbeza dari hari-hari yang lainnya.
Jadi apa kata hari ini anda sediakan hidangan pulut kuning ini untuk keluarga dengan citarasa sedikit berbeza mengikut selera orang Kelantan.
Selalu jika kita masak pulut kuning berasa lemak-lemak masin tapi kali ini digabungkan dengan sedikit rasa manis bagi menyempurnakan rasa dan diakui memang sedap. Jadi buat yang ingin merasa, jom buat dengan resipi yang dikongsikan oleh Ismi Aishah.
“Alhamdulillah…sarapan dengan pulut kuning dan rendang pagi ni. Pulut kuning orang kelantan ada manis,masin,lemak santan. Guna sudip kayu untuk arung pulut, sudip ayah buat sendiri..tu rahsia pulut sedap kot..”tulisnya di kapsyen semasa berkongsi resipi di salah satu grup masakan di Facebook.
Bahan sampingan – pewarna kuning telur, serbuk kunyit 1 sudu kecil dan asam keping/gelugur 2 keping.
Cara-cara masak:
1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
Ads
3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata.
4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
5)Bolehlah masukkan dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing,tak nak pun tak apa. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.
Ads
Untuk yang baru nak belajar masak pulut insyaAllah menjadi guna resepi ni. Terima kasih.
Ada pelbagai jenis, antaranya ialah kek span, kek mentega, kek keju. Tapi banyak-banyak kek ini, antara yang paling popular – kek minyak.
Cara nak buat mudah dan rasanya pun sedap. Ibu-ibu nak cuba resipi Kek Minyak yang ditambah Nestum buat pelengkap rasa enak? Jom cuba air tangan dari puan Azlina Ina Fans ini. Selamat mencuba!
Asalamualaikumm..gemokning korg..mcm biasa mggu lepas mggu bz haha bile x bz ntah la..ok kite masuk kelas balik so jom support kelas free like komen share..✔✔ ✅arini nak ajar kek simple sedap dan gebu yakmat.. cara die😂dah tentu paling simple punye..
💋Kek Minyak Nestum Gebu Gerenti Jadi
yeahh💪 kegebuan die terserlah di situ bersama tgn yg memegang juga turut gebu hahaa..sesuai sgt dihidangkan kat kenduri2 ke majlis kenduri atau doa selamat ke..ko pk makcik2 bawang nak makan kek cheese2 bagai tu..kek2 mcm ni yg abis dulu tau
Bahan-bahan
*4 bijik telur gred b
*1/2 cawan gule halus
*1sb ovalate
*1sk esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
kalau kukus add on 1/2sk soda bikarbonat
1/2 cawan minyak
kalau nak lg sedap kek minyak korg add on kan 30g nestum 3in 1 ni kalau xnak abaikan
Cara membuat:
Bahan * td masuk dalam bowl mixer dan mix 5 hngga 10 mnt atau smpai gebu
xpe la walau yg buat kek ni hitam gebu jnji ko mix tu mesti kene putih gebu masuk susu pekat sikit2
ok masuk minyak sket2 smbil putar
matikan mixer pas tu masuk tepung dan nestum sikit2 gak kacau rata
Bahagikan dan letak la warne kesukaan
loyang 8×8 atau 8 bulat lapik baking paper, panas kan oven atau pengukus. Bakar suhu 180 masa 40 minit, atau kukus api besa 35 hngga 40 minit.
ok siap dah masak
tebalik kan di redai sekejap dan tebalik kan semula d board
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asyik makan kari dengan sambal tumis je mesti bosan kan. Petang ni apa kata tukar menu juadah berbuka. Cuba resipi Sup Tulang Sedap, perkongsian dari Azie Kitchen. Pasti membuka selera anak-anak petang nanti.
Macam biasa, Raya kedua dan ketiga kami dah jemu makan rendang. Maka ketupat lebih tu kami makan dengan sup tulang. Korg cuba la. Sedap gila! Letak kicap sambal! Power.
Bahan bahan: 1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar minyak sapi 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 labu bawang besar – di hiris 1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar Air rebusan tulang secukupnya 1 batang lobak merah ~ dadu 2 biji kentang ~ dadu 1 sudu kecil lada sulah Garam secukup rasa 1 biji tomato – potong dadu 1 batang celery – hiris Daun sup dan daun bawang ~ hiris 3-4 biji cili padi – hiris Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar: 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 batang lobak merah 1 batang celery 1 batang leek
Cara cara: Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
Ramai yang suka makan ikan keli goreng masak berlado tetapi kebanyakan tidak gemar proses mencuci dan menggorengnya.
Ikan keli menjadi antara pilihan ikan yang mudah diperolehi di mana-mana restoran atau gerai menjual nasi campur. Namun masih ramai yang memandang rendah pada ikan keli yang harganya lebih murah berbanding ikan-ikan lain.
Terdapat pelbagai petua bagi menghilangkan lendir pada ikan keli ketika proses membersihkannya supaya tidak meletup ketika menggoreng. Ini antara petua-petua yang dikongsi oleh followers facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Foto: Yatie Halim
Bersihkan ikan, rendam limau dan satu sudu air kapur barus. Cuci dan bilas lagi dengan limau dan tepung gandum sehingga bersih dan cuci sekali lagi dengan limau nipis tetapi jangan lama sangat. Bila ikan dah tak ada lendir baru boleh sapu dengan garam dan kunyit. Terus goreng dan tak akan meletup.
Basuh bersih ikan keli kemudian ramas daun pisang bersama ikan sampai keluar air hitam. Nanti ikan tiada lagi lendir.
Rendam dalam air campur cuka untuk hilangkan semua lendir.
Kisar limau kasturi/limau nipis/daun limau purut. Tapis air kisar dan rendamkan ikan. Biarkan seketika sebelum dicuci bersih.
Basuh dengan tepung beras pun boleh hilangkan lendirnya dan goreng pun tak meletup.
Rendam ikan keli dalam campuran asam keeping dan garam kasar selama 10 minit. Cuci bersih dan letak sekeping asam keeping dalam kuali semasa menggoreng boleh elak meletup.
Nutrisi Ikan Keli
Sebenarnya banyak kandungan nutrisi yang ada pada ikan keli. Walaupun harganya murah tetapi terdapat banyak manfaat ikan keli yang ramai tidak tahu seperti dipetik dalam Hello Doktor ini.
Bagi setiap 100 gram ikan keli, ia mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Protein: 16.38 gram
Lemak: 2.8 gram
Kolesterol: 58 mg
Vitamin D: 12.50 mcg
Natrium: 43 mg
Kalium: 358 mg
Kalsium: 14 mg
Zat besi: 0.30 mg
Vitamin B3: 1093 mg
Vitamin B12: 2.23 mcg
Antara kebaikan ikan keli kepada kesihatan adalah seperti berikut :
Foto: Yatime Halim
1. Menjaga kesihatan jantung
Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2015, ikan keli merupakan antara jenis makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.
Asid lemak ini terdiri daripada jenis asid eicosapentaenoic atau EPA dan juga asid docosahexaenoic atau DHA.
Jenis makanan yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 sememangnya diketahui memberikan manfaat kepada kesihatan jantung manusia.
Omega-3 berperanan menjaga lapisan arteri jantung daripada mengalami sebarang kerosakan.
Selain itu, nutrisi yang terdapat pada ikan keli juga boleh mencegah penebalan arteri akibat daripada plak yang menjadikan aliran darah lebih lancar.
Asid lemak omega-3 juga dapat menurunkan paras trigliserida dengan memperlahankan pembentukannya.
Jika paras trigliserida ini berada dalam keadaan yang tinggi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.
2. Baik untuk kesihatan otak
Keradangan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh manusia termasuklah pada bahagian otak.
Jika keradangan pada otak terjadi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami penyakit Alzheimer.
Perlu diketahui bahawa penyakit Alzheimer boleh menjejaskan kemampuan otak manusia untuk berfikir dengan baik.
Namun, anda juga boleh mencegah risiko keradangan pada otak ini dengan memakan ikan keli.
Ini kerana, ikan keli mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mencegah keradangan daripada berlaku.
3. Mencegah penyakit anemia
Penyakit anemia boleh dicegah melalui penyerapan vitamin B12 yang lebih banyak.
Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan vitamin B12 kerana ikan keli ternyata memiliki nutrisi ini.
Apabila anda memakan ikan keli, tubuh akan menyerap vitamin B12 ini bagi membantu penghasilan DNA, memberi makan sel saraf selain menggalakkan penghasilan sel darah merah normal.
Oleh itu, ikan keli boleh membantu anda untuk mencegah masalah darah ini selain menjadi menu pilihan bagi mereka yang menghidap anemia.
4. Mengurangkan risiko kena strok
Disebabkan ikan keli juga mengandungi kalium, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko mengalami strok.
Kalium berperanan menjaga kesihatan otot, saraf dan juga pembuluh darah, sekali gus menurunkan risiko penyakit strok.
Sekiranya kita memakan ikan keli dan mendapat jumlah kalium yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan, maka risiko mendapat penyakit strok juga akan semakin berkurangan.
5.Menjadikan sistem imun lebih kuat
Ikan keli juga mengandungi kandungan protein yang tinggi, dan ini memberikan kesan positif dengan menguatkan sistem imun tubuh.
Sistem imun yang kuat dapat membantu tubuh untuk melawan serangan jangkitan daripada bakteria, virus mahupun parasit yang lain.
Ini akan menjadikan kita tidak mudah untuk jatuh sakit.
Selain itu, protein juga berperanan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di