Siapa kata kalau nak bercucuk tanam memerlukan ruang laman rumah yang luas. Meskipun orang kata rumah tidak bertanah sekali pun, tidak mustahil anda boleh bercucuk tanam dan menikmati hasilnya.

Ya tidak sukar sebenarnya untuk bermula cuma anda perlu sedikit kerajinan, sabar dan sedikit ilmu untuk memulakan projek tanam sayur di rumah. Malah tidak perlu kawasan yang besar asalkan cukup untuk beberapa biji pasu.

Untuk bermula KELUARGA cadangkan anda cuba dahulu 12 jenis sayuran yang mudah hidup ini. Ini kerana jika anda memilih tanaman yang mudah hidup, secara tidak langsung ia membakar semangat anda apabila melihat sayur-sayur ini hidup subur dan mengeluarkan hasil. Siapa yang tidak gembira melihat hasil tangan sendiri dan menjadi hidangan seisi keluarga kan?

  1. LettuceRupanya Kalau Rumah Tak Bertanah Pun Boleh Je Tanam 10 Sayur Ni!

Lettuce mudah ditanam di dalam bekas cetek dan tidak memerlukan medium tanaman yang banyak. Selain itu ia juga sesuai ditanam di tempat teduh kerana tekstur daunnya yang nipis dan apabila terkena cahaya matahari yang terlalu terik akan mengakibatkan daunnya melepuh. Ia juga sesuai ditanam secara hidroponik.

  1. Bok choy

Bok choy atau chinese green ini, seperti lettuce ia juga mudah ditanam tetapi jangka hayatnya lebih panjang dari lettuce. Pastikan pasu mempunyai saliran yang baik kerana bok choy memerlukan air yang banyak tetapi sensitif kepada tanah bertakung air. Bok choy lebih cepat dituai pada musim panas dan terdapat banyak nurseri yang menjual biji benih bok choy ini.

  1. Kailan

Kailan bukanlah terdiri dari pokok yang bermusim. Ia boleh ditanam sepanjang tahun terutamanya musim panas. Untuk hasil yang optimum siram pokok ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Pokok kailan tidak perlu dituai seluruh pokok, hanya petik daunnya dan batang pokok akan mengeluarkan daun yang baru.

  1. BayamRupanya Kalau Rumah Tak Bertanah Pun Boleh Je Tanam 10 Sayur Ni!

Bayam merupakan pokok yang tahan lasak dan sesuai diranam di dalam bekas atau pasu. Ia memerlukan cahaya matahari tetapi bukan direct sun oleh itu ia sesuai ditanam di tempat teduh. Kaedah penanaman bayam adalah melalui keratan batang. Batang dan akar bayam yang dibeli di pasar jangan dibuang, anda boleh terus tanam di dalam pasu.

  1. Kacang panjangRupanya Kalau Rumah Tak Bertanah Pun Boleh Je Tanam 10 Sayur Ni!

Kacang panjang merupakan tumbuhan yang popular di Malaysia. Salah satu teknik tanaman ini adalah anda perlu meyediakan kayu pemancang untuk pokok ini memanjat. Kacang panjang memerlukan air yang banyak tetapi tidak bertakung dan sebaiknya letakkan sungkupan di atas tanahnya untuk sumber nutrien dan mengekalkan lembapan.

IKLAN
  1. Kacang buncis

Kacang buncis antara pokok yang mudah ditanam dan mudah hidup. Ia juga mudah bercambah dan dapat dituai dalam masa yang singkat. Sama seperti kacang panjang, kacang buncis juga memerlukan pemancang kayu untuk pokok ini menjalar. Kacang buncis memerlukan cahaya yang banyak pada waktu pagi dan tanah bersaliran baik.

  1. TomatoRupanya Kalau Rumah Tak Bertanah Pun Boleh Je Tanam 10 Sayur Ni!

Tomato adalah tumbuhan menjalar yang ditanam dalam masa singkat. Ia cepat mengeluarkan hasil dan memerlukan kayu pemancang atau tomato cage untuk memberi sokongan kepada pokok. Tomato memerlukan cahaya yang banyak tapi tidak terlalu terik terutamanya di waktu pagi.

  1. Kangkung

Kangkung antara tanaman yang mudah bercambah dan dituai. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang. Kangkung sukakan persekitaran yang lembap oleh itu pastikan anda kerap menyiram terutama ketika musim panas. Kangkung boleh dituai setelah usianya mencecah empat hingga enam minggu selepas disemai.

  1. Sawi

Sawi merupakan agen anti kanser hebat yang mengandungi vitamin A,B dan C. Sawi sesuai ditanam di dalam pasu tetapi tanahnya perlulah sentiasa digembur. Sawi memerlukan siraman yang kerap dan boleh dituai selepas 28 atau 35 hari selepas disemai.

  1. Kucai

Kucai adalah sayur dari keluarga bawang dan tumbuh secara merimbun. Teknik tanamnya sama seperti bawang iaitu melalui rhizome atau biji benih. Kucai tidak memerlukan air yang banyak. Teknik tuainya adalah kerat pada bahagian daun dan biarkan batangnya, ia akan tumbuh daun yang baru.

IKLAN

Baca Juga Artikel Ni :Nak Mula Tanam Sayur Dalam Pasu? Ini Caranya Untuk Beginner

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!

Rupanya Kalau Rumah Tak Bertanah Pun Boleh Je Tanam 10 Sayur Ni!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Rupanya Kalau Rumah Tak Bertanah Pun Boleh Je Tanam 10 Sayur Ni!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI