Kalau dikira-kira sudah setengah tahun anak-anak kita bersekolah, cuba lihat baju sekolah mereka. Masih putih bersih atau sudah berubah menjadi kelabu asab?
Jadi untuk pastikan cucian pakaian sekolah anak-anak bersih seputihnya, bolehlah mencuba teknik yang dipraktiskan oleh Mama Liesyah ini.
Mama liesyah mau kongsi sikit pada ibu-ibu yang selalu ada delima baju sekolah anak kotor dan hitam..ni ada cara mau bagi bersih dan sentiasa nampak baru dan putih..viral kan hari tu sabun dan cara ni..bahan dan caranya seperti di gambar.. semoga bermaanfaat buat semua ibu-ibu..
Bahan-bahan yang diperlukan :
Sabun Mandi
Ads
Penyagat
Bekas berpenutup
Ads
Cara penggunaan :
1. Rendam semalaman baju sekolah dengan air dan sabun yang telah disagat.
2. Masukkan ke dalam mesin basuh, campurkan dengan sedikit sabun cuci kain biasa.
Ads
3. Cuci seperti biasa dan bilas dengan pelembut fabrik.
4. Kemudian bilas sekali lagi dengan air nila Ujala. Hasilnya baju seperti baru.
Nak cantik kan? So, jangan culas, kena rajin barulah hasilnya memuaskan hati. Nak nak lagi yang sudah bersuami.
Tidak perlu memikirkan bab modal kerana bahan-bahannya sudah ada di dapur anda. Serai, lemon dan hali memang banyak khasiatnya, bukan sahaja dalam masakan, bahkan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan diri juga.
Perkongsian dari Noriza Rahman mungkin boleh membantu anda yang ingin cantik dan mantap luar dan juga dalaman.
Nak tahu caranya, jom baca ni.
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Pepatah yang sudah mangli. Nak buat tu tak susah, tapi yang payahnya nak istiqamah. Betul, kan?
Siapapun suka melihat kecantikan wanita daripada sudut luar fizikalnya, raut wajah yang berseri seri dan ‘figure’ badan yang menawan saja. Namun hakikat sebenar, kecantikan tu terletak pada kesihatan dalaman wanita itu sendiri.
Kan selalu dengar pepatah cantik dalam cantik juga luarnya?
So, untuk kalian semua yang mahu benar-benar cantik di mata suami perlu SEGERA lakukan sesuatu dan sebaiknya jangan pernah culas atau liat untuk mengamalkan minum air rebusan istimewa ini.
Masa balik kampung, ayah bagi seperdu pokok serai. So, alang alang serai, halia dan lemon ada banyak sangat dalam gerobok ni, meqza nak kongsikan kepada kalian khasiat air rebusannya jika diamalkan.
1. Meningkatkan pencernaan dan mengelakkan sembelit
Serai penuh dengan khasiat fitokimia yang membantu meningkatkan pencernaan dan fungsi lain saluran gastrousus. Jadi ianya bersifat menenangkan dan mengurangkan kekejangan abdomen perut. Selain daripada tu, ia juga boleh merangsang reseptor di usus untuk bekerja dengan lebih cekap apabila menyerap nutrien dari makanan.
2. Melegakan senggugut
Wanita yang setiap bulan ada simptom PMS digalakkan sangat amalkan meminum air serai setiap pagi ketika datang bulan. Ianya bukan sahaja boleh bantu hilangkan kesakitan rengat senguggut tu, malahan yang loya mual juga akan tutut hilang.
3. Faedah anti-kanser
Baru-baru ini para saintis di Universiti Ben Guriun melakukan kajian mengenai ciri-ciri anti-mutagen dalam serai. Jumlah citral yang didapati hanya dalam 1 gram serai telah diminum ke dalam teh dan kemudian ditambah kepada sampel sel kanser dan sihat. Sel-sel kanser yang masuk dimusnahkan tanpa membunuh sel-sel yang sihat.
4. Menurunkan tekanan darah
Untuk mereka yang sering ada masalah tekanan darah tinggi, cuba lah minum setiap hari. Selain ubatan hospital, lemon pun boleh bantu mengurangkan masalah hipertensi.
5. Buat yang dah terover STRESS tu, kalian wajib minum. Perghhh! Memang jiwa akan tenteram lahhh.
6. Sebagai diuretik
Selalu tahu lemon sahaja yang berfungsi sebagai diuretik. Eh serai ni pun boleh juga tau. So, kalau bergabung dua ni memang mantoppp lah. Selain tu ia juga boleh bantu meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik.
7. Detoksifikasi
Serai juga merupakan pencegah toksik yang membantu membersihkan buah pinggang, hati, pundi kencing dan pencernaan, dan juga kaya dengan mineral seperti kalium, besi, dan magnesium. Jadi semua organ ni dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan. Besttt kan?
8. Meningkatkan kadar metabolisme
Kita makin berusia makin kurang metabolisma badan. So, halia sangat bagus untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
9. Menyokong penurunan berat badan
Antioksidan polifenol yang terdapat dalam lemon pula bantu mengurangkan berat badan pada mereka yang terlebih BMI atau obesiti.
Jika kalian ingin glowing dari dalam, ini adalah resipi air rebusan serai yang bagus ditambah dengan ‘spicy ginger’ serta ‘zesty lemon’ yang memberikan rasa ‘kick’.
Kalian boleh memulakan minuman pagi dengan secawan air rebusan yang hangat atau sejuk untuk diminum sepanjang hari. Memang terasa sungguh kepahitan dan kepedasannya. Tapi, itu lah penawarnya.
Balik kampung dapat banyak serai dan lemon ayah bagi, jadi buat lah air rebusan ni.
Cara penyediannya:
7 batang serai – diketuk (guna 3 batang pun ok)
Halia sebesar ibu jari – diketuk
3 biji lemon – dihiris (kalau takde lemon, boleh ganti limau nipis)
Air dalam 1liter
*Ini meqza bahagikan segelas tu 3 kali minum, bukan sekaligus minum. Kalau tak nak masam sangat cukup 1 biji je, serai sekadar 3 batang.
Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam peti sejuk.
Wajib diminum setiap pagi atau malam. Sebaiknya diminum semasa perut kosong.
Rasanyaaa? Umphhh lah!
Kalau tak boleh nak teguk segelas, man man minum. Rasa nak manis, tambah lah madu sikit.
Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air dah tinggal agak agak segelas untuk diminum.
Kebiasaannya, kita sering dengar anak-anak malu apabila ibu bapa mempunyai pekerjaan yang biasa atau pun tidak kemewahan seperti mana diimpikan.
Namun, lain pula bagi anak bongsu kepada pasangan selebriti Hollywood, David dan Victoria Beckham apabila Harper Seven berasa malu kerana mempunyai ibu bapa terkenal.
Memetik laporan dailymail, bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham mendedahkan Harper malu mempunyai ibu bapa terkenal terutama suaminya, David menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta mewah.
Victoria mendedahkan anak bongsunya yang kini berusia 11 tahun itu meminta David memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun dari kereta mewah.
“David menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan dan jauh sedikit dari kawasan sekolah,”ceritanya.
Malah, Harper juga meminta agar David dan Victoria membenarkannya menaiki bas untuk pergi ke sekolah seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain.
“Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu naik sekolah sama seperti rakan-rakannya yang lain,”katanya lagi.
Pendedahan itu dibuat menerusi episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru ini dan Victoria hanya mengetahui hal tersebut selepas dimaklumkan oleh David sendiri.
Akan tetapi, mereka berdua faham punca Harper berasa malu apabila dihantar ke sekolah dengan menaiki kereta mewah serta mempunyai ibu bapa terkenal.
Pada mereka, ia kerana Harper mahukan privasi dan merasai pengalaman hidup biasa seperti kebanyakan rakan-rakannya.
Sekadar info, David dan Victoria Beckham berkahwin pada tahun 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn Joseph Beckham, 23, Romeo James Beckham, 20, Cruz David Beckham, 17 dan Harper Seven Beckham,11.
Siapa yang tak sayang bini kan, kata-kata yang biasa kita dengar apabila seorang suami begitu sayangi isterinya. Malah ada yang sanggup berhabis untuk memenuhi permintaan isteri, asalkan cinta hatinya happy.
Tetapi, itu dulu, jika sebelum anak ramai. Setelah dah beranak pinak tentu, sejumlah perbelanjaan diperuntukkan untuk anak-anak. Situasi ini kadang-kala buat hati isteri terusik, sedik gitew.
Bagaimana pun, hati perempuan tetap ‘cair’ jika ada suami yang pandai mengambil hatinya tetapi bukan wang ringgit tau, tetapi dengan cara ‘tawan hatinya’
Jom kita ketahui rahsia yang dikongsi oleh suami ini Andy Sulaiman cara nak buat isteri sayang kepada suami. bak kata beliau, tak perlu bermodal wang ringgit. ok jom kita baca dan hadam tips ni. Share pada pasangan masing-masing ye. Moga bahagia selalu ye!
Ada member termenung panjang. Jauh. Macam masalah besar nak mati.
Kita tanya lah kenapa. Masalah wife dia macam tak happy dengan dia je rupanya. Alah hai. Lepas tu dia duk pening fikir nak beli apa untuk wife dia. Nak kasi wife dia happy.
Itulah. Banyak sangat tengok drama. Laki orang belikan kereta, kau nak beli kereta.
Laki orang bawak bini pergi Italy beli perabot, kau nak bawak isteri pergi Italy juga. Nilai 3 kau tak pandang.
Eh, ni. Kau tahu tak, nak tambat hati isteri, tak perlu modal beratus dan beribu ringgit bhai. Serius.
Memang lah, keluar duit banyak-banyak untuk isteri tu bagus. Semua isteri suka. Yang tak kahwin pun tetiba nak jadi isteri kau bila bab duit ni.
Ini kes lain. Ini masalah kalau kau tak ada duit, tapi kau nak isteri kau happy dengan kau. Macam mana?
Ok, ada beberapa cara. Kira tips lah ni aku kongsi :
KEMAS RUMAH. – Hari minggu apa salah kau ringankan tulang, tolong kemas rumah. Lap dapur, lap tingkap. Sapu lantai, mop.
Kau hembus lah ayat ni, “Sayang duduk rehat je. Biar abang bersihkan rumah. Sayang main lah phone tu sampai habis bateri.”
Confirm dia ketawa dan makin sayang kat kau. Cuba lah!
BASUH BAJU – Sesekali kau main gila. Kau kutip semua baju kotor kau, baju kotor wife kau dan anak-anak, kau basuh. Kalau boleh bra dan panties dia pun kau basuh sekali.
Tapi kau tanya dulu lah yang mana boleh basuh sekali, yang mana kena asingkan. Naya beb kalau rosak pakaian dia!
Dah kau malas juga, kau sumbat je kat dobi layan diri. Dah kering kau suruh dia lipat. Kau cuba, berbunga hati dia bang!
MAKAN – Part ni kalau kau malas, kau hangkut je diorang makan luar. Atau bahasa baru akak-akak bawang, ‘gantung kuali’ .
Tapi, kalau kau nak soswit, kau google apa masakan yang murah, yang senang dan mampu kau masak. Alah masak sardin takkan kau tak tahu, kan? Malu je.
Isteri kau masuk dapur nak jenguk, kau halau! Kan nampak comel bila kau dengan perut buncit pakai apron kat dapur masakkan untuk family kau.
Dah siap masak kau panggil diorang makan. Kau angkat tudung saji sambil kau berdiri atas kerusi jerit ‘suprise tadaaa!’. Sampai jiran sebelah rumah kau terkejut. Kau pun ketawa sekeluarga.
URUT – Bab ni best. Sambil tengok tv tu kau raba-raba lah belakang dia. Picit bahu dia. Tumbuk sedas dua.
Kau kata ke isteri kau, “kesian sayang. Penat ya jaga abang dan anak-anak. Biar abang urut ya?”
Sambil urut tu kau tanya lah pasal hari dia, kerja dia, apa masalah dia.
Urut ni kalau kena cara, ‘happy ending’ kau tahu. Tak faham sudah lah. Dasar slow.
ANAK-ANAK – Bab ni kau kena kuat dari segi mental dan fizikal. Anak beb, bukan dia tahu mak bapak dia penat ke apa. Dia tahu nak perhatian, nak bermanja saja.
Kau layan anak-anak. Bagitahu anak, isteri kau penat. Jangan ganggu. Bila isteri kau dengar, dia rasa dihargai bang! Betul.
Nah. 5 cara aku kongsikan. Tak habis beratus pun duit kau, kan?
Dah ramai pun buat benda ni tapi aku cerita juga bagi yang belum tahu. Ada juga yang dah tahu tapi biasa lah, ego. Buang lah ego tu sikit. Janji family kita bahagia. Khennn?
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.