Kebiasaannya, kita sering dengar anak-anak malu apabila ibu bapa mempunyai pekerjaan yang biasa atau pun tidak kemewahan seperti mana diimpikan.
Namun, lain pula bagi anak bongsu kepada pasangan selebriti Hollywood, David dan Victoria Beckham apabila Harper Seven berasa malu kerana mempunyai ibu bapa terkenal.
Memetik laporan dailymail, bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham mendedahkan Harper malu mempunyai ibu bapa terkenal terutama suaminya, David menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta mewah.
Victoria mendedahkan anak bongsunya yang kini berusia 11 tahun itu meminta David memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun dari kereta mewah.
“David menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan dan jauh sedikit dari kawasan sekolah,”ceritanya.
Malah, Harper juga meminta agar David dan Victoria membenarkannya menaiki bas untuk pergi ke sekolah seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain.
Ads
“Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu naik sekolah sama seperti rakan-rakannya yang lain,”katanya lagi.
Ads
Pendedahan itu dibuat menerusi episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru ini dan Victoria hanya mengetahui hal tersebut selepas dimaklumkan oleh David sendiri.
Akan tetapi, mereka berdua faham punca Harper berasa malu apabila dihantar ke sekolah dengan menaiki kereta mewah serta mempunyai ibu bapa terkenal.
Pada mereka, ia kerana Harper mahukan privasi dan merasai pengalaman hidup biasa seperti kebanyakan rakan-rakannya.
Sekadar info, David dan Victoria Beckham berkahwin pada tahun 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn Joseph Beckham, 23, Romeo James Beckham, 20, Cruz David Beckham, 17 dan Harper Seven Beckham,11.
Memiliki rumah yang kecil dan sempit bukaannya bukanlah alasan untuk kita membiarkan tidak berhias dengan cantik. Lihat cara wanita cantik ini menghias rumahnya. Sangat hebat!
Watiey Abdullah dan suaminya, Farhad Hassan menghias rumah mereka menjadi cukup indah. Dekorasinya ringkas namun sempurna, sesuai dengan bilangan ahli rumah yang terhad. Walaupun agak sempit, namun wanita ini berjaya mengubah ruang kecil menjadi lebih menarik dan hebat.
Kami kongsikan bagaimana caranya menghias syurga miliknya ini.
IDEA DEKORASI UNTUK RUANG KECIL.
Hobi baru, bila cemuih makeup. Kadang-kadang bila travel sana sini, duduk hotel, rasa macam seronoknya kalau hari-hari daptt duduk hotel. Design minimal dan sentiasa kemas. Lepas ni kelas makeup area Melaka atau Negeri Sembilan, Watiey buat dekat rumah je. Yeayyy.
So alhamdulillah, lepas dua bulan daptt kunci, dah complete sama macam apa yang me and my husband rancang konsep rumah. So nak share la hasil dekorasi sendiri, rujukan dari internet. Walaupun tak besar macam rumah Aliff Syukri (haha), tapi setiap sudut tu ada ciri-ciri yang masing-masing nak. Tq cik abang Farhad Hassan sebab tolong realisasikan.
Tips nak deco rumah?
1) Bincang konsep rumah sebelum mula masuk rumah. So nanti takda membazir beli barang merapu tak tentu hala (walaupun ada jugak terbabas).
2) Dapatkan persetujuan dua-dua suami isteri.
3) Kalau isteri tak setuju, ulang step 1.
4) Kos? Jangan terburu-buru, buat ikut bajet. Macam kiteorang, masing-masing contribute untuk dapatkan barang yang nak. Duit saving untuk berjalan, bercuti, beli makeup, beli segala benda la kami korbankan untuk deco umah. Jangan sampai buat loan!
Rujukan Mana Barang Dapat?
Barang elektrik – House of lighting, puchong
Furniture – IKEA, Lazada
Deco – IKEA, Kaison, Mr DIY
Custom dining table – stuckwoodbyakubotak
Custom pallet bed – pine pallet by Al Siddiq
Vinyl Flooring – Al-Aqsa Carpet
Langsir – Tak payah la, mana-mana pun sama.
Wallpaper – Korea wallpaper
Hard pipe / dark oak solid wood loft – DIY MART
Pintu masuk, ruang tamu. Ruang paling utama sekali sebab ruang ni ruang nak lepak-lepak and most of the time akan habis dekat sini.
Ruang tamu. Kecik. Down sekejap sebab tengok macam boleh letak kerusi seketoi ja. Kalau ikut hati macam-macam konsep nak try ?
Watiey suka warna-warna sejuk suram kelam. So warna utama grey beige then tambah pokok-pokok je nak baga iada warna hijau sikit untuk nampak fresh.
Da siap deco pon still nampak ada ruang lagi, yang penting mesti cozy supaya nak lepak-lepak baca buku ke apa rasa rilek je? Dinding kami biar kosong sebb tak nak nampak crowded sangat.
modern contemporary or industrial?..ye ke? hahaha.
Bahagian depan da ada kerusi bagai..so area ni nak bagi nampak kosong and luas dekat lantai kita pasang hard pipe + dark oak solid wood by DIY MART.
DINING ROOM..masa mula-mula tengok macam rasa sempitnya..sebab dah la suka masak tapi space alahai. Macam mana nak bagi nampak cantik dan selera nak masak.
Watiey and hubby decide buat konsep ala-ala macam cabin gitu. Warna-warna batu dan hijau buat nampak sejuk je. Meja memang dari dulu suka tengok meja kayu sebab nak ada elemen natural. Memang favourite area ni suka lepak-lepak dengan husband kat sini sbb ‘rasa’ sejuk. Nanti nak tambah fountain, boleh dengar bunyi air ala-ala kat sungai. Aduhh.
Hijau-hijau mesti ada, baru la mata dapat rehat. Saya tambah pokok hiasan sikit dengan wallpaper natural, ada lumut-lumut hijau. Tenang nak makan.
Dua-dua kaki coffee, jadi sini la tempat melepak macam zaman-zaman bercinta sambil perah coffeemaker tu.
Dapur memang sangat kecik so tak dapat nak letak banyak barang atas table top sebab nampak semak. So pakai la troli bergerak tu untuk jimatkan ruang.
Guest room, duk gaduh laki bini nak buat konsep apa. haha. Konsepnya, nak bagi guest tidur sampai taknak balik. Hijau mesti ada, tambah dengan wallpaper bricks + hardpipe/dark oak solid wood. Tak payah guna almari makan ruang, guest boleh guna pipe tu je nk gantung.
Finally my makeup room! Dah siap cop siap-siap. hahaha. Sinilah semua karya-karya Watiey terhasil. Thank you sudi baca sampai habis.
Selamat mendeco!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang bakal pengantin melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak berkenaan tiba-tiba meletup sehingga memusnahkan rumah dua tingkat terbabit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi berhubung insiden itu.
“Setiba di tempat kejadian, anggota mendapati seorang wanita mengalami kecederaan dan sudah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba sampai.
“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, mangsa bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan mendiami rumah terbabit bersama adik lelaki serta isterinya.
Mohamad Hazam memaklumkan, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal yang diparkir di halaman rumah berkenaan mengalami kerosakan.
Seterusnya, beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah untuk menerima kenyataan insan yang disayangi telah pergi buats elama-lamanya. Biar hari berganti hari, namun kerinduan tak pernah padam. Saban masa, ingatan pada dia tak pernah padam.
Bagi penyanyi Nora Ariffin, kesayuan di hati hanya Tuhan yang tahu.
Luahan rasa itu dimuat naik menerusi laman instagramnya apabila dia sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah hari ini.
Namun pastinya pemergian kali ini sedikit berbeza apabila tiada lagi suami yang disayangi menemaninya.
Nora berkata, ia merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Mekkah dan Madinah tanpa suami tercinta. Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di sebuah Pusat Perubatan di Subang Jaya.
“Hari ini I nak pergi umrah, sesungguhnya Allah sahaja tahu betapa hati merindui abang setiap masa dan detik bersama abang.
“Kenangan takkan pernah padam. Masih segar diingatan empat tahun lepas kali terakhir kita sama-sama mengerjakan umrah. Hari ini… I bersiap seorang diri melangkah bermusafir ditemani jemaah lain,” tulisnya di kapsyen instagramnya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hanyalah Satu ini bakal menunaikan umrah atas tajaan Datuk Seri Vida. Dalam instagramnya, Nora turut memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali dirinya selain mengharapkan perjalanan umrahnya nanti dipermudahkan.
“Doakan perjalanan umrah saya selamat pergi dan pulang kepangkuan anak-anak tersayang.
“Moga selepas umrah kali ini akan datang tahun baharu 2019 dengan sinar dan semangat serta rezeki yang bertambah untuk saya melangkah menjalani kehidupan lebih sempurna,” ujarnya.
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.