Siapa yang tak sayang bini kan, kata-kata yang biasa kita dengar apabila seorang suami begitu sayangi isterinya. Malah ada yang sanggup berhabis untuk memenuhi permintaan isteri, asalkan cinta hatinya happy.

Tetapi, itu dulu, jika sebelum anak ramai. Setelah dah beranak pinak tentu, sejumlah perbelanjaan diperuntukkan untuk anak-anak. Situasi ini kadang-kala buat hati isteri terusik, sedik gitew.

Bagaimana pun, hati perempuan tetap ‘cair’ jika ada suami yang pandai mengambil hatinya tetapi bukan wang ringgit tau, tetapi dengan cara ‘tawan hatinya’

Jom kita ketahui rahsia yang dikongsi oleh suami ini Andy Sulaiman cara nak buat isteri sayang kepada suami. bak kata beliau, tak perlu bermodal wang ringgit. ok jom kita baca dan hadam tips ni. Share pada pasangan masing-masing ye. Moga bahagia selalu ye!

_______________________________________________________________________

“Tak Habis Beratus Pun Duit…” Suami Ini Kongsi Cara Nak Isteri Happy Tanpa Keluar Duit
Suami isteri kena saling melengkapi baru lah sweet rumahtangga

5 CARA BAGI ISTERI SAYANG KETAT-KETAT

Ada member termenung panjang. Jauh. Macam masalah besar nak mati.

Kita tanya lah kenapa. Masalah wife dia macam tak happy dengan dia je rupanya. Alah hai. Lepas tu dia duk pening fikir nak beli apa untuk wife dia. Nak kasi wife dia happy.

Itulah. Banyak sangat tengok drama. Laki orang belikan kereta, kau nak beli kereta.

Laki orang bawak bini pergi Italy beli perabot, kau nak bawak isteri pergi Italy juga. Nilai 3 kau tak pandang.

Eh, ni. Kau tahu tak, nak tambat hati isteri, tak perlu modal beratus dan beribu ringgit bhai. Serius.

IKLAN

Memang lah, keluar duit banyak-banyak untuk isteri tu bagus. Semua isteri suka. Yang tak kahwin pun tetiba nak jadi isteri kau bila bab duit ni.

Ini kes lain. Ini masalah kalau kau tak ada duit, tapi kau nak isteri kau happy dengan kau. Macam mana?

Ok, ada beberapa cara. Kira tips lah ni aku kongsi :

KEMAS RUMAH.
– Hari minggu apa salah kau ringankan tulang, tolong kemas rumah. Lap dapur, lap tingkap. Sapu lantai, mop.

Kau hembus lah ayat ni, “Sayang duduk rehat je. Biar abang bersihkan rumah. Sayang main lah phone tu sampai habis bateri.”

Confirm dia ketawa dan makin sayang kat kau. Cuba lah!

BASUH BAJU
– Sesekali kau main gila. Kau kutip semua baju kotor kau, baju kotor wife kau dan anak-anak, kau basuh. Kalau boleh bra dan panties dia pun kau basuh sekali.

IKLAN

Tapi kau tanya dulu lah yang mana boleh basuh sekali, yang mana kena asingkan. Naya beb kalau rosak pakaian dia!

Dah kau malas juga, kau sumbat je kat dobi layan diri. Dah kering kau suruh dia lipat. Kau cuba, berbunga hati dia bang!

MAKAN
– Part ni kalau kau malas, kau hangkut je diorang makan luar. Atau bahasa baru akak-akak bawang, ‘gantung kuali’ .

Tapi, kalau kau nak soswit, kau google apa masakan yang murah, yang senang dan mampu kau masak. Alah masak sardin takkan kau tak tahu, kan? Malu je.

Isteri kau masuk dapur nak jenguk, kau halau! Kan nampak comel bila kau dengan perut buncit pakai apron kat dapur masakkan untuk family kau.

Dah siap masak kau panggil diorang makan. Kau angkat tudung saji sambil kau berdiri atas kerusi jerit ‘suprise tadaaa!’. Sampai jiran sebelah rumah kau terkejut. Kau pun ketawa sekeluarga.

IKLAN

URUT
– Bab ni best. Sambil tengok tv tu kau raba-raba lah belakang dia. Picit bahu dia. Tumbuk sedas dua.

Kau kata ke isteri kau, “kesian sayang. Penat ya jaga abang dan anak-anak. Biar abang urut ya?”

Sambil urut tu kau tanya lah pasal hari dia, kerja dia, apa masalah dia.

Urut ni kalau kena cara, ‘happy ending’ kau tahu. Tak faham sudah lah. Dasar slow.

ANAK-ANAK
– Bab ni kau kena kuat dari segi mental dan fizikal. Anak beb, bukan dia tahu mak bapak dia penat ke apa. Dia tahu nak perhatian, nak bermanja saja.

Kau layan anak-anak. Bagitahu anak, isteri kau penat. Jangan ganggu. Bila isteri kau dengar, dia rasa dihargai bang! Betul.

Nah. 5 cara aku kongsikan. Tak habis beratus pun duit kau, kan?

Dah ramai pun buat benda ni tapi aku cerita juga bagi yang belum tahu. Ada juga yang dah tahu tapi biasa lah, ego. Buang lah ego tu sikit. Janji family kita bahagia. Khennn?

Cuba-lah!

#puakabersekutu
Pantang mundur kecuali bini panggil.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI