Cara-cara:
-Masukkan minyak,masukkan kayu manis..
-Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia..tumiskan..sampai naik bau.
-Masuk garam,masukkan air..biarkan menggelegak..lepas tu baru masukkan ikan…jangan dibalik-balikkan..nanti hancur lebur..hilang mood.
Lepas tu masukkan lobak dan daun sup…
Resepi sambal kicap
-lada api,bawang putih di tumbuk..masukkan kicap jalen masin dan gula,perahkan limau..kulit limau di hiris halus..masukkan sekali dalam sambal tu.tumbuk lagi sedap dari di blender.
Taraaaaa…dah siapp…
Sumber : Annida Ammar via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki perkakasan memasak yang canggih tentunya dapat memudahkan urusan ibu di dapur untuk menyediakan pelbagai hidangan. Dan kali ini, seorang ibu ini berkongsi pengalamannya menyediakan kek hari jadi anaknya dengan menyediakan resipi Burnt Cheese Cake yang dimasak menggunakan Air Fryer dan hasil tekstur kek tersebut cukup lembut dan menjadi!
Jadi buat anda yang ingin mencuba resipi istimewa ini dan cukup mudah penyediaannya, di sini dikongsikan untuk manfaat bersama. Jom semak.
“Semalam (100320) sempena bday anak bujang sulung sy yg ke 12, gigih la sy mencari resepi buat burnt cheese cake (fav anak ni) guna airfryer sbb sy xde oven 😅. Jadinya cari pny cari jumpa resepi tu dan tak sangka hasil pertama kali buat tros cantik kejadiannya sampaikan bday boy mkn setgh dr kek tu 😅. Layan kan je laaa Terima kasih pada si pemberi resepi. Mmg mudah dan sedap. Bwh ni sy sertakan blk resepi sy dan step2 utk buat Burnt Cheesecake Airfryer ni- Eikha Zakaria
1. Blend kan je semua bahan-bahan tadi satu per satu untuk dapatkan tekstur kek yang menarik. Mixer pun boleh je guna, tapi sebab saya malas nak basuh part2 mixer tu jadinya blender la cara paling senang. Dah ada benda senang buat apa nak susahkan. Hehe
Notakaki: Make sure blender korg tu bersih suci la dari segala bau Makcik2 segala bawang, geng-geng kunyit halia, para-para cili padi dan seangkatannya pulak. Kang dari nak jadi Burnt Cheesecake jadi Burnt Cheleecake plak kang 😂
Hasil potongan slice. Cantikkan?? Smooth je tekstur kek ni. Yg penting sedap. Makan sesejuk lagi sedap tauu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin pernah antara kita ketika kecil dahulu bila susah sangat menelan ubat berbentuk biji, mesti ibu akan menghancurkan ubat tersebut untuk memudahkan kita menelannya. Pun begitu, adakah cara dengan menghancurkan ubat tersebut ianya tidak menjejaskan kualiti ubat yang dimakan.
Nak tahu penerangan lanjut berkaitan makan ubat yang dihancurkan, ayuh kita baca perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini. Semoga bermanfaat.
BOLEHKAH UBAT DIHANCURKAN?
Pengambilan ubat biji secara oral merupakan kaedah rawatan yang paling kerap dan paling mudah dilakukan. Namun begitu, masalah akan timbul apabila pesakit tidak berupaya menelan makanan pepejal dan menyebabkan pengambilan ubat biji secara oral turut terjejas. Dalam keadaan ini, pesakit, penjaga mahupun pengamal perubatan seperti ahli farmasi dan jururawat perlu mencari alternatif lain bagi memastikan pemberian atau pengambilan ubat biji dapat dilakukan dengan tepat. Salah satu daripada alternatif tersebut adalah dengan menghancurkan ubat-ubatan tersebut.
Terdapat beberapa situasi yang memerlukan ubat-ubat biji dihancurkan. Antaranya adalah untuk memudahkan pemberian ubat kepada pesakit melalui tiub makanan yang dipasang melalui hidung bagi pesakit yang mengalami kesukaran untuk menelan (dysphagia). Selain itu, pesakit juga mungkin terpaksa menghancurkan ubat dan mencampurkannya dengan makanan ataupun minuman dengan tujuan untuk menyembunyikan rasa ubat yang kurang disukai. Sesetengah ubat biji pula diperlukan dalam dos tertentu untuk kanak-kanak, tetapi tidak tersedia dalam bentuk cecair.
Oleh itu, ubat perlu dihancurkan, dilarutkan dan disukat mengikut dos yang dikehendaki. Namun begitu, persoalan yang harus diambil perhatian adalah, adakah semua ubat-ubat biji seperti kapsul, pil dan tablet boleh dihancurkan?
Perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum menghancurkan ubat biji
Apabila terdapat keperluan untuk menghancurkan ubat biji, adalah amat penting untuk kita mengetahui maklumat berkenaan jenis dan formulasi ubat berkenaan. Secara umumnya, ubat-ubat biji yang tidak boleh dihancurkan tergolong dalam beberapa jenis:
1. Ubat dengan penyalutan enterik (enteric-coated drugs)
Tujuan penyalutan enterik ubat-ubatan -adalah untuk melindungi ubat dari keasidan perut dan juga melindungi perut dari kesan ubat tersebut. Ubat yang bersalut enterik direka agar tahan keasidan yang tinggi dalam perut dan seterusnya mengelakkan ubat tersebut dari terurai sebelum ia sampai ke lokasi sasaran iaitu usus. Selain itu, ia juga direka dengan tujuan menjadikan asid perut sebagai bahan penguraian salutan dan sekaligus memastikan ubat tersebut boleh larut dan bertindak ke atas usus.
Oleh itu, menghancurkan ubat yang bersalut enterik adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan ubat larut terlalu awal, terurai oleh asid perut dan merengsakan lapisan perut.
2. Ubat pelepasan diubahsuai (modified released drugs)
Ubat pelepasan diubahsuai direka bagi memastikan ubat yang dimakan dibebaskan dengan perlahan di dalam perut dalam tempoh antara 12 hingga 24 jam. Ini adalah untuk memastikan kepekatan ubat yang sama terdapat dalam darah secara konsisten sepanjang tempoh yang dikehendaki. Ubat jenis ini mengurangkan kekerapan pesakit untuk mengambil ubat dan mengurangkan kesan sampingan ubat tersebut kepada pesakit. Selalunya singkatan LA, ER, XR, CR, SR tercatat pada nama ubat.
Justeru, ubat jenis ini tidak boleh dihancurkan sebelum diambil kerana ia akan menghasilkan kepekatan ubat yang tinggi di dalam badan pada masa yang singkat dan boleh menyebabkan kesan toksik akibat dos yang berlebihan. Selain itu, ia juga akan menyebabkan kepekatan ubat menjadi rendah sebelum dos seterusnya diambil, dengan itu ubat berkenaan tidakdapat menghasilkan kesan rawatan yang dikehendaki.
3. Ubat bawah lidah (sublingual)
Ubat bawah lidah diperlukan untuk memastikan bahan aktif ubat tersebut diserap masuk terus ke salur darah di bahagian bawah lidah dan seterusnya meningkatkan kepekatan ubat tersebut di dalam badan dengan sangat cepat. Ini juga akan menghalang ubat tersebut daripada dicerna dalam hati yang akan merendahkan kandungan ubat tersebut di dalam darah.
Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk menghancurkan ubat bawah lidah bagi memastikan cara penyerapan dan tindakan ubat tersebut tidak terjejas. Namun begitu, memandangkan ubat ini tidak perlu ditelan tetapi sebaliknya hanya perlu diletakkan di bawah lidah, maka keperluan untuk menghancurkan ubat sublingual ini jarang terjadi.
4. Kapsul
Ubat-ubat yang diformulasi dalam bentuk kapsul tidak digalakkan untuk dibuka kerana terdapat kemungkinan kandungan serbuk di dalam kapsul tertinggal atau tidak ditelan sepenuhnya, seterusnya akan menjejaskan kesan rawatan yang disasarkan. Jika ubat dalam kapsul berbentuk butiran dengan pelepasan diubahsuai, maka ia tidak boleh dihancurkan sebelum diambil.
Ubat dalam bentuk kapsul, tablet tanpa salutan, tablet bersalut polimer nipis atau gula secara umumnya boleh dihancurkan. Bagaimanapun pertimbangan lanjut diperlukan bagi ubat-ubatan yang disalut dengan gula kerana ia bertujuan bagi menyaduri rasa pahit ubat tersebut. Selain itu, menghancurkan pil, tablet atau membuka kapsul juga boleh mendedahkan individu kepada risiko ketoksikan. Apabila ubat dihancurkan, serbuk-serbuk halus yang terhasil boleh memasuki tubuh melalui mulut ataupun hidung. Oleh itu, menghancurkan ubat-ubatan seperti ubat kanser, sesetengah antibiotik dan hormon adalah dilarang.
Selain itu, menghancurkan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan pesakit menerima dos ubat yang tidak mencukupi kerana mungkin terdapat ubat yang melekat pada alat yang digunakan untuk menghancurkannya, tertumpah atau diterbangkan angin. Memandangkan sesetengah ubat mendatangkan kesan yang besar dengan dos yang sedikit, kekurangan dos ubat walaupun dalam jumlah yang kecil mungkin boleh mengundang kegagalan rawatan penyakit. Terdapat juga ubat yang akan rosak jika tablet dihancurkan atau dikeluarkan daripada kapsul akibat terdedah kepada udara atau cahaya dengan itu turut menjejaskan kesan rawatan ubat tersebut.
Oleh itu, pesakit, penjaga atau pengamal perubatan perlu menyedari bahawa menghancurkan ubat-ubatan adalah kaedah pengambilan ubat biji yang tidak digalakkan. Ubat yang diberikan hendaklah ditelan sepenuhnya tanpa dihancurkan dan kandungan kapsul tidak dikeluarkan.
Jika terdapat masalah untuk menelan ubat, pesakit atau penjaga perlu merujuk kepada maklumat terperinci berkenaan kestabilan dan formulasi ubat yang kebiasaannya terdapat pada kertas sisipan produk sebelum menghancurkan pil, tablet ataupun kapsul. Jika didapati pesakit boleh terdedah kepada kesan sampingan yang serius ataupun terdapat isu kurangnya keberkesanan ubat jika ia dihancurkan, rujuklah pegawai farmasi untuk mengetahui sama ada terdapat alternatif ubat dalam bentuk cecair (sirap atau suspensi), tampalan pada kulit (patch), tablet larut air (dispersible tablets) atau sisipan pesari (pessary) ke dalam dubur.
Pernah tak terjadi pada ibu-ibu bila memotong, menggunting, atau menumbuk cili yang memang kuat pedasnya sampai membuatkan kesannya melekat pada jari-jemari dan juga tangan. Terasa panas, gatal, pedas, dan pedih. Inilah yang dikatakan pijar.
Sebenarnya, ada petua yang diamalkan sejak turun-temurun untuk hilangkan pijar ini dengan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Petua ini dikongsikan oleh saudari Dila Mubarak dengan menggunakan garam. Jom baca ni.
Ibu2 jika tangan rasa pijar kesan cili tak hilang2. Lepas pegang cili ke maklumlah duk masak hari2. Lepas makan sambal belacan ke…lepas makan budu ke eheee. Berjam2 tangan rasa panas cili..Tunggu hilang tak hilang jugak.
Ini petuanya ya insyaAllah hilang. Basahkan tangan & sapu dengan garam. Saya dah cuba dengan gula. Tak berkesan. Alhamdulillah dengan garam menjadi. Hebatnya Allah sediakan penawar untuk kita.
Ok itu saja.. Dalam 15 minit insyaAllah hilanglah rasa tak selesa tu. Save ok..mana la tau kot esok2 kan kena..lupa pulak😘
Selain penggunaan garam, ada tip lain bagi membantu menghilangkan pijar pada tangan ibu-ibu.
1. GULA
Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan gula pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa.
2. GENGGAM BERAS
Satu lagi petua hilangkan pijar yang diajarkan oleh Mak Ayah kita adalah memasukkan tangan ke bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Memang lega. Apapun, pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya.
Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa.
3. SAPU SUSU PEKAT
Seterusnya, kalau ada susu pekat atau susu cair, boleh juga digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus.
Caranya, tuangkan sedikit susu ini ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.
4. SAPU MINYAK MASAK
Ini juga salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang-orang lama, iaitu dengan menggunakan minyak masak.
Mudah saja. Ambil sedikit minyak masak, dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa pedas tadi.
5. RENDAMAN AIR ASAM JAWA
Satu lagi cara yang boleh anda cuba adalah menggunakan asam jawa. Cubalah masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.
6. GUNA HAMPAS KELAPA
Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.
7. GOSOK TANGAN PADA KELULI
Petua yang akhir ini mungkin kedengaran lucu, tapi ia sebenarnya berkesan. Anda boleh gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan air pada tangan dan ulang lagi hingga tangan rasa lebih lega.
Selain hilangkan pijar, teknik ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di