Tahun 2018 pastinya menjadi Syawal paling sempurna buat pelawak Achey dan isterinya dengan kehadiran si comel, rezeki yang tak terduga bagi pasangan ini.
Menerusi instagram peribadinya Achey berkongsi berita gembira ini dengan memuat naik gambar anaknya yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Setelah 8 tahun bersama ternyata Allah mengurniakan rezeki kebahagiaan buat pasangan ini.
“Assalamualaikum ,Bismillah…alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara…setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki di kurniakan cahaya mata..namun pada 22/5/2018 di ramadhan ke 6… anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu…”
“NUR TIARA ZINNIRAH NASIR nama di berikan… @tiara_zinnirahofficial di lahirkan pada 15/5/2018 .. pada jam 8.05pm … di HKL….selama hampir sebulan kami berada di kg… terutama @anne_achey… ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? … jawapannya menjaga tiara dalam pantang?????….. tak dapat nak di gambarkan dengan kata2 yang hebat… yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembiraaaa tak terkata..??…kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial … semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya….RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAYYYYYY!!!..,” tulisnya.
Semoga kehadiran Nur Tiara menjadi pelengkap kebahagian buat Achey dan isteri. Pastinya Syawal ini menjadi Syawal paling bermakna.
“Orang Nampak Anak ‘Rude’ Bila Sepak & Pukul” Betul Ke Umur Ini Anak Masih Belum Dapat Kawal Emosi?
Anak saya bulan depan 2 tahun. Sekarang memang nampak protes kalau dia nakkan sesuatu dan saya nak tahu apa perlu saya buat sebab anak saya selalu sepak dan pukul orang yang dia tak familiar. Yelah orang nampak dia rude. Tapi bagi saya, dia protective. Dan bila dia mengamuk nakkan sesuatu saya cuba alihkan fokus dia contohnya…”Tu tgk ada bird”..atau geletek dia smpai dua-dua gelakk.
Jawapan;
Anak pada usia begini tidak menyepak atau memukul kerana biadap atau buruk perangai. Mereka belum faham pun bagaimana untuk bersosial.
Oleh itu, jika dia menyepak atau memukul orang, puan cepat-cept halang kakinya atau tangannya dan ambil tangan itu untuk dia bersalam atau membelai, jika yang hendak ditamparnya itu adalah anak kecil juga.
Ambil masa terangkan bahawa bila dia berjumpa orang, salam. Jangan sepak. Boleh belai. Ulang banyak kali pada masa yang berbeza.
Jika dia dah sepak atau pukul, minta maaf kepada orang itu. Orang yang faham, akan tahu anak itu belum memahami lagi dan sedang dididik. Yang tidak faham itu, kita kasihan saja pada mereka. Mereka sudah lupa mereka dulu pun begitu. Apa boleh buat.
Mengalih perhatian anak kepada perkara lain, adalah tektik yang baik sebenarnya.
Jika anda berasa payah untuk mengawal tingkah lakunya, maka kurangkan berjumpa orang lain. Dan perbanyakkan menerangkan kepada anak bagaimana untuk berkelakuan bila berjumpa orang lain dan sebagainya. Boleh guna buku-buku.
Semoga perkongsian Ibu hari ini membantu.
Salam kasih,
Ibu Rose
Mizz Nina Bagi Bayangan Cukup Mendalam, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!
Entri terbaru Mizz Nina di akaun Instagram miliknya benar-benar membuatkan wargamaya berteka-teki dalam memahami makna tersirat yang cuba disampaikan olehnya. Kapsyen ditulis olehnya cukup panjang dan seakan memberi bayangan mengenai perasaannya kini.
Buat follower Keluarga, Sila gunakan kod promo KELGSP5 untuk pembelian Telaga Biru Al-Quran Mushaf Qiyam & Terjemahan dengan harga lebih murah di GO SHOP
Menerusi perkongsian Mizz Nina, 42 melalui ayat al Quran surah Al-Baqarah bolehlah dijadikan renungan dan peringatan bersama.
KONGSI MESEJ TERSIRAT – MIZZ NINA SERAH SEGALA KETENTUAN KEPADA ALLAH SWT
“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.
“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.
“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.
“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan.
“Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak.
“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui.
Demikianlah tulis Mizz Nina dimana perkongsiannya di media sosial itu seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar mengundang pelbagai reaksi netizen.
Masih mengunci mulut mengenai dakwaan rumahtangganya dengan penyanyi Hujan, Noh Salleh berdepan masalah, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina.
Sumber : Ig official officialmizznina
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Perut Gatal Ketika Hamil, Normal Atau Kritikal?
Momen indah waktu kehamilan sepanjang 9 bulan atau kesemua trimester amat diingati oleh setiap wanita yang pernah melaluinya.
Menurut Dr Ahmad Zharif Bin Hussein, Pakar Sakit Puan, Metro IVF, kulit merasa gatal semasa hamil juga menunjukkan terdapat tanda awal gangguan yang mengakibatkan kesan kepada kehamilan dan janin termasuk tahap kesihatan ibu dan janin sehingga berkebarangkalian menyebabkan kematian.
Kenal pasti kemungkinan kulit merasa gatal dan antaranya adalah:
• Penyakit psikogenik iaitu desakan untuk menggaru kulit tanpa adanya masalah atau penyebab
sistemik
• Keadaan saraf/neurologi
• Keabnormalan buah pinggang
• Keabnormalan hati
• Gangguan endokrin (tiroid dan diabetes)
• Anemia kekurangan zat besi
• Penyakit reumatik atau radang pada sendi
• Reaksi atau alah kepada ubat-ubatan
• Jangkitan sistemik, seperti HIV
• Kulit kering atau xerosis
Antara pengalaman yang sering dirasakan oleh para ibu di beberapa bahagian badan termasuk bahagian abdomen atau perut yang terasa gatal berlaku hampir 90% ibu hamil dan juga bahagian kulit berdekatan dengan payudara. Bahkan ada yang menggaru bahagian tersebut sehingga mempunyai kesan calar terutama 24 minggu ke atas.
Kenapa sering gatal bahagian perut?
Apabila kulit mengembang iaitu kulit daripada bahagian perut menjadi semakin kurang lembapan dan kulit kering cenderung berasa gatal dan tidak selesa
Punca perut terasa gatal saat hamil
1. Adanya hormon kehamilan
Kehamilan menyebabkan terjadinya perubahan hormon terutama hormon estrogen. Perubahan keseimbangan hormon ini memberikan rasa gatal kepada perut.
2. Perut semakin membesar
Semakin membesarnya perut maka kegatalan perut semakin meningkat, ini disebabkan kerana seiring bertambahnya usia kandungan, perut turut ikut membesar dan meregang, sehingga menyebabkan perut terasa gatal.
3. Munculnya tanda regangan (stretch mark)
Tanda regangan yang biasanya muncul pada perut ibu boleh juga menyebabkan perut semakin terasa gatal. Stretch mark bahagian perut semakin banyak kerana perut semakin membesar terutama di trimester ketiga menjadi semakin gatal
Tips kurangkan perut rasa gatal
Boleh cuba melegakan kegatalan melalui kaedah berikut:
• Jangan menggaru. – akan meninggalkan kesan parut pada kulit
• Gunakan Pelembap – jenis yang terasa ringan, lembut, bebas pewangi boleh membendung kegatalan buat sementara waktu dan boleh gunakannya dengan kerap jika perlu. teruskan dengan berhati-hati, kerana ia juga boleh mencetuskan alahan jika digunakan secara tidak betul.
• Sapu pada krim anti-gatal.- Losyen calamine merah jambu yang diletakkan pada cacar air mampu memberikan keselesaan bagi beberapa kes kegatalan kulit
• Ada sesetengah wanita menggunakan minyak vitamin E untuk memberikan kelegaan dan kegatalan yang dialami.
• Rendaman mandian oatmeal yang lembut menggunakan air suam boleh memberi kesan yang baik untuk kulit kering. Cuma pastikan air tidak terlalu panas kerana boleh mengeringkan kulit anda dengan lebih teruk.
• Gunakan pelembap ketika di dalam bilik turut membantu mengelakkan kulit daripada kering
• Cuba kompres sejuk. Letakkan kain lap yang sejuk dan basah pada tempat yang gatal selama lima hingga 10 minit untuk mendapatkan sedikit kelegaan.
• Untuk kegatalan yang melampau, cuba krim hidrokort – jika perlu. Ia boleh membantu terutamanya untuk gatal-gatal teruk..Hanya gunakan bila perlu dan dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum membeli dan mencuba Hidrocot. Hanya gunakan apabila benar-benar memerlukannya, gunakan jumlah jumlah yang kecil dan tidak lebih daripada sekali sehari.
Antara yang perlu dielakkan oleh ibu hamil
1. Elakkan menggunakan air panas
Semasa mandi, elakkan menggunakan pancuran air panas atau berendam dalam air panas untuk jangka waktu yang lama kerana boleh mengeringkan kulit.
2. Elakkan penggunaan produk yang mempunyai Sodium Lauryl Sulfate (SLS)
Kebanyakan produk mandian dan syampu mempunyai ramuan SLS untuk membantu membersihkan kotoran yang melekat pada kulit. SLS juga boleh menyebabkan keradangan jika kandungan SLS tinggi daripada yang disarankan
3. Elakkan pemakanan mengandungi banyak lemak serta berminyak
Apabila perut wanita hamil semakin membesar dan kulit menjadi semakin meregang, ketidakselesaan dan gatal-gatal mungkin telah dijangkakan. Hari Raya bakal menjelang tiba tetapi perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan agar kesihatan ibu dan bayi tetap diutamakan disamping menikmati juadah bersama sanak saudara.
Namun, jika mempunyai gejala lain atau gatal pada kulit yang teruk hingga sukar untuk tidur atau diatasi, segera dapatkan rawatan daripada Doktor untuk memastikan simptom yang dialami tidak mengundang kemudaratan yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my