Dalam kesibukan kita menunggu keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), khabar duka kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa keluarga tersayang sudah pasti hati meruntun sebak.
Tiga beranak termasuk seorang bayi maut selepas kenderaan pikap dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan pada 19 November lalu iaitu hari PRU 15 buat rakyat Malaysia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Mohamad Shafiq Zailani, 33 dan Faeiznoor Mansor, 32, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian.
Ads
“Bayi lelaki pasangan itu yang berusia 10 bulan, Daryan Marwa pula meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
“Tiga anak mangsa yang terselamat namun mengalami kecederaan ialah Mohamad Danish Uqasha 9, Dhia Medina, 5 dan Damiaa Melissa, 2.”
Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pikap jenis Ford Ranger berlaku kira-kira 4 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati, kenderaan yang dipandu Mohamad Shafiq dari Bandar Jengka, Maran menghala ke Kuantan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan.
“Akibat kemalangan, pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia di HTAA , Kuantan.
“Tiga lagi anak pasangan yang cedera dibawa ambulans ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut,” katanya lagi.
Wan Mohd Zahari berkata, kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan.
Ads
Tiga anak mangsa yang terselamat namun mengalami kecederaan ialah Mohamad Danish Uqasha 9, Dhia Medina, 5 dan Damiaa Melissa, 2.
Alam perkahwinan bukanlah perkara yang mudah dan perasaan cinta sahaja tidak dapat menjamin keutuhan sesebuah rumah tangga.
Sering kita dengar tentang peranan yang perlu dilaksanakan oleh seseorang isteri untuk menjadi seorang wanita yang mentaati suami. Tapi jarang sekali kita ketengahkan tanggung jawab suami.
Untuk menjadi suami dan bapa yang awsome sekali gus bertanggung jawab kepada keluarganya, 5 Cara ini mungkin dapat membantu.
Jom baca perkongsian dari Dr Taufiq Razif yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan di facebooknya.
1. Selalu jaga mulut di depan anak dan isteri walaupun sedang marah melampau
2. Tak berkira dengan duit bila melibatkan nafkah dan benda yang berfaedah
3. Kenal personaliti & perwatakan anak dan isteri. Lagi hebat bila si suami sendiri berminat nak belajar ilmu parenting & ilmu mendidik anak anaknya sendiri
4. Jadi ’emphatic listener’ pada pasangan dan anak anaknya sendiri. Tak terlalu cepat memberikan solusi dan sedia mendengar keluhan pasangan dan anak anaknya kerana hanya dengan mendengar pun ianya adalah satu terapi emosi!
5. Tahu beza BONDING TIME & ME TIME. Masa me time tu boleh la nak bermain game dan handphone sekejap tapi jangan la sampai terabai perhatian kat anak isteri.
Jangan sampai ketika anak anak dah liar dipengaruhi oleh BONDING LUAR baru kita nak tersedar. Masa tu mungkin semuanya dah terlambat dah ?
Jom sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Sentuhan Karya Agong.” Tak Sangka Rupanya Tulisan Tangan Emma Maembong, Warganet Beri Pujian.
Pernah lihat tak pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia yang diadakan pada tahun 2015 di Universiti Kebangsaan Malaysia?
Tahukah anda bahawa ayat-ayat pada ilustrasi itu adalah hasil tulisan tangan pelakon terkenal Emma Maembong,
Ini diakui oleh ayahnya yang juga merupakan tokoh pelukis negara, Ismail Embong menerusi perkongsian terbarunya di facebook miliknya.
Katanya, ramai yang tidak percaya bahawa tulisan tangan itu adalah hasil karya anaknya Emma.
Selepas selesai Emma menulis ‘text’ pada ilustrasi berkenaan barulah dia menceburi dalam bidang lakonan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Ramai terkejut dan kurang percaya bila ayoh beritahu yang tulisan text Sejarah Melayu (SM) di lukisan terpanjang dunia itu adalah tulisan Emma.
“Ayoh diberi ruang ini oleh Kementerian pada 2005 untuk berkarya. Dalam foto ini Emma sedang menulis teks SM pd lukisan terpanjang dunia dipertengahan 2012.
“Pengunjung tidak pedulikan dia yang tekun menulis kerana dia belum dikenali, belum ceburi bidang lakon.
“Dia masuk bidang lakonan akhir 2012 beberapa bulan lepas kerjanya disini selesai dan ayoh ‘bebaskan’ dia.”
Emma tekun tulis teks SM pd kepingan lukisan terpanjang dunia
Dia tidak bimbang keseorangan. Amat tekun bila buat sesuatu.
Pengunjung dtg tidak pedulikan dia, hanya untuk berfoto berlatarkan lukisan SM.
Ada seorang pelawat tertarik dgn kerja Emma, tp tidak menegur kerana budak itu terlalu asyik dan tekun dgn kerjanya.
Pelawat nak bergambar dgn pelukis. Anak pelukis tidak diendahkan nun disudut sama terus berkarya.
Pelawat posing lg, Emma teruskan kerjanya…
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dalam pada itu, Ismail Embong menjelaskan Emma kerapa membantunya berkarya.
WARGANET KAGUM
Meninjau di ruangan komen, warganet meluahkan rasa kagum melihat karya itu itu dan sikap tekun pelakon emma ketika masih kecil.
“Karya agong..halus dan kerja nya tahniah buat Ayah dan Ema.kerja yang Terbaik.”
“Sentuhan karya agong, Tahniah ayoh dan Emma.. Terbaik
“Hebatnya , cantik kemas dan teliti….bkn kaleng2 ni…. Terbaik anak dan ayah . Tahniah.”
“Halus dan teliti kerjanya…. tahniah ayoh dan emma.”
Kontroversi yang membabitkan juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee minum arak di sebuah kelab malam baru-baru ini akhirnya menemui noktah.
Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang oleh Hanee atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan telah ditarik semula.
Kes seperti ini merupakan kejadian kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 edisi ia dianjurkan. Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku pemilik jenama Dewi Remaja, telah mengadakan satu sidang akhbar tengah hari tadi.
Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman, penarikan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 daripada Haneesya Hanee dibuat selepas pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenang ini telah melanggar syarat penyertaaan.
“Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani” di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai,” katanya semasa sidang akhbar.
Menurut Faiz Aimman lagi, dengan penarikan gelaran tersebut, Haneesya Hanee bersama dua lagi finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.
Dengan penarikan gelaran ini bermakna tahun ini tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.
Di sebalik isu yang terpalit ini, tidak dinafikan manusia sering melakukan kesilapan dan tiada yang sempurna. Begitu pun, Haneesya Hanee telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik sehingga melayakkan dirinya bergelar Dewi Remaja 2018/2019.
Bahkan, gadis yang baru berusia 19 tahun ini juga mempamerkan bakat dan potensi yang luas sepanjang pencarian tersebut.
Menjawab isu kontroversi ini, jelas pelakon drama Cik Reen Ngok Ngek, dia akui berasa kesal dengan tindakan dan meminta agar netizen tidak mengecam ibunya yang menjadi tulang belakangnya selama ini.
“Saya minta maaf sangat dan ini memang kesilapan bodoh saya. Saya terima dengan keputusan penarikan balik gelaran. Memang ini sewajarnya memandangkan perbuatan saya salah kerana merosakkan nama Dewi Remaja.
“Saya hanya minta orang berhenti cakap ini salah mak tak pandai jaga saya. Ini adalah perbuatan dan pilihan saya sendiri dan mak saya tak ada kaitan.
“Saya juga harap kemaafan dari semua. Sebagai manusia memang kita tak lari dari buat salah. Jadi, saya pohon diberikan peluang ke dua.
“Sekarang saya kena perbaiki diri . Selepas ini saya akan teruskan apa yang saya lakukan sebelum ini. Saya takkan give up.
Keberanian gadis hitam manis ini untuk memikul tanggungjawab membuatkan dia dilihat seorang yang cekal dalam menghadapi cabaran dan dugaan.
Dia dalam pada itu turut menitipkan nasihat buat remaja di luar sana agar berhati-hati dalam berkawan supaya tidak tersalah langkah.
“Saya ambil ini sebagai pengajaran terbesar. Tolong jangan nilai peribadi saya atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada.
“Kepada remaja di luar sana, inilah apa yang awak akan dapat jika salah langkah. Jangan buat kerana tak ada sebarang faedah. Seronok hanya seketika, tapi sakitnya anda sendiri akan tahu.
“Terpulang pada anda sama ada nak bangun atau jatuh, tapi saya pilih untuk bangkit dan kuatkan diri untuk berhadapan dengan semua orang. Saya ambil ini sebagai pengajaran.
“Buat masa sekarang saya hanya mahu rehat tapi takkan lama. Hanya beberapa hari sahaja kemudian akan kembali semula bekerja macam sebelum ini,” ujar Hanee.
Pemenang tempat kedua, Tia Sarah turut hadir memberi sokongan kepada Hanee.
Ditanya kekuatan dalam beliau menghadapi saat-saat sukar ini, akui Hanee semuanya datang dalam diri serta sokongan sekeliling.
“Ramai yang cuba menjatuhkan saya tetapi apabila lihat ramai kawan-kawan yang bagi sokongan, baca di twitter yang membantu dan bagi nasihat, jadi saya rasa bersyukur kerana masih ramai yang bersama saya.
“Walaupun ibu sangat sedih tapi dia masih mahu datang dengan saya hari ini. Inilah yang membuatkan saya rasa memang patut berhadapan dengan semua orang,” ujarnya sambil menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di