Gugur air mata seorang lelaki tatkala melihat kesusahan dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.
Itu kisah yang ingin dikongsikan oleh saudara Hazaman Suhami menerusi laman facebooknya. Semoga menjadi teladan buat para suami di luar sana dalam menghargai isteri dan anak-anak.
Pasti ada beberapa peristiwa besar berlaku dalam hidup kita yang paling susah untuk dilupakan. Dan di antara peristiwa besar tu pasti ada satu peristiwa yang tersimpan rapat dalam hati, menusuk jauh ke dalam sanubari..
Dan tanpa kita sedar, di situlah bermulanya jalan cerita, kisah suka dan duka, dan kisah PERJALANAN HIDUP KITA..
Saya,
Merupakan seorang lelaki yang degil dan keras hati. Seorang lelaki yang agak kasar, mudah marah, panas baran dan cukup sukar untuk membazirkan air mata hanya untuk perkara yang sia-sia. Bertahun lamanya saya tidak menangis.. Hingga saatnya Allah datangkan saya satu peristiwa & pengalaman yang paling BERHARGA dalam hidup saya..
Dan ianya bukan sekadar menjentik hati, malah telah meluluhkan jiwa lelaki saya.. Hingga ke saat ini, tak akan pernah terpadam dalam memori..
Itulah peristiwa dan SAAT PERTAMA saya bergelar seorang AYAH..
Saya masih ingat setiap detik dan ketika, isteri melahirkan anak. Masih terbayang wajahnya yang kesakitan, masih terngiang-ngiang jeritannya yang menyesakkan. Satu kesakitan yang bagai dapat dirasa. Hingga terfikir taknak bagi isteri bersalin lagi lepas tu. Saya berdoa dalam hati mohon Allah pindahkan seluruh kesakitan itu pada saya serta merta sebab tak sanggup melihat isteri menanggung derita. Hati saya jadi hancur luluh..
Berbekas tangan bila isteri cengkam sekuat hati. Pandangan matanya seolah ingin katakan, ” Abang tolonglah saya.. Saya dah tak larat menanggung sakit ni abang.. Rasa nak mati dah.. Tolong saya abang.. Saakitt sangatt ni abang..” ???
Saat itu air mata saya mencurah-curah. Laju sangat mengalir macam tak mahu berhenti. Saat itu juga Allah beri bayangan bahawa inilah kesakitan yang pernah ibu saya tanggung sewaktu melahirkan saya dulu. Beginilah rupanya seksa dan derita yang ditanggung seorang wanita saat kelahiran. Ya Allah..
Barulah saya mengerti..
Terbayang betapa saya banyak berdosa terhadap ibu saya. Terbayang betapa saya banyak melakukan kesalahan pada insan yang bernama WANITA, pada insan yang bergelar IBU, bergelar ISTERI.. Betapa saya tidak pandai menghargai ciptaan tuhan yang indah dan sempurna ini. Malunya saya pada Rasulullah kerana punya akhlak yang terkeji, kerana tak pernah mencontohi akhlaknya yang sentiasa menghargai, selalu memuji dan mengasihi kaum wanita.
Ku mohon keampunanMU ya Allah..
Malam tu saya tak berhenti menangis dan berdoa..
Ya Allah jadikanlah aku lelaki yang sentiasa menghargai wanita ya Allah.. Jadikanlah aku suami soleh, yang baik dan berlemah lembut dengan isteri. Jadikanlah aku anak yang taat dan sentiasa berkhidmat buat ibuku ya Allah..
Aku terlalu banyak kelemahan dan kekurangan ya Allah.. Lembutkanlah hatiku sebagaimana lembut dan indahnya hati kekasihMU ya Allah..
Sejak dari itulah saya terasa BESARNYA DOSA tiap kali menyakiti hati WANITA.. Kerana hanya mereka yang sanggup ‘mati’ untuk melahirkan zuriat kita.
Wahai lelaki yang bergelar suami Wahai lelaki yang bergelar ayah Wahai lelaki yang bergelar seorang anak
Mari kita menghargai wanita yang pernah bertarung nyawa semata-mata untuk melahirkan satu nyawa.. Janganlah disakiti dan disiksa jiwa mereka. Kerana Rasulullah merupakan manusia yang paling menyanjungi dan mengasihi mereka. Mengapa kita tergamak jadikan mereka mangsa kezaliman dan nafsu amarah kita, kerana kita sendiri punya banyak kelemahan dan keaiban..
Walaupun terlalu sukar, tapi belajarlah bersabar. Kerana penghuni syurga ialah di kalangan orang-orang yang SABAR. Memang tak mudah untuk bersabar, kerana itulah lelaki diamanahkan Allah untuk menjaga dan melindungi kaum wanita.
Boleh jadi merekalah SEBAB UTAMA kita menuju ke syurga. Bukan pada pangkat kita, dan bukan pada amalan kita.. Renungkanlah..
Usahawan dan pelakon, Hanis Zalikha tidak terlepas dari rasa marah namun sentiasa mengawal dirinya terhadap dua anaknya, Yusuf dan Alisa.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Hanis atau nama panggilan mesranya Kek Nis menyatakan dirinya sama sahaja seperti ibu di luar sana yang memarahi anak-anak jika berkelakuan tidak baik.
“Saya pun ada je marah. Parents mana yang tak marah.
“Saya selalu letak anak ini seorang manusia. Kecilnya hati bila ditengking, dicubit dan dimarahi.
“Saya tak nak mereka rasa kerdil, sebab tu saya akan cuba untuk tidak tinggikan suara bila marah,” luahnya.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia lebih senang mengambil pendekatan berterus terang dengan anak-anak supaya anak lebih mudah faham.
Tambah Hanis lagi, dia juga sama seperti ibu bekerjaya lain yang terpaksa mendapatkan bantuan orang lain terutama dalam penjagaan anaknya.
Katanya, dengan bantuan daripada pembantu rumah (maid) dapat meringankan urusan di rumah.
“Kalau Hairul tak ada, parents saya akan tolong. Kalau tak saya pun tak boleh nak handle perniagaan saya (Cakenis).
“Tapi kalau bab masak memang saya akan masak,” tambahnya.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi mereka yang merupakan pencinta kucing, semestinya akan berasa sedih apabila kucing kesayangan yang dipelihara sejak kecil mati.
Jadi tak hairanlah jika kematian kucing peliharaan boleh membuat hati pemiliknya merasa sangat sedih. Seperti yang dialami oleh Ajak Shiro dan keluarganya.
Oscar. Dia hanya binatang.. Tapi dia ahli keluarga.. Dia hanya kucing.. Tapi dia dibesarkan.. Dia pernah buat kami marah.. Tapi dia pernah buat kami ketawa.. Dia buat tak tahu kami panggil.. Tapi dia pernah datang waktu kami baring.. Okay…kami kalah.. Kami menangis… . Simpan di sini buat kenangan..
Selamat tinggal Oscar.. Terima kasih ya Allah kerana pinjamkan dia buat kami seketika..
Sumber: Instagram ajakshiro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.