Gugur air mata seorang lelaki tatkala melihat kesusahan dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.
Itu kisah yang ingin dikongsikan oleh saudara Hazaman Suhami menerusi laman facebooknya. Semoga menjadi teladan buat para suami di luar sana dalam menghargai isteri dan anak-anak.
Pasti ada beberapa peristiwa besar berlaku dalam hidup kita yang paling susah untuk dilupakan. Dan di antara peristiwa besar tu pasti ada satu peristiwa yang tersimpan rapat dalam hati, menusuk jauh ke dalam sanubari..
Dan tanpa kita sedar, di situlah bermulanya jalan cerita, kisah suka dan duka, dan kisah PERJALANAN HIDUP KITA..
Saya,
Merupakan seorang lelaki yang degil dan keras hati. Seorang lelaki yang agak kasar, mudah marah, panas baran dan cukup sukar untuk membazirkan air mata hanya untuk perkara yang sia-sia. Bertahun lamanya saya tidak menangis.. Hingga saatnya Allah datangkan saya satu peristiwa & pengalaman yang paling BERHARGA dalam hidup saya..
Dan ianya bukan sekadar menjentik hati, malah telah meluluhkan jiwa lelaki saya.. Hingga ke saat ini, tak akan pernah terpadam dalam memori..
Itulah peristiwa dan SAAT PERTAMA saya bergelar seorang AYAH..
Saya masih ingat setiap detik dan ketika, isteri melahirkan anak. Masih terbayang wajahnya yang kesakitan, masih terngiang-ngiang jeritannya yang menyesakkan. Satu kesakitan yang bagai dapat dirasa. Hingga terfikir taknak bagi isteri bersalin lagi lepas tu. Saya berdoa dalam hati mohon Allah pindahkan seluruh kesakitan itu pada saya serta merta sebab tak sanggup melihat isteri menanggung derita. Hati saya jadi hancur luluh..
Berbekas tangan bila isteri cengkam sekuat hati. Pandangan matanya seolah ingin katakan, ” Abang tolonglah saya.. Saya dah tak larat menanggung sakit ni abang.. Rasa nak mati dah.. Tolong saya abang.. Saakitt sangatt ni abang..”
???
Saat itu air mata saya mencurah-curah. Laju sangat mengalir macam tak mahu berhenti. Saat itu juga Allah beri bayangan bahawa inilah kesakitan yang pernah ibu saya tanggung sewaktu melahirkan saya dulu. Beginilah rupanya seksa dan derita yang ditanggung seorang wanita saat kelahiran. Ya Allah..
Barulah saya mengerti..
Terbayang betapa saya banyak berdosa terhadap ibu saya. Terbayang betapa saya banyak melakukan kesalahan pada insan yang bernama WANITA, pada insan yang bergelar IBU, bergelar ISTERI.. Betapa saya tidak pandai menghargai ciptaan tuhan yang indah dan sempurna ini. Malunya saya pada Rasulullah kerana punya akhlak yang terkeji, kerana tak pernah mencontohi akhlaknya yang sentiasa menghargai, selalu memuji dan mengasihi kaum wanita.
Ku mohon keampunanMU ya Allah..
Malam tu saya tak berhenti menangis dan berdoa..
Ya Allah jadikanlah aku lelaki yang sentiasa menghargai wanita ya Allah.. Jadikanlah aku suami soleh, yang baik dan berlemah lembut dengan isteri. Jadikanlah aku anak yang taat dan sentiasa berkhidmat buat ibuku ya Allah..
Aku terlalu banyak kelemahan dan kekurangan ya Allah.. Lembutkanlah hatiku sebagaimana lembut dan indahnya hati kekasihMU ya Allah..
Sejak dari itulah saya terasa BESARNYA DOSA tiap kali menyakiti hati WANITA.. Kerana hanya mereka yang sanggup ‘mati’ untuk melahirkan zuriat kita.
Wahai lelaki yang bergelar suami
Wahai lelaki yang bergelar ayah
Wahai lelaki yang bergelar seorang anak
Mari kita menghargai wanita yang pernah bertarung nyawa semata-mata untuk melahirkan satu nyawa.. Janganlah disakiti dan disiksa jiwa mereka. Kerana Rasulullah merupakan manusia yang paling menyanjungi dan mengasihi mereka. Mengapa kita tergamak jadikan mereka mangsa kezaliman dan nafsu amarah kita, kerana kita sendiri punya banyak kelemahan dan keaiban..
Walaupun terlalu sukar, tapi belajarlah bersabar. Kerana penghuni syurga ialah di kalangan orang-orang yang SABAR. Memang tak mudah untuk bersabar, kerana itulah lelaki diamanahkan Allah untuk menjaga dan melindungi kaum wanita.
Boleh jadi merekalah SEBAB UTAMA kita menuju ke syurga. Bukan pada pangkat kita, dan bukan pada amalan kita.. Renungkanlah..
#BackToAllah
#BackToFitrah
#LoveQuranAndSunnah
#Sayangilahibumu
#Kasihanilahisterimu