Setiap kali menggoreng ikan keli pasti kita akan berjaga-jaga. Mana taknya, jenis ikan yang satu ini kalau di goreng pasti meletup-letup ketika digoreng. Nak elakkan meletup dan terkena minyak yang panas, ramai daripada kita yang menggunakan tudung periuk sebagai perisai utama.

Anda sebenarnya boleh ncuba tiga petua nenek-nenek kita ni. Insyaallah ikan yang digoreng akan ‘diam’ sahaja hingga garing. Tak perlulah guna perisai lagi kala nak berperang di dapur. Jom cuba cara ni.

Goreng Ikan Keli Agar Tak Meletup, 5 Petua Ni Buat Ikan ‘Diam’ Hingga Garing, Sila Cuba!

1. Tepung gandum

Sama ada lumurkan tepung gandum bersama dengan garam dan kunyit sebelum digoreng atau taburkan tepung gandum ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Kedua-dua cara ini berkesan untuk menghentikan ‘letupan’ ikan keli yang digoreng.

Selain daripada itu, dikatakan mencuci ikan dengan tepung gandum juga dapat menghilangkan rasa hanyir dan memberi rasa isi ikan yang lebih enak ketika
dimakan.

IKLAN

2. Halia
Gorengkan beberapa hiris halia terlebih dahulu di dalam minyak yang sama, sebelum menggoreng ikan. Kemudian gorenglah ikan keli seperti biasa.

3. Kulit Bawang
Kulit bawang dikatakan dapat membuatkan ikan goreng tidak melekat pada kuali. Malah juga dapat mengelakkan minyak daripada meletup ketika digoreng. Ketika goreng ikan keli, masukkan kulit bawang ke dalamnya dan biarkan sahaja hingga ikan garing.

Goreng Ikan Keli Agar Tak Meletup, 5 Petua Ni Buat Ikan ‘Diam’ Hingga Garing, Sila Cuba!

IKLAN

4. Asam keping

Penggunaan asam keping juga dikatakan mampu menghentikan kesan ikan keli yang digoreng daripada meletup. Caranya semasa ikan digoreng, masukkan dua atau
tiga keping asam ke dalam kuali.

Kemudian tutup dengan tudung periuk dan biarkan sehingga masak. Kaedah ini bukan sahaja selamat malah ikan yang dimasak lebih garing dan enak rasanya.

IKLAN

5. Garam kasar

Orang tua-tua ada juga berpesan untuk gunakan garam kasar untuk tujuan ini. Caranya cukup mudah, hanya masukkan beberapa biji garam kasar ke dalam minyak yang panas sebelum menggoreng ikan. Elok juga untuk dicuba mungkin helah ini berjaya mengatasi kesukaran saat menggoreng ikan keli.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI