10 ‘S’ Ini Insya-Allah Bantu Suami Isteri Kekal Bahagia Ke Akhir Usia
Perkahwinan merupakan satu janji taat setia dan ikatan hubungan seorang lelaki dan wanita untuk hidup bersama dalam melestarikan sunnah baginda Rasulullah SAW.
Dan setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan hubungan penuh kasih sayang hingga ke akhir usia selepas diijabkabulkan.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” al-Rum: 21
Dalam membantu suami isteri mengecap kebahagiaan dan keindahan hidup berkeluarga 10 S berikut boleh dipraktikkan. Belum terlewat juga untuk diamalkan buat pasangan yang sudah lama berumah tangga.
1. SALAM
Membudayakan ucapan salam adalah salah satu sunnah Rasulullah. Lebih-lebih lagi ucapan itu di antara suami dan isteri. Di dalamnya ada terkandung doa untuk kesejahteraan yang boleh membawa kepada kebahagiaan.
2. SENYUM
Perbuatan yang tidak memerlukan kata-kata, tetapi difahami oleh pasangan kita apabila kita melakukannya. Jelas menunjukkan kita sentiasa berada dalam keadaan positif apabila kita melakukan sedemikian.
3. SAPA
Ads
Sewajarnya kita perlu saling bertanya khabar tentang pasangan kita termasuklah kesihatan, pekerjaan atau soal anak-anak, walaupun setiap hari tinggal sebumbung. Apatah lagi sekiranya berjauhan disebabkan tugasan yang terpaksa dilaksanakan.
4. SABAR
Pastinya dalam setiap kelebihan yang ada pada pasangan kita, ada pula kekurangan pada dirinya. Belajarlah dengan penuh sabar untuk menerima kekurangan itu agar kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh bermakna.
5. SAYANG
Ads
Sifat ini perlu sentiasa dipupuk. Sayang bukan hanya terletak di bibir, tetapi perlu dibuktikan melalui perbuatan. Suami jangan hanya sibuk mengucapkan sayang pada isterinya sehingga nafkah yang menjadi kewajipan untuk diberikan turut diabaikan.
6. SUKA
Apa yang telah disediakan untuk suami seperti makanan umpamanya, walaupun kurang enak daripada sudut rasanya tetapi tunjukkanlah bahawa kita menyukainya. Jangan terus kritik dengan perkataan kurang sedap kerana isteri pula akan menunjukkan reaksi tidak suka.
7. SIMPATI
Ads
Sekiranya ditimpa kesusahan, masalah, musibah, sakit atau seumpamanya maka berikanlah sepenuh perhatian pada pasangan kita. Waktu itu masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain untuk membina kekuatan agar mampu bangkit kembali. Simpati sebeginilah yang amat diharapkan dalam rumah tangga.
8. SPONTAN
Sering kali kita melihat, isteri yang melakukan kerja rumah. Apalah salahnya kalau suami juga turut membantu. Tanpa menawarkan diri untuk menolong, adalah lebih cantik sekiranya dilakukan dengan cara spontan tanpa diminta. Sikap ini akan menyebabkan isteri bertambah sayang.
9. SEGAK
Penampilan diri yang baik akan menyebabkan pasangan kita senang. Walaupun hanya berada di rumah, tidak salah untuk suami atau isteri memperelok kemasan pada pakaian. Apatah lagi sekiranya ditambah dengan sedikit wangian. Barulah akan sentiasa segak di mata pasangan.
10. SIMPLE
Semua pasangan mengimpikan keharmonian dalam rumah tangga. Walaupun tidak mewah tetapi cukuplah sekadar semua kelengkapan asas tersedia tetapi bahagia. Inilah yang terbaik. Kekayaan bukan jaminan kebahagiaan, walaupun di mata manusia nampak senang. Tetapi apa maknanya kemewahan sekiranya tidak disulami dengan kebahagiaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan semenjak anak-anak melalui pembelajaran PdPR di rumah, kita sebagai ibu ayah telah membelikan handset untuk anak-anak.
Umum kita juga akui, bila handset sudah ada ditangan anak-anak, kita tidak terlepas dengan cabaran untuk memantau penggunaan telefon.
Jadi timbul juga kebimbangan di hati ibu ayah dan untuk itu ada baiknya lakukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Nisya Gomezs untuk mengawal penggunaan telefon.
Ini perkongsiannya.
Mak-mak dan pak-pak sekalian… Anak-anak ada handset sendiri? WAJIB!!! Install Google Family Link.
Boleh set kan berapa jam anak hadap handphone, boleh tau anak habiskan masa dengan handphone untuk apps yang mana.
Selain dari tu, kalau anak-anak nak install apa-apa apps, depa akan cari kita untuk mintak permission. Kalau time ko p keje, mereput lah anak ko kene tunggu ko balik keje. Tetap ada peranan parents kt situ.
Kalau anak-anak yang dah besar sikit, app ni boleh trace anak dok belah mana. Dan, boleh bips suruh dorg balik. Sebab, once kita set keloi depa, hp dorg autolock. Kene jumpa mak pak balik lah untuk buka password. (Password jangan kene hacked sudahlah. Huhu)
Banyak lah boleh dilakukan dengan apps ni.
Dannn…. kalau ko panggil anak, anak buat-buat tak respon, ko set kn “locked phone”. Automatic dia akan turun cari mak/ayah dia sendiri tanpa di panggil.
Hahahaha
Sumber : Nisya Gomezs
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam berlangsungnya majlis pertunangan anak Datin Seri umie Aida bernama Danial. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon ini menerusi laman instagramnya. Pertunangan danial & haniz
“MasyaAllah.. rasa tak percaya anak me sudah dewasa dan bersedia memikul tgjwp yang lebih besar dalam hidupnya.
“Alhamdulilah… ibu gembira dengan pilihan mu danial.. Semoga sentiasa dlm lindunganNYA dan diberkatiNYA .. Aamiin…
“Doakan semoga pernikahan mereka berjln lancar tahun ini yea. InsyaAllah.. #engagement
Keterujaan bakal menerima menantu tidak lama lagi turut mendapat reaksi daripada peminat serta rakan artis. Rata-rata mengucapkan tahniah atas pertunangan tersebut.
Simple je majlis pertunangan
missfazuraCongratulations kak Umie bakal dapat menantu. Happy for you 😍
Pempengaruh media social dan usahawan, Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara menarik perhatian ramai apabila menyediakan wang perbelanjaan yang banyak bagi menyambut kelahiran bayi sulung mereka.
Menerusi video yang dikongsikan Fila di Tik Toknya, kedua mereka dilihat turut sama mengunjungi kedai barangan bayi bagi membeli beberapa kelengkapan untuk si comel mereka.
Jelas Fila, suaminya sangat teruja dengan kehamilannya dan telah membeli banyak kelengkapan walaupun baru memasuki sebuah kedai.
Apa yang membuatkan pempengaruh itu geli hati sudah tentu tindakan suaminya yang menyangka barangan bayi mahal sehingga memperuntukkan jumlah wang yang cukup besar.
“Papa (suami) teruja sangat, sekali pergi kedai walaupun sudah banyak kali beli pun harganya baru dalam RM1,000 lebih.
“Dia ingat barang bayi mahal.
“Alhamdulillah sudah selesai bab baju, banyak lagi yang nak kena beli,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat pasangan tersebut berbelanja untuk anak mereka.
Fila dan suami bahkan dipuji kerana tidak berkira-kira untuk menyambut orang baru dalam keluarga mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di