Rezeki tidak pernah salah alamat, sedang ramai peraih dan peniaga yang terkesan dengan harga durian yang jatuh akibat berlakunya lambakan raja buah tersebut namun berbeza kisahnya bagi seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Suhaimi Azimi, 39 tahun.
Keputusannya untuk menjual durian goreng, siapa sangka mendapat permintaan yang luar biasa dan akhirnya memberi pulangan lumayan kepada peniaga durian ini.
Memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, Gerai yang beroperasi dengan nama Kedai buah-buahan Cik Bunga di Jalan Besar Bercham bersebelahan Taman Sri Kurau, di sini, mula tular kerana keistimewaan isi durian yang terus digoreng bersama bijinya.
Lambakan Durian
Suhaimi berkata, idea itu tercetus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan hampir 80 peratus buah duriannya tidak terjual.
“Dalam tempoh PKP ini lambakan buah durian terlampau banyak, kalau dahulu sekurang-kurangnya 500 kilogram (kg) buah durian terjual setiap hari tetapi sekarang hendak jual 100 kg pun susah.
“Saya tidak dapat lagi menghantarnya ke bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor, malah harga juga jatuh teruk sehingga RM3 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini.
“Jadi, saya bersama rakan terfikir untuk mencuba sedikit kelainan dengan menggoreng isi durian terus bersama bijinya, syukur cubaan kami menjadi dan mendapat sambutan. Sekurang-kurangnya sebanyak 100 kilogram durian yang digoreng itu laku terjual dalam sehari,” katanya.
Ads
Resipi Ibu
Menurutnya, banyak usaha sudah dilakukan untuk mempelbagaikan menu yang berasaskan durian untuk memikat hati sesuai dengan selera atau tekak pelanggan.
“Sebelum ini saya ada cuba membuat pelbagai variasi seperti cucur durian, durian crepe, kek ‘topping’ isi durian, dorayaki dan sebagainya demi untuk mengatasi lambakan buah durian itu,” katanya.
Katanya, dia mendapat bekalan durian dari Kuala Kangsar dan Batu Kurau serta menggunakan isi durian kampung bagi menghasilkan durian goreng untuk dijual kepada pelanggan.
“Saya menggunakan bancuhan tepung resipi yang diwarisi daripada ibu, sepertimana cempedak goreng saya mencelupkannya ke dalam bancuhan dan kemudian digoreng sehingga kuning keemasan.
“Bagi saiz besar saya menjualnya sebanyak RM1 seketul, manakala bagi saiz kecil pula RM1 untuk dua ketul,” katanya.
Menurutnya lagi, gerainya beroperasi bermula jam 12 tengahari sehingga jam 7 malam pada hari Selasa hingga Ahad.
Ads
“Setiap hari pada sebelah pagi kami akan mula pergi mendapatkan bekalan daripada peraih, ini bagi memastikan pelanggan benar-benar dapat merasai nikmat isi durian goreng yang sedap dan segar,” katanya.
Promosi Di Media Sosial
Katanya, selain itu, bagi merancakkan hasil jualan menu itu turut dipromosikan di dalam pelbagai medium media sosial.
“Selain daripada menu istimewa durian goreng, dalam masa yang sama kami turut menjual cempedak goreng, durian crepe dan pelbagai buah-buahan tempatan di gerai itu agar pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Menjaga muka saban hari perlukan usaha yang bukan sedikit. Namun tidak perlulah berbelanja mahal untuk pastikan kulit wajah sentiasa cantik, bersih dan gebu.
Mungkin jika anda punya bajet yang lebih tidak salah mencuba produk berjenama mahal dan diyakini. Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hakikatnya ada beberapa minat atau hobi yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan lumayan walaupun sekadar dilakukan pada masa lapang.
Ini sebagaimana perkongsian wanita ini yang sememangnya sedari kecil lagi sudah minat dengan bunga dan kini siapa sangka daripada minatnya itu mendatangkan sumber pendapatan kepada Puan Anum sekeluarga.
Menurutnya andai ingin dicongak keuntungan yang boleh dibuat dengan menjual pokok secara online ini, boleh mencapai hingga RM 2000 sebulan.
Satu jumlah yang boleh dibanggakan dan jika ingin mengetahui lanjut kisah Puan Anum ini, jom baca artikel ini.
Menurutnya, dia sudah 4 tahun melakukan jualan pokok bunga dan di mana sebelum ini menanam pokok-pokok tersebut di laman rumah sekadar memenuhi hobi semata-mata.
“Mula-mula suka-suka tapi bila ramai yang berminat jadi seronok dan bolehlah tambah duit kocek. Kerjanya juga bukanlah susah dek kerana minat, setiap hari saya bangun jam 5 pagi, masak siap-siap untuk keluarga. Pada pukul 6.30 pagi saya sudah keluar rumah untuk tengok pokok, bersihkan mana yang tidak sempurna. Siram pokok. Sapu sampah dan sebagainya.”
“Kalau nak diikutkan dalam banyak-banyak pokok yang ditanam semua jenis saya suka. Pun begitu memang saya lebih cenderong yang berbunga. Bagi saya pokok bunga ini lebih mendamaikan, hilang stres rasanya bila kita berkebun bunga. Aura bungaan boleh membantu awet muda sehat dn cergas.”
Bila diajukan soalan berkaitan hobi menanam bunga dalam ahli keluarga, ujarnya “Anak-anak sebok dengan kerja masing-masing. Hanya saya dan suami je yang membantu setiap pagi dan petang.”
Tip Penjagaan Pokok Berbunga
Yang penting kita kene rajin.
2. Baja ape pun boleh lebatkan bunga dan cantik kan daun. Cuma jangan silih berganti. Contoh kalau ada orang cakap baja ni baja tu ok bunga lebat, terus semuanya dicuba. Tapi sebaliknya. Bagi saya baja yang murah pun kalau ikut peraturan tetap akan meriah berbunga. Contohnya saya hanya gunakan Baja Kopi Ajimino 3 Serangkai dah hampir 4 tahun, alhmdulillah masih mengunaknnya.
3. Berkat kesabaran perlu ada. Jangan cepat mengalah.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Jika namanya suka bercucuk tanam, pasti pelbagai jenis tanaman ada ditanam di laman rumah. Tidak terkecuali menanam tanaman jenis memanjat seperti pokok telang, pokok anggur dan sebagainya.
Apa yang penting, tumbuhan jenis memanjat ini memerlukan para, dinding atau struktur lain dan untuk itu, di sini disediakan cara mudah untuk menyediakan struktur untuk tumbuhan memanjat andai ditanam di dalam pasu. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh D’Pro A’Nas.
Membuat penahan pokok dan tempat pokok memanjat.
Bahan-bahannya :
Dawai Tebal…Dawai untuk buat string Pagar hijau..Segolong 10 meter RM4
Cable Tie.
Tape Penyukat
Lukisan untuk sample buat menahan pokok dan pokok memanjat.
Cara-caranya:
Buatkan 3 bulatan dawai yang diikat dengan menggunakan cable tie mengikut ukuran berbeza iaitu 30 inci, 12 inci dan 10 inci.
Sediakan 3 dawai untuk dijadikan tiang dengan ukuran 30 inci.
Kemudian ikat 3 bulatan pada bahagian tiang dengan bahagian kecil di bawah dan besar di atas menggunakan cable tie dengan kemas.
Semoga dengan perkongsian ini memberi idea kepada anda yang suka bercucuk tanam untuk tumbuhan jenis memanjat agar lebih nampak kemas dan sekali gus cantik dipandang. Selamat mencuba.