Remaja memang ciptaan yang sukar difahami. Namun memahami mereka – fikiran, tindakan, perilaku, perangai, adalah kemahiran yang ibubapa/ guru perlu ada supaya kita tak membiarkan mereka tenggelam dalam masalah dan kekeliruan mereka sendiri.
Isu remaja mengandung di usia 11 tahun, remaja lelaki mengedar dadah diusia seawal 13 tahun dan macam-macam lagi kisah pelik remaja membuatkan kewajipan memahami remaja lebih signifikan.
Kita nak berbincang, tapi diorang respon suam-suam kukuk – ‘hurm’, ‘ok’, ‘tak ada apa..’
kebanyakkannya krik..krik sahaja…
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Cuba 11 tips ini
Ads
1. Jangan terus terjah dengan isu yang kita nak ‘settlekan’. Mulakan dengan cerita yang neutral – apa yang dia minat, topik-topik umum dan sebagainya. Sampai dia selesa.
2. Jangan ‘assume’ apa-apa. Elakkan mulakan perbincangan dengan kita sudah awal-awal jatuhkan hukuman. “ayah nampak awak selalu balik lewat, pergi buat apa malam-malam?”
3. Beri pilihan jawapan – MCQ. “Awak marah atau suka sebenarnya?, yang mana satu?”
4. Suggest explanation – “abi rasa awak nampak macam tertekan sebab banyak kerja sejak nak dekat periksa PT# ni, betul ke macam tu?”
5. Kalau diorang susah nak explain, suggest guna skor – “teruk macam mana awak rasa kat sekolah? kalau Papa bagi scale 1-10, 10 tu paling teruk awak tak nak langsung pergi sekolah, 1 tu awak happy, awak rasa tahap awak ni macam mana?”
Ads
6. Tunjukkan genuine interest – jangan tanya sambil tengok smart phone, duduk, tengok muka, display body language yang appropriate.
7. Beri masa dan ruang – “Ummi tahu awak susah nak cakap sekarang, tak apa ummi beri masa, tapi ummi nak sangat tahu apa yang awak rasa, ummi biar awak fikir dulu, tapi janji dengan ummi, sebelum hujung minggu kita kena berbual balik pasal ini, boleh?”
8. Kalau anak anda masih kecil, mula dari sekarang – boleh baca buku Psikologi Si Kecil tajuk “cipta dady and son moment anda” Supaya tidak kekok bila mereka dah dewasa nanti.
9. Guna teknologi – kadang-kadang ada isu yang face-to-face susah nak tackle. Invite discussion guna medium lain – chating, wassap/telegram, email atau guna old school style – minta anak tulis dan beri kita baca.
10. Kurangkan fokus kepada dia secara personal – cuba mulakan dengan fokus kepada orang lain. “ada anak kawan mama dia selalu marah-marah sebab dia sebenarnya tertekan dengan ibubapa dia, mama pun selalu dengar yang remaja ni boleh memberontak sebab tertekan dengan ibubapa, awak pula macam mana? awak ada rasa macam tu?”
11. Jangan lupa kuasa doa – ibubapa kena selalu doa agar Allah tidak wujudkan dinding diantara kita dan anak kita dan mereka sentiasa mengasihi kita keranaNya.
Ads
Kalau kami di klinik pun, sekali dua jumpa memang susah nak dapat apa-apa dari remaja ni. Perlu cuba berkali-kali sehingga mereka bina keyakinan dan kepercayaan kepada kita. Jadi kuncinya, usaha dan terus usaha. Jangan pasrah.
“Siapa sangka kes saya menggempar satu Malaysia. Saya pun tidak sangka. Hingga ramai ahli politik, menteri bahkan pm turut sama membicarakannya.”
“Ramai tokoh-tokoh ternama, nama besar dalam arena politik turut serta menyatakan sokongan mereka. Terima kasih semua yang ikhlas menyokong.”
Antara perkongsian Mohd Fadli Mohamed Salleh yang juga merupakan guru Matematik tular setelah mendedahkan dirinya dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
DIGUGURKAN TINDAKAN TATATERTIB
Isu ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.
Namun setelah meraih perhatian ramai pihak termasuk ahli politik serta wargamaya yang menyokong usahanya, siapa sangka tindakan tatatertib itu digugurkan.
Sebagaimana laporan Harian Metro, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.
Menerusi surat keputusan yang tular di laman sosial petang ini, Mohd Fadli juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Berdasarkan surat berkenaan, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Surat berkenaan ditanda tangan Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.
Selain itu, semalam Mohd Fadli juga berkongsi keputusan mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan menerusi Facebook (FB)
Rentetan daripada keputusan itu, wargamaya meluahkan rasa syukur dan menitipkan doa untuk guru berkenaan untuk meneruskan perjuangannya dalam membela nasib murid-murid.
Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.
Malah dia turut menyuarakan pendapat jumlah murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang boleh memudaratkan kesihatan murid.
Malah usahanya itu turut mendapat sokongan daripada pelakon popular Rita Rudaini menerusi hantaran di instagram miliknya.
Kelahiran cahayamata pastinya mengembirakan setiap pasangan suami isteri. Lebih manis apabila tarikh kelahiran anak adalah sama.
Begitulah bertuahnya buat pelawak dan pengacara, Ajak Shiro menerusi instagramnya hari ini muat naik perkongsian bahawa anaknya mempunyai tarikh kelahiran yang sama. Begitu unik dan jarang-jarang berlaku bagi adik beradik.
Anak pertamanya yang bernama Jad Thaqif dilahirkan pada 25 March 2010 manakala anak keduanya, Had Thaqif pula dilahirkan pada 25 March 2013 dan akhir sekali bernama Nada Soffea dilahirkan pada 25 March 2015.
Selamat hari lahir untuk semua anak-anak Baba…Semoga kamu membesar jadi insan yang berguna dan taat kepada ibu bapa..
25/03/10/13/15
Jad Thaqiff
Had Thaqiff
Nada Soffea
.
*gambar pagi tadi nak gi sekolah
SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT. SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU”
Kisah wanita malang yang didera suami sendiri sejak 30 tahun lalu cukup menyedihkan. 3 kali keguguran akibat disepak terajang. Belum bab dimaki hamun, disumpah seranah dan pelbagai lagi.
Ikuti perkongsian oleh Ustazah Asma Binti Harun, Ex Perundingcara Rumahtangga dari pengalaman kisah benar yang berlaku pada 2011. Moga bermanfaat untuk semua!
RUMAHKU NERAKA KU. BAHAGIA DIHUJUNG DERITA.
“Ustazah, saya datang untuk membuat permohonan CERAI FASAKH, saya tak boleh lagi teruskan hidup dengan suami, saya nak cari ketenangan di hujung-hujung usia begini”
Dari awal klien ini masuk wajahnya dilihat tenang tapi sarat dengan beban yang berat. Sambil meneliti fail, umur awal 50an, seorang guru, ada ijazah, usia perkahwinan cecah 30 tahun, anak 8 Orang.
“Adakah puan dah timbang dengan teliti kesan penceraian di usia begini, bagaimana penerimaan anak-anak, dan apakah alasan kuat puan, bukan mudah permohonan fasakh nak lulus kecuali ada alasan yang kukuh”. Pada perkiraan saya ketika itu, mungkin isu orang ke 3 baru muncul atau sekadar masalah komunikasi.
“Ustazah, sepanjang perkahwinan hidup saya sangat menderita, saya hadapi penderaan fizikal, mental, seksual dan emosi”. Nada sebak dan terketar-ketar seperti melepaskan tempikan suara hati yang sangat lama dipendam.
“Ustazah, 3 kali kandungan saya gugur kerana disepak terajang dan perut dipijak. Ustazah pernah baca kisah yang heboh satu malaysia, kes seorang isteri didera dan dipijak perut sehingga gugur kandungan?, saya hanya mengangguk. “Itu adalah cerita saya, kali pertama saya buat report dan entah bagaimana cerita itu tersebar, saya malu pada jiran, rakan sekerja, keluarga, semua tahu cerita saya. Kes itu tutup kerana saya diugut dengan suami. Suami pegawai pangkat tinggi, dia seorang yang dikenali. Selepas itu 2 kali lagi kandungan gugur kerana didera dipijak perut ketika usia kandungan dah cecah 3-4 bulan, tapi sebab saya trauma, tidak ada aduan kepada mana-mana pihak”.
“Sepanjang perkahwinan, sepak terajang, maki hamun sumpah seranah, rambut ditarik diheret kepala ke bawah menuruni tangga, tidur diluar rumah tanpa tudung dari malam sampai pagi, pernah dijirus dengan minyak lalu di ugut dengan api untuk dibakar, dan sering dipaksa dalam hubungan seksual”
Kali ini saya pula yang terketar-ketar untuk bertanya. Darah menyirap dan badan rasa berhaba. Ini bukan manusia.
“Kenapa puan bertahan begitu lama dalam perkahwinan yang sangat dahsyat seperti ini?”
“Saya bertahan kerana ANAK-ANAK dan kerana satu HARAPAN satu hari suami akan BERUBAH”
“Puan, maaf saya tanya, adakah berbaloi puan bertahan demi anak-anak?”
“Tidak ustazah, sebahagian anak saya mengalami tekanan jiwa sehingga perlukan rawatan psikiatri. Sebahagian lagi mengikut perangai ayahnya, turut maki hamun saya. Saya rasa berdosa pada anak, saya tak pernah salahkan anak, mereka membesar dengan melihat ibunya didera hampir setiap hari, mereka membesar dengan ketakutan” air mata diseka tanpa henti. Sayu sekali bila disebut tentang anak.
“Puan, 30 tahun bukan tempoh yang sekejap, bagaimana puan laluinya”
“Ustazah, orang terdekat juga tidak tahu, jiwa saya merana namun sedaya upaya senyum, sakit lebam pada badan disembunyikan. Dua perkara yang saya pegang teguh bila jatuh terduduk, saya sembamkan wajah ke bumi, SOLAT dan ALQURAN adalah teman rapat saya, hanya itu sumber tenang, bahagia dan kekuatan saya…”
Benarlah, manusia akan benar-benar merasakan Allah itu ada, ketika tiada manusia disisinya. Tapi iya sangat sakit namun sangat manis, iaitu saat jatuh cinta padaNya, saat Allah benar-benar cukup baginya.
Dua tangannya dikepal diletakkan dimulut, mata berkaca lidahnya terketar, saya tahu dia ingin menyatakan sesuatu yang bermain dalam fikirannya, namun dia sendiri takut untuk meluahkan.
“Ustazah, kenapa Allah tak makbulkan doa permintaan saya, bukankah doa orang yang dizalimi maqbul?, adakah anak-anak saya jadi begitu salah saya?, saya hanya minta dengan Allah supaya suami berubah, dia sayang saya sedikit pun jadi, akan hilanglah segalanya derita saya. Sia-sia saya menunggu dengan harapan satu hari suami akan berubah, SIA-SIA… akhirnya saya dsisini untuk tuntut CERAI.. memang SIA-SIA!”
Allah… inilah soalan yang akan menyimpulkan pertemuan ini, inilah saatnya setiap kali klien bertanya soalan begini, saya akan berbisik dalam hati memohon pertolongan Allah, mengharapkan Ilham daripadaNya, agar lidah saya boleh menuturkan sesuatu yang jernih dan sejuk. Ibarat air dingin dikala kehausan dibawah terik matahari. Ini persoalan berkaitan AQIDAH. Isu keyakinan dan sangkaan kita pada ALLAH.
“Puan.. 30 tahun puan menanti dengan sabar, akhirnya suami tetap tidak berubah, apakah sebenarnya puan dapat?, dia diam. “30 tahun bukan SIA-SIA, ALLAH tak pernah silap, dan ALLAH maha melihat, mendengar dan memakbulkan. Sebenarnya, dalam tempoh ini puan telah menghimpun PAHALA SABAR selama 30 tahun!, dan jika balasanNya SYURGA ALLAH, apakah puan rasa?
Dengan terketar-ketar dia bertanya, “SYURGA ALLAH?, Betulkah ustazah? Sambil tangannya genggam kuat tangan saya.
“Puan, ini bukan janji atau kata-kata saya, tapi janji Allah. Allah berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar 39 : 10)
سَلامٌ عَلَيكُم بِما صَبَرتُم ۚ فَنِعمَ عُقبَى الدّارِ “..sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahtera ke atas kamu, disebabkan KESABARAN kamu (di dunia dahulu). Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu”. (Ar-Ra’d : 24)
“Puan, ini janji Allah kepada mereka yang diuji, lalu sabar dan redha dan tetap teguh bersangka baik dengan Allah, akan menerima Salam yang istimewa daripada Allah dan para Malaikatnya, bukan dsini, tapi di SYURGA ALLAH”
Dia meleraikan tangannya, lalu tanganya disatukan sambil wajah tunduk ke bawah “ya Allah, aku redha ya ALLAH.. jika benar SyurgaMu, Aku redha.. aku maafkan suami dan anak-anakku keranaMu ya ALLAH, terimalah pahala SABAR ku ini, aku ingin SYURGA MU….”
Allahu Allah.. Kami sama-sama menangis dan aminkan doa. Dihadapan saya seorang wanita yang bukan diuji 30 hri atau 30 bulan, tapi 30 tahun. Allah hanya ingin mendengar perkataan REDHA daripada hambaNya, lalu Dia akan memberikan keredhaanNya. SyurgaNya.
Bila SYURGA ALLAH dilihat dengan mata hati. Segala berat perit derita boleh ringan ibarat debu. Sapu dan biar berlalu. Memang bukan mudah, tapi boleh.
………
Kemudian, saya membantunya untuk meneruskan permohonan Cerai Fasakh, daripada report polis dan report Dr. yang dia simpan, saya yakin permohonan fasakh ini akan berjalan lancar. Beliau menyatakan, penceraian ini adalah untuk dia mendapat KETENANGAN, “saya ingin beribadat dengan tenang dan menjadi Ibu yang tenang buat anak-anak, moga belum terlambat”.
Tiada istilah terlambat untuk kebaikan selagi belum tiba kematian.
SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT.
SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...