Memang benar, apabila mempunyai anak ramai, kadang kala berlaku ketidakseimbangan kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa kita sedar, berlaku konflik antara kita dan anak-anak. Malah melalui perkongsian yang dipaparkan oleh Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif , yang menyentuh mengenai isu anak kedua yang dikatakan sering diabaikan sehingga memberi kesan kepada emosi anak itu. Jom semak!
BETUL KE ANAK NOMBOR 2 SELALU DIABAIKAN?
Tiba-tiba je entah kenapa hati saya jadi sebak teringatkan anak kedua saya ni, Muhammad Solahuddin.
Saya perasan sesuatu. Dia agak ‘ rebellious’ akhir akhir ini. Ye, memberontak! Bila saya kaji kaji balik, bukan sebab tak cukup kasih sayang tapi sebab kasih sayang yang diberikan tu tak seimbang.
Solahuddin ni anak kedua. Di atas ada kakak, di bawah ada adik. Perhatian dan kasih sayang saya mungkin ada 100% untuk mereka tapi 34% pada si kakak, 34% kepada si adik tapi pada anak yang di tengah cuma 32% je lah!
Kesannya
Ads
Rupanya betul, ada kajian yang dipanggil Birth Order and Delinquency : Evidence from Denmark and Florida pun menyebut bahawa anak kedua ni mungkin akan bersifat REBELLIOUS!
Mengikut kajian tu lagi, anak kedua ni akan mengalami masalah di sekolah 25% – 40% melebihi anak yang sulung!
Kenapa? Sebab anak kedua ni biasanya akan dapat KURANG PERHATIAN ( less attention) dibandingkan kakak dan adiknya yang lain!
Sebak!
Ads
Ya Allah. Ampuni lah kekhilafan hambaMu ni Ya Allah.
Cara nak jaga emosi anak ke dua
Ads
Bila dah sedar, insyaAllah kita boleh topup balik emosi anak yang sedang lopong tersebut. Caranya adalah :
+ banyakkan kembali eye contact dengan anak kedua
+ banyakkan kembali sentuhan seperti pelukan dan ciuman. Paling berkesan, gosok ubun ubun anak tu sebelum dia tidur
+ bagitahu anak kita dengan jelas kalimat I LOVE U ataupun MAMA SAYANG KAMU
+ kalau bergurau dengan anak sulung, kena bergurau sekali anak kedua dan adik adiknya
+ ajar la ilmu ni pada suami sekali sebab suami la ketua dan kapten rumahtangga. Kalau isteri je bersungguh tak menjadi juga
p/s : Fuh. Kesilapan ni nampak je sederhana tapi efek pada anak boleh bawak sampai ke usia dewasa!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Alam rumah tangga tidak sama dengan ketika bercinta. Kena ada ‘give and take’ dan sama-sama bertoleransi. Ego yang membukit pasti akan menyebabkan ikatan pernikahan putus di tengah jalan.
Justeru, sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, harus selidik dan berfikir sedalamnya, jangan buat keputusan melulu mengikut nafsu dan emosi.
Menurut Ustaz Kazim Elias, penceraian berlaku kerana mencari yang tidak betul.
Malah, ada antara pasangan yang apabila disuruh cari yang beragama , berakhlak, mengabaikan hal tersebut sebaliknya memandang pada sudut lain.
“Disuruh cari yang yang beragama tapi minat yang berirama sahaja. Disuruh cari yang berakhlak tapi tengok yang galak.
“Yang beragama sahaja tidak cukup dan bukan semestinya ustaz, tok imam atau doktor. Tapi mungkin dia cikgu sekolah, pemandu teksi, siapa pun ambil lah janji dia mempunyai agama dan melaksanakan agama.
“Tetapi agama sahaja tak cukup, Nabi tambah lagi satu iaitu akhlak. Carilah yang berakhlak, jangan cari yang panas baran dan kedekut. Carilah yang beragama dan berakhlak, anda mampu mengubahnya,” ujar Ustaz Kazim Elias dalam satu rancangan Tazkirah Malam Jumaat di Astro.
Anak adalah anugerah yang amat bernilai. Sudah pastinya ibu bapa menjaga anak dengan sepenuh perhatian.
Malah ibu bapa pastinya inginkan anak berjaya dalam hidup. Oleh itu, dalam tempoh membesarkan anak-anak, mereka perlu sentiasa diberi pujian. Ini kerana ia memberi jiwa anak rasa positif. Sebagaimana yang dikongsi oleh kaunselor Puan Farhana ini.
Ikuti perkongsiannya.
5 Tips untuk jadikan anak berjiwa positif!
1.Kukuhkan hubungan
Anak anak kita memerlukan sokongan untuk menjadi insan positif sepanjang hidupnya.
Maknanya untuk mendapatkan sokongan itu perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan anak anak kita ada connection dengan orang sekeliling.
Ada orang tanya saya connection tu bagaimana?
Connection itu bermaksud:
Membina hubungan dengan anak anak dan membuatkan mereka rasa ada seseorang yang sayang mereka, mahukan mereka dan prihatin dengan mereka- Mereka itu sessungguhnya sangat penting.
Itu kunci kepada connection.
“A connected childhood is the key to happiness,” -Edward Hallowell, child psychiatrist.
Bila anak anak rasa ada connection dengan orang sekeliling mereka akan rasa kuat.
Orang sekeliling itu bermaksud ibu ayah, nenek atau, jiran dan mungkin juga rakan rakan.
Kita harus memastikan bahawa anak kita bina connection yang baik dengan orang sekeliling mereka dan bukan hanya dengan kita sahaja.
Ini kerana, sekiranya timbul apa apa isu (contohnya berselisih dengan ibu ayah) mereka boleh pergi kepada sesiapa lagi yang terdekat yang ada ‘connection” dengan mereka.
Jadi, maksudnya di sini, bila sokongan itu kuat,ini lah yang akan membuatkan mereka sentiasa dalam keadaan gembira dan positif.
Jadi, menjadi tanggungjawab kita juga untuk bantu anak anak kita bina hubungan yg baik dengan orang lain.
Contohnya, bawa balik ke rumah atuk dan nenek dengan kerap.
Kerapkan ziarah jiran tetangga
Perkenalkan anak anak kita dengan rakan rakan anda.
Semua ini insyaAllah akan membina 1 rangkaian sokongan yang baik untuk anak anak anda.
1 saat anak anak anda akan perlukan mereka.
2. Jangan ‘try hard’ untuk buat anak gembira.
Usah terlalu ikutkan semua permintaan anak semata mata kita mahu gembirakan mereka.
Everything ada limit.
Ada perkara yang kita boleh beri
Ada perkara yang kita patut sekat.
Andai kata ada perkara yang kita tidak boleh berikan kepada mereka, biarkan mereka rasa kesedihan itu. Biarkan mereka rasa apa itu kecewa.
Kerana, dunia yang sebenar itu bukan semuanya menjanjikan kebahagiaan untuk mereka.
Sesekali mereka perlu belajar makna lain selain dari bahagia.
Jangan rasa bersalah bila anak kecewa atas sebab yang bukan dari kita.
Contohnya: Anak anda mahukan permainan video yang paling mahal.
Hakikatnya, ia diluar kemampuan anda dan ia juga tidak perlu untuk anak anda.
Abaikan permintaan itu dan terangkan sejujurnya kepada anak anda.
Anak akan mengamuk? Ya sudah pasti, tetapi dia perlu belajar mengatasi kekecewaanya.
3.Jadi ibu bapa paling positif dan bahagia.
Untuk anak anak tenang dan positif anda perlu jadi positif, tenang dan bahagia terlebih dahulu.
Seperti yang saya pernah tulis anak anak yang positif akan datang dari ibu ayah yang positif.
Jadi, bahagiakan diri anda.
Buat diri anda rasa tenang
Buat diri anda rasa bahagia
Bina caj positif.
Anak akan serap energy anda.
Apa cara paling terbaik untuk memastikan kesejahteraan mental anak anak kita?
Jawapan nya adalah memastikan kesejahteraan mental kita terlebih dahulu.
Beri ruang untuk diri kita bertenang.
Beri ruang untuk diri kita berehat.
Beri ruang untuk diri kita reward diri sendiri.
Yang paling penting juga beri ruang untuk anda dan pasangan bertenang dan berehat.
It takes two to tango.
Anda dan pasangan kedua duanya perlu diberi ruang.
4. Berhati hati dengan pujian.
Saya tahu banyak tips mendidik anak memberi pesanan untuk memuji anak.
Pujian asasnya bagus.
Tetapi.
Pujian ini bahaya jika salah caranya.
Peringatan: Jangan puji hasil, puji effort anak.
Pujian 1
“Tahniah kakak dapat 5 A dalam peperiksaan” -result
Pujian 2
“Tahniah kakak atas usaha yang gigih kakak dalam peperiksaan” – effort
Fokus kepada usaha/effort, berbanding result.
Ini kerana, bila kita sentiasa fokus pada result, ia akan membentuk sedikit ketakutan dalam jiwa anak anak.
Takut akan kehilangan segala pujian dari kita apabila mereka gagal.
Bila kita puji usaha mereka, kerja keras mereka insyaAllah usaha itu akan konsisten dan insah kejayaan akan menanti anak anak anda.
5.Beri tugas kepada anak
Manusia itu akan rasa gembira bila mereka diperlukan.
Jadi bila kita ‘hadiahkan’ tugas untuk mereka, mereka akan rasa
“Wow..aku ni penting lah”
Contoh: Kita beri anak tugasan suap nasi kepada adiknya.
Sudah tentu anak akan rasa sangat bahagia dan bangga apabila mereka dipercayai.
6.Beri ruang untuk anak rasa kegagalan dan kejayaan.
Kita perlu ajar anak bahawa dalam hidup ini mereka peelu tempuh yang namanya cabaran dan liku liku.
Usah terlalu membantu anak dengan harapan anak akan selalu berjaya dalam apa yang mereka lakukan.
Kadang Kadang kekecewaan itu lah akan menjadi ubat untuk mereka menjadi lebih positif.
Jatuh bangun mereka usaha sendiri.
Hasil kejayaan itu akan lebih mereka hargai.
insyaAllah
#ibumenulis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali musim cuti sekolah mulalah anak tidur lambat kerana tidak perlu ke sekolah. Sudahlah tidur lambat, bangun pula terlebih awal macam hendak ke sekolah.
Jangan dibiasakan rutin tidur yang semacam ini pada anak-anak kecil kita. Ada risikonya yang mak ayah perlu tahu.
Apa yang perlu mak ayah tahu, waktu tidur anak merupakan aspek penting dalam perkembangan mereka kerana ia boleh membantu tubuh dan minda mereka berkembang dengan sihat.
Jadual tidur yang konsisten bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga membantu meningkatkan mood, daya tumpuan, dan pembelajaran anak.
Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, tindakan anak tidur lambat tetapi bangun cepat adalah tidak bagus kerana ia boleh mengganggu otak.
“Tidur lambat tapi bangun cepat ini sebenarnya kurang baik untuk anak-anak.
“Jika tak cukup 7-8 jam sehari tidur yang berkualiti otak jadi lemau, memori lemah dan susah faham pelajaran nanti,” jelasnya.
Jadi, bagi memastikan waktu tidur anak mencukupi, terdapat tiga perkara yang ibu ayah di luar sana boleh lakukan. Antaranya adalah:
1. Waktu tidur paling ideal adalah 9 – 10pm. Hal ini kerana waktu tersebut senang untuk membuatkan diri anak memasuki fasa deep sleep atau tidur tena. Selewat-lewatnya adalah jam 11ppm, jangan terlajak!
2. Boleh latih anak bangun seawal 6-7am setiap hari. Ini waktu terbaik untuk mereka menunaikan solat dan bersiap ke sekolah.
3. Ajar anak juga jika ada masa atau peluang, tidur sekejap di tengah hari selama 30min – 1 jam agar minda kekal cerdas.
Bukan itu sahaja bahkan ibu ayah perlu memastikan anak di bawah usia 6 tahun ke bawah supaya mempunyai Waktu nap time sehari sekurangnya 30 minit. Jangan biarkan mereka leka dengan gajet atau mainan di rumah.
Waktu tidur anak yang mencukupi perlu diutamakan agar si kecil tidak ‘lemau’ sepanjang hari malah otaknya cergas dan sihat untuk berada lama di sekolah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.