Pasangan ini memang tak perlu diperkenalkan lagi, gelagat dan aksi mereka sering mengundang tawa peminat. Terutama pak Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin yang memang gila-gila orangnya.
Disebalik gelagat happy go lucky itu, dia sebenarnya seorang suami yang romantis. Baru-baru ini dia membuat kejutan dengan menunaikan impian isterinya Eira Syazira untuk mendapatkan rumah impiannya.
Dalam satu perkongsian, Pak Azad telah membawa Eira ke kediaman baru mereka, sebuah rumah dua tingkat sebaik sahaja isterinya selesai mengerjakan solat terawih.
Kejutan tersebut dibuat oleh Pak Azad menerusi satu rakaman momen indah dengan mata isteri tersayang ditutup. Video tersebut dimuat naik oleh Eira menerusi laman instagramya.
Ads
ALLAHUAKBAR!!! SURPRISED NAK MATIIIIII 😭😭😭
HADIAH TERINDAH SELEPAS 10TAHUN PERKAHWINAN DARI SUAMI TERCINTA. NO WORDS TO DESCRIBE … SEGALA PUJI BAGI ALLAH SWT. THANK YOU MY LOVE @azadsyaziraroses 💚🤲
“Surprise!!! Bismilahirrahmanirrahim, masuk inilah rumah kita.” ujar Pak Azad sambil memeluk erat bahu isteri kesayangannya itu dan memimpin masuk ke dalam rumah mereka yang berkonsepkan ‘modern luxury’.
Dalam kejutan video yang berdurasi 40 minit itu, Eira dibawa melakukan ‘house tour’
Ads
“Sebelum ini you selalu cakap nak meja makan yang boleh muatkan 10 orang makan… i adakan untuk u.
‘Rumah kita ada surau juga, selepas ini kita terawih sama-sama kat sini ya. Impian you untuk ada dapur kering dan basah juga i tunaikan.” kata Pak Azad lagi.
Difahamkan , pak Azad mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menyiapkan hiasan dalaman rumah tersebut tanpa pengetahuan Eira Syazira.
Ads
“I tipu cakap kawasan sini ada kes Covid-19,” dedahnya apabila ditanya Eira bilakah masanya dia melengkapkan keseluruhan hiasan bermula dari ruang tamu sehingga ke bilik tidur yang terletak di ruang atas kediaman tersebut.
‘Selepas 13 tahun tinggal di ‘rumah flat’ hari ini pada bulan ramadan yang mulia, i hadiahkan rumah ini untuk u. I harap u suka.
Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai. Rata-rata melahirkan rasa gembira buat pasangan tersebut dan memuji Azad suami yang prihatin serta mendoakan pasangan ini terus kekal bahagia selamanya.
Usahawan berjaya, Madammu atau Eriyca Baiduri terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan dikala semua orang sedang hangat membuat persiapan raya.
Menyedari pelbagai rungutan tidak dapat menyediakan kelengkapan raya, Madammu tampil dengan menyediakan lebih 1000 helai baju raya buat yang memerlukan.
Malah katanya lagi, dia tersentuh hari membaca kisah mengenai mereka yang tidak berkemampuan membeli kelengkapan hari raya.
“Baru-baru ini saya terbaca berita tentang ramai yang tak dapat beli baju raya tahun ini dan tersentuh dengan kepayahan yang terpaksa di lalui mereka.
“Saya terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan insan-insan memerlukan di luar sana.
“Saya nak berikan secara percuma. Saya sediakan 1000 pasang baju kepada mereka yang memerlukan.
“Saya akan berada di butik Sabella untuk buat pilihan dan akan maklumkan bila tarikh pemberian yang akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.
Malah Madammu juga menyeru untuk sesiapa yang mengenali individu yang benar-benar susah dan memerlukan.
“Kepada yang kenal golongan susah, boleh maklumkan kepada saya.
“Saya juga tak boleh nak buat penghantaran secara pos sebab masa sudah suntuk. Saya akan beritahu bila akan diedarkan nanti,” katanya lagi.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Catatan pengalaman yang dikongsikan oleh wanita ini yang awalnya menjahit di rumah dan kini siapa sangka mampu membuka perniagaan sendiri dengan mempraktikkan sistem 3 sampul. Apa itu sistem 3 sampul yang dimaksudkan oleh Puan Sharli, dan untuk itu ayuh kita ketahui lanjut perkongsian bermanfaat ini. Semoga dengan ini akan lebih ramai suri rumah yang mempunyai bakat dan kemahiran tersendiri dapat memulakan langkah untuk memiliki perniagaan sendiri.
Jom semak.
Sekadar berkongsi pengalaman. Kita tailor semua ada pengalaman masing-masing. Saya asalnya suri rumah yang mengambil upah menjahit. Belajar 19 tahun yang lalu kerana terpaksa bukan kerana minat. Sebab suami suruh. Guru saya 2 orang berbagsa Cina dan seorang cikgu Melayu. Ilmu dan skill memang berbeza. Tapi saya syukur… kerana semua ini ilmu yang manfaat.
Bermulalah kisah saya sebagai tukang jahit..dari masa ke masa saya baiki kekurangan. Saya dah rasa macam-macam kerenah pelanggan. Selama tempoh itu saya semat 1 azam. Saya nak punya kedai sendiri 1 hari nanti. Tidak-tidak pun..kalau tak larat menjahit tua nanti..saya ada kedai menjual alatan jahitan. Manalah tau dah tua ..takan nak merempit lagi. Dan kalau boleh.. biar ada staff yang menjahit di kedai. Nak beri peluang pekerjaan pada sesiapa yang baru habis belajar dari mana-mana sekolah kemahiran atau akedemi dalam bidang jahitan. Kita beri pengalaman untuk orang-orang begini. Inilah yang saya sedang usahakan.
Dulu saya pernah terfikir.. dapat upah menjahit.. takan tak simpan. Asik berbelanja sebab biasalah duit sentias ada. Apa nak, beli. Tambah kita muda masa tu .. nafsu berbelanja tak ada batasnya. Hurmmm. Alahai.
Suami saya nasihat. Supaya menabunglah sebab menjahit tu saya selalu cakap penat. Nah… penat-penat menjahit takan tak reti menyimpan. Saya mula dah fikir..sikit-sikit. Semenjak tu saya menabung.
SISTEM 3 SAMPUL
Saya buat ‘SISTEM 3 SAMPUL’ Hehehe kunun nak disiplinkn diri. Suami yang beri idea ni.
Sampul 1– saya tulis duit modal.
Sampul 2 – duit cair
sampul 3- duit mati.
Hahaha.. tak taulah.. nak kata caner. Tapi itu yang saya praktikan. Contoh upah menjahit 1 baju 50. Makanya sampul 1 saya isi rm10. Sampul ke 2 saya isi rm20. Dan baki nya saya isi dlm sampul 3.
Sampul 1 ..sahabat-sahabat tahulah kan.. mesti tolak modal. Itu anggaran kasar termasuk duit api le tu. Sampul 2 ..duit cair yang kiranya saving untuk kecemasan ke apa ke. Tapi jangan asyik cemas je .. Dan sampul 3 duit mati tu.. memang takan saya usik selain menambah. Yang ni silalah disiplin. Cukup RM200 saya bank in.
Mula-mula tu sikit-sikit.. lama-lama isi banyak. Lagi banyak terima tempahan lagi banyaklah tabungan. Saya jenis kalau dah tengok duit banyak..lagi kedekut nak berbelanja. Berbeza kalau duit sikit… ada je nak guna.
Sebab motivasi diri agar seronok menabung. Bukan takde keinginan. Bohonglah. Tapi bila dicabar suami.. saya nekad. Saya ni bukan pun berpendidikan tinggi.. macam adik-adik semua ada jawatan dan berkerja. Takan saya tailor yang tak ada masa depan. Berkat menabung dan azam tak main-main .. dengan izin Allah tahun lepas saya pun dapat buka perniagaan sendiri.
Biarpun kedai kecik je pun..tapi saya syukur. Sekarang saya cuma ada 1 pembantu. Saya rasa pengalaman baru dalam skop berbeza. Dulu menjahit dirumah..sekarang di kedai. Sabar sebab dulu anak-anak masih kecil. Menjahit sambil mengurus rumah tangga. Sekarang suami dah bersara. Saya pulak berkerja. Memang berubah 360°. Penat tapi puas.
Pada sahabat-sahabat yang baru nak kenal dunia jahitan.. atau baru nak belajar … berazamlah. Jangan kalah dan tunduk pada tekanan atau layan stress. Tak dinafikan memang stress melayan pelanggan.
Bohonglah saya tak tempuh semua tu. Tapi saya tak suka layan semua tekanan. Yang baik kita amil. Yang tak elok kita sandar jadi pelajran dan pengajaran. Kalau tak jangan mimpi nak jadi usahawan atau bisneswomen.
Saya masih bertatih. Masih baru nak kenal dunia perniagaan. Saya tahu dalam group ni ada budak-budak baru yang baru nak menjadi tailor… Bila baca pengalaman perih tailor-tailor lain.. jangan sampai serik. Dan ada juga saya terbaca.. ada sahabat ‘patah hati’ pencen awal tak mahu menjahit dah sebab sedih dengan kerenah pelanggan-pelanggan. Ea.. kawan baik saya pun begitu. Cepat fedup. Sampai sekarang dah tak mahu menjahit. Tapi nak duit..tapi malas..tapi nak upah lebih..tapi jahitan tak jaga kualiti..tapi tak mo sabar dan ..tapi..tapi akhirnya terus ke tepikan mesin letak bawah tangga.
Nasihat saya untuk sahabat-sahabat dan diri saya juga..Jangan dilayan stress itu. Buat kedut muka ja. Kemahiran yang ada tidak semua orang ada. Saya harap..apa yang saya kongsikan pagi ni.. ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat ea.
Maaf panjang lebar celoteh. Sekadar ingin mengajak sahabat-sahabat semua agar teruskan usaha, moh ler menabung. Janganlah banyak alasan kerana banyak alasan itu menunjukkan kelemahan.
Selamat maju jaya. Doakan saya sabar menjalankan perniagaan.