Bukan mudah sebenarnya untuk seseorang perokok yang sudah bertahun lamanya merokok mengambil keputusan untuk berhenti atau mengurangkan jumlah rokok yang diambil. Tindakan ini tidak boleh dilakukan secara drastik, sebaliknya kena perlahan-lahan sehingga berjaya.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter, Mohamad Hafiz nekad dengan keputusannya untuk berhenti rokok sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang setahun.
Sebelum ini, dia juga pernah berazam untuk berhenti rokok demi ibu bapa serta isterinya namun cubaan itu gagal direalisasikan olehnya.
Ads
Perkongsian tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang kagum dan terharu dengan tindakan dan pengorbanan lelaki ini. Rata-rata netizen mendoakan agar lelaki ini berjaya dan terus kuat dalam usahanya untuk membuang tabiat merokok demi anaknya.
Kagum melihat semangat pelakon dan pengacara Fizo Omar, Fizo Omar yang sejak akhir-akhirnya aktif mempromosi perniagaan barunya, Rocky ATV Park.
Untuk makluman, 10 ekar tanah yang dijadikannya tempat sukan aktiviti lasak adalah tanah peninggalan arwah bapa usahawan, pelakon dan pengacara Fizo Omar yang kini yang terletak di Jalan Haji Wan Omar, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.
Bisnes ATV Rocky Park makin menarik perhatian ramai terutama seisi keluarga yang gemak aktiviti lasak.
Terbaru menerusi posting di Instagramnya, dia memaklumkan telah melabur lebih 1 juta untuk membeli motor ATV yang lebih berkualiti. Semoga Fizo terus sukses dalam perniagaannya.
Ikuti semangat anak muda ini.
Total 30 atv and 8 fun trail obstacles in @fj_atv_bidaisari and insyallah more to come.
Alhamdulillah baru saja 2 bulan buka ATV Park abe joe yg ke2 di Janda Baik selepas 6bulan Atv park yg pertama di @rocky_atv ,Kelantan.Sambutan sangat2 luar biasa dan masalah utama adalah jumlah atv tak ckp!! Its a very good problem btw!
So abe joe tambah lg 10 unit di @fj_atv_bidaisari dan 5 unit lg di @rocky_atv .rata2 feedback dr customers berpuas hati. So rasa sangat berbaloi lah dgn investment n penat lelah nak set up atv park ni.
Bukan senang wooo.. jalan offroad fun trail ni bkn blh main buat je, kene ikut spec atv dan yg paling penting customers have fun and safety first.
In total dah RM 1 juta lebih dah invest UNTUK atv ni.
Alang-alang nak buat biar 1st class terus, atv yg digunakan bukan biashe2, 4×4, power steering, CVT engine,touring pilot seat dan mcm2 spec lg lah yg kos nya setiap unit tu hampir RM 30k dan RM40k lah sebijik.
So kalau korang nak feel the real atv on the fun trail blh la dtg ke @fj_atv_bidaisari di Janda baik and @rocky_atv di Pasir Puteh, Kelantan.
Btw another 30 units atv dah ready utk abe joe hantar ke port baru atv park abe joe..
Kat mne tu… tunggu yea nnti abe joe ghoyak deh!
Dalam pada itu para peminatnya kagum melihat semangatnya dalam perniagaan tersebut. Mereka mendoakan kejayaan pelakon dan pengacara itu.
Tindakan segelintir yang ambil ringan tentang perlunya kuarantin 14 hari bagi individu yang terdedah kepada virus covid-19, nyata ianya cukup membimbangkan.
Hakikatnya, ada sebabnya perlu mengasingkan diri hingga 14 hari tanpa perlu pergi ke mana-mana. Dan ini dijelaskan melalui fakta sains yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia, semoga dapat pencerahan dan kefahaman untuk semua agar patuh arahan kuarantin 14 hari.
Sains Disebalik Kuarantin 14 Hari
Semua individu yang disyaki telah terdedah dengan virus covid-19 kini diwajibkan menjalani tempoh kuarantin 14 hari. Mereka adalah kontak rapat kepada kes Covid-19 dan juga Individu yang baru pulang dari negara luar.
1. Mengapa 14 hari? Bukan 10 hari atau 7 hari?
Ini adalah kerana tempoh pengeraman virus (incubation period) bagi virus ini adalah antara 4-5 hari sehingga 14 hari.
Kajian juga menunjukkan, 97.5% individu yang dijangkiti hanya menunjukkan gejala pada hari ke 11 selepas dijangkiti.
2. Selepas ujian kali pertama, adakah bermakna individu tersebut telah bebas sepenuhnya dari jangkitan?
TIDAK, walaupun telah disahkan NEGATIF pada ujian kali pertama, individu tersebut masih perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
3. Bilakah seseorang individu boleh dibebaskan sepenuhnya dari tempoh kuarantin?
Pada hari ke 13, ujian ulangan akan dilakukan pada semua individu yang didalam pemantauan. Sekiranya ujian ulangan ini NEGATIF, pembebasan akan diberikan pada hari ke 14.
Adakah sesiapa terkecuali dari menjalani proses kuarantin ini?
Pada 25 Mac 2020, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menjalani kuarantin wajib setelah 7 petugas istana dikesan postif Covid-19
Pada 22 Mei 2020, PM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari setelah salah seorang pegawai yang menghadiri menyuarat pasca kabinet disahkan positif.
Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Bersama kita patuh dan mengambil langkah pencegahan untuk mengekang penularan jangkitan.
Sumber: WHO- Transmission of SARS-CoV-2 , Implications for infection prevention precautions
Menjalinkan hubungan sejak dua tahun lagi, pasangan sama cantik sama padan, Haqiem Rusli sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dengan dua kali lafaz.
Pasangan ini disatukan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah yang lebih dikenali sebagai Masjid Cyberjaya petang tadi.Pasangan ini dinikahkan Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan sambil disaksikan bapa pengantin wanita, Wan Zamzuri Wan Muhammad.
Dalam majlis serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu dihadiri 20 orang tetamu di kalangan keluarga terdekat mempelai, Haqiem atau nama sebenarnya,
Ridzuan Haqiem Rusli, 23, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 selain wang hantaran, RM100,000.
Bintang Paling Popular, ABPBH 33, kacak mengenakan persalinan berwarna kelabu rekaan Razman Razmi menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama oleh pihak pengantin perempuan.
“Saat yang saya tunggu selama ini untuk menghalalkan hubungan kami akhirnya terpateri.
“Selepas mengumumkan berita nak menamatkan zaman bujang beberapa bulan lalu, saya bersyukur kerana keinginan itu tidak hanya direstui keluarga, namun penyokong saya termasuk kelab peminat Qiemilio.
“Biarpun akur, detik bersejarah ini berlangsung di era pandemik COVID-19 yang segala gala serbi terbatas… saya harap fasa baru ini akan dirahmati. Saya berjanji akan menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin,” katanya usai majlis nikah selesai.
Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, semuanya bermula selepas isterinya ketika itu mencari duta untuk mempromosikan perniagaan restoran miliknya di Setapak.“Kalau nak tahu restoran Santhai Village yang saya usahakan selama ini bersama dengan dialah (isteri). Awalnya dia memang nak tawarkan saya sebagai duta restoran makanan steamboat itu.
“Tapi saya fikir kenapa tidak menjadi rakan kongsi juga. Sambil mempromosikannya, ada juga bahagian saya. Akhirnya persetujuan dicapai, kami jadi rakan kongsi. Sekarang sudah kongsi kehidupan bersama pula.
“Jadi dipendekkan cerita, kerap berjumpa dan tanpa diduga juga hati mula terpaut sayang,” katanya.
Kata Haqiem yang turut melancarkan single baru Hitam Saksi Putih hari ini buat suri hatinya, dia melihat gadis berusia 19 tahun namun bercita cita besar dari Kelantan itu sebagai pelengkap diri dan hati.
“Secara ringkas, dia melengkapi saya. Dia menyempurnakan kekurangan diri.
“Saya abadikan kisah kami dalam single baharu itu. Hitam itu jadi simbolik kejahatan dan kehadirannya saya rumuskan sebagai warna putih yang banyak menyebar sisi positif dalam diri saya,” katanya yang mula dikenali menerusi lagu Tergantung Sepi.
Mengenai perancangan memiliki cahaya mata, baik Haqiem dan isterinya tidak menolak rezeki jika dikurniakan cepat.
“Soal anak, rezeki yang saya dan isteri menerima dengan lapang dada. Cuma seboleh bolehnya kami nak ‘enjoy’ dulu momen berdua.
“Tapi kalau datang juga anak secara ‘mengejut’, saya okey saja,” selorohnya.
Penyanyi kelahiran Hulu Langat itu memilih destinasi dalam negara saat ditanya lokasi berbulan madu.
“Ikutkan saya nak bawa isteri berbulan madu ke luar negara. Tambah pula pintu sempadan negara luar sudah banyak dibuka. Cuma saya terikat dengan komitmen menjadi juri Suara Viral 2.0 setiap Sabtu dan Ahad.
“Jadi memang tak boleh nak pergi jauh. Untuk sementara waktu, kami nak ke Sabah,” kata artis naungan FMC Music itu.Terdahulu, penyanyi lagu Tergantung Sepi dan Mimpi ini membuat kejutan dengan mengumumkan tarikh mendirikan rumah tangga ketika berucap selepas kemenangannya pada malam kemuncak ABPBH 34.
Pasangan berkenaan turut akan diraikan malam ini dalam majlis resepsi bertemakan Seputih Salju di sebuah lokasi di pinggir ibu kota dipanggil Sky Glass dengan mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini.
Primadona Events dan Ben Signatures Event menjadi perancang majlis dalam masa tiga bulan secara privasi.
Cendawan beracun dipercayai menjadi punca sepasang suami isteri dikejarkan ke hospital selepas termakan cendawan liar yang disangka selamat. Ketahui kronologi kejadian dan langkah pencegahan.