Jangan siakan cuti yang ada. Gunakan ia untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Jangan gunakan alasan berehat dari kerja sebagai alasan untuk mengabaikan masa berkualiti dengan keluarga.
Di sini kami senarai beberapa tempat menarik untuk anda kunjungi bersama keluarga.
Sejak bergelar ibu, Siti Saleha kini memilih untuk memperlahankan langkah dalam dunia lakonan demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak sulungnya, Indra Mateen Fitton. Keputusan itu dibuat kerana beliau tidak mahu terlepas setiap detik berharga sepanjang fasa awal pembesaran cahaya matanya yang sedang melalui proses penyusuan dan perkembangan penting.
Menurut Siti Saleha, 36, pengalaman menjadi ibu buat kali pertama memberikan perspektif baharu dalam kehidupannya. Baginya, tiada perkara yang lebih penting ketika ini selain berada di sisi anak yang sedang membesar.
“Saya pertama kali jadi ibu. Kena fikir kalau nak mula penggambaran, kena berhenti menyusu.
“Tawaran memang ada, tapi saya tak nak terlepas perkembangan anak. Setiap hari berbeza, saya nak ada di situ untuk anak,” katanya.
Walaupun masih menerima pelbagai tawaran lakonan, beliau memilih untuk menangguhkan sementara komitmen kerja agar dapat menikmati sepenuhnya pengalaman bergelar ibu.
Pelakon popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku itu mengakui kehidupannya kini jauh berbeza berbanding sebelum ini. Namun, setiap cabaran yang dilalui dianggap sebagai pengalaman yang sangat bermakna.
“Saya seronok jadi ibu. Memang sangat berbeza, tapi ada susah dan senang dalam masa sama.
“Kalau tidak, dia dengan pengasuh dan suami saya. Saya tak akan biarkan, nanti perkataan pertama dia ‘daddy’, tidak,” katanya sambil berseloroh.
Walaupun memilih untuk berehat buat sementara waktu, Siti Saleha menjelaskan beliau tidak pernah berniat meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya.
Katanya, sekiranya menerima naskhah yang benar-benar menarik dan sesuai dengan dirinya, beliau bersedia untuk kembali ke set penggambaran dalam masa terdekat.
“Kalau boleh nak ‘hold on’ dulu, tapi terpulang juga. Sekarang rasa macam nak mula penggambaran balik.
“Kalau ada drama menarik, mungkin mula berlakon balik. Saya dah ada perasaan begitu. Dalam beberapa bulan lagi, tengoklah,” ujarnya.
Dalam masa sama, Siti Saleha turut berkongsi perkembangan terkini anak lelakinya yang kini semakin aktif dan menunjukkan pelbagai perubahan positif.
Menurutnya, Indra Mateen merupakan seorang bayi yang tenang serta tidak banyak ragam, sekali gus memudahkan urusan harian mereka sekeluarga.
“Semua nak masuk mulut sekarang. Dia dah boleh minum daripada penyedut minuman dan mula makan.
“Dia banyak membebel, bercakap dan saya rasa dia dah mula bangun serta guna kaki.
“Saya rasa mungkin dia akan berjalan sebelum merangkak. Anak saya sangat tenang, kalau saya pergi kerja dia tak menangis. Tak cerewet sangat,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana dapat menyaksikan sendiri setiap perkembangan anaknya yang semakin membesar dari hari ke hari.
Untuk rekod, Siti Saleha selamat melahirkan anak sulungnya, Indra Mateen Fitton, pada 3 Januari lalu sebelum berkongsi wajah si comel kepada umum pada Februari.
Terdahulu, beliau mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen, Joshua Fitton, pada 15 Februari 2025.
Dalam perkembangan lain, Siti Saleha turut menjadi salah seorang artis undangan dalam Siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet yang dihoskan oleh Kamal Adli dan bakal menemui penonton bermula 29 Julai di TV3.
Anak-anak diakui memang suka bermain slime apatah lagi banyak video menarik dan menyeronokkan tentang bermain slime di media sosial turut sedikit sebanyak mempengaruhi anak-anak yang lain untuk bermain dengan kreatif.
Baru-baru ini Dariya Inara yang juga merupakan anak sulung pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti turut bermian slime. Video tersebut telah dikongsikan oleh ibunya dengan memaparkan Dariya bermain slime secara kreatif. Pada permulaan video, Dariya menunjukkan sikat rambut yang telah pecah.
Dariya juga ada menunjukkan di dalam sikat tersebut mempunyai glitter dan dia ingin mengeluarkan kesemuanya untuk dicampurkan ke dalam slime dan sekali gus menjadikan permainan tersebut lebih menarik.
Namun apa yang lebih mengujakan netizen apabila melihat video tersebut adalah kepetahan anak kecil itu berbahasa Inggeris.
Celotehnya menarik perhatian dengan wajahnya yang comel bersahaja bahkan sekali pandang wajahnya begitu iras dengan ibunya tetapi gaya bercakap tak tumpah seperti abahnya. Cukup mencuit hati!
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu dari berjuta tips kasih sayang. Ketika sedang makan suapkan makanan kepada pasangan dan anak-anak. Suapkan makanan yang terbaik untuk mereka.
Suami, ada rasa ‘hambar’ dengan isteri, suapkan nasi, makan satu pinggan, selalu pegang tangan walaupon di dalam rumah. Masak untuk isteri dan anak-anak.
Selalu tenung wajah isteri. Selalu ucap perkataan SAYANG dan TERIMA KASIH kepada isteri.
Ada masa belai rambut isteri dengan minyak. buat SPA dirumah, buat facial untuk isteri, buang mana bintik-bintik hitam dimuka isteri. makeup kan isteri.
“Sayang, abang nak belajar make up boleh?, meh la muka sayang abang tolong makeupkan”
Seronok isteri walaupUn makeup macam badut, ketawa sama-sama bila tengok hasil makeup .
Insyaallah asbab SPA dan make up akan hadir perasaan sayang kepada pasangan.
Sentiasa hargai pasangan, lihat kebaikan pasangan, cari kebaikan pasangan walaupon hari-hari nampak buruk. Jaga aib pasangan. Setia walau apa pun terjadi(kecuali mudhorat). Berlemah lembut dengan isteri walaupon isteri buat salah. Isteri hari-hari doa untuk suami agar dapat jadi suami yang terbaik.
Saya selalu pesan kepada isteri. Buat kopi, masak, basuh baju jangan lupa doakan abang. Agar kopi yang diminum jadi asbab kasih sayang, makanan yang dimasak jadi asbab kasih s
ayang, baju yang dipakai akan jadi asbab kasih sayang.
Saling menyayangi, menghargai satu sama lain, setia, cinta, pengorbanan dan tanggungjawab. Pasti الله bagi BAHAGIA.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.