Perasan tak,  anak-anak kita sering saja mengucapkan kata “ala…  kacang je tu”  bagi perkara yang dirasakan mudah untuk dilakukan.

Namun bila kita menyentuh tentang menggoreng kacang tanah, sah ini bukannya mudah!

Apa yang sering terjadi,  bila goreng mesti ada yang terhangus, masak tak sekata dan paling sedih belum pun garing sudah diangkat dari kulai.   Pasti rasanya tidak enak, bukan?

Oleh itu tak rugi kiranya kita ‘menuntut’ ilmu tentang bagaimana cara memasak kacang tanah agar masak sempurna.

Di sini ada 2 cara,  dan anda boleh pilih yang mana lebih memudahkan anda.  Jika rajin,  boleh juga cuba kedua-duanya.

CARA PERTAMA

“Mak saudara saya jual nasi lemak sedap,dia kongsikan cara goreng kacang tak hangit, dan rangup krup krap. Hihi. Nampak sangat selalu hangit goreng kan? Ya, memang betul pun.”-NurSaida Nafisa Che Abdullah. 

INI TIPNYA
1. Basuh kacang tanah dan tak perlu keringkan sangat,sejat sahaja dalam penyejat.

2. Sediakan kuali bersih, letak atas api sederhana besar.

3. Tuang kacang dalam kuali tadi, sangai sekejap sampai air kacang yang dibasuh tadi kering. Kacau kacau manja kacang tersebut.

Ads

2 Cara Masak Kacang Tanah. Pasti Tak Hangus Punya!

 

4. Nampak kacang dah kering air, baru masukkan minyak. Minyak tak guna banyak ya, cukup – cukup untuk goreng kacang. Maksudnya, bukan deep fry. Minyak untuk cepat masak berbanding sangai tanpa minyak.

2 Cara Masak Kacang Tanah. Pasti Tak Hangus Punya!

5.Kacau perlahan lahan kacang di atas api sederhana. Lepas tu, rasa kacang,agak -agak dia nak empuk,automatik tutup api ya. Tak perlu tunggu kacang empuk sebab nanti hangit kulit kacang dan hodoh.

6.Angkat kacang separa empuk tu letak atas tisu . Percaya ke tak percaya, kacang itu lama kelamaan empuk sendiri tau.

Ads

2 Cara Masak Kacang Tanah. Pasti Tak Hangus Punya!

7.Kacang panas, biarkan dahulu pada suhu bilik. Bila kacang dah sejuk,simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.

2 Cara Masak Kacang Tanah. Pasti Tak Hangus Punya!

“Kacang pun jelita sahaja,kulit tak “sunburn”,” glow glowing”, licin bak mutiara. Rasa pun sekali rasa nak rasa lagi. Kalau makan depan television tengok drama,kacang yang habis dulu.”


 

CARA KEDUA

Ads

Ini lain pula caranya yang dikongsikan oleh Mariyana Razalli Via MAHN.

“Just nak kongsi tips. Bakar kacang dalam periuk “-Mariyana

CARA-CARANYA:

Panggang kacang dalam periuk dan tutup periuk tersebut.  Then tunggu dalam 1 @ 1jam setengah.

2 Cara Masak Kacang Tanah. Pasti Tak Hangus Punya!

” Sambil tu boleh ler korang mendeco rumah bagai! Dah tak payah nak duk tunggu tepi kuali kacau kacang tanah sampai garing.

“Kalau nak guna oven pun boleh, tapi yang ni lebih syok boleh jimat letrik! Kacang pun,  masak sekata jer!!”

2 Cara Masak Kacang Tanah. Pasti Tak Hangus Punya!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI