Pernah tak hadapi situasi bila dah parking betul-betul di tempat yang disediakan, boleh pula ada orang ‘block’ di belakang. Kalau ada orang boleh tolong alihkan ok lagi, ni bukan takat orang tetapi bayang no telefon pun tidak kelihatan untuk dihubungi nak minta alihkan kereta!
Isu ‘double park’ ni sememangnya satu isu yang nampak ringan tetapi sebenarnya menyusahkan orang terutamanya apabila orang yang di block itu ada kecemasan. Atau jika tidak, akan membazirkan masa seseorang untuk menunggu tuan kereta ubah keretanya seperti yang terjadi pada seorang gadis ini yang hampir 2 jam terkandas di dalam kereta kerana di block.
Berkongsi video di laman Tiktok miliknya, gadis yang bernama Tun Laila ini akhirnya breakdown dan menangis sendirian di seat hadapan disebabkan orang yang menghalang belakang keretanya tidak muncul-muncul dan tidak meletakkan nombor untuk dihubungi.
Jadi, dia yang merupakan chambering student (peguam pelatih) tiada pilihan lain selain terpaksa menunggu lama. Kalau mahu ditolak atau dialihkan sekalipun, kenderaan tersebut dikatakan berada dalam keadaan handbreak ditarik.
Akhirnya selepas menunggu sehingga maghrib, pemilik Kelisa biru (seorang peguam) muncul dan berkali-kali memohon maaf kepada Cik Laila selain cuba menenangkan keadaan. Rupa-rupanya dia sudah tinggalkan nombor telefon di atas dashboard, namun lupa untuk diterbalikkan. Tiada pertelingkahan serius terjadi, sebaliknya kedua-duanya berdamai dengan penyerahan nombor telefon bagi urusan kerja di masa hadapan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata faham perasaan yang dilalui oleh gadis ini iaitu perlu menunggu orang ketika badan sudah penat bekerja. Belum pula perlu memandu jauh pulang ke rumah. Malah, ada juga yang sempat mengusik dengan jodohkan Laila dengan individu tersebut.
Kejayaan takkan datang bergolek andai tidak disusuli dengan usaha. Malah, dia membuktikan anak kampung juga boleh berjaya jika ada keinginan dan juga usaha.
Itulah yang ingin dikongsikan oleh seorang usahawan wanita yang berjaya mengubah daripada sebuah tapak kilang ayam, akhirnya terbinanya sebuah banglo mewah di situ.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang berjaya sebagai usahawan perniagaan ayam sehingga dapat mendirikan sebuah banglo mewah di Kelantan.
Amyza Ismail, 30, menceritakan kisah pahit manisnya selama 11 tahun menjalankan perniagaan bersama suaminya. Mereka telah berkahwin pada tahun 2008 ketika Amyza berusia 19 tahun manakala suaminya berusia 22 tahun.
Buktikan dulu depan mata
.Suprise selama setahun mek mendirikan mahligai cinta dalam diam tanpa upload kat fb tanpa bagitau rakan2 dan folower fb. Sebab apa mek selalu berpesan, berangan tak salah bercita2 tinggi juga tak salah tapi jangan bagitau org. Set minda kita diam2 aku nak usaha nak kejar cita2 aku matlamat aku.Buktikan dulu depan mata.baru sebarkan. baru ore salute kt kita. sekarang mek dah buktikan impian dan cita2 mek yg ingin mendirikan banglo mewah diusia muda berjaya.. (Sinopsis kami anak kampung) Siapa kata kahwin muda hidup sempit!!! Siapa kata org xde sijil tinggi xbleh berjaya!!! Siapa kata ank kampung xbleh maju!!! Bermula kisah kami dialam perkahwinan bila imam jawab sah akad nikah…tanggal 3/1/08
Bantu mak di warung Saat tue aku berusia 19 tahun dan suami berusia 22 tahun masing xde pekerjaan tetap …tp jodoh kami disatukan.. Aku cuma bantu mak aku berniaga diwarong dan laki aku bantu mak dia berniaga satay kt pasar malam … Masing2 dr keluarga yg sederhana.. aku ank yatim mati ayah dr umur 9 tahun.. Lepas kahwin kami nekad nk buat bisness sendiri..bisness pertama kami berniaga satay dikaki lima kedai org … modal dr hantaran kahwin… Setiap hari Rutin harian pagi beli ayam tuk dijadikan satay tetiba terlintas nk berniaga ayam untuk tambah pendapatan..
Kami buat kedai dgn kayu hutan ditanah peninggalan arwah ayah aku …pagi berniaga ayam mlm kami berniaga satay.. bayangkan masa tue buat dua kerja letih yg amat tp kami bahagia dgn kasih sayang …jatuh bangun kami laki bini xpernah mengeluh… tahun 2009 kami dikurnia seorang putri.. Bisness pun berjalan lancar kami kumpul aset ckit2 dr sewa upgrade ke rumah sendiri muatla 3 beranak dr kedai kayu hutan kami upgrade ke batu dr moto ke kereta blehla kami berteduh..
Dihalau dari tapak berniaga Tahun 2011 Allah nk menduga kami Kami dihalau dr tapak berniaga dan rumah kami krn tanah peninggalan arwah ayah bertukar milik kpd mak sedara aku .. tergiang2 lg ditelinga aku ketika arwah ayah aku nk menghembuskan nafas terakhir katanya Ayah bagi rumah dan tanah kt kakak ng adik Ermaa Ismail jagala elok2.. mcm mne bleh bertukar hak milik kt orang lain..hasil selidik arwah ayah beli tanah tanpa tukar nama dan tanpa buat surat hitam putih tiada bukti yg kukuh tanah itu milik ayah…masa tue Allah jer tahu kaki tangan mengigil sedih sebak terkejut xsangka mcm2 dlm otak ni kecewa darah daging sendiri aniaya aku..mereka inginkan 60k cash baru tanah tadi bertukar jd hak milik aku.. Allahu duit dlm poket cuma ad berapa ribu jer..mne aku nk cari.. bermula dr haritue kami mula menabung ..kami buat 4 kerja ..pagi aku letak satay yg siap bungkus dekat kedai2 kopi.. siap letak satay aku berniaga ayam.. laki aku trun pagi lepas siap satay dan ayam dia kerja bawak lori tanah sampai ptg malam kami berniaga satay ..makan tahun juga kami bertungkus lumus bekerja berniaga kami mampu byar lunas tanah ..urusan turun naik pejabat tanah dibantu oleh Sarimah Mustapha dan lawyer Ashiah Rahman Kak Yah .. Alhamdulillah Allah betul2 permudahkan urusan sampaikan bertukar sttus hak milik digeran tanah..
Wang ringgit boleh putus saudara Pengajaran dr pengalaman aku klu melibatkan harta tanah wang ringgit ank beranak adik beradik bleh jd putus jd letakla sedikit keraguan dan tidak kepercayaan untuk mengelak sebarang kemungkinan.. Allahuakbar kuasa Allah pemberi rezeki kpd org yg bersabar klu dh tertulis harta itu milik kita ia tetap akan jd milik kita… Doa org2 teraniaya dimakbulkan…
Bina banglo idaman dalam usia muda
Sekarang dh 11 tahun kami berniaga dh mcm2 dugaan dan ujian kami tempuh alhamdulillah berjaya… Sujud syukur diatas rezeki yg dikurniakan oleh yg Maha kuasa Allah SWT…air mata gembira mengalir di pipi tanpa sedar terasa macam mimpi anggan anggan jd kenyataan.. Siapa sangkakan dengan hanya berniaga tepi jalan berniaga dikampung.. kami suami isteri tidak mempunyai sijil tinggi buleh bina rumah banglo idaman dlm usia muda..
Dihina tak ada masa depan
hasil titik peluh kami terdirilah mahligai cinta kami… banglo idaman yg kami dirikan nie adalah tunai tanpa sebarang pinjaman..kami dirikan banglo impian kami dgn hasil dr pekerjaan yg selalu dihina oleh masyarakat ,dihina krn busuk krn tidak ada masa depan.. tidak seperti bekerja goverment yg diagung agungkan segelintir pihak…pekerjaan kami tiada pencen tiada kwsp tiada socso.bukan setakat setengah masyarakat malah ad sanak saudara serta keluarga juga pernah pandang rendah pd pekerjaan kami..
Tapi itu bukan alasan untuk aku dan suami menyerah kalah… kami nekad dan berjanji akan mengubah tanggapan yg dilemparkan bahawa pekerjaan kampung juga ad masa depan klu kita berusaha tanpa mengira masa tanpa penat dan lelah..sekarang umur aku 30tahun suami 33tahun kami dh byk kumpul aset2 yg bernilai seperti tanah2 lot,rumah,kedai sewa,lori transport, cawangan2 perniagaan…
siapa sangka kan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa tahu… tujuan aku buat statement macam nie bukan nak riak atau nak bangga diri atau mengaibkan sesiapa tapi kami suami isteri ingin menyeru anak2 muda supaya berusaha jangan malu jangan segan jangan malas berniagalah apa pun sesuai dengan minat kita pedulikan kata2 buruk disekelili
Sungguh cepat masa berlalu, terasa baru sahaja kita semua berpuasa dan melakukan ibadah sunat yang lain seperti solat tarawih bertadarus, bersedekah dan amalan-amalan lain untuk mendapatkan pahala berganda sepanjang bulan Ramadan, dan pejam celik pejam celik, kini bulan Ramadan telah pun berlalu meninggalkan kita.
Begitu pun Syawal menjelma dan diraikan dengan rasa kesyukuran, kita juga masih diberi peluang untuk menggandakan amalan dengan melakukan amalan Puasa Enam Syawal yang diketahui umum, barangsiapa berpuasa enam di bulan Syawal ibarat pahala berpuasa sepanjang tahun.
Berkongsi tentang hikmah Puasa Enam Syawal, Dr. Ahmad Sanusi Azmi bekongsi penulisannya di facebook.
Puasa Enam Menampung Kekurangan
1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda:
إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم
“Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan solat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud).
2. Dalam menjelaskan mengenai perkara ini al-Imam Ibn Rajab menjelaskan:
أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل.
“Sesungguhnya puasa enam dan puasa syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu.” (Lataif Maarif)
3. Selain itu, puasa enam turut dikatakan menyempurnakan pahala amalan berpuasa selama setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)
4. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan:
جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة
“Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan dengan sepuluh akan) bersamaan puasa 10 bulan, dan puasa enam (pahala yang menjadi 60 hari bersamaan 2 bulan) akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i)
5. Lalu sementara kita duduk di rumah dan tidak ke mana-mana ini, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. Semoga Allah membimbing kita.
Selian itu meninjau pula perkongsian daripada Ustaz Mohd Zaki Bin Zulkifli ada menjelaskan tentang persoalan yang sering ramai terkeliru tentang puasa enam dan puasa ganti. Adakah boleh digabungkan niat puasa kedua-duanya dalam satu masa yang sama.
Ini perkongsiannya.
PUASA ENAM SYAWAL DAN PUASA FARDHU GANTI.
Di dalam mazhab syafie sendiri ada khilaf tentang keharusan menggabungkan niat antara puasa 6 Syawal dengan puasa qadha’.
Disini saya bawakan petikan dari kitab fathul Muin dan hasyiah Iánah at Tolibin:
(فرع) أفتى جمع متأخرون بحصول ثواب عرفة وما بعده بوقوع صوم فرض فيها، خلاف للمجموع.وتبعه الاسنوي فقال: إن نواهما لم يحصل له شئ منهما
Ertinta: Telah berfatwa satu kumpulan daripada ulama’ mutakhirun bahawa dapat pahala puasa sunat arafah dan lain-lain dengan wujud puasa fardhu pada hari tersebut. Perkara ini khilaf bagi Imam an Nawawi di dalam kitabnya al Majmuk dan mengikut oleh Imam al Isnawi pendapat al Majmu dengan katanya: Sekiranya diniatkan kedua-duanya (gabung niat fardhu dan sunat) maka tidak sah kedua-duanya.[ Fathu Muin dengan Iánah m/s: 1330 cetakan Darussalam]
Kemudian seperti biasa pengarang Iánah akan mempermudahkan lagi kenyataan kitab Fathul Muin dengan katanya:
(قوله: أفتى إلخ) حاصل الإفتاء المذكور أنه إذا كان عليه صوم فرض قضاء أو نذر وأوقعه في هذه الأيام المتأكد صومها: حصل له الفرض الذي عليه، وحصل له ثواب صوم الأيام المسنون، وظاهر إطلاقه أنه لا فرق في حصول الثواب بين أن ينويه مع الفرض أو لا، وهو مخالف لقول ابن حجر الآتي أنه لا يحصل له الثواب إلا إذا نواه، وإلا سقط عنه الطلب فقط.
Ertinya: Rumusan fatwa ulama’ mutakhirun tersebut ialah: Sekiranya ada puasa fardhu keatas seseorang samada qadha atau nazar, kemudian ia buat puasa itu pada hari-hari yang di sunatkan puasa, maka dapat baginya pahala puasa fardhu dan pahala puasa sunat. Mengikut zahirnya, mereka akan mendapat pahala sunat itu samada dia niat puasa sunat atau tidak bersama puasa fardhu tadi. Tetapi pendapat ini nampak bercanggah dengan pendapat Ibnu Hajar yang mengatakan hanya dapat pahala jika di niatkan bersamanya puasa sunat [ Iánah at Tolibin ms 1330 juz 2, Darussalam]
KESIMPULAN DARIPADA PETIKAN-PETIKAN INI:
1. Pendapat Imam an Nawawi dalam kitab al Majmuk tidak sah puasa sunat di gabungkan dengan puasa fardhu. Pendapat ini di ikuti oleh Imam al Isnawi.
2. Mengikut pendapat ulama’ mutaakhirin sah puasa sunat gabung dengan puasa fardhu. Dan inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
3. Mengikut Imam Ibnu Hajar tidak dapat pahala puasa sunat jikalau tidak niat gabung. Contohnya dia niat pada bulan syawal ini: [Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari] sahaja. Untuk dapat pahala sunat mesti niat gabung contohnya [Sahaja aku puasa qadha ramadhan serta sunat enam syawal esok hari].
4. Tetapi mengikut zahir fatwa ulama’ mutaakhirin, dapat pahala puasa sunat enam tadi walaupun tidak niat gabung. Contoh dia niat macam ni sahaja:[Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari]. Inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
Inilah keluasan ilmu feqah. Semuanya dalam lingkungan mazhab syafie lagi. Ini sekadar perbincangan pendapat. Namun yang lebih penting lagi ialah mengamalkan dan berpuasa enam tu. Jangan jadi seperti orang yang bergaduh solat terawih 8 atau 20..tetapi dia tak solat terawih pun
Sebagai anak,kita tentunya ingin memberikan yang terbaik untuk orang tua kita. Selagi nyawa dikandung badan, akan diusahakan untuk menunaikan impian dan harapan ibu ayah.
Itulah yang cuba direalisasikan oleh seorang anak perempuan ini, iaitu Puan Maslina Samidi kepada ibu tercinta.
Ini rumah yang ibu cita-citakan lama dulu. Ibu kata, dapat buat pondok kecil, ada sebiji tandas pun jadilah. Tanah ini tanah pusaka arwah ayah. Andai kata umur saya tak panjang, ibu ada tempat berteduh. Ibu cuma mahukan rumah kecil, semacam pondok. Rumah asas sahaja dengan kos pembinaan yang mampu milik.
Konsep Tiny House
Konsep rumah kontraktor KAAF builder yang berikan cadangan. Kami minta design tiny house yang tipikal asalnya. Tapi KAAF builder mahu jadikan rumah kami sebagai yang pertama untuk mereka bina dengan konsep moden. Dan ibu setuju dengan konsep dan kos yang dicadangkan.
Untuk deco, simple saja. Saya cuba kekalkan konsep putih di dalam rumah. Luas rumah cuma 600 kaki, memang perlukan perabot yang ringkas. Saya beli sedikit demi sedikit untuk lengkapkan barang di dalam rumah, sehingga Feb 2020 barulah rumah boleh diduduki sepenuhnya.
Rumah itu ambil masa dalam 5 bulan untuk siap sepenuhnya pada Ogos 2019. Cuma Feb 2020 barulah semua kelengkapan perabot siap. Kami jadikan rumah tersebut sebagai rumah untuk berehat di hujung minggu.Tidak ada ubah suai setakat ini. Cuma tambahan seperti pagar dan pokok hiasan sahaja.
Apabila rumah tersebut siap, dan sikit demi sedikit rumah tersebut mula lengkap, ibu saya sangat gembira. Kerana tidak ada di dalam gambaran bagaimana rupa sebenar apabila rumah tersebut siap. Dan Ibu tahu ibu tidak silap buat pilihan. Kami suka dengan konsep rumah yang kecil, ringkas tapi moden. Kami cuba kekalkan konsep minimalis hingga hari ini.
Buat yang tercari perabot konsep minimalis, boleh cuci mata DI SINI
Persiapkan Untuk Ibu
Kami 7 sekeluarga. Ada dua bilik sahaja dan Ibu suka duduk di laman, waktu pagi. Kami syukur Allah izinkan kami punya rumah yang unik seperti ini. Niat asalnya sebagai tempat ibu berteduh sekiranya terjadi apa-apa pada saya, ibu ada tempat tinggal. Ibu memang tinggal dengan saya sejak saya berkawin sehingga sekarang. Selepas rumah ini siap, tidak ada lagi kerisauan untuk saya sekiranya saya yang pergi dulu. Ibu ada rumahnya sendiri. Tanah itu tanah pusaka yang diberikan kepada saya, dan kami bersama-sama mengumpul duit untuk bina rumah tersebut.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...