Bimbang dengan berat badan yang semakin bertambah, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan oleh Puan Fatin ini.
Menurutnya, dia menyediakan minuman herba tersebut pada awalnya untuk diberikan kepada suaminya yang mengalami masalah berat badan. Dan siapa sangka, baru 3 hari amalkan sudah nampak perubahan yang positif.
Untuk itu, buat ibu-ibu yang ingin kembali langsing apa kata mencuba untuk amalkan petua ini. Jom semak perkongsiannya.
Ads
Assalamualaikum…sy bkn nk share pic mknan..tp nk share petua untk kurus..suami sy mnum air ni baru 3 hari..berat dr 88kg slrg tggl 85.5kg…
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan
bunga cengkih – 7 biji *
kulit kayu manis – 1 batang *
halia – 3 hiris (jgn bsar² nt pedas) *
serai – 2 batang *
madu – 1 sudu
lemon – 1 hiris (atau ikut kemahuan masing²)
air – 1 liter *
Cuci dan kemudian rebus semua bahan * diatas selama 15-20 minit.
Bila sudah siap boleh trus minum tanpa campur dgn air biasa biar jd suam.
Lepas tu baki air tu boleh simpan peti dan mnum esoknya pula.
“Suami sy mnum time pg sblm srpan n mlm sebelum tido..sesuai untk suami isteri yg nk kurus n kempiskan perut..biar isteri lg cergas buat kerja rumh.”–Fatin
sumber : Fatin Erma Idayu Hashim via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengandung? Sesetengah daripada kita takut untuk kembali mengandung lagi gara-gara alahan dan pelbagai masalah atau simptom lain yang kembali bakal menyerang.
Bagi wanita yang mengandung anak sulung mungkin tidak biasa dan terkejut dengan kesemua masalah ini. Jangan terlalu risau, kesemua ini adalah perkara biasa dan bakal dilalui oleh semua ibu mengandung. Apa yang anda perlu lakukan adalah menikmati waktu-waktu indah selama 9 bulan ini.
Sembelit
Sehingga 50% wanita hamil menghadapi masalah ini. Sembelit berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya akibat pengaruh hormon kehamilan yang melambatkan perjalanan usus, mungkin disebabkan kurang pengambilan air dan makanan berserat tinggi, pil zat besi dan juga tekanan rahim ke atas usus besar.
Untuk mengatasi masalah ini, wanita hamil harus meminum air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari serta mengambil makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayuran dan buah-buahan.
Buasir
Masalah buasir juga kerap berlaku apabila wanita hamil mengalami sembelit. Meneran semasa sembelit, batuk berpanjangan, hamil (saiz rahim yang membesar) memberikan tekanan ke atas bahagian rektum (usus besar) serta saluran vena padanya. Ini menyebabkan pengembangan vena tersebut dan disebut buasir.
Kadangkala ia boleh terjulur keluar seperti daging lebih ataupun berdarah (kebiasaannya darah sejurus selepas membuang najis, berwarna merah cerah dan tidak sakit). Sakit boleh timbul jika buasir mengalami gangguan bekalan darah.
Elakkan sembelit dengan mengambil minuman atau makanan yang bersesuaian. Elakkan juga mengenakan tekanan ke dalam abdomen. Jangan ambil ubat sembarangan sebaliknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan. Bagi sesetengah kes, buasir dijangka hilang selepas kelahiran tersebut.
Pedih Hulu Hati
Hormon kehamilan menyebabkan lebih banyak asid gaster (asid di dalam perut) terhasil. Pada masa yang sama, hormon kehamilan juga menyebabkan perut lambat kosong. Tambahan pula, tekanan rahim ke atas perut juga boleh menjadikan keadaan semakin nyata.
Kesemua ini menyebabkan asid gaster naik memasuki saluran esofagus di bahagian atasnya dan menyebabkan rasa pedih hulu hati.
Bagaimanakah mengatasinya?
– Duduk tegak selama sejam selepas makan. Berkemungkinan anda memerlukan ubat-ubatan yang mengandungi antasid. Sekiranya masalah berterusan, dapatkan nasihat doktor.
– Kurangkan minuman sewaktu makan. Seelok-eloknya minuman diambil di antara waktu makan tersebut dan dikurangkan semasa makan.
– Makan dalam kuantiti yang kecil pada setiap kali tetapi kerap (contohnya daripada 3 kali sehari kepada 5-6 kali sehari).
Kekejangan kaki
Kebiasaannya masalah kekejangan kaki berlaku pada trimester kedua dan ketiga kehamilan. Hindari masalah ini dengan mengambil makanan atau pil tambahan kalsium dan mengambil makanan bersumber potassium seperti pisang, buah oren dan sebagainya.
Bengkak Kaki
Kebiasaannya berlaku pada kaki dan semakin nyata pada waktu awal malam setelah sehari berdiri/berjalan dan pada trimester ketiga kehamilan. Ia disebabkan tekanan kandungan yang mengganggu aliran darah daripada bahagian kaki ke dalam jantung.
Elakkan masalah ini dengan berbaring dan mengangkat kaki ke atas (melebihi paras jantung), mengiring sebelah kiri (bagi mengurangkan tekanan kandungan ke atas saluran vena utama).
Dapatkan nasihat doktor terutama jika anda mengalami edema pada keseluruhan badan (muka, tangan dan sebagainya) serta sebelum anda mengambil ubat-ubatan.
Keputihan
Ia lebih kerap dialami wanita hamil akibat perubahan hormon. Berkemungkinan ia adalah jangkitan kulat (candidiasis). Ibu hamil yang mengalami masalah ini perlu mengambil ubat anti kulat selepas mendapat nasihat doktor.
Masalah yang berulang atau berlarutan boleh diperiksa lebih lanjut dan diberikan ubat bersesuaian. Anda juga mungkin mengalami penyakit lain tanpa disedari seperti kencing manis dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon, Ozlynn Wati menerusi laman instagramnya memberitahu yang dia berjaya menamatkan tempoh berpantang selama 100 hari. Sebelum ini, dia baru melahirkan anak keenamnya, Nur Latifah Cherdiq Hanania pada September lalu.
“Alhamdulillah .. genap 100 hari semlm.. terima kasih @auliyabeautycareandconfinement smp hari ni masih lagi menjaga aku.. dpt CL yg baik pun satu rezeki.. jgn tanya pasal muka kembang aku.. ye naik badan balik.. bkn sb apa tp sebab baby.. dari segi dalaman Alhamdulillah dh sihat.
“Aku dh boleh exercise dh boleh pelan2 kayuh basikal kt area umah.. so aku makan jek makanan sihat tp x control portion sb aku nak bg baby nikmat susu pekat n sihat.. so naik sikit badan xpe.. still boleh pakai Xs tp S lebih seles… nnt genap baby 6 bulan dh boleh makan.. aku akan slowly control portion makanan aku.. n lebihkan workout.. InsyaAllah..
“Sekarang ni bengkung lilit aku dh start campak tepi dulu.. sb kerja.. tp mane yg sempat mcm sauna urut tungku.. kalau cuti jek kak sri akan buat.. baby semakin kuat menyusu.. Alhamdulillah walaupon sibuk shtg skali pam dpt jugak 6-7oz .. so buat ibu2 kt luar sana jgn stress2 ok.. byk minum air suam.. ❤️💕
Isteri kesayangan Johan Rajalawak ini meluahkan rasa syukur kesihatan dalamannya sudah kembali pulih dan kini sudah kembali bekerja semula.
“Pantang 100 hari selesai alhamdulillah, rasa happy gila. Ramai cakap aku dah start kerja, yes memang aku dah start kerja. Sama macam ibu-ibu lain yang mana ada tanggungjawab terpaksa keluar mencari rezeki untuk bantu suami bantu keluarga.
Dalam pada itu, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, berkongsi tip penjagaan diri buat ibu selepas bersalin apabila keluar bekerja.
“Sama je macam aku, jangan lupa pakai stoking, aku selalu keluar pakai sweater. Pakai baju tebal-tebal, sweater tebal-tebal, pakai stoking. Itu paling penting okay.
“Tapi untuk suami tercinta, tahan sikit ya papa,” ujarnya di dalam sebuah video yang dimuat naik.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ozlynn turut menjalani terapi sauna sebagai salah satu rawatan di dalam tempoh berpantangnya.
Ada tak ibu bapa yang menghadapi masalah anak terlalu memilih makanan. Ada yang jenis suka suka makan coklat tetapi tak suka makan nasi. Ada yang suka masakan melayu, ada pula yang suka ala barat.
Ada anak-anak yang cukup suka makan sayur, tak kurang juga yang langsung tak mahu menyentuhnya.
Jika ada antara anak-anak anda jenis yang tidak suka atau menolak setiap kali diberi makanan yang berkhasiat, ini boleh merugikan mereka terutama jika makanan tersebut terkandung khasiatnya yang tersendiri.
Jadi, sebagai ibu bapa kena praktis awal-awal memberi anak-anak jenis makanan yang sepatutnya di ambik. Nah semak senarai ini.
Telur Baik Untuk Anak
Telur memang cukup digemari kanak-kanak. Ia bukan sahaja berkhasiat tinggi bahkan rasanya mampu menarik perhatian mereka untuk makan lebih. Samada direbus, digoreng dan dijadikan sup, telur masih mengandungi protein yang tinggi.
Kajian yang dijalankan di Wayne State University di Michigan mendapati, telur merupakan sajian terbaik selain rendah kalori berbanding yogurt, keju dan juga pisang.
Pilih Anggur
Anak anda penggemar anggur? Anggur yang kaya dengan antioksidan cukup baik untuk si kecil anda. Menjadikannya sebagai makanan sampingan selepas sarapan paling disarankan untuk si kecil anda. Malah antioksidan yang ada di dalamnya boleh mengatasi risiko berkaitan jantung. Bagi kanak-kanak ia membentuk jantung yang sihat sejak kecil.
Serat No 1
Sembelit sering terjadi kepada anak-anak kecil kerana proses pemakanan yang kurang sesuai untuk mereka. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh kejutan makanan yang baru diterima bayi yang baru memulakan makanan berat.
Bagaimanakah caranya untuk mengatur menu anak ini? Serat merupakan pilihan terbaik untuk mereka. Sayur antara pilihan terbaik dan tepat selain bijirin
dan makanan seumpamanya. Sayur berdaun hijau antara yang disyorkan untuk semua. Variasikanlah bayam, sawi, aneka kacang dan pelbagai jenis sayuran lain untuk mereka.
Bayam Untuk Mata
Mata sememangnya anugerah terbesar untuk semua. Bukan bermula dari dewasa, tetapi sejak mula diperkenalkan dengan makanan lagi, anda seharusnya mencari makanan yang baik untuknya. Bayam dan lobak merupakan pilihan terbaik untuk si anak anda.
Bayam bukan hanya tinggi serat tetapi mengandungi vitamin A yang cukup tinggi dan baik untuk mata. Samada di rebus, goreng mahupun dikisar terus bersama bubur nasi, merupakan pilihan terbaik untuk sikecil anda.
Elak Kafein?
Tahukah anda bahawa di dalam coklat yang anak anda makan mengandungi sejumlah kafein? Pun begitu kuantitinya hanya sedikit berbanding kopi dan teh, ia hanya sekadar 20 peratus sahaja. Jika anak anda penggemar coklat, sebaiknya hadkanlah pengambilannya. Kafein yang tinggi boleh memberi impak besar pada kesihatan kanak-kanak yang mudah bertindak balas.
Multivitamin Sihat
Siapa kata kanak-kanak tidak perlukan sebarang makanan tambahan untuk membesar? Kanak-kanak sekitar usia 2 hingga 8 tahun paling susah untuk makan kerana pemfokusan mereka tertumpu kepada aktiviti fizikal semata-mata.
Di sinilah vitamin berperanan untuk mereka. Multivitamin paling disyorkan untuk mereka bergerak cergas setiap hari. Ia membentuk sel baru dan membantu prose pembesaran. Jadikan amalan pengambilan vitamin ini setiap hari untuk anak anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
IVF Anne kembali mencuri perhatian apabila Anne berkongsi momen menyentuh hati bersama Tiara mengenai impian memiliki adik. Ketahui perjalanan penuh harapan pasangan Achey dan Anne dalam usaha mendapatkan zuriat.