
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak keduanya sebulan yang lalu sempat berkongsi kisahnya ketika berpantang.
Menerusi Instagramnya, Uyaina turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang berpantang dan tidak terkecuali memberi penghargaan kepada confinement lady yang menjaganya sepanjang sebulan berpantang.
“Apa yang my CL buat untuk I sepanjang tempoh berpantang:
1. Handle I punya bengkak susu masa mula balik dari hospital
2. Ajar I teknik marmet & breastfeed baby
3. Masak breakfast, lunch & dinner
Paling menarik kata Uyaina bukan sahaja dia dijaga dengan baik sepanjang berpantang bahkan emosinya juga terjaga dan terkawal.
Malah kata Uyaina lagi, confinement lady yang dipanggilnya Kak Indar itu begitu banyak membantunya malah sangat menghargai setiap yang dilakukan untuknya kembali sihat dan cergas selepas melahirkan.
“Most importantly, tolong handle emosi I dalam tempoh berpantang. Kadang-kadang bila fikir balik, macam tak percaya semua benda ni Kak Indar sorang je yang buat.
“Rasa bukan dapat CL, tapi dapat Guardian Angel. Terima kasih @cikgulynnnordin & @bondahaven sebab jaga I dalam pantang dengan sangat-sangat baik,” luahnya lagi.
Tambah Uyaina lagi, memilih untuk mendapatkan rawatan dari confinement lady adalah satu pelaburan yang cukup baik untuk wanita melahirkan anak.
“The best investment untuk seorang ibu yang baru melahirkan adalah proses berpantang yang terbaik supaya Ibu tak depressed & boleh heal sebaiknya & secepatnya.
Menarik: Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my