Setiap manusia diuji oleh Allah SWT mengikut kemampuan masing-masing. Bukan mudah punya anak yang diuji dengan sakit kanser. Namun perlu berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Ini perkongsian ibu bernama Hazamaratul Damrah, ibu kepada adik Danish Rizqin bin Rosli yang menghidap ketumbuhan (tumor) pada bahagian belakang kepala.
“Penghujung Februari 2016, (Jumaat) Rizqin muntah di tadika, cikgu menghubungi akak dan akak terus bergegas ke sekolah untuk mengambil Rizqin dan membawanya pulang. Sampai di rumah Rizqin rehat dan tidak muntah lagi.
“Pada petang yang sama, ketika Rizqin tidur, bahagian kepala terutamanya dahi berpeluh dan secara tiba-tiba Rizqin menjerit kesakitan. Tapi rasa sakit itu hilang dalam beberapa saat sahaja.
“Pada hari isnin kami membawa Rizqin berjumpa dengan pakar kanak-kanak di KPJ Tawakal. Ketika itu, Rizqin sihat Cuma ada batuk-batuk kecil, tetapi dia mula hilang imbangan badan ketika berdiri dan berjalan. Jadi doktor menasihatkan agar Rizqin dipantau selama seminggu, sekiranya tiada perubahan doktor menasihatkan Rizqin di bawa semula ke hospital untuk pemantuan susulan.
“Pada hujung minggu, Rizqin minta belikan kasut baru dan teringin nak makan ais krim Magnum. Jadi kami membawa Rizqin ke Mid Valley. Semasa di Mid Valley ketika Rizqin berlari mendapatkan papanya, dia terjatuh dan memberitahu secara tiba-tiba kakinya berasa lemah. Pada hari isnin pagi, kami menghubungi doktor dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut ibunya, tiada perubahan ketara, cuma yang ketara adalah dia hilang imbangan ketika berjalan.
Setelah menjalani ujian CT Scan, Rizqin disahkan mempunyai ketumbuhan (tumor) pada bahagian belakang kepala dan perlu dilakukan pembedahan untuk memasang VP Shunt.
Ads
Kes kami kemudiannya telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatab selanjutnya termasuklah pembedahan untuk membuang tumornya.
“Selepas pembedahan, Rizqin perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 30 kali bagi membunuh sel kanser yang berbaki 5% kerana dalam pembedahan sebelum ini, hanya 95% sahaja sel tersebut yang berjaya dikeluarkan. Kemudian diikuti dengan 8 pusingan rawatan kimoterapi.
Sebelum memulakan rawatan, Rizqin juga perlu menjalani pembedahan membuang semua gigi susunya kerana ada antara gigi tersebut yang rosak dan tidak mahu berlaku jangkitan ketika menjalani rawatan kimoterapi nanti.
“Sepanjang rawatan dijalankan, terdapat beberapa perkara yang tidak diingini berlaku, antaranya VP Shuntnya rosak dan terpaksa ditukar baru. Ekoran itu Rizqin juga perlu dipantau di PICU selama 10 hari. Boleh dikatakan sepanjang tempoh rawatan berjalan hospital sudah menjadi rumah kedua kami. Alhamdulillah Rizqin berjaya melalui tempoh yang sukar sepanjang lebih kurang setahun setengah rawatan sebagaimana yang telah dijadualkan.
Menurut Hazamaratul Damrah lagi, sepanjang tempoh rawatan bermula dari Mac 2016 sehingga akhir tahun 2017, Rizqin memang tidak meneruskan sesi persekolahan disebabkan oleh faktor-faktor kesihatan bagi anak-anak onkologi.
“Rizqin memulakan persekolahan pada awal tahun 2018. Dalam tempoh rawatan akak ambil inisiatif mengajar Rizqin di rumah sekiranya keadaan kesihatan dan emosinya mengizinkan. Akak hanya mengajar subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik kerana tidak mahu membebankannya.
Ads
“Sekiranya ada menjalani rawatan di hospital, Rizqin akan diajar oleh guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH). Sesi pembelajaran ini juga bergantung pada tahap kesihatan Rizqin. Selain itu, akak juga menggalakkan Rizqin membaca buku cerita dan bahan bacaan yang bersesuaian dengan minatnya seperti majalah Top Gear.
Bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek, kini tahap kesihatan Rizqin semakin baik. Bagaimanapun Rizqin masih perlu menjalani ujian MRI setiap enam bulan untuk memantau keadaan kesihatannya.
Selain itu, Rizqin juga perlu menghadiri beberapa temu janji di klinik-klinik yang berkaitan seperti klinik mata, telinga, gigi dan sebagainya secara berkala. Ada yang tiga bulan, enam bulan dan setahun sekali.
“Sebagai seorang ibu, sudah pasti tiada yang lebih membahagiakan untuk melihat Rizqin sembuh sepenuhnya dan bebas daripada kanser. Akak ingin melihat Rizqin kembali sihat dan sembuh sepenuhnya supaya dia boleh menjalani kehidupan normal seperti anak-anak lain di luar sana.
“Semoga suatu hari Rizqin boleh berdikari, mempunyai keyakinan diri untuk bergerak sendiri tanpa perlu dipantau sepenuhnya oleh akak. Buat masa ini Rizqin masih belum cukup kuat dari segi fizikal dan mental untuk berada di alam persekolahan mahupun pergaulan dengan rakan seusianya.
Ads
Selain dapat membesar dalam keadaan kesihatan yang baik, ibunya juga berharap agar Rizqin mampu untuk melakukan aktiviti yang digemari setelah kesihatan dan kecerdasannya bertambah baik.
“Akak sangat bersyukur kerana Rizqin seorang anak yang mempunyai semangat juang yang begitu kental dan sikap yang begitu positif dalam berjuang melawan sakitnya. Biarpun bertubuh kecil, namun semangatnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang mengenali Rizqin secara dekat, tahu bagaimana jiwa anak kecil ini.
“Bagi mereka yang diuji dengan masalah kesihatan seperti mempunyai anak yang mengidap kanser, akak nasihatkan agar dapatkan rawatan yang betul di hospital. Patuhi segala nasihat serta saranan yang doktor berikan berkaitan dengan rawatan yang dijadualkan untuk anak kita.
“Sentiasa berusaha untuk kekal positif dan memberi sokongan kepada anak yang sakit. Layan anak seperti biasa, fahami anak-anak, tunjukkan sokongan dan kasih sayang yang berterusan pada mereka.
“Jangan mudah berputus asa, banyakkah berdoa, Insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan rawatan. Persiapkan diri dengan info yang berkaitan dengan penyakit anak kita. Dapatkan penerangan yang sewajarnya daripada doktor serta jururawat yang merawat anak kita. Sesungguhnya bukan mudah punyai anak yang diuji dengan sakit kanser. Namun perlu berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Buah hati kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sentiasa menjadi perhatian semua terus menarik perhatian ramai bila mana kini semakin bertambah sihat di kala usianya lima tahun.
Pun begitu menerusi perkongsian bapanya, Ahmad Safiuddin bersama temubual esklusif Pa&Ma, walid kesayangan Ainul ini memberitahu Ainul mempunyai sedikit kelewatan pada perkembangannya malah dibimbangi mempunyai mild autisme.
Akur dengan hal itu, bapa dan ibunya, Nurul Erwani reda kerana menyedari Ainul yang terlambat perkembangannya berbanding rakan-rakan seusianya.
“Pengalaman saya membesarkan Ainul sepanjang lima tahun ini tak susah dan tak juga mudah. Semuanya sebagai ujian dan cabaran buat saya dan keluarga.
“Cuma dari segi perkembangannya sekarang perlu lebih lagi supaya sesuai dengan usianya yang kini lima tahun.
“Untuk Ainul, terapi belum memberi kata putus samada Ainul disahkan autisme ataupun tidak, cuma ke arah itu ada atau mild autisme.
“Kalau kita panggil, dia tak akan pandang dan delay development. Sosial skill pun tak ada, tak bergaul dengan orang lain, dia ada dunianya sendiri,” kongsinya kepada Pa&Ma.
Bersyukur dengan perkembangan Ainul kini, bapa penyayang ini juga mengharapkan agar perjalanan Ainul dipermudahkan malah mengharapkan Ainul boleh menjaga dirinya sendiri di samping dua adik lelaki yang bakal melindungi kelak.
Tidak mengharapkan lebih dari Ainul, namun walid kesayangan Ainul ini mengharapkan panggilan walid dan mama keluar dari mulut Ainul suatu hari nanti.
“Saya harap sangat Ainul boleh jaga diri dia sendiri nanti. Antara yang saya nak sangat dan harapkan dari Ainul adalah perkataan mama dari mulut dia.
“Nak sangat dia panggil mama, walid keluar dari mulut dia. Saya dengar itu pun dah cukup buat saya. Bagi saya diusianya lima tahun ini, cukup dia sihat, boleh makan dan minum dan memanggil mama dan walid. Itu yang saya tunggu,” luahnya lagi.
Syukur dua adik lelaki sebagai pelindung Ainul
Malah ibu Ainul, Nurul Erwani turut mengharapkan kesemua anak-anaknya sentiasa dalam keadaan sihat. Baginya, dia amat berbangga melihat anak keduanya yang sentiasa peka dengan Ainul.
“Apa yang kita buat dekat Ainul, anak-anak lain pun akan ikut buat perkara yang sama pada Ainul. Saya bersyukur,” luahnya.
Bagi bapa Ainul, dia teramat bersyukur bila mana Allah hadirkan dua anak lelaki dalam hidupnya yang bakal menemani Ainul kelak.
“Ainul bertuah kerana ada dua adik lelaki, bodyguard untuk menjaganya kelak namun saya tidak meletakkan beban itu kepada mereka.
“Selagi saya dan isteri bernyawa, saya akan menjaga sepenuhnya Ainul dan dalam masa yang sama akan mendidik dua adiknya untuk mengambil berat pada kakaknya.
“Saya doakan isteri, anak-anak dan kami semua hidup bahagia. Cukup itu sahaja, saya cukup bersyukur, tak ada yang saya harapkan dalam hidup ini,” luahnya.
Ramai tak gemar bila perlu memandu kereta ketika hujan lebat. Satu, perlu hadap lambakan kereta yang banyak dek kerana hujan. Kedua, sebab air hujan yang lebat mengganggu pandangan cermin hadapan kereta. Waktu tu, memang kena memandu dengan sangat berhati-hatilah. Khuatir dengan keselamatan diri dan orang di hadapan.
Sebenarnya, ada cara nak bagi boleh nampak cermin kenderaan dengan mudah walaupun ketika hujan lebat. Jika perasan di luar sana ada pelbagai jenis produk yang watermark dengan mengalihkan aliran air hujan supaya anda mudah untuk melihatkan cermin.
Tapi…. Sebenarnya anda tak perlu pun produk yang mahal begitu! Hanya guna 1 bahan ini sahaja, kesannya sama dengan produk yang dijual. Cara ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman Instagram @kakpijah_ yang menggunakan sabun pencuci pinggan untuk menghilangkan watermark di permukaan cermin. Jom lihat bagaimana caranya!
Cara Mudah Hilangkan Watermark Pada Kereta
Ok baru tahu rupanya pencuci pinggan ada banyak kegunaan dia. Tapi tu lah nak cuba masih tk berani. Korang kalau nk follow tips ni cuci kt cermin dulu tau jangan body. 😂
1. Basahkan cermin kereta terlebih dahulu.
2. Oleskan sedikit pencuci pinggan pada span, kemudian sapu pada permukaan cermin kereta.
3. Dah Selesai, basuh hingga hilang kesan sabun dan lihatlah hasilnya!
* Ada sesetengah orang gemar basuh kereta menggunakan kaedah yang sama kerana hasilnya akan membuat kereta anda lebih bersinar. Tetapi akan beri risiko cat kereta luntur.
Situasi anak-anak bergaduh kerana berebut barang adalah perkara normal yang berlaku dalam kehidupan seharian bagi ibu bapa yang ada anak lebih seorang.
Tetapi jika terlalu kerap bergaduh, ibu dan ayah pun boleh ‘naik angin’. Bila sudah rasa nak ‘meletop’ biasanya ibu atau ayah pasti akan minta anak sulung untuk beralah dengan adik-adik.
Situasi menjadi semakin tegang kerana abang atau kakak sulung tak berpuas hati dengan arahan tersebut sedangkan kesalahan terang-terang dilakukan oleh si adik.
Jadi, benarkah anak sulung perlu sentiasa mengalah dengan adik-adiknya dalam semua perkara?
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy, jawapannya adalah tidak benar bagi persoalan di atas.
Kita perlu sentiasa menggalakkan anak-anak kita dan cucu-cucu kita untuk berkasih-sayang sesama mereka tetapi menyuruh anak untuk mengalah semata-mata kerana anak itu lebih tua adalah bukan sebahagian dari berkasih-sayang ini.
Ia boleh menimbulkan konflik dan ketidakpuasan hati sesama adik beradik sehingga ke tua.
Apabila seorang anak mahukan atau rebutkan sesuatu yang dimiliki oleh anak yang lain, masalahnya bukanlah pada tuan punya barang itu, tetapi anak yang cuba merebut itu perlu difahamkan bahawa apa yang dilakukannya itu tidak betul.
Anak-anak harus diajar erti pemilikan atau hak milik.
“Itu kakak punya”.
“That is your sister’s”
“Ini adik punya”
“This is yours”
“Ini saya punya”
“This is mine”
Kemudian ajar anak meminta izin, bukannya ajar anak merebut.
“Itu kakak punya. Minta elok-elok daripada kakak.”
“Itu abang punya. Cakap baik-baik dengan Abang boleh tak adik pinjam.”
Ini secara tidak langsung mengajar anak adab menghormati hak milik orang lain , adab meminta dan tidak berperangai seperti Zionis.
Cara sebegini tidak mengurangkan sedikit pun kasih sayang sesama adik-beradik tetapi ia lebih mewujudkan rasa hormat dan tahu batasan.
Anak juga tidak merasa ‘entitled’ ataupun hanya kerana dia muda dia berhak dapat apa sahaja yang dimahukannya.
Anak sulung tiada obligasi untuk mengalah.
Sekiranya dia tidak mahu mengalah kerana barang itu hak dia, maka terpulang kepada dia.
Tetapi sekiranya dia secara sukarela melepaskan apa yang dimilikinya, puji dia dan hargai apa yang dilakukannya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI