Penantian kira-kira 32 tahun berakhir apabila impian Datuk Rosyam Nor untuk menimang cucu lelaki pertama tercapai.
Dia sebelum ini sudah pun mempunyai tiga cucu perempuan. Berita gembira itu dikongsikan Rosyam menerusi laman Instagramnya.“32 TAHUN! Alhamdullilah. Lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurnianMu.
“HASIL PERKAHWINAN AKU. Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah. HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz. Dikuniakan 3 Cucu Perempuan. Alhamdullilah,” tulisnya Di kapsyen.
Pelakon drama Castello Itu juga turut bertanya kepada pengikut akan nama sesuai yang boleh diberikan buat cucu terbarunya itu.
“Proses Panjang Selama 32 Tahun. Tunggu Sang Hero. Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah.
“CUCU LELAKI, yeyyyy. Terima kasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial. Apa nama nak letak ni?,” ujarnya lagi sambil memuatnaik sekeping gambar.
Tujuh tahun menjalin cinta, akhirnya pasangan sama cantik sama padan ini disatukan dalam satu majlis sederhana tapi meriah. Dengan sekali lafaz, Pelakon Titian Cinta, Farah Nabilah kini sah bergelar isteri kepada juruterbang Mohammed Amirul Yunus, kira-kira jam 9.04 malam semalam.
Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1000, tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama dan wang hantaran bernilai RM77,777.77.
Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling,
Terdahulu pada majlis sama, pasangan ini turut melangsungkan pertunangan.
“Alhamdulillah permulaan fasa dan tanggungjawab baru untuk saya dan suami. Moga semuanya dapat dipermudahkan.
“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran. Tak sangka, nombor tujuh itu juga simbolik tempoh percintaan kami,” kata Farah usai selesai majlis nikah.
Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31berkata sepanjang tempoh bercinta, suami cekal dalam usaha memenangi hatinya.
“Hubungan saya dan Amirul sebenarnya dijalin secara jarak jauh kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk dengan komitmen seni, manakala dia pula memenuhi tuntutan tugasnya sebagai juruterbang termasuk yang memerlukan dia selalu berada di luar negara.
“Maka, apa yang boleh mengikatkan kami untuk terus yakin dan setia pada hubungan percintaan dibina adalah kepercayaan antara satu sama lain.
“Satu perkara yang menyenangkan saya ialah sikapnya yang pandai mengambil hati,” katanya.
Pasangan itu bakal diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin perempuan pada 21 Disember, disusuli 28 Disember untuk sebelah pengantin lelaki. Mereka juga bakal diraikan dalam satu lagi majlis pada 5 Januari depan.
Pasangan ini juga menjadi artis pertama yang kisah perkahwinan mereka dipaparkan di portal Mahligai Cinta.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kecantikan dalaman yang datangnya daripada kepuasan maksima, kebahagiaan dan kasih sayang daripada pasangan lebih memberi makna dalam erti kecantikan sebenar. Melakukan hubungan intim adalah salah satu cabang kecantikan yang dimaksudkan ini.
Wow! Tapi itulah satu fakta mengenai seks yang sememangnya tidak mampu ditolak sama sekali. Oleh itu, isteri jangan sekali-kali mengelak jika diajak suami untuk bersama.
Selain mood yang lebih baik, wanita juga tampil aura cantik setiap kali bersama. Orang kata serinya lain macam setiap kali selepas bersama suami. Sejujurnya, wanita tampil lebih cantik, berseri dan memperlihatkan aura sebenarnya dengan hanya melakukan seks yang hebat. Bagaimana?
Menurut Dr. Mehmet Oz, seorang doktor ternama daripada Amerika Syarikat yang mengelolakan segmen You Beauty, dalam sebuah majalah di New York, hubungan intim adalah jalan paling mudah dan pantas untuk wanita terlihat lebih cantik.
Pengaliran Darah Lancar
Menurut Dr. Michael Roizen dari Klinik Cleveland Roizen, ketika melakukan hubungan seks, wanita seolah-olah mendapat satu semangat yang jitu daripada aktiviti tersebut. Keadaan ini akan membuatkan darah dan hormon berjalan dengan cukup lancar sehingga terpancar cahaya kemerah-merahan pada kulit. Hal yang sama juga berlaku kepada lelaki.
Kecantikan Alami
Setiap kali ‘bersama’ dengan suami tercinta, seorang wanita akan memperlihatkan pipinya yang kemerah-merahan secara semulajadi. Bukan itu sahaja, malah bibir juga terlihat lebih mulus dan mekar berbanding palitan gincu bibir biasa. Soal kulit? Jangan tidak tahu bahawa kulit wanita juga akan mula memancarkan sinarnya secara alami dan ini menjadikan kulit kelihatan hebat dan bersinar dari dalam.
Redakan Stress
Aliran darah yang baik sememangnya mampu meredakan tekanan pada sesiapa jua. Menurut Mary J Rapini, aturan seks yang hebat dan teratur mampu meredakan setiap organ tubuh untuk berada dalam keadaan lebih baik. Malah seks juga memberi kesan menenangkan yang cukup baik. Kurangnya tekanan membuatkan anda tampil lebih cantik dan berseri-seri.
Kurangnya Risiko Kedutan
Bagaimana hal ini terjadi? Kedutan di kulit banyak dipengaruhi oleh lebihan cahaya matahari yang tembus secara terus kepada kulit. Namun tekanan kepada arteri juga membuatkan kedutan menjadi lebih hebat. Apabila aliran darah berjalan dengan lancar, nutrisi dan oksigen dapat dialirkan dengan lebih baik, maka kurangnya tekanan kepada arteri dan sekaligus mengurangkan kedutan pada wajah.
Rambut Lebih Cantik
Setiap folikel rambut memiliki pembuluh darah dan aliran darahnya yang tersendiri. Aliran darah yang baik dan lancar akan membekalkan nutrisi kepada setiap pembuluh darah di rambut. Keadaan ini akan membuatkan setiap folikelnya terjaga dengan cantik dan sihat. Rambut anda pastinya lebih cantik, sihat dan bersinar.
Payudara Cantik
Setiap kali melakukan hubungan seksual, payudara seorang wanita akan membesar sebanyak 25 peratus. Malah ketinggian puting juga akan meningkat setengah inci daripada biasa. Hal ini pastinya adalah terapi paling hebat untuk wanita tampil yakin jika dibandingkan apabila mereka terpaksa menggunakan push up bra saban hari.
Bakar Kalori
Bersenam dan membakar kalori menjadi satu kepayahan melampau bagi wanita terutama yang mempunyai anak kecil. Usah jadikan ia alasan untuk anda sebaliknya pilihlah aktiviti seks yang mampu membuatkan kalori anda terbakar dengan baik. Melakukan seks sama seperti melakukan zumba. Cukup hanya 15 minit setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini ramai ibu bapa dan keluarga mula perasan anak mereka atau orang sekeliling jatuh sakit dengan simptom influenza. Menurut Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi dan Ketua Bahagian Kepakaran (Pediatrik) KPJ Healthcare Berhad, Prof Madya Dr Rashdan Zaki Mohamed dari KPJ Damansara Specialist Hospital 2, influenza sebenarnya berlaku sepanjang tahun.
Namun ada dua tempoh yang selalu menunjukkan peningkatan iaitu sekitar Mei hingga Julai dan November hingga Januari. Cuaca tak menentu, musim perayaan dan sesi cuti persekolahan (di mana ramai yang cuti melancong atau berkumpul beramai-ramai) juga boleh mempengaruhi penyebaran virus. Kalau di luar negara, musim sejuk biasanya jadi punca utama peningkatan kes.
Ramai yang tertukar antara influenza, selesema biasa dan COVID-19 kerana simptomnya hampir sama. Tetapi bagi influenza, terdapat beberapa tanda yang lebih ketara. Demamnya biasanya tinggi melebihi 38.5 darjah dan berulang walaupun sudah diberi paracetamol. Kesan ubat pun selalunya bertahan sekitar empat hingga enam jam sahaja.
Demam pula boleh berlarutan tiga hingga lima hari dan pesakit kerap mengadu sakit kepala, sakit tekak dan sakit badan. Bagi pesakit yang pernah dijangkiti COVID-19 dan juga influenza, ramai yang mengatakan simptom influenza jauh lebih serius daripada COVID-19!
Untuk pastikan ia benar-benar influenza, cara paling tepat adalah dengan ujian calitan di klinik atau hospital. Cuma kadang kala keputusan pada hari pertama boleh jadi negatif dan hanya muncul positif selepas beberapa hari jangkitan bermula.
Influenza bukan penyakit ringan terutamanya untuk kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, ibu hamil dan mereka yang mempunyai penyakit kronik. Komplikasi boleh jadi serius, antaranya radang otak yang lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak, radang paru-paru, radang otot dan dalam kes tertentu boleh membawa maut.
Menurut WHO, dianggarkan dari 290,000 hingga 650,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia berpunca daripada jangkitan dan komplikasi influenza. Inilah sebabnya pengambilan vaksin tidak wajar dipandang remeh.
“Vaksin influenza berfungsi dengan dua cara. Pertama ia membantu mengurangkan risiko seseorang dijangkiti virus. Kedua ia menguatkan sistem imun supaya jika individu itu terkena jangkitan pun gejalanya lebih ringan dan kurang berisiko menjadi komplikasi serius. Oleh kerana virus influenza sentiasa berubah dan bermutasi, pengambilan vaksin setiap tahun sangat penting untuk memastikan perlindungan yang kita dapat seiring dengan strain terkini.”
Terdapat salah tanggapan bahawa vaksin boleh menyebabkan seseorang dijangkiti virus influenza. Hakikatnya dalam vaksin influenza tidak ada kuman hidup, jadi ia tidak boleh menyebabkan jangkitan.
Ada juga yang berfikir jika mereka tak pernah kena influenza, maka tak perlu ambil vaksin. Sebenarnya sesiapa pun boleh dijangkiti bila-bila masa walaupun tiada sejarah sebelum ini. Lebih bahaya jika individu itu tidak menunjukkan gejala kuat tetapi menyebarkan virus kepada orang lain terutama golongan berisiko.
Bagi yang merancang melancong ke negara sejuk atau menunaikan umrah dan haji, sangat digalakkan untuk mengambil vaksin sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berangkat. Ini kerana tubuh mengambil masa untuk membentuk imuniti.
Bagi kanak-kanak di bawah 9 tahun, kali pertama vaksin perlu diberikan dua dos dengan jarak sebulan. Sekiranya ibu ayah merancang untuk mendapatkan suntikan untuk anak mereka, pastikan umur melebihi enam bulan.
Menurut Prof Dr Rashdan lagi, vaksin influenza di Malaysia adalah sama dengan vaksin yang digunakan di luar negara. WHO menjalankan kajian dua kali setahun untuk melihat strain virus yang sedang menular di seluruh dunia.
Disebabkan virus sentiasa berubah, komposisi vaksin juga perlu sentiasa dikemas kini agar ia berkesan terhadap strain terkini.
Walaupun sangat bermanfaat, kesedaran mengenai vaksin influenza masih rendah terutamanya dalam kalangan orang dewasa. Sedangkan harganya mampu milik bergantung pada klinik atau hospital, biasanya kurang daripada RM100 bagi satu suntikan.
Kesan sampingan pun biasanya ringan seperti lenguh atau sedikit demam sahaja. Seperti yang ditekankan Prof Dr Rashdan, vaksin ini adalah langkah perlindungan yang berbaloi untuk semua bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan seluruh keluarga.
**Artikel ini adalah inisiatif kempen kesedaran yang dibawakan oleh Sanofi Malaysia atas tujuan pendidikan tentang influenza dan pentingnya pencegahan influenza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di