32 TAHUN! Alhamdullilah. Lama sangat tunggu. Terima kasih Allah.” Rosyam Nor Luah Syukur Timang Cucu Lelaki Sulung

Share

Penantian kira-kira 32 tahun berakhir apabila impian Datuk Rosyam Nor untuk menimang cucu lelaki pertama tercapai.

Dia sebelum ini sudah pun mempunyai tiga cucu perempuan. Berita gembira itu dikongsikan Rosyam menerusi laman Instagramnya.“32 TAHUN! Alhamdullilah. Lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurnianMu.

“HASIL PERKAHWINAN AKU. Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah. HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz. Dikuniakan 3 Cucu Perempuan. Alhamdullilah,” tulisnya Di kapsyen.

Pelakon drama Castello Itu juga turut bertanya kepada pengikut akan nama sesuai yang boleh diberikan buat cucu terbarunya itu.

“Proses Panjang Selama 32 Tahun. Tunggu Sang Hero. Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah.

“CUCU LELAKI, yeyyyy. Terima kasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial. Apa nama nak letak ni?,” ujarnya lagi sambil memuatnaik sekeping gambar.

Sumber: Rosyam Nor

IKLAN