Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Ia menjadi satu hari penting yang harus diingat dan diraih.
Imbau dan rasai momen manis pastinya kembalikan kasih sayang yang menyatukan pasangan selama hidup bersama.
Perkongsian Raja Permaisuri Agong Tengku Puteri Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar menerusi Instagram airtangan_tuakuazizah yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 35 mengundang perhatian ramai warganet. Pasangan romantik ini sentiasa kelihatan mesra dimana jua ibarat di hari pertama melangkah ke alam perkahwinan.
Hari ini 35 tahun yang lalu, menyatunya dua hati antara Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah dengan Tengku Puteri Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar. Majlis Istiadat Akad Nikah Pengantin Diraja telah berlangsung di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru, diikuti Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Besar, Johor Bahru pada 19 Julai. Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pula menyusul pada 26 Julai.
Perkenalan baginda berdua bermula sejak mereka masing-masing berusia 13 dan 12 tahun daripada pertemuan di acara polo yang sering diadakan oleh keluarga Diraja Pahang dengan Johor, membawa sehingga ke peterana. Perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang itu menjadikan Tengku Azizah sebagai Tengku Puan Pahang.
Pada Julai 2019, Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-16.
Sepanjang usia sebagai suami isteri, pasangan Diraja ini dikurniakan sembilan orang cahaya mata; empat putera dan lima puteri.
Setelah kejadian banjir yang melanda negara jumaat lalu, ramai yang kehilangan tempat tinggal akibat musnah akibat bencana yang melanda.
Sudah pasti makanan dan pakaian diperlukan ketika ini. Di media sosial paparan setiap hari memerlukan bantuan pakaian terpakai dan makanan.
Namun harus ingat dalam memberi sumbangan, pastikan bukan hanya ‘tangkap muat’. Pastikan makanan dan pakaian diberik dalam keadaan elok dan tidak rosak.
Menerusi perkongsian Niena Samsir beliau mencadangkan cara untuk asingkan pakaian yang akan didermakan.
Tak dapat bantu mereka bersihkan rumah, bantulah apa yang korang mampu untuk bantu. Kita usahakan sama-sama. Sekarang, rakyat jaga rakyat! Antara bantuan yang korang boleh buat :
1. Gerakkan kutipan dana. Pastikan dana yang terkumpul nanti sampai pada yang berhak.
2. Check dalam rumah apa barang yang boleh di sumbangkan.
3. Kalau nak derma pakaian, selimut dan lain-lain, pastikan cuci bersih dulu. Baru bungkus, asingkan pakaian ikot jantina dan saiz. Contoh : 1 plastik tulis info + Seluar panjang dan tshirt lelaki size XL + Blouse dan skirt perempuan size S + Baju anak kecil umur 2-3 tahun + baju baby umur 3-6 bulan + Selimut + telekung
Kenapa kena asingkan? Supaya mereka yang bertugas mudah boleh terus agihkan, tak payah nak bukak dan check dah. Banyak lagi kerja mereka kena buat. Pastikan bungkus dalam plastik elok, bukan plastik bekas beli cili, bekas beli ikan.
4. Kalau nak derma barang, pastikan barang masih elok. Mereka bukan tempat kita buang sampah rumah kita tau.
5. Yang mampu nak masak, kutip dana, masakkan untuk mangsa dan petugas bantuan banjir.
6. Kalau mampu, sihat badan, volunteer diri bantu mereka kemaskan kawasan banjir. Banyak sebenarnya yang kita boleh buat, tinggal nak atau tak saja. Ingat, hari ni mereka susah, esok lusa, mungkin giliran kita perlukan bantuan.
Jangan sedekah sampah
Meninju di sosial media mendapati ada segelintir memberi pakaian yang tidak elok kepada mangsa banjir sebagaimana perkongsian ini. Katanya lagi, seeloknya biarlah pakaian yang mahu disedekahkan itu dilabelkan untuk mengelak salah faham.
Cara susun pakaian mudah untuk pilih
Dalam pada itu perkongsian lain di sosial media antaranya Federer Fadlan turut memaparkan bantuan pakaian di terima kepada mangsa banjir. Moga bantuan yang diberikan dalam keadaan sempurna untuk diguna pakai.
Alhamdulilah Malam Ni Bawak Sahabat Mari Letak Kain Baju Di Pusat Banjir SMKAM2. Tempat Ni Sistematik Sikit Cara Dia Sorting Pakaian Tidak Membuang Masa Utk Memilih Pakaian..
Sejak semalam, kebanyakan negeri hujan tidak berhenti. Adakalanya cuma gerimis dan ketikanya, hujan lebat. Malah tinjauan socmedia mendapati ada sampai yang melibatkan banjir.
Ketika hujan lebat ini sudah pastinya sebanyak pasti akan mengganggu pemanduan. Jalan raya bertambah licin, dan adakalanya air yang melimpah hingga ke jalan. Barangkali mungkin disebabkan faktor sistem perparitan yang tidak sempurna.
Sudah pasti, kita akan memandu dengan berhati-hati ketika hujan. Namun siapa kita untuk menidakkan urusan tuhan. Sesungguhnya ajal maut di tangan Allah. Tanpa kira masa dan usia, kita tetap akan dijemput-Nya bila dikhendaki.
Khabar duka yanga berlaku kepada sebuah keluarga menghadapi kemalangan jalan raya. Nahas dipercayai berlaku setelah kereta dipandu suami melanggar lopak air sebelum hilang kawalan lalu terbabas.
Menurut laporan Sinar Harian, kemalangan itu mengakibatkan seorang suri rumah maut, suami patah bahu kereta terbabas langgar lopak air. Kemalangan berlaku di Kilometer 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil menghala ke Bukit Besi pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, nahas itu dipercayai berlaku setelah kereta jenis Honda Jazz dipandu suami mangsa, Nasir Mamat, 32, melanggar lopak air sebelum hilang kawalan lalu terbabas.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan kekuatan buat keluarga Allahyarham.
Kongsi tip dan pengalaman
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen mendapati beberapa wargenet berkongsi tip pemanduan ketika memandu hujan lebat. Antaranya pengguna facebook yang merupakan anggota polis. Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah melalui saat cemas itu.
Saya Pernah Alami, Dah Pejam Mata Nak Langgar Divider.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya akan menempuh cabaran hidup rumahtangga.
Paling memcabar adalah berkaitan dengan kewangan. Ada yang hidup seadanya untuk memastikan keperluan keluarga tetap terjaga.
Keinginan membeli barang-barang idaman terpendam agar memastikan keluarga cukup belanja.
Begitulah kisah yang dipaparkan mengenai susah senang bila mendirikan rumahtangga. Pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain pastinya akan kekal bahagia.
Kisah puan isteri…
9 tahun pertama pernikahan kami, tidak ada sebentuk pun cincin mampu aku hadiahkan untuk dia.
9 tahun pertama perkahwinan kami, tidak sekali pun aku bawa dia dan anak-anak melancong ke Langkawi ke, Genting Highland ke, homestay ke, chalet ke, hotel ke.
9 tahun pertama kami hidup bersama, tidak sekali insan ini bersungut hendak itu hendak ini.
Cuma aku perasan bila dia terbaca kawan-kawan atau sanak saudara dia update pergi melancong, kawan-kawan dia update beli emas, dapat hadiah dan seumpamanya, dia selalu respon dengan penuh teruja.
Bila aku perasan reaksi dia, cepat-cepat dia buat macam tak ada apa-apa.
Dia takut aku berkecil hati aku tak mampu bawa dia dan anak-anak melancong, tak mampu bawa ke hotel, ke homestay, ke chalet, tak mampu belikan dia itu ini.
Dia tahu aku memang tak mampu dari segi kewangan masa itu. Maka dia diam tanpa sebarang permintaan.
Namun aku tahu, jauh disudut hati dia, dia inginkan merasakan semua itu.
Awal pernikahan, kewangan aku memang sangat sempit. Hanya mampu bagi nafkah RM100 sahaja sebulan untuk barang dapur. Sewa rumah dan bil semua aku settlekan.
Kemudian dapat rezeki anak sulung. Hidup dikotaraya, dengan gaji kecil ditambah potongan yuran kebodohan (baca : personal loan), dah mula ada anak, memang cukup mencabar.
Duit memang sangat kritikal. Pernah puan isteri bagitahu aku,
“Jika abang tak cukup duit, tak payah bagilah duit dapur tu. Saya ada duit untuk beli semua tu. Bil api tu saya bayarkan tak apa”.
“Mana boleh. Tu kewajipan abang. Walau tak banyak abang mampu bagi, abang wajib kena bagi”.
Keras dan tegas aku jawab masa tu. Terkedu dia. Dan lepas tu, tidak lagi bersuara tentang hal itu.
Bila dia nampak aku resah, bad mood, tak keluar rumah, dia akan check wallet aku. Dia tahu saat aku tengah sesak sangat-sangat. Dibuka wallet, lihat ada dua tiga ringgit sahaja. Dia letak RM10 – RM20 dalam tu.
Esoknya aku nak isi minyak motor, tengok ada lebihan wang. Dapat la makan kat kantin. Kalau tak, tak pergi kantin or berhutang saja.
Bila sampai tahap macam tu, aku memang rasa loser sangat. Rasa tak guna. Rasa bersalah pada diri dia dan anak-anak.
Aku merenung sendirian. Memikirkan tentang aku.
Seorang lelaki. Seorang suami. Seorang ayah.
Seorang yang sepatutnya menyediakan semuanya untuk anak isteri, namun kewangan semasa memang aku tak mampu.
Jauh disudut hati aku ingin sediakan apa jua keperluannya. Aku ingin memberi segala kesenangan yang mampu aku bagi kepada dia dan anak-anak.
Dan saat itu aku bertekad, aku akan lakukan apa saja untuk ubah nasib diri aku. Untuk laksanakan tanggung jawab dan amanah yang terletak dibahuku.
Sejak itu, aku lakukan pelbagai jenis kerja. Menjual di pasar malam, mula menulis buku, jadi dropship, kerja di kedai makan dan sebagainya. Apa jua yang boleh jana income, aku akan buat. Keluar lepas Maghrib, pulang jam 5 pagi.
Aku perlu ubah nasib aku. Aku perlu bertanggungjawab atas semua amanah yang Allah letak atas bahu aku.
Alhamdulillah, berkat kegigihan, usaha keras, kecekalan, doa demi doa dari isteri, dari ma, dari abah, dari anak-anak, dari orang-orang alim, dari anak-anak yatim dan asnaf, sedikit demi sedikit Allah buka pintu rezeki.
Dah mula ada income tambahan. Dah mula rasa lega sedikit dalam perbelanjaan bulanan.
Duit belanja dapur aku mula naikkan sedikit demi sedikit. Lebihan aku sangat disiplin simpan. Tak ada nak beli Starbucks ke apa walau simpanan dah agak banyak.
Disiplin sungguh aku menyimpan duit income tambahan. Phone aku tak pernah tukar, pakai phone murah yang 2nd sahaja. Kain baju berjenama tak ada beli, pakai yang bundle sahaja.
Memang gaya hidup aku langsung tak bertukar. Hanya hidup seperti sebelum adanya pendapatan tambahan.
Akhirnya pada tahun 2018 target aku sampai. Simpanan dah cukup untuk aku tunaikan segala impian tersembunyi puan isteri.
Buat kali pertama dalam perkahwinan kami, di anniversary ke-9 kami, aku pimpin tangan insan ini masuk kedai emas. Minta dia pilih mana saja yang dia berkenan. Menangis dia masa tu.
Tak percaya dia aku nak belikan dia rantai emas. Tak percaya dia aku ada duit nak bayar. Sampai masa tu dia suruh jual rantai emas yang lama untuk beli yang baru. So, aku cuma perlu topap sedikit sahaja. Tapi aku tak benarkan jual yang lama dan minta dia pilih saja.
“Boleh tak ambil yang ni? Mahal ni. Tak apa lah, ambil yang tu sajalah. Murah sikit”, itu ayat puan isteri masa memilih rantai emas.
Dia masih tak percaya aku ada duit untuk membayarnya. Tersenyum sendirian aku bila teringat hal ni.
Pada akhir tahun yang sama, aku bawa family termasuk mak mertua dan adik ipar melancong ke Sabah. Setelah 9 tahun kami tak pernah melancong ke mana-mana, itu yang pertama kalinya.
9 tahun insan ini setia, sabar, tabah, berkorban untuk suaminya. Tanpa keluh kesah. Tanpa meminta-minta.
Dan akhirnya Allah perkenankan segala doa. Syukur, alhamdulillah.
Kawan-kawan. Jika hari ini kita masih dalam kesempitan, jangan pernah berhenti usaha dan berdoa.
Pandang mata anak-anak. Pandang mata isteri. Dan cakaplah pada diri,
“Ini amanah yang dikirim pada aku. Aku perlu menjaga mereka sebaik mungkin”.
Cekalkan hati, korban masa rehat, buang rasa malas, bangkit dan usaha sahaja. Dan di masa yang tepat, InsyaAllah sedikit demi sedikit segalanya akan berubah.
Dan buat wanita diluar sana, percayalah. Dalam diri dan hati seorang suami dan ayah, mereka ingin memberi seluruh dunia dan isinya pada kalian dan anak-anak.
Mereka ingin memberi sebesar mana kesenangan. Sebanyak mana kebahagiaan.
Namun terkadang masanya belum sampai. Terkadang doa itu Tuhan masih belum lepaskan.
Maka terus saja setia. Terus saja bersabar. Terus saja menadah tangan berdoa. Dan teruslah menyokong dia sentiasa.
Di suatu masa yang tepat, satu persatu doa kita Allah makbulkan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.