Air rebusan serai dan halia sangat bermanfaat untuk kesihatan, lebih-lebih lagi untuk tujuan pencernaan.
Zat anti mikroba yang terdapat pada serai dapat membasmi parasit dan bakteria jahat serta mengembalikan fungsi bakteri baik di dalam usus. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Manakala halia pula mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, B dan C sert lemak dan asid organik.
Ia dikatakan dapat membantu merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, asma, sakit perut, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan,sakit pinggang urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.
Fungsi lain air rebusan serai dan halia ini adalah seperti berikut:
Melegakan Senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum air serai dan halia setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, malah rasa mual juga akan turut hilang.
Agen Pencegah Kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
Ads
Menurunkan Tekanan Darah
Serai dan halia juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
Sebagai Diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.
Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Meningkatkan Kadar Metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang pembakaran lemak dalam tubuh.
Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air bertukar kaler macam air teh o
Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam fridge, esok sebelum sarapan minum secawan dulu. Kalau suka boleh tambah sesudu madu atau perahan limau nipis .
Minum setiap pagi (kalau badan tak tahan panas boleh selang-seli minum).
.
Kredit : Nina Danish
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu menantu dan mentua tidak sebulu sering kita dengari. Jarang berlaku membabitkan menantu lelaki sebaliknya banyak kes tentang menantu dan mentua perempuan. Puan Syahirah Omar berkongsi tip dalam menangani isu ini supaya tidak menjadi lebih kronik.
Masalah dengan MERTUA
” Akak, saya ada masalah dengan mertua saya. Saya bukan menantu pilihan. Apa saja saya buat semua tak kena dimata dia. Adik ipar yang perempuan pun sama naik membawang tentang saya sampai makin benci mertua pada saya. Suami saya tersepit. Dulu kami duduk dengan mak mertua, tetapi sekarang dah pindah. Lagi la mak mertua rasa saya menghabiskan duit anak dia,”
Serius,
Lebih dari 30 mesej di inbox FB ni mengadu peel mertua. Tetapi aku pilih untuk reply di sini saja ya. Lebih kurang sama saja masalah mertua ni.
Contoh masalah:
1. Mertua suka habiskan duit anak. Anak lelaki sulung perlu bertanggungjawab untuk uruskan keluarga termasuk adik adik yang dah berkahwin.
2. Suami tak menjaga emosi isteri walaupun dimarah dihina keluarga mertua.
3. Mak mertua suka menjaja keburukkan menantu. Pemalas pengotor pe segala pe katanya.
4. Mak mertua suka masuk campur untuk buat decision dalam rumahtangga.
5. Mak mertua tak nampak anak lain kalau ada masalah, semua suami kita saja yang perlu bantu.
Memang berat kalau diuji melibatkan manusia ni. Kalau dengan tunggul kayu senang. Bila melibatkan dengan yang bernyawa ni, memang sabar tu kena paling tinggi, terutama kalau melibatkan keluarga.
Dalam perkahwinan ni,
Satu yang kita kena faham, kita masuk ke dalam keluarga yang lain dari keluarga kita. Cara membesar suami kita ni berbeza dari kita, cara bergaul, cara makan, cara mak ayah dia uruskan anak anak, semua tak sama. Cara basuh tandas pun tak sama. Mak mertua pakai clorox kau pula pakai pencuci jiff contohnya.Tetapi, semua ni kita perlu belajar untuk cuba sesuaikan diri dengan keluarga baru ni.
Aku beri sedikit tips untuk masuk ke keluarga mertua ni. Cubalah InsyaAllah kau baik baik saja.
#1 KAU DAN KELUARGA MERTUA ADALAH 1 KELUARGA.
Sedangkan dalam keluarga kita sendiri pun ada tersalah faham dengan mak,ayah, adik beradik inikan pula keluarga mertua. Orang yang kita tak pernah hidup bersama.
Pertama sekali, kalau ada konflik dengan mertua ni, kau kena faham itu mertua. Bukan orang lain. Itu keluarga sendiri. Jangan sesekali kau keras kepala. Banyak diamkan diri. Sebab kau kena faham, kau tak boleh ubah orang macamana yang kau mahu, tetapi kau boleh ubah cara kau REACT bila situasi tu berlaku.
Tapi, hero dalam cerita ni pastilah SUAMI. Gais, kau sendiri boleh menilai kalau yang problem tu isteri, bebawak la cakap elok elok dengan isteri. Nasihat baik baik. Tetapi kalau bermasalah tu mak sendiri, kau sendiri tahu kan mak kau macamana? Jadi sebagai anak soleh, kau kena taat pada mak selagimana tak melanggar hukum. Kau tak boleh bergaduh dengan mak, tetapi kau boleh cuba fahamkan isteri.
Ganti balik emosi isteri yang remuk tu dengan buat dia happy. Kalau mak ayah banyak masuk campur dalam decision keluarga, kau cakap baik baik dengan mereka, kau dah ada decision dan mintalah mereka hormat keputusan yang kau fikir terbaik.Mak ayah ni cuma nak tengok hidup kau bahagia jer sebenarnya. Tetapi jangan sampai langgar limit pula.
Satu lagi paling penting!
Suami perlu bijak, rasanya kalau kita dah berkeluarga, pastilah keluarga sendiri perlu diutamakan dulu. Jangan pula asyik nak topupkan adik untuk bergayut ,sampai susu anak pun tak boleh beli. Semua harap duit gaji isteri.
#2. KOMUNIKASI DENGAN PASANGAN KENA CANTIK.
Nak bahagia dengan suami sekalipun, kalau mertua dah meninggal la contohnya, komunikasi ni adalah paling penting!
Contohnya, kalau dengan Allah komunikasi tak berapa cantik hidup kau akan tak ketahuan beb.
Sama juga dengan pasangan. Carilah masa yang sesuai untuk luahkan perasaan. Jangan la dia baru je sampai dari office, baru longgarkan tali leher, ( macam dalam drama tu) kau dah mengamuk merempan.
Janganlah waktu dia kat office kau meraban menangis ke wassap ke mak itu mak ini bapak itu bapak ini. Kau bebawak bertenang sekejap. Kau bukan umur 15 tahun. Kau dah matang pun sebenarnya untuk jadi seperti budak budak.
” Sayang, mak suruh ayang kerja. Mak tak rasa kerja dari rumah ni adalah satu kerja. Mak tak rasa pun buat bisnes online ni berduit. Saya sedih la abang,”
Apa pun bercakap la dengan suami dengan nada yang paling lembut dan waktu yang paling sesuai. Elakkan untuk wassap sebab boleh buat salah faham. Elakkan waktu makan nak discuss perkara yang melibatkan emosi ni.
Tetapi, bila pasangan mengadu hal mak ayah, tak suka mak ke tak berkenan cara mak masak singgang ke, tak payah la kau cakap pada mereka semula. Simpan la gaiss! ini bukan cerita rebut mainan anak anak. Ada benda yang kau kena simpan baik baik, ok?
#3 CARI WAKTU UNTUK BERBUAL DENGAN MERTUA
Elakkan sembang topik yang berat. Carilah topik yang kau dan mereka ada titik persefahaman. Macam mak aku, aku suka cerita hal masak. Mak memang pandai masak. Jadi aku cuba belajar macamana nak masak menu mak yang power sangat tu.
Jangan pulak dah tau mak tak suka cerita pasal makcik senah hujung kampung tu, kau pulak cakap pasal tu. Bapak mertua parti politik lain, kau dok sibuk Bosku bosku.
Sambil sembang tu kau picit la kaki dia ke, kau tolong kopek bawang ke. Kau bawak mak pusing pusing bandar ke.
Sesekali, whatsapp mak ayah tanya kabar. Ambil berat tentang mereka. Anggap macam mak ayah sendiri. Kalau kau layan mak ayah sendiri baik, dengan mertua pun begitulah.
#4. JANGAN MASUK CAMPUR
Mertua bermasalah dengan ipar duai atau suami? Kau JANGAN MASUK CAMPUR atau berpihak pada siapa siapa yang mertua tak suka. Berusahalah untuk bersikap natural. Kalau mereka tidak diminta pendapat, ada baiknya anda diam sahaja di depan mereka. Lebih baik kau diam saja kalau kau tak tahu apa apa yang bernas. Elakkan untuk sama sama bermosi.
” Mak, saya faham perasaan mak. Mak sedih sangat sekarang. Mak sabar ya. Pasti ada solution ni mak. Kita doa baik baik,”
#5 UCAPAN UNTUK HARI ISTIMEWA
Bila birthday mertua, bebawak la kau wish ke, atau bust surprise ke. Kalau tak ada budget banyak, masaklah makanan kegemaran mertua. Kadang kadang mereka ni bukan nak sangat hadiah ke apa. cukuplah tanda ingatan dan buat mereka rasa disayangi.
#6 TAK PERLU MENGADU
Ala..ni kesilapan yang biasa kita selalu buat. Termengadu dengan mertua bila suami buat perangai. Kau dengar sini eh, kadang kau mengadu tu, ingat mak mertua nak sebelahkan kau ke? tu anak dia senahhh oii. Bebawak rasional sekejap. Cubalah kau selesaikan sendiri dengan suami.
Mertua pun tak risau kalau kau tak cerita bebukan. Dari darah tinggi stabil dah naik mencanak canak memikirkan masalah kau dan suami.
Kalau dah tak mampu selamatkan rumahtangga, mintalah pendapat dan nasihat mereka dan mak ayah sendiri. Ikutlah sesuai atau tidak. Jangan sesekali asyik salahkan pasangan.Kau yang kena nanti. CARILAH SOLUSI BUKAN ASYIK UNGKIT KESALAHAN.
Ok tu sedikit tip untuk masuk ke keluarga mertua. Tetapi, satu hal yang buat kita sangat down adalah SABAR KITA DAH SAMPAI LIMIT. Aku faham, ujian kita tak sama. Memang wujud sebenarnya keluarga mertua seperti dalam drama tu. Memang zalim, memang jahat nau mertua tu.
Tetapi 1 yang kau kena ingat, semua yang hadir dalam hidup kita ni tak ada satu pun Allah temukan dengan sia sia. Ujian yang Allah beri ni memang nak kita belajar sesuatu. Samaada untuk menguji iman atau tambahakan lagi keimanan kita.
Dalam hidup ni, tak semua benda indah belaka. Kita tak sentiasa dapat pelangi saja. Ada masa dibaling tahi juga. Tapi, setiap ujian ni ada hadiah yang Allah kirimkan sekali. Itu yang kau kena sabar tu.
” Tolonglah, jangan suruh aku bersabar dah. Dah sampai langit ke 7 sabar aku ni,”
Begini,
Rasulallah pun bila menangis mengadu pada Allah apabila diuji, Allah pujuk untuk bersabar. Berbelas kali dalam Al quran Allah pujuk Rasulallah untuk BERSABAR.
Itu Rasulallah yang kekasih Allah. Kau aku ni dah lah hina dina. Masuk syurga pun belum pasti. Kenapa yang taknak bersabar pula.
Allah Allah Allah
Kalau mengikut kategori sabar dalam Al quran ni ada 5. Salah satunya Allah mahu kita bersabar dengan MANUSIA.
Macam aku cakap tadi lah, Allah hantar segala manusia pelik dalam hidup kita ni nak tengok bagaimana kita react waktu tu sebenarnya. Sabar kau ditahap mana.
Lihat surah Al Qasas ayat 56 ( 28:56)
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam),”
Maksudnya kat sini,
Nabi muhammad pun tak mampu beri hidayah pada umatnya. Hati manusia ni, kita tak boleh ubah. Tak ada daya kita nak ubah. Tetapi Allah saja yang boleh buat dia berubah. Rasulallah pun tak boleh takkan kita biasa biasa nak buat bagi boleh pulak?
Perbaiki diri kita, cari kesilapan diri kita. Adakah kita cukup sempurna sampai kita rasa kita tak perlu ubah apa apa? Jangan asyik salahkan orang lain terlebih dahulu.
Sebagai anak, mintalah maaf pada mereka. Kalau memang dieorang tu jahat bawah sikit dari level Firaun sekalipun, kau bersabarlah. Selagimana suami kau layan kau baik baik, suami kau cuba calmkan kau, kau jagalah rumahtangga baik baik.
Memaafkan tu lebih baik untuk hati kita sendiri.
Maafkan la mereka. Bila dah tua tua ni, hormon pun tak berapa cantik, overthinking pula tu, sebab tu mertua ni selalu over. Eh mak ayah kita pun kadang camtu kan. Bebawak bersabar gais.
Akhirnya yang kita mahu hanyalah KETENANGAN dalam hidup. Bila kau maafkan, kau sabar walaupun susah, sabar seperti yang Allah mahukan , pasti Allah beri kau tenang.
Bila mak mertua buat hal, kau pulang la semua masalah kau pada Allah. Minta Allah lembutkan hati. Esok esok kau fikir jap, mertua macamana yang kau akan jadi?
Sebab tu Allah beri contoh begitu supaya kau jangan ulangi perkara yang sama pada keturunan kau nanti.
Gais, sabarlah ya?
Salam Sayang,
Syahirah Omar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika selama ini ibu-ibu hanya buang air basuhan beras, kali ini fikirkan semula. Ada manfaatnya yang mungkin ibu-ibu tak tahu. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka bercucuk tanam, tak kisah lah pokok cili ke, Bayam Brazil ke atau pokok limau ke.
Kalau nak pokok-pokok ini tumbuh subur dan berbuat lebat, cubalah petua yang dikongsikan oleh Huda Zainalini. Zaman belum berjinak dengan pokok, air basuhan beras ni memang akan buang je. Namun semenjak dah berjinak dengan tanaman, air bilasan beras ni Huda akan guna untuk pokok-pokok.
Bilasan air beras yang berwarna putih disebabkan oleh kanji. Ia mampu menggalakkan pembiakan bakteria baik untuk akar.
Ada juga mineral seperti nitrogen, potassium dan phosphorus dalam air beras. Semua tu bagus untuk tumbesaran pokok. Hah, ingat manusia je ke yang nak mineral. Pokok pun nak.
Satu lagi buat macam ni supaya kurangkan pembaziran air. #zerowaste.
Subur juga pokok-pokok ni, padahal tuan dia tak baja pun.
Huda Zainal
Air pun recycle.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercucuk tanam pokok jenis berbuah tidak semestinya memerlukan ruang tanah yang luas. Memandangkan boleh sahaja pokok tersebut ditanam di dalam pasu.
Pun begitu lazimnya bila menanam pokok di dalam pasu, ada yang merasakan ada had masa untuk pokok tersebut dipindahkan ke tanah bagi pastikan ianya dapat membesar dengan lebih baik dan sekali gus berbuah lebat.
Namun bukan sesuatu yang pelik andai dibiarkan di dalam pasu bertahun-tahun lamanya, pokok yang ditanam tetap juga boleh hidup subur bahkan hasil buahnya lebat sentiasa. Ini sebagaimana perkongsian Saudara Izham Alias, menanam pokok limau purut di dalam pasu dan setelah dua tahun lamanya pokok tersebut tetap subur malah lebat buahnya.
Nak tahu apa rahsia dan trik yang dilakukan olehnya, jom baca perkongsian ini.
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Rahsia adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu depan rumah. Saya ambil dan letak dalam pasu. Biasalah tinggal di kampung. Lembu berkeliaran dan meninggalkan jejak.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Setelah itu sembur cuka kayu semestinya. Dalam 5-10ml cuka kayu + 1L air.
Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Tapi kalau togel, mahu juga saya campak ulat bulu tu ke dalam longkang.
Setakat ni saya sembur cuka kayu, Alhamdulillah kurang la ulat bulu makan. Pahit gamaknya.
Begitulah.
Sesiapa takda cuka kayu, boleh cuba sembur guna penggalak ni.Telur dan yakult je guna.