Sajian hujung minggu pastinya tidak terlepas daripada menyediakan juadah seperti spageti buat anak-anak dan keluarga. Menu istimewa ini bukan hanya sedap, paling penting nak buatnya sangatlah mudah. Anak-anak pun suka.
Pun begitu ada diantara kita masih kurang arif cara memasak spageti yang tepat. Spageti sebenarnya tidak sedap jika dibiarkan masak hingga lembut. Kenyal dan lembut adalah struktur yang tepat bagi memastikan spageti lebih sedap dimakan.
Jadi bagaimana memastikan spageti anda tidak terlalu lembik dan keras? Ini cara yang boleh anda ikuti untuk memastikan spageti dalam keadaan sempurna untuk dimakan. Sedap!
1. Pastikan air dididihkan terlebih dahulu dan kemudian selepas mendidih barulah dimasukkan spageti. Spageti yang dimasukkan terlalu awal buat spageti terendam lebih lama dan cenderung untuk lembik.
2. Nak masukkan spageti juga perlu ada caranya. Letakkan spageti di dalam periuk dan ratakan disekeliling permukaan periuk. Elakkan berkumpul pada satu kawasan supaya mengelakkan spageti tidak melekat.
3. Bagi memastikan spageti tidak melekat malah lebih cantik stukturnya, tambahkan sesudu minyak masak bersama sedikit garam. Ini wajib!
4. Spageti jangan dibiarkan terus mendidih sebaiknya mesti dikacau dengan kerap supaya tidak melekat malah masak dengan sekata.
5. Jangan masak terlalu lama. Anggaran dimasak hanya 8 hingga 10 minit sahaja bagi memastikan ia tidak lembik.
6. Periksa spageti dengan mematahkannya dan lihat di tengahnya. Jika di dalamnya berwarna putih, itu bermakna spageti sudah pun masak.
7. Sebaik diangkat, alirkan pada air sejuk dan toskan hingga kering.
Selamat mencuba!
Fuh Memang Padu! Doktor Ini Kongsi Ekstra Tip Buat Kacang Pool. Tengok Pun Boleh Terliur
Jika sebut sahaja tentang kacang pool ini pastinya semua cakna dengan asal-usul menu ini. Makanan timur tengah ini sememangnya popular dalam masyarakat negeri Johor.
Kacang pool ini juga selalunya dihidangkan bersama roti bakar dan dijadikan sebagai menu sarapan pagi bagi sesetengah individu. Bukan itu je, menu ini juga sangat istimewa kerana menggunakan kacang parang sebagai bahan utama yang memberikan rasa yang unik dan sedap.
Tak hairan ramai penggemar kacang pool ini termasuklah seorang doktor yang turut berkongsi resipi untuk hasilkan menu ini. Selain itu, anda juga tak boleh terlepas ekstra tip yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan yang pastinya menyihatkan dan padu.
Kacang Pool (Parang)
Bahan-bahan:
- 1 tbs cili giling
- 1 tbs ketumbar
- 1 tbs jintan manis
- 1 tbs jintan putih
- 1 tsp lada hitam
- 1 tsp serbuk kunyit
- 1 labu bawang Holland
- 3 ulas bawang putih
- 300g daging cincang
- 1 tin kacang parang
- 1 biji tomato
- 1 batang cili hijau
- 1 labu bawang merah
- 1 biji limau kasturi
- Garam secukup rasa
Nota: Jika anda ada G6PD, tukarlah kepada kacang lain seperti kacang merah atau kacang kuda.
Cara Penyediaan:
– Bawang putih dicincang. Bawang Hollang didadu didadu didadu.
– Rempah ni semua ni ditumbuk halus atau dikisar kering. Nak pakai yang serbuk pun boleh.
– Ini kacang parang yang dah dikeluarkan dari tin. Lenyekkan dia. Tapi jangan halus sangat. Biar ada ketul-ketul. Baru sedap bila nak makan nanti.
– Ni daging kisar yang masih beku. Saya guna dalam 200-300 gram.
– Tumis bawang Holland dan bawang putih sampai jadi perang keemasan.
– Bila dah layu je bawang tu, tumis bahan kisar tadi. Jangan lama sangat tumis rempah, hangus karang.
– Masukkan cili giling. Kalau nak pedas, letak 3-4 sudu. Jangan pedas sangat, sedang-sedang elok sudahlah. Kalau nak pedas nanti, boleh tabur cili padi masa nak makan.
– Campak serbuk kunyit. Jangan banyak sangat, nanti rasa dia jadi macam kari.
– Memang rempah kari tu diperbuat dari campuran serbuk kunyit, jintan manis, ketumbar, lada hitam, cengkih dan sebagainya. Maka kalau malas nak pakai rempah yang digunakan tadi, boleh pakai rempah kari. Cuma nanti rasa dia larilah sikit.
– Masukkan daging kisar yang dah dinyahbeku. Gaul gaul gaul, sampai empuk.
– Masukkan tomato yang dipotong dadu. Ada orang letak sos tomato atau pes tomato. Boleh je.
– Akhir sekali masukkan kacang pool yang dah dilenyek. Gaul-gaul, masukkan air. Reneh sehingga rempah ratus dan kacang sebati.
– Ni lada hitam segar, kita pulas untuk kisar kasar.
– Masukkan garam jika perlu. Kacang pool dalam tu dah masin sikit, jadi jangan letak garam banyak-banyak.
– Tada! Dah siap kacang pool! Hidang dengan telur mata sapi, limau kasturi, bawang metah dan cili hijau.
– Makan dengan roti bakar yang disapu mentega.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sekali Sekala Beli Daun Sup, Boleh Terkeliru Dengan Daun Ketumbar. Ni Cara Nak Beza!
Bercerita tentang hidangan daging korban, jika dimasak sup alangkah sedap rasanya. Olahan rempah ratus terpilih pelengkap rasa, dan disempurnakan bersama hirisan daun sup menyempurnakan rasa.
Namun andai tersalah masuk bahan, terbeli daun ketumbar umpamanya pasti lainlain pula jadinya.
Untuk tidak terjadi perkara sedemikian, ayuh kenali perbezaan antara keduannya sebagaimana yang dikongsikan ini.
kanapa bau lain macam je sup aku ni? Alahai, terbeli daun ketumbar rupanya. Tapi memang dua-dua nampak sama je, tak perasan langsung!”
Sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, adalah sedikit perbezaan antara daun sup dengan daun ketumbar ni. Jadi kalau nak elak tersalah beli, jom kita sama-sama ketahui apa ciri yang dapat membezakan kedua-dua jenis daun ini.
5 PERBEZAAN ANTARA DAUN SUP DENGAN DAUN KETUMBAR
1. NAMA / LABEL DI PASAR RAYA
Daun Sup : Juga dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery
Daun Ketumbar : Juga dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro
2. AKAR
Daun Sup : Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut.
Daun Ketumbar : Daun ketumbar pula akarnya bersaiz lebih besar dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.
3. BATANG & DAUN
Daun Sup : Batangnya lebih panjang dan daunnya lebih lebar tetapi agak jarang-jarang.
Daun Ketumbar : Batangnya agak pendek dan saiz daunnya lebih kecil dan agak rimbun atau rendang pokoknya.
4. BAU
Daun Sup : Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild. Macam bau sup Melayulah lebih kurang.
Daun Ketumbar : Kalau daun ketumbar pula, baunya lebih kuat dan tajam. Malah, baunya yang seakan-akan bau sabun atau bau kumbang.
5. KEGUNAAN DALAM MASAKAN
Daun Sup : Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.
Daun Ketumbar : Rasa daun ketumbar agak kuat dan ia seunik baunya juga. Ia mungkin kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.
MACAM MANA, DAH DAPAT BEZAKAN SEKARANG?
Memang keliru kalau kita jarang membelek dan menggunakan kedua-dua jenis bahan ini dalam masakan. Mungkin dengan info ini lain kali anda dah mampu membezakan antara daun sup dan daun ketumbar. Jadi, taklah tersilap beli kan?
sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Ni Dia Biskut Yang Betul-betul Rasa Coklat Yang Cair Dimulut. Boleh Buat Untuk Yang Tengah Semangat Nak ‘Membaking’!
Mungkin dua tiga hari ini ramai yang sudah bersemangat untuk menyediakan biskut sebagai persediaan meraikan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi. Walau tahun ini diraikan seadanya, namun persiapan perlu juga dibuat agar raya kali ini tetap berseri dan meriah.
Andai tercari-cari resipi biskut yang mana ingin dibuat, bolehlah jadikan resipi yang dikongsikan oleh Azza Ahsani ini. Menurutnya resipi yang dikongsikan ini menang terbaik dan menepati rasa biskut coklat yang sebenar.
Ini perkongsiannya:
Adakah anda sedang mencari resepi biskut raya yang mudah dan sedap?? Meh saya bagi idea.. Biskut Coklat ni saya save dari tahun 2019 dari tuan punya resepi bernama Nor AwAnis..
Hari puasa ke 2 haritu, saya offday keje.. so mood nak membiskut tu tetiba hadir tanpa diundang..
Buka peti, ada la terjumpa butter seketul, sebungkus choc rice, setapawe choc powder jenama meriah, sebiji telur dan esen vanilla.. tepung gandum memang sentiasa ada stock.. tepung jagung memang dah lama tersimpan sejak raya tahun lalu lg.. maka, bermulalah detik-detik pengulian doh mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Sebab rumah tak ada tempat untuk menggelek biskut, saya guna tudung periuk je.. gelek dengan cawan plastik.. lapik dengan plastik putih yang dah dipotong-potong.
Ini dia biskut yang betul-betul rasa coklat yang cair dimulut.. lama saya cari resepi biskut coklat yang betul-betul menepati cita rasa anak tekak saya.. dan saya sudah menemuinya..
Ini dia resepi dari tuan punya badan.. thanks.. semoga pahalanya mengalir bak air sungai yang mengalir..
BISKUT COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1 ketul butter
1 biji kuning telur
1 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum (kalau lembik sangat tambah lagi)
1 sudu kecil esen vanila
Coklat rice/coklat chips untuk hiasan
CARA-CARA:
1. Kacau butter dan kuning telur, saya guna senduk je.
2. Lepas tu masukkan gula halus dan asen vanila. Kacau lagi.
3. Kemudian masukkan serbuk koko, tepung jagung & tepung gandum sikit-sikit. Tambah kalau adunan lembik tapi jangan sampai keras sangat. Seang-sedang tak melekat di tangan sangat. Uli sebati.
4. Tekap adunan. Sapu telur putih dan tabur coklat rice/ lain-lain hiasan.
5. Kemudian bakar suhu 160 dalam 30 minit(ikut oven masing-masing)
EKSTRA INFO
1) Butter pastikan suhu bilik.. bila lembut, senang nak kacau guna senduk..
2) Telur saya guna gred C yang saiz kecik sebab itu je yang ada dalam peti ais.. putih telur jangan buang.. boleh buat sapuan atas biskut untuk lekatkan choc rice..
3) saya tak ada gula halus.. jadi saya sukat je gula kasar dan bland..
4) Tepung gandum 3 cawan tu saya rasa dah cukup.. tak perlu tambah lagi..
5) Suhu oven saya guna 170°c.. bakar 20 min.. ikut oven masing² ye..
6) Anak hero dia boleh buat, takkan kita mak-mak anak hero heroin ni tak boleh buat pulak kan?
Sumber : Azza Ahsani
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club