Jika hari-hari masak dapur mesti berminyak dan agak kotor jika tidak membersihkannya setiap hari.

Tapi boleh cuba tip-tip ni. Jadi walau seteruk manapun keadaan dapur boleh cuba panduan ni supaya dapat membantu mengembalikan keindahan, kebersihan dan kekemasan dapur seperti sedia kala.

Kerak pada Kuali

4 Perkara Ni Kena Buat Elak Dapur Berkerak. Bahan Nak Cuci Pun Mudah Nak Guna!

Masalah kerak pada periuk belanga memang satu masalah yang serius. Jika ditinggal sekejap sekalipun, kerak yang wujud akibat minyak kering dan bahan masakan yang terlekat pada periuk atau kuali akan sukar untuk ditanggal. Kebanyakan daripada anda pasti terpaksa berhempas pulas menyental untuk keluarkan kerak tersebut sehingga sakit dan pedih tangan anda. Malangnya, usaha anda itu tak membuahkan hasil yang diharapkan. Akhirnya, anda terpaksa membeli kuali atau periuk yang baru. Tak perlu membazir wang.

Penyelesaiannya: Anda hanya perlu merendam kuali atau periuk berkerak tersebut dalam air panas bercampur dengan sabun. Masukkan tisu ke dalam rendaman air sabun tersebut. Biarkan selama 30 minit hingga 1 jam sebelum keluarkan tisu tersebut. Sebahagian besar daripada kerak yang terlekat itu akan diserap masuk oleh tisu itu dan kuali tersebut akan mudah dicuci selepas itu.

IKLAN

Kerak pada Penunu

Penunu tempat masak merupakan tempat yang paling berkerak dan kotor di seluruh dapur anda. Kebanyakan daripada anda pasti malas untuk mencuci penunu tersebut kerana anda selalunya tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya kerak yang terkumpul lama di atas penunu itu. Sekarang, anda tak perlu bertangguh lagi untuk mencuci penunu anda khasnya apabila anda tahu para tetamu akan datang ke rumah anda semasa rumah terbuka anda nanti.

Penyelesaiannya: Campurkan soda bikarbonat dan sedikit cuka di dalam larutan air panas yang sedikit sehingga terhasilnya satu campuran yang pekat. Gosok campuran tersebut pada bahagian penunu yang berkerak. Biarkan selama 20 minit. Ambil berus sabut dan berus bahagian yang berkerak dan kemudian berus dengan sedikit sabun untuk tanggalkan sisa kerak yang tinggal. Dalam 30 minit, penunu anda akan menjadi bersih dan baru!

Kesan Makanan pada Dinding

IKLAN

Masakan Malaysia, khususnya sajian Melayu dan sajian perayaan seperti rendang dan sambal banyak melibatkan cili boh atau cili yang dikisar dimasak dalam minyak panas. Hasilnya, sambal yang ditumis atau kuah yang mereneh akan melompat-lompat keluar daripada kuali dan terpercik di dinding sehingga meninggalkan kesan. Sebab itulah, tak menghairankan apabila golongan wanita di Malaysia ini takut melihat dapur berkerak. Tak mengapalah kalau dinding ada diletakkan jubin atau permukaan yang licin kerana proses pembersihan adalah mudah atas permukaan seperti itu. Jika dapur anda hanyalah dinding simen yang biasa, pastilah kesan tersebut sukar untuk ditanggal. Tak perlu risau.

Penyelesaiannya:Campurkan sedikit soda bikarbonat, cuka dan perahan lemon dan gosok pada kesan percikan makanan di dinding itu. Gosok campuran itu beberapa kali sehingga tertanggal. Untuk mempercepatkan proses pembersihan itu, anda boleh cuci menggunakan hidrogen peroksida. Pastikan gas ditutup terlebih dahulu ya dan tiada makanan diletakkan di penunu semasa mencuci dinding. Nanti tercemar pula makanan yang ada penat-penat sediakan.

Sinki tersumbat

4 Perkara Ni Kena Buat Elak Dapur Berkerak. Bahan Nak Cuci Pun Mudah Nak Guna!

IKLAN

Membasuh bahan-bahan masakan setiap hari dan membuang sisa makanan terus ke dalam sinki boleh menjadi antara penyebab sinki mudah tersumbat. Apabila berlaku tentu akan mengakibatkan bau kurang menyenangkan di dapur. Tak perlu tukar sinki baru tapi cuba tip ini.

Penyelesaiannya: Cara ini adalah menggunakan baking soda dan cuka. Campurkan lebih kurang 1/3 cawan baking soda dengan 1/3 cawan cuka di dalam sebuah bekas. Sebaik saja campuran ini akan berbuih, cepat-cepat tuangkan ke dalam saluran sinki tersumbat tadi. Biarkan sekejap, sekitar 10 minit, untuk tindakbalas yang lebih menyeluruh. Kemudian, bilas dengan air panas macam cara di atas.

Seperti yang kita tahu, kedua-dua bahan ini memang sangat berguna bukan saja untuk memasak, tetapi juga untuk tujuan mencuci. Jadi, kalau belum ada 2 bahan ini, bolehlah beli dan simpan stok di rumah. Memang memudahkan!

Kredit: Butterkicap.com

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI