Tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Apabila berhadapan dengan situasi sebegini, adakalanya boleh membuatkan ibu bapa pening kepala dan buntu bagaimana cara untuk mengatasinya.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Jom cuba ikut perkongsian oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa.
Ads
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Ads
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Ads
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dengan pelawak dan pengacara popular Dato Ac Mizal, kaletahnya yang happy go lucky memang cukup menghiburkan. Tidak hairanlah apa sahaja majlis atau program yang diacarakannya pasti meriah.
Walaupun sibuk dengan urusan kerja, namun keluarga tetap menjadi keutamaannya. Sebelum ini AC Mizal memuat naik gambar-gambar sambutan hari lahir anak perempuannya.
Umum mengetahui, pengacara Muzikal superstar ini mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Datin Amelia. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Malah, pasangan ini tidak lokek berkongsi gambar seisi keluarga menerusi media sosial milik masing-masing.Bahkan, Ac turut menyifatkan isteri dan anak-anak adalah sumber kekuatan untuk dirinya terus berkarya sebagai anak seni.
Terbaru, Ac Mizal dilihat memuat naik gambar bersama anak lelakinya di dalam satu sesi fotografi. Menurutnya, mereka bakal tampil dengan single berjudul Mine.
Malah, AC turut melahirkan rasa gembira kerana impiannya untuk menyanyi bersama Damien terlaksana apabila peluang tersebut diberikan oleh syarikat Universal Music.
Damien kini sudah berumur belasan tahun dan membesar sebagai anak muda yang kacak dan tampan, namun sedikit pemalu.
Cinta tanpa syarat, itu yang boleh diungkapkan dengan pasangan pengantin baru ini. Saat mereka berdebar menghitung hari menaiki jenjang pelamin, si suami diduga apabila diserang stok.
Bukan sekali, sebaliknya tiga kali. Sehinggakan dia terpaksa menggunakan kerusi roda sewaktu menuju ke pelaminan. Namun, apa yang membuatkan tetamu mengalirkan air mata sebak adalah tatkala melihat si isteri tenang menolak kerusi roda yang diduduki suami sambil melemparkan senyuman buat tetamu.
Biarpun di bibir menguntum senyuman, namun dihati tak siap yang tahu. Majlis yang dirancang menjadi sebaliknya, namun pasangan ini tetap gembira dan bahagia disatukan di atas pelamin yang cukup indah. Bukti kasih sayang dan cinta melengkapi kedua-duanya.
Kisah pasangan pengantin ini dikongsikan oleh pelakon cantik manis, Fasha Sandha di ruangan instagramnya.
Dia yang hadir dalam majlis perkahwinan itu turut memberitahu, pengantin lelaki merupakan sahabat kepada suaminya, Aidil Aziz.
Tak pernah air mata turun tak berhenti. Jenuh juga tahan untuk sembunyikan. Gugur juga air mata melihat pengantin ni.
Paling kagum dengan isteri yang menerima kekurangan suami, yang tiba2 diserang stroke 3 kali sebelum berlangsungnya perkahwinan. Kuatnya Dan tabahnya Yin.
Tahniah diatas perkahwinan Dan kami doakan agar Perkahwinan ini kekal ke akhir hayat Dan semoga Alif cepat sembuh. Alif ni salah seorang kawan rapat dengan suami saya. Tahniah Alif & Yin #kisahsemalam
Petai, jering dan kerdas, makanan tiga beradik ni memang selalu jadi makanan penaik selera. Biarpun mempunyai bau yang kurang enak namun rasanya cukup hebat.
Boleh makan nasi bertambah-tambah jika disajikan dengan menu berasaskan ketiga-tiga bahan ini.
Apa lagi jika dimakan bersama nasi panas. Masyarakat kita terlalu sinonim dengan Sambal Udang Petai, Masak Lemak Petai dan sebagainya sedangkan terlalu banyak resipi yang boleh diolah daripada makanan ini.
Jom kita jadi lebih kreatif di hujung minggu ini. Jadikan menu petai, jering dan kerdas sebagai menu special untuk keluarga. Layan 7 resipi kreatif ini.
GULAI LEMAK KAMBING BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing
100gm buah kerdas
1 biji santan
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
2sm kunyit hidup |dikisar
1 batang serai |diketuk
2 helai daun kunyit
Air rebusan daging kambing secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging kambing dengan air secukupnya hingga lembut.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
3. Titikkan serai dan kacau rata.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan daging kambing bersama air rebusannya, buah kerdas dan juga daun kunyit. Biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, tuangkan santan dan kacau sentiasa.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
AYAM BERLADA MASAK PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm petai |dihiris nipis
4 biji cili merah |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
3. Masukkan ayam dan gaulkan sebati.
4. Masukkan petai dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Biarkan masak seketika dan angkat.
ASAM PEDAS DAGING TETEL BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel |dipotong kecil dan direbus hingga empuk
20ml air asam jawa
100gm buah kerdas |dibuang kulitnya
1 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1 batang serai |dititik
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
3 sudu makan cili kisar
Daun limau purut secukupnya |untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
2. Tuangkan sedikit air dan ketuk serai bersama bunga kantan, daun kesum serta daun limau purut.
3. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan daging tetel bersama buah kerdas. Biarkan empuk.
4. Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya dan angkat.
CARA MEMASAK:
1. Rebus kerang hingga masak dan ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan hiris dan gaulkan bersama sedikit garam.
3. Masukakan kerang rebus dan perahkan jus limau kasturi di atasnya.
4. Gaulkan mesra dan sedia dinikmati.
KALIO LEMAK NANGKA BERSAMA JERING
BAHAN-BAHAN:
500gm nangka muda |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
5 biji jering
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
1 batang serai
1 sudu makan cili boh
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus nangka dengan air secukupnya hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik baunya.
3. Masukkan cili boh dan biarkan hingga cili garing dan pecah minyaknya.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan nangka bersama jering. Biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali tuangkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Kacau sentiasa hingga mendidih kemudian angkat.
SAMBAL HIJAU UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
100gm petai
5 biji cili padi |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
Sedikit serbuk kunyit |untuk menggoreng udang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan udang bersama petai dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
JERING AYAM RENDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm jering |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
2 batang serai |dititik
2sm halia |dikisar
5 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
2sm lengkuas |dikisar
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan gula melaka
1 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit |dihiris nipis
2 helai daun limau purut |dicarikkan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serai dan cili kisar hingga naik minyaknya.
3. Apabila sudah pecah minyaknya, masukkan gula melaka bersama jering dan juga daun limau purut. Gaulkan hingga sebati selama 10 minit.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak sekejap.
5. Tuangkan santan bersama garam dan juga kerisik.
6. Kacau rata dan biarkan masak hingga kuahnya pekat.
7. Taburkan hirisan daun kunyit dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di