Istilah ‘payung emas’ yang akan diperolehi wanita sekiranya membenarkan suaminya berpoligami berikutan ia sunnah Rasulullah SAW merupakan hadis palsu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum atas sesuatu perkara berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak perlu melihat kepada maslahat perkara itu.

Memberi respon kepada berita yang dilaporkan di Astro Awani, Ustazah Asma’Harun berkongsi pandangannya berkenaan pencerahan yang diberikan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pencerahan ‘Payung Emas’ Dari Datuk Seri Zulkifli Tarik Perhatian & Ni Ustazah Asma’ Berkongsi Pandangannya!

 

Alhamdulillah, semoga dengan pencerahan ini, kita lebih berhati-hati berkata atau menulis berkaitan poligami, daripada dulu saya konsisten menyatakan bahawa ia adalah palsu, namun tetap pihak-pihak guna pakai, kadang dengan nada bergurau.

Bahkan selalu diingatkan kepada lelaki yang ingin berpoligami, jangan duk paksa dengan mengingatkan isteri tentang besarnya ganjaran itu ini, paksa terima atas nama taqdir dan jodoh, jika anda sebenarnya tidak mampu, tambah pula isteri tidak mahu.. isteri mungkin dapat pahala dan syurga atas sabarnya menahan derita, kalian pula tiada di syurga atas sebab berlaku zalim. Zalim ni pula memang kena bahas lagi, ramai yang rasa dia tak buat zalim sebab isteri tak bersuara, suami seolah boleh guna kuasanya atas sebab wajib ditaati.

Ingatlah menyakiti hati saudara muslim itu perbuatan dilarang, sakitkan hati kawan-kawan pun diberi dosa, ini hati isteri yang terlalu banyak berkorban. Data kelahiran anak lelaki di Malaysia masih ramai lagi lelaki berbanding perempuan, jika nak buat alasan sebab nak berikan peluang pada wanita.

Beginilah, memang ada poligami yang harmoni, biasanya suami ni memang seorang yang luar biasa juga usaha untuk berikan yang terbaik dan merawat hati isteri pertama secara berterusan, dan benar-benar ikut sunnah dan cara nabi, kenapa setelah kewafatan Saidatina Khadijah baru Nabi mula poligami, pada usia 53 tahun dan ke atas, semua tu dihalusi. Dengan siapa yang dinikahi, atas dasar apa dan lain-lain. Memang apa yang Nabi SAW lakukan ada hikmah besar, namun ia bukan pada nikah lebih satu sahaja, tapi pada cara pelaksanaan juga diikuti. Hadis berkaitan Nabi SAW tidak setuju Anakanda Fatimah R.A untuk dimadukan adalah benar .

Pencerahan ‘Payung Emas’ Dari Datuk Seri Zulkifli Tarik Perhatian & Ni Ustazah Asma’ Berkongsi Pandangannya!

Tidak berdosa isteri yang menolak keinginan suami, atas sebab tertentu..

“Ini termasuklah untuk mencegah daripada menyakiti hati isteri dan mengakibatkan gangguan berlebihan apabila isteri itu ditimpa penyakit cemburu. Ini berdalilkan sebuah hadis daripada al-Miswar bin Makhramah RA bahawa Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas minbar:

إِنَّ بَنِي هِشَامِ بْنِ المُغِيرَةِ اسْتَأْذَنُوا فِي أَنْ يُنْكِحُوا ابْنَتَهُمْ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ، فَلاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، ثُمَّ لاَ آذَنُ، إِلَّا أَنْ يُرِيدَ ابْنُ أَبِي طَالِبٍ أَنْ يُطَلِّقَ ابْنَتِي وَيَنْكِحَ ابْنَتَهُمْ، فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي، يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا، وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta izin kepadaku agar aku menikahkan anak wanita mereka dengan Ali bin Abu Thalib, namun aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka! Kecuali jika Ali bin Abu Tolib menceraikan anakku lalu menikahi anak wanita mereka. Sesungguhnya anakku (Fatimah) adalah bahagian dariku, aku merasa senang dengan apa sagaja yang menyenangkannya dan aku merasa sakit atas semua yang menyakitinya.”

Riwayat al-Bukhari (5320) dan Muslim (2449)

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Dan sebab padanya (larangan ke atas Ali untuk berpoligami semasa pernikahan dengan Fatimah) seperti mana yang telah disebut dahulunya dalam (bab) manaqib (Fatimah) bahawa beliau telah ditimpa (ujian) kehilangan ibunya (Khadijah) kemudian saudari-saudari perempuannya, seorang demi seorang, sehingga tiada siapa yang tinggal untuk beliau mengadukan isu-isu kerahsiaan (rumah tangga) supaya melegakan perasaan akibat cemburu.”

IKLAN

Ibn Hajar juga membawa riwayat al-Zuhri yang menyebut sabda Rasulullah ﷺ:

وَأَنَا أَتَخَوَّفُ أَنْ تُفْتَنَ فِي دِينِهَا يَعْنِي أَنَّهَا لَا تَصْبِرُ عَلَى الْغَيْرَةِ فَيَقَعُ مِنْهَا فِي حَقِّ زَوْجِهَا فِي حَالِ الْغَضَبِ مَا لَا يَلِيقُ بِحَالِهَا فِي الدِّينِ

Maksudnya: “Dan aku risau bahawa agamanya (yakni Fatimah) akan ditimpa ujian fitnah,” yakni Fatimah menjadi tidak sabar kerana cemburu lalu berlaku sesuatu yang tidak layak pada darjat beliau pada agama daripada beliau semasa marah.”

Rujuk Fath al-Bari (9/329)

Bacaan penuh :

https://muftiwp.gov.my/…/3742-al-kafi-1398-hukum-isteri…

Kenapa ia terlalu sakit ?

Terlalu banyak sebab.

Kebanyakan pasangan muda daripada awal nikah, bermula kosong dengan kehidupan yang susah dan payah, lahirkan sorang sorang anak, diasuh didiik hingga dewasa, penat lelah tak boleh bayangkan, namun tiba saatnya dah mula dapat melepaskan penat sedikit demi sedikit, kehidupan juga dah stabil, anak dah membesar, menunggu masa untuk bermenantu dan bercucu, tiba datang ujian kasih dan perhatian perlu dikongsi, waktu dan perancangan semua perlu berbahagi, ia adalah satu ujian yang sangat berat .

Memang tidak menidakkan tentang isteri kedua juga ada hak, namun tetap tak boleh tuntut yang sama, suami yang kalian nikahi, lagi pula pada umur yang telah stabil, dia dijaga dirapi selama ini oleh sang isteri yang setia, sebab itu si suami dilihat menawan, didoakan dan diberikan sokongan tidak berbelah bagi, hingga si suami dilihat kecukupan. Kalian yang baru hadir, harus mengerti dengan sebenanrya, kenapa susahnya yang pertama ini untuk berlapang dada.

IKLAN

Pencerahan ‘Payung Emas’ Dari Datuk Seri Zulkifli Tarik Perhatian & Ni Ustazah Asma’ Berkongsi Pandangannya!

Kerana itu, bagi wanita yang tidak mampu hidup berpoligami, hingga memberikan tekanan emosi dan mental, boleh dilihat sakit pun dah bertambah, mungkin darah tinggi dan lain-lain. Maka bukan menjadi satu laknat Allah, jika wanita ini mohon dilepaskan.

Saya dulu, daripada pengalaman menguruskan pasangan poligami, isteri pertama yang ingin dilepaskan, bukan faktor utama kerana benci poligami, atau tidak redha, namun demi mencari ketenangan dan kedamaian hidup di saat hati dah tak kuat nak berperang dengan perasaan sendiri.

Allahu Akbar, memang kita akan jumpa ada isteri pertama yang sangat sabar dan tenang, yang selalu menutupi kedukaan dengan senyuman, begitu juga isteri kedua ketiga dan keempat yang begitu sabar dan redha dan keadaan dan himpitan yang perlu selalu mengalah itu dan ini.

Itulah, monogami juga tidak lepas daripada ujian demi ujian, apatahlagi poligami. Si suami jangan hanya menuntut redha daripada isteri dan anak-anak, kalian juga kena redha dengan ketidakmampuan isteri dan anak-anak untuk menerima apa yang berlaku dengan selapang dada. Sebelum meminta, berilah dulu, kerana bahagia yang dibina atas banyaknya luka orang yang banyak berkorban dalam hidup kamu.

Maaf salah silap dalam tulisan ini, isu sensitif yang sentiasa ulasannya tidak akan berakhir dengan baik untuk semua pihak.

Sumber : Asma’ binti Harun

Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

IKLAN

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Pencerahan ‘Payung Emas’ Dari Datuk Seri Zulkifli Tarik Perhatian & Ni Ustazah Asma’ Berkongsi Pandangannya!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI