Fitrah seorang wanita ingin kelihatan cantik. Bukan sahaja tertumpu pada raut wajah, sekali gus untuk keseluruhan tubuh badannya. Malah dirasakan satu bonus kiranya, jika masih mampu kekalkan bentuk tubuh langsing persis anak dara, walau pun hakikatnya sudah mempunyai anak yang ramai.
Bila bercakap untuk kekalkan bentuk badan, sewajarnya setiap wanita perlu berusaha mendapatkannya. Umpamanya dengan mengamalkan petua ini. Dikatakan pengamalnya akan merasakan perubahan ketara pada bentuk tubuh menjadi lebih langsing dan menarik. Bukan itu sahaja, diakui juga herba ini baik untuk sistem dalaman wanita. Untuk itu, apa kata anda cuba dahulu amalkan dan lihat perubahan pada diri.
Mengalami masalah perut buncit tentunya membuatkan seseorang ibu tidak selesa dengan perubahan fizikal yang terjadi ke atas dirinya setelah melahirkan anak.
Sedar dengan bersenam dan mengawal makanan dapat membantu mengembalikan bentuk badan asal, ada eloknya juga diiringi mengamalkan petua meminum air rebusan ini.
Dikatakan ianya berkesan untuk mengempiskan perut. Untuk itu, ini cara penyediaan air rebusan tersebut.
Resepi Air Serai Mujarab Untuk Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat
Serai (10-15 batang)
Air (2-5 liter)
Caranya memang sangat mudah dan cepat
Cara-cara:
– Ketuk serai sehingga pecah & rebus dalam 30-45 minit
*lagi banyak serai lagi banyak air diperlukan
Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengah hari dan malam.
Sebenarnya air rebusan serai juga boleh diminum bersama campuran bahan-bahan lain seperti madu, lemon, bunga cengkih, halia, kunyit dan banyak lagi. Serai juga berkhasiat serta terbukti mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri.
Antara Khasiat Air Rebusan Serai
– Bantu sistem penghadaman
– Cantikkan kulit
– Buang toksin dalam badan
– Kurangkan bau badan
– Cairkan lemak dan sebagainya
Wanita dan mekap tidak dapat dipisahkan. Ada yang memakai mekap disebabkan tuntutan kerja, ada juga bila keluar berjalan-jalan gemar untuk bersolek, malah ada juga yang beranggapan bersolek itu sebagai lambang keyakinan bagi seseorang wanita. Gittew!
Tapi yang paling spoil bila dah bersolek ni, tang nak tanggalkan apa yang ada atas muka kita ni balik la. Lebih-lebih kat mata, kita ingat maskara kita dah 100% hilang lepas kita cuci muka, tup tup laa ada lagi! Alamak?!
Mula la time tu was-was, terutamanya bila nak ambil wuduk. Tertanya la, sah ke tidak wuduk kita tu sebenarnya. Kan? Nak tahu lebih mendalam tentang hal ini, jom tengok perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus ni. Semoga bermanfaat!
WUDUK PAKAI MASKARA
SOALAN :
Setengah wanita hari ini menggunakan maskara untuk kecantikan matanya.
Soalan saya apakah sah mengambil wuduk ketika memakai maskara ini?
JAWAPAN :
Maskara adalah salah satu bahan yang digunakan untuk menambahkan kecantikan mata dengan cara meletakkan suatu bahan ke atas bulu mata.
Biasanya maskara ini dibuat dari serbuk bercampur cecair atau lilin.
Tersebut pada Wikipedia :
Normally in one of three forms—liquid, powder, or cream—the modern mascara product has various formulas; however, most contain the same basic components of pigments, oils, waxes, and preservatives.
Artinya : “Biasanya maskara terdiri dari tiga jenis bahan yaitu cecair atau serbuk atau krim dan produk maskara zaman moden mengandungi pelbagai formula. Bagaimana pun kebanyakkan kandungannya adalah bahan pigmen dan minyak dan lilin dan bahan pengawet.”
Difaham dari sini bahawa apabila seorang wanita memakai maskara bermaksud bulu matanya diselaputi bahan-bahan yang telah disebut tadi.
Membasuh muka adalah salah satu rukun wuduk kerana firman Allah Taala :
Artinya : “Wahai orang-orang beriman apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah segala muka kamu..” (Al-Maidah : 6)
Maka diwajibkan membasuh akan segala yang ada dalam had muka dengan air sampai rata atas kulit dan segala bulu yang tumbuh di atas muka termasuklah bulu mata.
Maka ketika membasuh tempat tumbuh bulu mata diwajibkan air sampai pada sekelian bulu matanya dari hujung ke pangkal dan sampai air pada kulit di bawah bulu mata itu.
Artinya : “Maka ada pun bulu yang jaranglah tebal itu seperti dua bulu kening dan bulu mata dan misai dan dua ‘izar yaitu anak rambut yang tumbuh setentang dengan dua telinga maka wajiblah membasuh zahir sekelian bulu-bulu ini dan batinnya serta dengan kulit dibawahnya sekali pun ia tebal kerana ia adalah termasuk dalam sempadan muka.”
Dan berkata Syeikh Nawawi Al-Bantani :
وإذا كان على الوجه حائل وجبت إزالته ومنه الرمص في العين والوسخ الذي يكون في باب الأنف فلا بد من إزالة ذلك
Artinya : “Dan apabila ada atas muka itu suatu yang menghalang nescaya wajib menghilangkannya. Dan setengah dari yang menghalang itu ialah kotoran pada mata dan suatu yang ada pada tepi lubang hidung. Maka mestilah menghilangkan yang demikian itu.” (Kitab Nihayah Zain)
Jelas disini kalau ada suatu yang menghalang air sampai kepada bulu atau kulit nescaya wajib dihilangkannya terlebih dahulu supaya rata air basuhan wuduk.
KESIMPULAN
Jika bahan dari masakara tersebut menghalang air basuhan wuduk daripada kena pada helaian bulu mata atau kulit dibawahnya maka wuduknya tidak sah.
Jika sampai air basuhan wuduk pada helaian bulu mata dan kulit di bawahnya maka sah wuduknya.
Jika ragu adakah masakara yang dipakainya menghalang air atau tidak nescaya sunat ditanggalkan terlebih dulu ketika hendak mengambil wuduk.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Itu hakikat yang kita kena terima. Mengapa? Pemakanan masyarakat Korea yang bersifat panggang dan rebus juga ditambah dengan deretan sayuran yang diamalkan mereka menjadi penyebab kepada persoalan kulit cantik ini. Minyak? Jauh sekali diamalkan oleh mereka. Itulah rahsia yang diamalkan mereka.
Tidak hanya disitu, yang kita semua perlu tahu, wanita Korea yang mengamalkan cucian muka yang berbeza dengan cara kita. Bagaimana? Salah satu caranya adalah dengan melakukan teknik ‘double cleansing.’
Cucian ‘double cleansing’ sebenarnya paling sesuai dilakukan oleh mereka yang mengenakan solekan tebal ke tempat kerja. Dan inilah yang diamalkan oleh wanita Korea setiap kali mencuci muka.
Bagaimana teknik double cleansing yang mereka lakukan?
#Langkah 1
Apa yang diperlukan adalah dua jenis pencuci muka iaitu dari jenis minyak atau ‘oil cleansing’ dan juga pencuci muka biasa atau ‘liqiud cleansing’. Soal jenama dan produk bergantunglah kepada jenis kulit muka anda dan kesesuaian anda menggunakannya. Jika suka dan kena dengan kulit, pakai saja.
Apa yang anda perlu tahu, mencuci dengan pencuci jenis minyak atau ‘oil cleansing’ ini bertindak untuk menanggalkan segala sisa solekan dan kotoran pada kulit wajah.
# Langkah 2
Kemudian basuh muka bersih dan cuci semula sekali lagi dengan pencuci muka biasa yang berbuih. Inilah yang diamalkan oleh wanita Korea. Bagi mereka, mencuci dengan dua kaedah dan jenis pencuci ini membantu kulit lebih sihat dan licin. Dan inilah yang dilakukan oleh semua wanita di sana tanpa merasa ia satu pembaziran. Apabila ini sudah menjadi kebiasaan mungkin ia tidak lagi dianggap pelik!
Yang anda perlu tahu, pencuci muka biasa jenis ‘liquid cleansing’ tidak kira samada jenis, krim atau apa sahaja, dikhaskan khusus untuk mencuci lebih dalam. Inilah langkah terakhir dalam proses membersih. Satu lagi yang anda perlu tahu, cucian kali kedua ini juga khusus untuk membasmi bakteria, kulit mati dan kotoran yang tertinggal.
Jadi tak salah kalau kita pun mencuba guna kaedah ini untuk pastikan kulit lebih terjaga dan bersih daripada sisa kotoran. Mana tahu cara ni buat kita pun tampil cantik dan kulit mulus macam mereka. Jom cuba sama-sama!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.