Apabila ibu bapa mendoakan anak setiap hari pasti ada sinar kebaikkan buat anak itu. Asbab doa itu, hidup anak menjadi sejahtera  dan berjaya dalam hidupnya.

Sudah tentu sebagai ibu bapa kita sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada cahayamata.

Di bawah ini adalah doa untuk anak yang dipetik daripada Al-Quran, sesuai untuk amalan ibu bapa.

5 Doa Untuk Anak Yang Ibu Bapa Kena Tahu. 

1. DOA AGAR ANAK RAJIN SOLAT
رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim, Ayat 40)

2. DOA MEMOHON ANAK DAN KETURUNAN YANG SOLEH
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi dan perbaikilah keturunanku (Surah Al Ahqaf, Ayat 15)

3. DOA AGAR ANAK DILEMBUTKAN HATI
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Maksudnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” (Surah As-Syura Ayat 19)

IKLAN

4. AGAR ANAK DILAPANGKAN DADA
Keseluruhan surah Al Insyirah boleh diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi mesej yang amat hebat tentang berlapang dada.

Selain dibacakan sendiri, elok juga kita mengajarkannya kepada anak agar mereka juga memahami dan mengambil pengajaran daripadanya.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿١﴾

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿٢﴾
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿٣﴾

IKLAN

(3) Yang memberatkan tanggunganmu

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ﴿٤﴾

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾

(5) Oleh itu, tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾

IKLAN

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ ﴿٨﴾

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

5. DOA AGAR DIBERI RAHMAT
رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat. (Surah Al-Mukminun, Ayat 109)

Semoga doa ini menjadi panduan untuk membesarkan anak-anak.

Sumber: thezuriat.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI