Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak-anak mereka bijak pandai. Justeru, sejak kecil lagi pelbagai perkara dititikberatkan termasuklah pemakanan.
Jom dengar perkongsian dari Dr Taufiq Razif tentang makanan yang boleh meningkatkan prestasi otak anak-anak.
Dr Taufik Razif
Kadang-kadang saya tengok mak ayah bagi jajan kat anak bukan sebab nak bagi sangat tapi sebab keliru dan tak tahu nak bagi makan apa kat anak.
Takpe, slow-slow kita belajar bab makanan terbaik untuk anak ye. Makanan ni la nanti yang akan jadi darah daging anak kita sebab tu la pemilihan makanan pun akan bagi efek pada perkembangan otak si comel kita.
Ni antara #5 makanan terbaik yang kita boleh bagi kat anak kita.
#1 – Salmon
Memang salmon ni agak mahal tapi sebenarnya salmon ni antara sumber terhebat Omega 3 Fatty Acid ( DHA ) dan EPA yang membantu perkembangan dan fungsi otak si comel
Ads
#2 – Telur
Nampak lekeh tapi sebenarnya telur ni antara sumber protein yang hebat. Kuning telur pula kaya dengan choline yang membantu perkembangan memori si comel
#3 – Oat
Ads
Rasa oat ni tak ramai yang suka tapi kalau kita latih anak makan oat daripada kecil, memang sampai besar dia boleh terima. Tak sedap tu cuma persepsi je. Saya pun tengah latih anak saya makan oat. Dia bedal sorang je sepinggan oat sekarang ni!
Oat kaya dengan dengan tenaga untuk otak. Paling bagus kalau buat oat sebagai sarapan si comel kita supaya tenaga pertama yang otak si comel kita dapat nanti adalah daripada oat, bukannya daripada teh tarik yang penuh susu dan gula tu!
#4 – Sayur sayuran yang bervariasi
Ads
Penuhkan je peti ais rumah kita dengan sayuran seperti tomato, lobak, bayam dan lain-lain. Biasanya sayuran yang berwarna camni banyak antioksidan yang membuatkan otak si comel kita kuat dan sihat. Antioksidan ni jugak boleh mengurangkan risiko kanser pada anak-anak kita juga. Kenapa nak penuhkan peti ais dengan hotdog, jajan dan nugget yang memang terbukti merbahaya pada otak si anak kan?
#5 – Susu dan Yogurt
Kedua sumber makanan ni kaya dengan protein dan vitamin B. Sangat penting untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Cuma kena hati-hati sikit bab yogurt. Banyak yogurt sekarang tak berapa nak asli dah. Banyak yang tambah gula. Tu yang rasa manis melampau-lampau tu.
Tolong ajar info ni pada keluarga dan pasangan masing-masing ye. Benda ni kalau diamalkan, kesan baiknya boleh dilihat sampai tua pada anak-anak kita. InsyaAllah!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Datin Anne Ngasri baru-baru ini memuatnaik satu video yang menunjukkan dia menemani anak sulungnya, Abdul Warits bersiap untuk mendaftar memasuki pusat pengajian.
Warits yang menyambung pelajarannya di Kolej Yayasan Saad Melaka dilihat bersalaman dan berpelukan dengan adik-adiknya yang lain sebelum meninggalkan rumah.
Datin Anne yang turut menghantar dan menguruskan pendaftaran serta kemasukan Warits ke asrama memberitahu yang ini kali pertama mereka berjauhan.
Melihat akan Datin Anne dan Warits, seperti adik dengan kakak sahaja. Manakan tidak, Warits sudah tinggi lampai sekarang. Kata Datin Anne, ianya keputusan yang sukar untuk berpisah dengan anak namun demi masa depan Warits, ianya perlu dilakukan.
“Ini bukanlah keputusan yang mudah.. jarang sekali berpisah dengan anak-anak. Tetapi demi kebaikan dan masa depannya.. Saya kuatkan juga.. 🤲🤲🤲
“Semoga Warits belajar rajin-rajin dan ingatlah tiada benda yang mudah digapai. Usaha pasti berjaya….
zarinazainuddin_ Semuga Allah permudahkan segalanya semuga jadi anak yang bijak pandai dan soleh ❤️
yannionly Aamiin..Aamiin YRA.Semoga berjaya dunia & akhirat Warits 🤲❤️
shachoy82 mcm ni la akk rasa ann.x pernah berpisah n berjauhan. ank dh besar n sekrng dh ada haluan sendiri demi masa depan.hati ibu hnya allah saja yg tahu..
dapurpramugari_hqnTahniah Warits!!! Faham perasaan tu..bukannya mudah klu kena berpisah dengan anak.😢
idamaslina warits masuk asrama mana tu? InsyaAllah semoga warits belajar rajin2 ye, banggakan mama. tinggi dah dia kan. irsyad InsyaAllah mid next year dah habis sekolah. kena berpisah lah jugak jwbnye nnt.😢❤️
khairiah_amir Btl3 awet muda keluarga anne nie ye? Bell pun sama.. muda je muka dr zmn cili padi. ❤️
dsmlisa Alamakkk mata masuk air… Semoga dipermudahkan segala urusan buat Warits… Aamiinn 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
tun_fuadstephens Will be a very memorable moment once warits leave KYS. All the best dengan kawan baharu, dengan memori baharu. Saya doakan Warits berjaya dengan cita cita yang diimpikan dan juga berjaya dalam agama. 😊😊
Cemas dibuatnya bila sijil kelahiran anak hilang dalam simpanan. Apa nak buat? Mak ayah jangan cemas kerana boleh memohon semula sijil kelahiran secara online sahaja. Mudah!
Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online. Ini panduan untuk anda.
Kelayakan Memohon Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN
Permohonan bagi mendapatkan salinan dokumen penting ini hanya boleh dilakukan oleh individu yang berikut sahaja:
* Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
* Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
* Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
* Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
* Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
* Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
* Firma Guaman;
* Badan Berkanun;
* Agensi kerajaan.
Cara mendaftar:
1. Layari portal JPN
2. Klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakuit Dalam Talian
3. Pengguna akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran
4. Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Log Masuk”
5. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan
6. Pengguna mestilah mengisi dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.
7. Setelah selesai pendaftaran, pengguna akan menerima emel dari “mygovernment@malaysia.gov.my”.
8. Klik pada buta yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun.
9. Selepas mengklik pada butang tersebut, pengguna akan dibawa ke halaman untuk menetapkan kata laluan baru.
Log masuk ke akaun
Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak.
1. Di halaman log masuk, masukkan nombor MyKad (dewasa) atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkan
2. Pengguna kemudiannya akan di bawa ke laman utama system
Proses permohonan
1. Pengguna mestilah membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan
2. Sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, klik pada butang SETUJU di penghujung halaman tersebut untuk meneruskan permohonan
3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan – pemilik atau waris
4. Waris terdiri daripada golongan berikut:
– Ibu bapa
– Adik-bradik
– Pasangan
5. Sekiranya pengguna adalah “Waris”, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkan
6. Setelah selesai mengisi, pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan anda telah Berjaya
7. Cetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.
8. Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Arkitek Meninggal Dunia Sarat Hamil Anak Ke 5, Sempat Tulis Catatan Terakhir
Ajal kematian itu rahsia dan ketentuan taqdirnya di sisi Allah. Dia-lah yang menetapkan dan maha mengetahuinya.
Apabila tibanya waktu kematian seseorang, tidak akan lambat atau cepat walau sesaat pun.
Dalam kita sihat, apabila ajal menjemput, tiada daya kita untuk menafikannya. Namun sebagai manusia dan hamba-Nya, kita pastinya mendoakan dan mahukan pengakhiran yang baik.
Khabar duka mengenai pemergian Allahyarham Aizura Zulkifli telah dikongsikan olen rakannya, Siti Suryani Yaakopyang meluahkan rasa sebak. Menurutnya lagi arwah yang dikenali sebagai Kakak Ai baru sahaja membuat perkongsian mengenai dirinya mengalami sesak nafas dan batuk sejak mula hamil. Namun tidak menyangka ia merupakan catatan terakhir arwah.
Kawan-kawan sekalian.
Ni Kak Aizura Zulkifli. Beliau selalu sangat komen di post saya. Kakak senior masa saya di sekolah dulu. Orangnya lucu. Baik hati. Rendah diri walau dengan saya yang junior ni.
Kak Ai tengah mengandung. Semalam beliau post cerita pasal rasa sesak nafas. Batuk sejak mula mengandung. Hari ni dapat perkhabaran beliau telah pergi meninggalkan kita semua. Doakan semoga roh arwah ditempatkan disisi hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SEMPAT TULIS CATATAN TERAKHIR LUAH RASA SESAK NAFAS
Allahyarham sempat menulis rasa tidak selesanya ketika hamil sebelum menghembuskan nafas terakhir. Malah dalam catatan terakhir itu, arwah membuat hastage dengan menyatakan catatan kehamilan di usia 40 tahun #catatanpregnantdiusia40.
Nikmat bernafas, Nikmat berak, Nikmat kentut
Antara nikmat yang jarang kita syukuri. Sebab hari2 kita dapat buat tanpa masalah. Bangun pagi je nahhhh dah boleh hirup udara segar. Masuk toilet boleh melabur seperti biasa.
Sejak aku buka buku pink hari tu aku dah terbatuk2 kecil. Nurse ada tanya masa tu, tapi aku cakap sebab aku muntah lepas gosok gigi, so tekak tak selesa. Rupanya batuk tu bukan sekejap je.
Batuk2 ni menyebabkan aku semakin mengah nak bernafas, sampai ofismate ingat aku pi jogging Bila batuk makin teruk, apa aku makan semua aku muntahkan balik. Semua. Aku jadi tak lalu nak makan lepas tu. Muntahkan makanan, tak makan, maka tak berak.
Few days lepas tu, hari selasa 18/10, aku batuk, mengah dan sakit dada belah kanan, kahak ada darah sikit. Aku pi klinik. Doktor bagi ubat batuk herba sahaja. Kalau sakit dada sangat boleh amik paracetamol. Ubat lain memang tak sesuai.
Hari khamis, aku rasa agak ok dan ada selera makan. So pagi makan bihun kat opis. Tengah hari tu aku makan limau sejuk. Lepas makan limau tu rasa tak selesa kat dada kanan. Bukan rasa ketat, tapi rasa sakit mencucuk. Aku agak ni angin.
Khamis malam dah start rasa tak larat, cakap kat husband tapi dia macam berbelah bahagi nak balik, ada urusan lagi. Aku macam dah tak kisah dah kalo dia tak balik aku call je la ambulans. Yam dengan Haajar pandai2 la survive. Aku takleh baring, sakit sangat. Tak ada posisi yang selesa. Aku just boleh tidur duduk je. Tarik nafas dan batuk rasa sakit sangat dada.
NAFAS TERCUNGAP
Sebelum subuh husband dah sampai dari Johor. Dalam pukul 4 macam tu aku sakit dada sangat2. Nafas mencungap. Bila tarik nafas dalam2 rasa macam kena tikam. Aku decide amik paracetamol, kurang sikit sakit. Tak boleh tidur langsung, just pejam mata tahan sakit je.
Jumaat aku sekali lagi pi klinik. Oksigen turun sikit so doktor bagi neb. Dapat ubat sembelit juga. Ha iye. Seminggu tak berak ok.
Alhamdulillah now aku dah boleh nafas agak baik. Kalau baring masih tak selesa. Tarik nafas dalam2 still ada rasa mencucuk dada tu so aku just nafas pendek2 je. Semua aktiviti melibatkan otot dada dan perut macam batuk, bersin, muntah, menguap, tarik nafas dalam2, semua buat aku rasa sakit. Kahak pagi2 still ada darah pekat, agaknya aku batuk kuat sangat.
Aku tak penah kena benda ni. Gerd ke apa memang tak pernah. Aku memang dah stop kopi, kurangkan gluten sbb rasa bloated lepas makan. Makanan tinggi histamin aku memang ada issue so sepanjang peknen jarang sangat aku amik.
Doakan aku sihat macam biasa k. Gambo aku masa sakit buruk sangat. Aku masih tak berak ni. Doakan aku berak k. Ni je yang aku harapkan skrg
HAMIL ANAK KE-5
Luluh hati kala melihat perkongsian yang dipaparkan oleh Allahyarham pada 10 september lalu.
Allahyarham dan suami, Ahmad Zukhairi Sulaiman rupanya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 11.
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah
UPDATE TERKINI:
Dalam pada itu, menerusi perkongsian Zaidi Harun memaklumkan kematian Allahyarham Aizura Zulkifli diklasifikasikan kematian mengejut.
Makluman dari hospital, jenazah baru dibedah siasat kerana kematian diklasifikasikan mengejut oleh pihak polis. Proses lebih kurang 3-4 jam.
Kemudian akan diuruskan jenazahnya oleh qariah taman seterusnya akan disembahyangkan di Masjid Ar Rashiddin Alor Gajah.
InsyaAllah Jenazah dikebumikan di Pusara Aman Kg Jelatang.
Jangan lekang titipkan doa di bibir kalian semoga dipermudahkan urusan.
Perginya ke alam abadi seorang ibu bersama syahid kecil yang sangat disenangi keperibadiannya.